Satu Cerita Sekeping Hati

December 26, 2012

Assalamualaikum gengs

Redha Allah itu perlu
Kebahagian hati juga penting
Tersepit diantara dua pilihan
Bagai meracuni ibu jika hilang Redha Allah
Dan Hati??...Bagaimana dengan hati
Dan kerana memilih utk Redha Allah
Hati bagai tertusuk duri
Pedih dan terluka setiap hari

Seorang kawan meluahkan
Betapa sejak bertahun lalu
Dia adalah seorang isteri tanpa kehadrian suami setiap hari
Sejak bertahun itu juga
Dia cuma isteri seorg suami empat hari  dalam sebulan

Habis mendengar ceritanya
Aku diam termanggu , lama aku termenung
Betapa tidak bersyukurnya aku
Punya seorang suami yg sentiasa disisi
Tempat berkongsi segala masalah

Namun aku cukup hormat kata-katanya
"Dan kerana dia pilihan ku...Aku redha semua yg berlaku"
Tak sanggup rasanya ingin kucunkil segala cerita
Cukup aku fahami bahawa suaminya "anak emak"
Lain-lain hari semua dihabiskan dirumah ibunya
Tanya ku..
Barangkali dia tidak betah tinggal dirumah mertua
Jawab sahabat ku..
Pindah kerumah yg lain juga pernah kucadangkan..dia tidak mahu..

Aku tidak tahu apakah ibu suami sahabat ku sudah uzur
Atau brgkali sahabat ku bukan menantu pilihan
Serkap jarang juga boleh menimbulkan fitnah kata hati ku
Diakhir perbualan pesan ku padanya

Aku boleh mendengar apa saja yg kau ingin luahkan
Jika kau perlukan teman
Tapi yg paling utama kata ku
Jangan sampai terlampau ramai dari sahabat
Yang tahu masalah rumahtangga kita
Kerana terkdg apa yg terluah tidak terjaga baik
Apa yg dikongsikan terkdg dikongsikan pula dgn yg lain
Mengadulah dgn Allah..kerana DIA pasti menyimpan segala rahsia kita
dan InsyaAllah..tidak mustahil andai redha mu terhadap situasi ini ikhlas
Suatu hari nanti kamu pasti mendapatkan hak mu sebagai seorg wanita..
WANITA YG PUNYA SUAMI DISISI.....


PEMBERITAHU:Mensyukuri dia yg ada hari ini disisi kerana esok biarpun mendatangi belum pasti dia disisi menemani......



Aku..Hati Aku..Jiwa Aku...Segalanya Aku...

December 18, 2012

Assalamualaikum gengs

Menyepi..
Tiada N3..

Bagaimana hendak berkuku
Sedangkan langkah masih kaku
Bagimana mahu bercerita
Hati seolah hilang rasa

Ada cerita sebalik kata
Cerita terkunci dek jiwa yg lara
Ada kerisauan mendekati
Ada tekanan menghampiri

Ada ruang ternyata sempit
Mengecil setiap saat
Mengecut dengan cepat
Menghimpit tulang empat kerat

Kesinambungannya masih panjang
Babak setiap hari akan berkajang
Semuanya baru dan akan berkembang
Ketakutan punca segalanya tempang

Duhai hati tabahlah sedikit
Kau kan seorang bonda
Kata mu penaik dan pembangkit
Semangat hati seorang anakanda



PEMBERITAHU:Alah bisa tegal biasa..semuanya bermula dengan satu langkah..memulakan langkah itu memang payah namun jika tidak dimulakan mampukah berubah menjadi lebih kental dan tabah....


Layak Kah aku jika Aku Panggil Kau Keparat

November 27, 2012

Assalamulaikum gengs
Semoga kalian semua berada sentiasa didalam rahmatNYA...

Tajuk aku nampak sangat marah kan gengs
Memang Aku marah
Marah dengan perangai
Yang mementingkan diri sendiri
Yang tidak memikirkan orang lain
Yang tidak mahu bertanggungjawab

Dasar Keparat......

Kejadian Jumaat Lepas

Biasalah kan geng
korang sendiri maklum kan
Aku dan suami menaiki motorsikal
Berulang alik ketempat kerja
Dalam perjalanan pulang
Selepas stesen komuter Sungai Buluh
Ada sebuah motorsikal jenis LC mengekori belakang kami
yang tidak sabar-sabar mahu memotong
kalau bahasa merempit dipanggil "pancung"
menunggang motor dlam keadaan melulu
entah apa yg dikejar
semua orang pun nak balik rumah jugak bro
bukan lu seorang saja
Lepas dia overtake kami dan dua motorsikal lagi dihadapan
Aku lihat ada kemalangan
Ada mamat motor terjatuh betul2 hadapan motor
dua motorsikal .. termasuk motor kami yg di overtake tadi
sangka ku gengs,  mamat motor LC tu yg jatuh
rupanya mamat motor tu nak pancung satu lagi motor
Tapi tidak lepas dan terus melanggar seorg penunggang motor yg lain

Mamat pancung tu tak pulak jatuh
Hanya menoleh kebelakang dan terus memecut laju motorsikal dia
Kasihan gengs tengok mamat yg jatuh tu
Jatuh terguling gengs...Nasib baik jalan jam gengs
sempatlah beberapa kereta mengelak dari melanggar dia

Aku..suami dan mamat2 motor yg lain berhenti memberikan bantuan gengs
mengangkat dia ketepi jalan..
saat suami aku membuka helmet dia
berdarah dlam mulut dan atas bibir dia geng
Yg buat aku sayu tu geng..ada kopiah nipis membalut kepalanya
dengan muka dia yg kelihatan tenang dan sabar tu

Sewaktu terbaring ditepi jalan
Dia mengatakan bahu,,,pinggang dan lutut dia sakit
Kebarangkalian patah dibahagian bahu
Bila Ambulan tiba...aku katakan pada dia
"Ambulan dah sampai..akk balik dulu"
"TERIMAKASIH KAK SBB TOLONG SAYA

Dalam keadaan sakit begitu
masih sempat utk mengucapkan terimakasih
Semoga ALLAH akan sentiasa melindungi kamu
Dari musibah dan bencana.....


PEMBERITAHU:Dan seorang kamu yg telah  melanggarnya lari begitu sahaja...tidak mengapa...puluhan orang pula tampil menghulurkan bantuan... pengecutnya kamu sebagai seorg lelaki...


Awal dan Akhir.....

November 19, 2012

Assalamualaikum gengs...
Hujan membasahi bumi pagi tadi kan gengs
Berbalut baju hujan aku suami isteri
Keluar mencari rezeki buat anak-anak
dan demi kelangsungan sebuah kehidupan...


Aku mahu bercerita
Bercerita tentang seorg Dia
Dia yg tiada talian darah dengan ku
Namun perhubunganya dengan keluargaku
Lebih dari bersatunya setitis darah pertalian
Sangat baik...Cukup baik....

Lama mengenalinya
Dia yg suka berjenaka
Dia yg tidak pernah kisah
Perihal tulang empat keratnya
Pantang sedikit disuruh
Dia cepat2 melakukannya
Perhubunngan sesama insani
Cukup sempurna

Lima tahun kebelakangan
Dia berubah
Jauh sangat pesongan perubahan dirinya
Perhubungan insaninya bersama kami sekeluarga
Tetap terpelihara
Namun........
Ingkarnya kepada pencipta terserlah
Katanya...
Satu hari nnt saya taubatlah Maklang
Saya masih muda lagi..
"Mak Lang"..panggilannya kepada ibuku gengs
Mati tak pernah kenal tua muda
Sudah sudahlah tu...pesan ibuku gengs
Dia seolah merajuk...Aidilfitri thn ini adalah yang
Terakhir dia mengunjungi rumah kami
dan tiga minggu lepas terakhir kali aku melihatnya

Dia telah pun pergi gengs
Kami sedih....mak menangis
Kematiannya hanya berseorangan
Tiada siapa menyedari
Hanya selepas tiga hari kematiannya
Baru mayatnya dijumpai
Kak Ngah ku pergi melihat jenazahnya semalam
Kaku diatas tilam diruang tamu rumah sewanya

Ya-Allah
Roh itu urusan Mu
Tiada siapa mengetahui
Hanya Kau yg mengadili semunya
Hanya Kau yg membalas segalanya
Doa kami
Agar dia diampunkan
Agar dia ditempatkan bersama-sama
Insan yg KAU redhai Ya-Allah....

Al-Fatihah.....
Razak......



PEMBERITAHU:Jenazahnya dituntut ahli keluarga untuk dibawa pulang ke Tanjung Karang hari ini.....

Hari itu...10/11/12

November 12, 2012



Assalamualaikum gengs....
Makin hari makin kurang N3 aku...
Makin Hari makin menyepi
Makin hari makin menjauh dari kamu semua
Sejujurnya......Aku masih tidak sihat....
Tapi untuk dia
Ku gagah juga mencoretkan sesuatu buat nya
Semuanya terluah disini.....

Sayang Ku
Adriana Batrisyia
10/11/12...cantik betul tarikhnya
Selamat Hari Lahir ke 8 buat mu
Permata Hati mak
Selalu membuat kakak2 mu cemburu
Kata mu...Mak sayangkan mu lebih dari kakak2 mu..
Itu tidak benar..
Mak sayang semua anak2 mak....

Adriana Batrisyia...
Biar entah berapa jumlah bilangan
Mak tetap ingin katakan
Biar tidak elok rupa
Asal pekerti kita mulia
Biar tidak kaya harta
Budi harus sentiasa diutama

Adriana Batrisyia.....
Terimakasih...
Kerana tidak banyak kerenah
Kerana sentiasa dengar perintah
Sebab tidak pernah menyusah
Sebab Kurang sangat membantah
Mak berharap...
Sehingga dewasa juga begitu
Awasi tingkah laku
Jangan melakukan perkara nista
Kelak mak dan ayah akan terluka

Adriana batrisyia....
Mak sentiasa doakan..
Kebaikan Dunia dan Akhirat buat mu
Kebarokahan umur buat mu
Kelebihan rezeki utuk kehidupan mu
Kebijaksanan pemikiran buat mu
Kemudahan setiap perihal kebaikan untuk mu
dan...
Solehah yg terpelihara buat mu.....

Adriana Batrisyia....
Sayang Mak...Ayah...Kakak dan Zati
Hanya umtuk mu......

 
 


PEMBERITAHU:Belum sempat nak belanja dia makan lagi...Nnt yer sayang.....

Kerana Darah itu.....

November 01, 2012

Assalamualaikum gengs
Semoga hidup kita hari ini tidak disia-siakan......


Kita ada pertalian darah
Namun perhubungan kita tidak indah
Asik berbalah
Sering terfikir apa masalah
Hingga pecah belah

Dan Kerana darah itu
Cerita semalam mu
Buat aku termangu
Kenapa terjebak sampai begitu
Bukan sedikit kau tertipu
Jumlahnya puluhan ribu
Kata mu lagi
Nasib baik tak sempat menjadi kaldai dadah
Ya-Allah...mengapa terpedaya begitu mudah
Semua berita telah pun terhebah
Inilah kalau ambil mudah
berjumpa lelaki itu pun kau tak pernah
Kau berikan dia duit dengan tiada rasa gundah
Kini bunga kau kena bayar bersama faedah
Apa ke Jadahhhhh.....

Dan kerana darah itu
meski pun kita hubungan telah mati
mendengar keluh mu sendu terasa di hati
aku tidak terdaya membantu
bagaimana akan kucari duit sebanyak itu
kalau ku ikutkan rasa kebencian
mahu saja aku katakan
kau yg cari pasal kau lah selesaikan
Tapi kerana darah itu
yg telah mengalir dalam tubuh mu dan tubuh ku
Aku simpati
Sekadar simpati......



PEMBERITAHU:Andai aku mampu...pasti akan ku bantu........Aku tidak terdaya...aku bukan org kaya....apa yg ada hanya cukup buat kami sekeluarga.....

Mak!!..Doakan orang yer....

October 31, 2012

Assalamualaikum gengs
Semoga kamu semua sentiasa di bawah rahmatNYA


Mak...doakan orang yer.........

Tak perlu katakan...
Tak perlu ingatkan...
Doa Mak memang sentiasa mengiring mu
Doa Mak sentiasa menemani mu
Saat Mak kesakitan pun...
Mak sentiasa akan mendoakan
Kesihatan Anak-anak mak
Kebijaksanaan buat anak2 mak
kerana..
Mak adalah ...
Seorang Ibu....
Seorang Ibu akan mendahulukan anak2nya lebih dari dirinya
Seorang Ibu...selagi dia taatkan Allah...taatkan suaminya..
Doa nya adalah mustajab....InsyaAllah.....



PEMBERITAHU:Final Exam..InsyaAllah mak tahu..kakak pasti boleh..Good Luck.....

Berputar Bersama Kekasih Gelap Ku....

October 16, 2012

Assalamualaikum gengs

Lama benar tidak menyapa kalian semua
Rindu banget deh sama kamu

Pe hal pulak kan tetiba bajet ckp Indon
Ni lah gara-gara..benci bilang cinta..Nada Cinta...dan terbaru
benci jadi cinta...sinatron Indon gitu...

Ok gengs kita serius..

AKU SAKIT GENGS...

SAkit ni mula berpacaran dan menjadi kekasih gelap ku
Sekitar tahun 2009..semenjak itu dia kerap juga bertandang
Biar pun tidak pernah ku undang
Kedatangan nya membuatkan aku rasa bosan
Asik2 membawa aku hanya kesatu tempat
Menaiki "Mery Go Round"
Bila dia bertandang sukar aku nak menulis gengs
Sukar juga membaca N3 terbaru kalian
Ni dah masuk minggu ke lima dia mengunjungi aku

Ujian dari Allah kan gengs
Selama ni sihat walafiat
Kurang sangat ingatkan Allah
Bila sakit begini
Sekejap-sekejap..Ya-Allah..Ya-Allah...Ya-Allah
Asiklah bertanya
Ya-Allah bila penyakit ku akan sembuh
Sangat sedikit yg dikirimkaNya pada ku
Aku dah mengelabah gengs

Oh yer asyik sangat nak bercerita
Sehingga terlupa nak menyebut nama kekasih gelap ku itu...
VERTIGO gengs....hensom dan kacak...




PEMBERITAHU:Maaf yer gengs...nnt kalau kesihatan ku kambuh aku mampir lagi kerumah kalian ya...

Menyelongkar..Tonggeng menonggeng pagi Ahad...

September 25, 2012

Assalamualaikum gengs
Semoga kalian semua di dalam redhaNYA....InsyaAllah...

Kejadian Hari Sabtu...
Awak dah tengok ker dalam kotak tu
Dah
Tengok lah sekali lagi
Tak payah lah...memang semua tu dah dipakai

Tu lah kan gengs
Kalau tak mahu dengar kata suami
Macamana nak masuk dalam 3 golongan
Sedangkan yg sedikit pun
Tidak mahu dengar
Padan muka aku

Aku kemas-kemas stor rumah
Ada dua kotak Bulb lampu
Satu kotak dah guna
Satu kotak lagi baru guna 2 bulb dari satu dozen kuantiti
Dengan yakin aku suruh Zati buang sampah petang sabtu tu
Termasuklah kotak bulb lampu tu gengs

Tah macam mana
Masa tengah membasuh kain pagi ahad tu
Aku boleh tiba2 teringat
Pesan suami aku yg suruh tgk kan kotak Bulb lampu tu
Perasaan berdebar-debar
Bila aku buka kotak yg didalam stor tu
Kompom gengs...kotak bulk lampu yg dah dipakai
Maknanya aku dah buang bulb lampu yg elok tu

Alamak!!!...mcm mana ni
Terus berlari ke tong sampah besar kat tepi jalan gengs
Menyelongkar tong sampah  aku pepagi tu gengs
Orang lalu lalang dok pandang-pandang
Aku tertonggeng-toggeng menyelongkar tong sampah
Bau busuk tolak tepi....anggaplah mcam selongkar peti minyak wangi
Akhirnya....Fuhhhhh!!! lega gengs
Jumpa kotak tu......Maklumlah hari Ahad....Lori sampah cuti.....


PEMBERITAHU:Dengar kata suami....selagi yg munasabah .... jangan degil......


3 Golongan......

September 20, 2012

Assalamualaikum gengs
Semoga Kalian di bawah redhaNYA...
InsyaAllah....Ada jalannya...

3 Golongan
Dimana tempat ku
Sering bertamu dimindaku
Adakah aku termasuk dalam 3 golongan itu

3 Golongan
Mencari Redhanya
Jika tiada redhanya
Tiada Redha Allah keatas ku

3 Golongan
Muqarrobin
Meminta hanya yang perlu
Tidak perlu tidak akan dipinta
Jika yg diperlukan juga tiada...tidak mengapa
Diberikan sesuatu yg tidak perlu...Ditolak sopan olehnya

Sidiqqin..
Tiada meminta sekalipun yg perlu
Apa yg disediakan dia bersyukur
Yang Perlu dan tidak perlu..Ditolak baik olehnya

Solehin...
Meminta yang perlu...sesekali meminta juga yg tidak perlu
Namun jika tidak diberi tiada menjadi masalah kepadanya

3 Golongan
Dimana Aku???...
Aku terkadang meminta  yg perlu
Yang tidak perlu juga pernah ku pinta
Aku hanya seorang isteri....
Semoga Redhamu sentiasa mengiringi aku
Jika pun bukan tergolong dlm 3 golongan isteri
Muqarrobin...
Sidiqqin..atau
Solehin
Aku adalah wanita yg kau pilih...
Dan kerana kau juga tidak sempurna memilih
Pimpinlah aku untuk masuk
Didalam 3 golongan itu......
InsyaAllah...


PEMBERITAHU:Aku sayangkan dia sehingga akhir hayat ku...



Rumah kakak Tupperware

September 12, 2012

Assalamualaikum gengs...

Dah hampir menghampiri peghujung Syawal kan gengs
Pantas sgt masa berlalu

Product nya memang mahal kan gengs
Tapi qualitynya tidak dapat disangkal lagi
Syawal keberapa tah aku pun dah lupa gengs
Aku kerumah seorg kakak ni
Dia Dealer Tupperware
Rumah dia dipenuhi dgn jenama ni gengs
Makanan yg dihidangkan semuanya dalam Tupperware
geram dibuat nya




Semua pinggan2 dan cawan2 yg jenis set dia masuk kan dalam ni gengs...senang katanya...tak perlu lah nak basuh ker kalau tetamu datang..terus boleh ambil dari dalam ni


 
Punya lah banyak kan gengs..Ini baru sebahagian jer ..dalam bilik dia..atras katil anak dia..mana ceruk yg kosong..habis semua digunakan utk letak kan Tupperware ni gengs..dia seorg dealer yg berjaya gengs...gambar kak Liza..nama kakak ni gengs..aku lupa pulak nak snap..punyalah excited tgk Tupperware yg banyak sgt kat rumah dia...dah merata dunia dia pergi hasil dari jualan Tupperware ni..ada Tupperware yg dia dapat from US..sgt lah cantiknya design dia gengs..gambar sudah lupa mahu ambil la...
 

 
Kawan aku yg seorg ni siap ambil satu set yg warna biru tu..harga boleh runding punya...aku berkenan juga set ni..tp warna pinky tu aku tak berapa berkenan la...
  


 Ni dia model Tupperware versi oldtimer...mana yg dah tinggal tak cukup set tu..dia akan buatkan hamper mcm ni dan jual dgn harga yg sangat berbaloi gengs...


PEMBERITAHU: Nak sgt beli tempat isi beras dan bawang dia tu...cantik sgt...

Sepatutnya begini bukan begitu...Macam Ni Bukan Macam tu...

September 07, 2012

Assalamualaikum gengsss

Siapa masih lagi dapat jemputan rumah terbuka hujung minggu ni
Sila angkat tangan...
Perghhh!!!!..sakan nampak...
Selamat memenuhi tuntutan perut yer gengs
Jangan Lupa..
Berhenti makan sebelum kenyang..Ikut sunnah gengs
Kolesterol dah mcm sukarela nak ikut kamu pulang..

Kalau korang bijak laksana
Seperti Albert Einstein sepupu sebelah mak aku ni kan gengs( pitam...meriak sgt dah ni)
Kat mana korang boleh dengar ayat2 ni
Kalau nak goreng ni...minyak kena betul2 panas
Mana boleh potong nenas macam tu
kentang ni kena potong macam ni dulu baru belah 4
Jangan kacau selalu nanti hancur ayam tu
Daging tu nak kena potong besar macam ni
Timun ni sebenarnya kena serongkan sikit cara potongnya
 Dan akhir sekali..
Ayat yg memang membuatkan
Aku cukup2 panas
sampaikan terkdg aku rasa
Sebahagian dari anggota badan dia
Dah pun sama2 berada dlm ayam
Yang digoreng...
Kalau dah pandai sgt td kenapa
Tak beritahu awal2...
Tadi dah nampak kamu buat macam tu
Nak tegur
Ingatkan kamu dah tau.....

Sebenarnya insan jenis parasit mcam ni
Aku panggil parasit sbb selalu sgt nak interprem
Bila mana chef2 tersohor kat kampung
Berikan teguran pasal kesalahan etika cara pemotongan
Bahan -banan diatas tu
Si Parasit ni pun mulalah menyampuk
Tunjukan yg dia lebih pandai dari
Pak sedara aku Albert Einstein ni
Padahal tadi dia diam jer
Dia pun sama-sama memotong mengerat dgn kita
Yang sebenarnya dia tak tau jugak
Tapi bila dah nampak yang genius2 dan otai2 ni menegur
Dia pulak lebih sudu dari kuahnya

Pak Sedara aku  Albert Einstein ni pernah menulis
Kalau sesiapa yg tidak dapat menerangkan sesuatu itu
Dengan cara yg mudah...dia sebenarnya tidak mengetahui
Sesuatu itu dengan sepenuhnya....

LOKASI KEJADIAN: Tempat rewang rumah pengantin di bahagian tempat masak-memasak...



PEMBERITAHU:Tunjukan pandai bila mmg betul2 tahu...kalau tidak lebih baik diam...


Bersilat Di Atas Katil

September 05, 2012

Assalamualaikum gengs

Awak ni kenapa??
Hey..kenapa ni??
Terdengar teriakan suami
Si Isteri yg sedang mamai terus memukul-mukul
Sesuatu di atas tilam

Apa yg awak pukul tu??
Isteri diam terus mencapai lampu suluh
Menyuluh kesemua sudut tilam
Awak suluh apa ni??
Cicak..
Mana ada cicak..
Menyuluh lagi
Bersama bantal peluk ditangan dan memukul
Matikah cicak dgn pukulan menggunakan bantal peluk
Bengong makin menjadi-jadi
Tindakan spontan
Apa sahaja yg ada ditangan
Itu yg digunakan

Kenapalah awak ni
Semalam dah menerajang cermin tingkap
Hari ni bersilat pulak

Bini awak dah semakin tua
banyak benda yg dibuat
Akal selalu menyusul kemudian
Proses nyanyuk semakin menghampiri
Uban pun dah mencelahkan diri
Memori pun selalu heng
Data banyak dah hilang

Biar pun begitu
Tidurku masih menggegam tangannya
Aku rasa selamat
Nyenyak sampai kepagi.....


PEMBERITAHU:Selalu dgr cerita bila umur semakin meningkat..tidur jd singkat....mata susah sgt nak dirapat...banyak fikir atau mmg sebuah hakikat...hikayat hidup yg diriwayat...betul ker???...

Kalau lah Terajang ku mengena mau patah gigi dia..tapiiii

September 04, 2012

Assalamualaikum gengs...

Lama betullll tak update ni..
Asik lah membaca cerita raya korang semua
Happening betul raya korang yer gengs
Raya aku serba sederhana
Gambar???..
Tiada gengs..tak sempat nak ambil
Tak Apalah yg penting raya aku macam raya org lain juga
Saling ziarah menziarahi..kunjung mengunjungi


Panjang tajuk aku ni gengs
Adaker patut seorng bomoh  tu kata
Perkahwinan aku tidak sah
Kemudiannya aku bertegang leher dengan dia
hebat punya bertengkar
Sehingga darah aku mendidih
Tak dapat aku kawal marah aku
Tummm!!!!!...Satu Terajang singgah di perut bomoh tu
Aku sedar dah pukul 6.00 pagi
Bersama tumit yg sakit berdenyut
Rupanya tingkap kat tepi katil aku terajang gengs
Sampai macm tu sekali impak sebuah mimpi
Syaitan ni  mmg laknatullah..

Aku Beraya Hari Ni gengs...
Baru Lepas habis berpuasa 6 Semalam....


PEMBERITAHU:Cubalah mimpi aku naik kereta ferari ker....


Kemaafan Dihulur...Duit Raya Di Pinta...Hehe...

August 15, 2012


Assalamualaikum gengs Maya


Ramadhan Tiba di Penghujungnya
Aidil Fitri Bakal Menjelma
Dengan Rasa Rendah Diri
Aku Ingin Memohon Keampunan
Lewat Bloq Kesayangan Ku Ini
Andai Ada Kesilapan Penulisan
Terguris Hati Yg Tidak Ku Ketahui
Semoga Lebaran Ini Mengeratkan Lagi Ukhuwah
Yang Sedia Ada terjalin

Jemput Ke Rumah gengs......... 


 




PEMBERITAHU:Berhati-hati memandu buat geng yg pulang kekampung

Makkkkk..Aku ni anak yg baik ke..

August 03, 2012

Assalamualaikum gengs
Alhamdulillah 14 Ramadhan hari ini kan

Semalam 2/8/2012 adalah hari Lahir mak aku yang ke 73 gengs
Tapiiii.....

Mak..
Semalam HariLahir mu
Ampun kan aku yer mak
Aku terlupa HariLahir Mak
Aku tak jenguk pun mak dirumah semalam
Aku Tak ucapkan pun Selamat Hari Lahir
Sehinggalah pagi ini
Bila Ija ucapkan melalui FB
Baru aku teringat

Mak..
Ampun kan lagi yer
Selalunya selepas berbuka
Aku akan kerumah mak
tapi semalam aku mengalami batuk yg teruk
Lepas kutunggang tanpa sukatan ubat batuk tu
Terus terlena
Sahur pagi tadi pun hampir2 terlajak

Mak...
Aku ni anak yang baik ke
Baik ke sampai tak ingat langsung hari lahir mak
Ini bukan kali pertama aku lupa hari lahir mak
Sampai hati aku kan Mak
Tapi mak...
Jauh disudut hati aku
Aku sayang Mak sangat-sangat
Sayang mak ketat-ketat
Sayang mak padat-padat

Mak...
Selamat Hari Lahir buat mu
Tidak akan terbalas jasa mu
Terimakasih kerana melahirkan aku
Terimakasih kerana membesarkan aku
Terimakasih kerana Menyayangi anak-anak aku
 Terimakasih kerana merestui Pilihan aku..Menantu mu...

Mak..
Semoga Allah Sentiasa memberikan Barakah umur buat mu
Semoga rahmat Allah atas kesihatan yang baik untuk mu
Agar restu Allah memberkati dan memurahkan rezeki mu
Dan Semoga Mak mendapat kebahagiaan di dunia dan Akhirat

SELAMAT HARI LAHIR MAK...
Aku Sayang mak selamanya.......................



PEMBERITAHU:Ada ketika benda yg kurang penting aku ingat benda yg lebih penting aku terlupa..Aku mmg seorg insan....Insan yg tidak sempurna...

Aku tidak bernafsu Tahun ini...

August 02, 2012

Assalamualaikum gengs..

Semoga kamu sentiasa dirahmati Allah S.W.T..

13 hari sudah kan gengs kita berpuasa
13 hari...cepatnya berlalu
17 hari lagi berakhir Ramadhan
Ya-Allah cepatnya putaran waktu

Iftar ku kali ini cukup sederhana gengs
Tidak satu hari pun selama 13 hari ini
Aku jejak kan kaki ke Bazar Ramadhan
Iftar ku hanya sekadar nasi dan lauk pauk yg ku masak
Dan sedkit kuih muih pemberian Mak..timakasih Mak
Tidak ada lagi timbunan lauk pauk diperdu pokok pisang
Keesokan harinya
Tidak ada lagi saki baki kuih buatan perniaga2 bazar Ramadhan
Yang jadi sajian utama ayam itik subuh berikutnya
Alhamdulillah.....

Terimakasih Nafsu kerana merelakan
Diri mu ku Penjarakan sepanjang 13 Ramadhan ini



PEMBERITAHU:Belum rezeki mu lagi keatas duit ku peniaga Bazar Ramadhan....InsyaAllah kalau aku benar2 berkeinginan aku akan kunjungi....

"Habis Sabar...Janda pun Janda lah"...

July 16, 2012

Assalamualaikum gengs

Ijab dan kabul
telah termetrai
Persetujuan
Kesepakatan
Berjanji
 kemudian
Terlerai
Tiada lagi Persetujuan
Lerai Kesepakatan
Janji Mungkar

Apa ni
Apa dah jadi
Semasa Bersama
Tidak menghargai
Hal yang remeh tak ambil peduli
Lama sudah dihati terbit rasa benci
Nyah kau dari sini
Janda Bagi diri terbaik kini
Biar org mengata tekad bulat dihati
Halal yg Allah murkai
Cuma sudah berakhir ikhtiar kini
Kesabaran menipis hari demi hari

Anak bergelut situasi
Ditelan Ayah Mati
Diluah ibu pergi
Di wajah kecerian tiada lagi
Terpampang hanya derita emosi

Ada kebenaran dalam kata-kata
Memilih Pasangan itu guna akal bijaksana
Jangan hanya bersandarkan Cinta
Tak Akan kemana-mana
Namun Jika Pilihan sudah yg terbaik
Jodoh pula telah pendek
Berpisahlah dengan cara yg paling baik
Bukan bermusuhan maki dan herdik
 Kerana Akad nikah yg pernah terjadi
Menjadi Saksi diri telah berjanji
Jika telah mengabaikan isteri
Ada pengaduan yg sahih terbukti
Maka berhak dia menuntut
Apa selayaknya dia patut
Demi meneruskan hidup
Agar tidak terus suami menanggung dosa
Memakan hasil isteri bertahun lama



PEMBERITAHU:.Buat kamu..apa saja keputusan kamu..kami terima..kerana hampir 12 tahun ini hanya kamu 100% yg menjadi ketua keluarga biarpun punya suami yg sihat mental dan fizikal....





Pejam Celik dah 11/7/2012.....

July 11, 2012

Assalamualaikum gengs....Jangan Gengsi sudahhhh...

hari ini 11/7/2012
Ada apa hari ini bagi kamu gengs
Tiada apa-apa?
Biasa-biasa saja

Aku pulak gengs
Hati ada rasa sedih
Jiwa ada kacau
Mental ada gangguan
Tulang temulang ada keresahan

Dah dua bulan dia dirumah
Rilek banyak tulang temulang aku
Mental Aman jer tengok rumah kemas
Jiwa tenteram jer lihat dapur berkilat
Hati Gembira bukan kepalang
Balik jer dari kerja
Saki baki lauk pauk semalam dah dibuang
Segala macam periuk belanga dan berbasuh

Hari ni tamat lah cuti sem dia
Puteri sulung aku ni gengs
Malam ni jauhlah perjalanan aku
Menghantar dia Pulang semula ke Arau....

Bermula lah rutin aku semula
Dari A sampai lah ke Z
Tangan ni lah nanti
Agi idup agi ngelabah...hahaha...





 Kamu semua dah semakin dewasa...mak tahu satu hari nnt mak hanya akan tinggal dgn ayah saja dirumah....


PEMBERITAHU:Demi masa depan kamu..mak relakan kejauhan ini dengan sepenuh hati biarpun kerinduan kerap mengunjungi...mak buat tak peduli...padahal  terbenam disanubari...Allah saja yg memahami.....





Ini Sungai Buluh Mari....Bukan Sarawak Punya...

July 06, 2012

Assalamualaikum gengs

Gulai nenas ikan masin kurau
Pajeri nenas kuah pekat
Dalam rojak buah pun bubuh nenas
Lauk kenduri kawin ada jelatah nenas
Bila hari Raya buat kuih tart jem nenas

Ini Nenas En. Suami Yang Tanam
"Tala sombong punya...Champion Sg. Buloh ni"
Ada kebanggaan melampau dlm nada suara dia
Biar kan....biar kann..biarkannnn...
Taulah awak yg tanammmm......






PEMBERITAHU:Berbudi pada tanah lebih baik dari menabur budi pada org yg tak kenang budi....(hati ada sedikit geram)

Akan Di Usung Jenazah Amalan

July 05, 2012

Assalamualaikum Gengs

Semoga hari-hari kamu penuh kebahagiaan

Tertutup Catatan
Baik Buruk Amalan
Semua Sudah siap sedia untuk dikapan
Jenazah Amalan Akan diangkat buat simpanan

Kemudian Terbuka Lembaran Baru
Bagaimana catatan terdahulu
Tebalkah yang baik laku
Atau menipis bagai helaian tisu
Barangkali Catatan durjana lebih padu
Siapa tahu......

Di Lembaran yang baru ini
Sama-sama kita atasi
Berbuat baik menjadi ganti
Segala keburukan cuba hindari

Akan tertutup ia malam ini
Dikesempatan yang masih ada baki
Aku mohon keampunan setulus budi
Jika tertulis yang mengguris hati
Jika tersentuh segala peribadi
Jika terbuka aib dengan sengaja atau tidak disedari
Aku manusia yang tidak pernah sunyi
Melakukan kekhilafan setiap hari

Semoga di catatan yg akan datang
Segala yang baik jangan berkurang
Semua yang jahat tak akan terulang
Agar Satu hari jika kita dipanggil pulang
Tiada kesal mendatang
Kurang dosa terjulang
Bertambah amalan gemilang
Dan kembali kepadaNya dengan aman dan tenang
InsyaAllah....



PEMBERITAHU:Ampuni segala dosa kami Ya-Allah....



Chef Wan menggigil bila aku menggila...

July 03, 2012

Assalamualaikum gengs..

Tajuk tu baca boleh
Percaya Jangan

Mengila apa ke benda nyer gengs
Tak pun menggila
Apalah sgt masak2 sempoi macam ni kan gengs
Orang lain tu lebih hebat
Tapi dek kerana aku ni part2 masak selalu tak pernah lulus
Masakan macm ni kira dah ok lah aku rasa

Santapan diraja tengahari sabtu lepas gengs
Dari air tangan dayang kesuma ni
Buat puteri-puteri dan Raja disinggahsana
Teratak Indah Ku

Layanssssssss......






Di Namakan : Sup Ketam Mak Kedekut
Penyebab: Ketam 2 ekor jer




Di Namakan : Ikan siakap Steng berkali rasa
Penyebab: Sebelum diangkat dari kuali..berkali-kali rasa dahulu sampai pijar lidah aku gengs..aku cuak
takut 3 rasa jd tak berasa nanti.




Dinamakan : Sayur tak tau nama goreng bersama 15 ekor udang
Ada korang nampak 15 ekor udang gengs.....Tak der kan..sbb aku tipu...dalm tu ada 3 ekor jer aku kerat jd 15....




Di Namakan: Ayam halia pucat lesi
Penyebab:Tiada stok cili bengala Merah





Di Namakan: Tempe sambal kabare Wak..Wes Mangan...
Penyebab: Itu jer bahasa jawa yg aku tau...



PEMBERITAHU: 2 jam menyediakan ini....akummgtakpandaimasak....



Masih Ku Ingat Tangan Mu Ku genggam Erat

June 27, 2012

Assalamualaikum gengs

Sakratul Maut
Datangnya tidak pernah kita ketahui
Singgahnya barangkali hari ini...esok atau mungkin sekejap nanti
Mengimbau kembali 19 tahun dahulu
Saat sakratul maut menghampirinya
Seluruh ahli keluarga ada disisi

Jauh perjalanannya malam itu
Barangkali itu doanya
Mahu Mati dirumah
Mahu mati disisi anak-anak

Ajar ayah mengucap
Ajar Ayah mengucap
Itu pesan seorg pakchik
Bila lihat Ayah sudah nazak

Aku Menghampiri Ayah
Menghampiri sisi kanannya
Tangan Ayah ku genggam erat
"Yah..ikut aku yer
AshaduAllaillahaillallah
Waashaduannamuhammadarasulullah
Tiga kali kuucapkan ditelinganya
Ayah nazak...
Nazak sgt....
Seketika kemudian
dalam hembusan nafas yg terakhir
Ayah genggam kuat tangan ku
Ya-Allah.....
Adakah ini kali yg terakhir...
Benar..
Itulah kali terakhir tarik dan hembus nafasnya
Itulah juga bakti terakhir ku
Yang cukup bermakna dapat ku berikan

Kalimah Syahadah yg kubisikan ditelinganya
Itulah dahulu semasa hayat nya
Sering sangat di ajarkannya kepada ku

Ayah...
Kalau kematian itu boleh ku pinta
Aku mahu mati sepertimu
Mati disamping anak-anak
Dibisikkan kalimah syahadah ketelingaku oleh anak-anak
Dan didoakan sehinggalah tiba ke hari pembalasan

Khususon ila ruhi Almarhum
OMAR BIN ABU BAKAR

Al-Fatihah.....



PEMBERITAHU:Rindu dtg bertamu tiba-tiba.....



"Kami Doakan Dia Mati".......

June 26, 2012

Assalamualaikum gengs...

Kau Tahu Nee
Kami Semua Doakan dia MATI
Kalau Aku Mak dia dah lama aku tekup mukanya dengan bantal

Tergamam
Mengapa begitu
Cukuplah dia memalukan kami sekeluarga
Cukuplah derita yang ditanggung ibunya

Begitu sekali tekad dihati
Kasih sayang hilang dari sanubari
Yang Tinggal hanya benih kebencian
Bercambah menjadi pepohon berduri
Mencucuk pedih martabat seluruh untaian darah
Meninggalkan parut hitam
Biar mampu ditutup oleh pandangan mata
Tetap kekal dipahatan jiwa 
Selamanya.....

Titah Bonda
kata-kata adalah sebuah doa
Sampai hati mu..Itu kata ku
Ah!!!..cukuplah sudah
kami tidak lagi betah
Berkali bukan sekali..tidak juga berubah
Akhirnya....
Padah  dan parah
Nyawa sudah di penghujung lidah
Masih tiada dia endah
Malah ibunya  menjadi mangsa imarah

 Lama memikirkan
Aku terdiam
Barangkali jika berlaku kepada ku
Itulah juga menjadi doa ku
Atau terlalu kejamkah sebagai manusia
Mendoakan KEMATIAN sebagai jalan penyelesaian.....


PEMBERITAHU:Kelakuan nya "MERAGUT" segala simpati didalam hati seluruh ahli keluarga.....









Dua Tahun sudah terpejam mata...

June 21, 2012

Assalamualaikum gengs
Bagaimana rasa gelodak jiwa kamu hari ini gengs
Ada Gelisah hari ini
Ada Tidak tenteram
Ada kesedihan melanda
Ada kekosongan di jiwa
Ada terpalit kerinduan
Ada terguris perasaan
Ada kenangan sukar melupakan
Ada kemaafan sukar memberikan
Ada Dendam kesumat menjadi nanah
Ada kebencian seusia hayat atau
Ada penantian mengharap yg kamu sendiri tahu tidak akan kunjung tiba
Masih tetap berharap...
Kenapa dinanti
Jika sudah diketahui
Jika ianya sudah sesuatu yang pasti
Sudah nyata
Terpatri
Sah
Sahih
Kebenaran
Kenyataan
Perjanjian
Namun...............................
Inilah Fitrah Kejadian
Hati Rapuh seorg Insan
Mencuba menjadi kental
Menjadi Keras Bagai Besi Keluli
Lebur juga akhirnya dek setitis Air
Kuatnya kuasa Air
Sehinggakan titisnya mampu menenangkan jiwa
Titisnya juga bagaikan ukuran sebuah kerinduan
Alirannya semakin menderas bila terkenangkan
Terkadang titisnya juga nisbah kesyukuran
Titisnya pengubat keresahan
Hari ini kutitiskan ia lagi
Kutitiskan ia bersama doa yg tidak pernah putus

Dalam lipatan dan susunan kenangan duka ku......


ABG CHIK.....
Dua tahun hari ini telah bersemadi.....

AL-FATIHAH
 MOHAMAD AZHAR BIN SAZALI


PEMBERITAHU:.Doa MAKSU dan seluruh ahli keluarga buat kamu tidak pernah padam biarpun limpahan airmata jatuh berderaian......







Berilah Kekuatan Padanya Ya-Allah....

June 20, 2012

Assalamualaikum sahabat maya
Semoga semua sahabat dilindungi Allah S.W.T

Hari ini
Pagi Ini
Semenjak itu
Hati berdebar-debar sangat geng
Sekejap ku Buka FB
Sekejap nnt kubuka lagi
Tidak keruan jadinya
Kepala teringatkan sahaja
Kenapa Duhai hati
Kenapa begini sekali debarannya

 Anak saudara sahabat baik ku gengs
Kemalangan jalanraya semalam
Kini masih berada Di ICU
Hospital Sg. Buloh
Parah Kecederaannya
Masih Tidak sedarkan diri
Mohon Sama-sama kita doakan
Yang terbaik buatnya yer gengs..








Mohamad Nor Suzaidi



PEMBERITAHU: Semoga Ibunya tabah dan redha dengan segala kemungkinan...

Meniaga lah penuh keikhlasan kak..bukan untung semata-mata..

June 19, 2012

Assalamualaikum ya gengs

makin lama makin sepi
makin lama makin tiada
makin lama korang semua pun makin bosan
makin lama makin menyampah dah kan
Sori gengs aku pun tak tahu mengapa
makin hari makin malas menulis
Cerita ada...menaip tu yg malas

Aku Ke Utara minggu lepas gengs
Cuti-cuti sefamili
Singgah makan disebuah kedai Kakak Melayu ni
Mestilah kedai Melayukan gengs
tak kan makan kat kedai Cina pulak
Bukan lah nak mengata kaum kita ni
Namun itulah ironinya
bukan semua
Ada yg beri layanan tiptop kan
Tapi yang aku hadapi kali ni
menyirap kan darah aku lah pulak
Ada menu nasi ayam
Ayam dah siap tergantung dah
Bila aku order
pelayan tu kata nasi ayam belum masak
ok lah
Kemudian En HB order nasik putih
berlaukan ayam dari menu nasi ayam tu
Yg sipelayan pompuan ni dok berlengah-lengah lah pulak
 siap pi buat ayaq dulu
Aku tgk muka en HB dah lain mcm dah
bila dia hantaq ayaq
dia buleh pi tanya kat En HB semula
"Jadi  ke nak makan Nasik putih dgn Ayam tu"
Dik Non....mmg lah nak...En HB akk td ckp Melayu jer dgn ko masa nak order kan
Stat lah lain mcm muka aku ni kan
Tp yg tidak syoknya gengs
Kesian En HB aku....nasik yg dia makan pun belum habis lagi
Pakchik duk sebelah meja boleh pulak dapat makan nasik Ayam
Lepas tu ada seorg mamat dtg bungkus nasik ayam 3...
Ni Apa kes??...
Aku rasa kan gengs..Sbb lauk pauk dan nasik putih dia masih banyak lagi
Sebab tu dia tak jual nasi ayam dulu
Cuma yg tak patutnya...sebelah meja boleh pulak dapat
Barangkali pelanggan tetap...
 Sekali ni jer lah kami singgah kat kedai kau KAkak Melayu....
 Kami bayar kemudian berlalu tanpa kata
Berhajat juga nak berikan dia kata2 yg cukup "MOLEK" ...ahhhhh.....
Lupakan jer lah.....



PEMBERITAHU:Apa pun alasan jgnlah keuntungan saja yg difikirkan...




6 + 6 = 12 bersamaan 2 kuasa 2 = 44....

June 06, 2012

Assalamualaikum gengssssssssssssssssssss.........

lama nya aku tak menyapa korang gengssss
Sori gengsss....

Tajuk aku hari ni nombor disana sini gengs
Bukan apa mengenang kembali mengimbau semula
Saat pertama kali mengenal nombor
Saat pertama kali tahu semakin hari semakin bertambah nombor itu

Ku Lakarkan sesautu disini yer gengs...

44
empat puluh empat
ampat ampat
Apa jua cara menyebut
Bagaimana ia ditulis
Angkanya itulah

44
Tua sangat kah
Atau permulaan satu dimensi
Perubahan ke tingkat yg lebih sensasi
Sensasi dalam ertikata yg lebih Tawaduk
Lebih Istikamah
Lebih Mulia

44
Bukan sesautu yg perlu dibangga
Ianya bagaikan satu amaran
Hidup semakin singkat hari ke hari
Hidup perlu di isi dengan bekalan yg mencukupi
Cukup kah??????
Aku Takut....sebenar-benar takut

44
Sakit dan perit wanita melahirkan 44 thn dahulu
telah aku rasakan 3 kali
Terimakasih buat wanita itu
Selama 44 ini
Selama itu juga tiada bosannya dia
Kerenah wanita 44 ini paling sabar ditanganinya
Tabiat wanita 44 ini paling sukar di pujuknya
Kedegilan wanita 44 ini membuatkan dia terluka
Maaf kepadanya dari hati tulus wanita 44 ini...
"MAK AMPUN KAN SEGALA DOSA KU"
"DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA AKHIR TITIS SUSU MU"

44
Hari ini 6/6/2012
tepat jam 12 tgh hari
genap usia ku 44 thn
Selamat hari Lahir Buat Aku
Semoga Aku tidak lupa asal usul
Semoga aku sentiasa sedar
Nyawa ini hanya pinjaman
Supaya aku tidak mensia-siakannya

44
Ampunkan segala salah silap ku gengs
Selama hayat 44 ini
bersama-sama menulis sesautu disini
Tersinggung hati kamu semua
Dengan tulisan ku
Akan berat terpaksa ku pikul
Kemudian hari...

Ya Allah
Ampunkan segala kekurangan diri ini
Terimakasih atas Barakah umur yg Kau kurniakan....
Aminnnn...


PEMBERITAHU: Walaupun hidup seribu tahun..jika tidak sujud kepadaNYA...apalah ertinya......

Aku Manusia Biasa...Ketakutan itu tetap Ada..

May 25, 2012

Assalamualaikum gengs...

Jumaat Kembali Lagi
Bertamu
Bertemu

Bagaimana Kamu semua gengs..
Sihat?..
Sedih?..
Terluka??..Melukakan??..
Kecewa??..Mengecewakan??
Diasing???..Terasing???..Mengasingkan??
Takut???...Ditakuti??...Menakutkan???...
Semua ini perasaan manusia biasa seperti kita kan gengs


Ini kesukaan ku geng
Melakukan ini menjadikan diri tenang
Menjadikan diri insaf
Satu terapi memuhasabahkan diri
Pasti sutau hari
Kita semua akan kesini
Jika kita Masih Hidup Kita yg Sedekahkan AL-FATIHAH
Jika kita telah mati disedekahkan pula kepada kita AL-FATIHAH...

TANAH PERKUBURAN...

Selalunya bila bercuti sewaktu anak2 bersekolah
Balik dari menghantar Yana dan Zati
Aku akan singgah di Perkuburan Kg Aku geng
Menziarahi Pusara Arwah Abg Chik dan arwah Ayah aku gengs
Selalunya jam 2 begini tiada siapa diperkuburan
Tidak dapat aku gambarkan duduk berseorangan disni geng
Terlalu Sunyi dan Sepi....Sebak
 Akhir bulan lepas aku bercuti 6 hari gengs
Dan seperti kebiasaan lepas menghantar Zati
Aku singgah di kawasan Kubur
Memang hanya aku berseorangan disitu
Ditemani ratusan nisan yg diam dan membisu
Duduk disisi Pusara Abg Chik hampir setengah jam
Tiada perasaan takut dihati gengs
Bukan berkata besar
Sampailah minggu lepas
Setelah mendengar cerita mak
Aku jadi takut pula
Abang penjaga KUBUR itu mmg aku cukup kenali geng
Orangnya baik.. berkata-kata hanya pada yg perlu sahaja
Dia mmg cukup pendiam
Cerita tentang kelibat yg kelihatan dikawasan kubur ni
Memang pernah aku dengar
Hanya bila mak aku tanyakan kepada dia
Dia mengaku pernah terlihat kelibat itu
Wallahualam...
Kata Abang tu lagi
Rezeki dia di kawasan perkuburan itu
Dia lebih takutkan ALLAH dari apa yg pernah dilihatnya di situ....

Entahlah gengs....
Urusan ROH hanya ALLAH yg mengetahui kan....


PEMBERITAHU:Benar Atau Palsu semuanya dari kelalaian aku sebagai manusia...Kerana sebaik-baik KEBENARAN adalah dari ALLAH yg MAHA MENGETAHUI....




Semoga Jalan Pulang Terbuka......

May 18, 2012

Assalamualaikum Gengs

Jumaat Yang Indah
Jumaat Peghulu Segala Hari
Masih diberikan Barakah Umur Hari Ini
Syukur Kehadrat Mu Ya-Allah

Semoga Allah Ampun kan kekurangan diri
Dah lama rasanya aku ingin bercerita
Tentang Seorang sahabat ini
Jangan Salah anggap yer geng
Aku hanya ingin bercerita
Dan dengan cerita ini
Semoga kita doakan dia
Dan mengambil Iktibar 
Dengan himpunan dan timbunan doa ini
Terbuka hatinya Kembali kepangkal Jalan
Tiada niat aku mengaibkannya
Cuma rasa Kasihan kalau pun bukan kepada dia
Kepada Kedua Orang Tua nya...
Aku kenal dia semasa zaman anak dara lagi
Jarak umurnya dengan ku... dia tiga atau empat tahun lebih muda
Orangnya cantik
kehidupannya dahulu sewaktu aku mengenalinya tidaklah semewah mana
Ayahnya cuma bekerja sebagai buruh manakala ibunya tidak bekerja
Adik beradik ramai
Dia anak ketiga
Muka Buku mempertemukan kami semula
Aku menyapa dia membalas
Kenal lagi rupanya dia dengan ku geng
Kemudiannya aku mula melayari halamannya
Bermula dari itu hatiku telah berdetik
Penuh dengan gambar sosial kehidupannya
Berparti....rokok ditangan...minuman terlarang
Pakaiannya yg menjolok mata
 Kawan2nya bukan sesama bangsa
Tidak mengapa berkawan
Berkawanlah dgn sesiapa sahaja
Namun bila kehidupan nya telah sama dengan kehidupan
Kawan-kawannya yg tidak sama bangsa semestinya
UGAMA yg berbeza
Tergamam rasa bila dia bersama-sama MAKAN semeja
sewaktu sambutan Perayaan mereka dirumah sahabatnya itu
Dia kelihatan bebas dirumah rakan nya itu
Seolah-olah mereka tinggal serumah
Ada kawasan sembahan disatu sudut rumah
Ditepi sudut itulah ada satu gambarnya dia duduk dan makan
Ada haiwan terlarang ditepi meja makan
Dan dia bersama-sama mengatakan betapa rindunya
Ingin menemui haiwan itu bila mereka berjauhan
Dia memuji pernah memakan MEE HOKKIEN
Di sebuah restoran yg Jelas terpampang tidak berlogo halal...
Kata nya kesedapan mee itu tidak pernah dia rasai sepjg hidupnya
Dia tidak lagi khuatir halal dan haram yg telah terangan disatukannya
Dia seolah tidak lagi peka akan kata kawan-kawan sebangsanya
Pernah ku tanyakan pada kawan2nya yang rapat
Kata mereka
"DIA telah jauh terpesong kak"...
Aku terdiam.......


PEMBERITAHU:Semoga dia akan segera sedar.....buat kita semua...Semoga masih waras memikirkan kehidupan ini hanya sesingakat satu kerlipan mata....







120512...22...

May 14, 2012

Assalamualaikum gengs..

Buat gengs pembaca senyap...sori gengs lama tak menyapa korang...semoga korang semua sihat2..

Masa jika dinanti lambat sangat berlalu
Waktu Jika dihitung lama benar perjalanannya
Namun dalam cuba menghitung dan menanti masa
Sedar Dalam Jaga
Ah...Sudah Puluhan tahun rupanya

Dengan Izin yer gengs
Ingin aku lakarkan sesuatu di sini
Buat tatapan aku kemudian hari


12/05/90 - 12/05/12...
Genap 22 tahun usia perkahwinan aku geng
Melayari Sebuah bahtera kehidupan
Dari Bujang kepada Berkelamin
Terkadang dipukul gelora
Terkadang Aman dan tenang
Semuanya rencah melazatkan kehidupan
Sesekali Bila Perang Melanda
Anak2 menjadi perantara
"Ckp dekat Ayah...Mak Ajak Makan"
"Ayah!! mak kata dia ajak Ayah makan"..
Mengingati kembali kejadian ada senyuman dibibir
Tiga Puteri seolah memahami
Kami jarang memohon maaf
Hanya bila sudah berteguran kemaafan termetrai semulajadi
Kehidupan kami penuh sederhana
kami berkongsi banyak persamaan bersama
Satunya yg paling ketara
Berhutang bukan sifat kami
Tiada tidak mengapa
Kami kumpul berdikit-dikit kemudian mendapatkannya
Kami amat berjimat
Anak2 ada juga merungut tidak dapat itu dan ini
Kami katakan bukan niat kami tidak memberi
Ada yg lebih penting dari apa yang kalian hajati
Mereka memahami....
Kehidupan berumahtangga
Menuntut Banyak Perkara
Satu yang nyata
Terima Pasangan seadanya
Sebagaimana dia menerima kekurangan ku
Begitu juga aku...Wajib terima kekurangannya
 Dan bersama-sama memperbaiki kekurangan itu
Saling Percaya dan meghormati
Sejujurnya perkahwinan kami tidak banyak teruji
Alhamdulillah...Allah melindungi
Awal2 perkahwinan dahulu..kami jarang berbual
Entah mengapa..sehingga hari ini tidak terjawab
Namun Alhamdulillah...kini kami sentiasa
Ada cerita untuk dibualkan
Ada ketawa mengiringi cerita
Ada gurauan memanjangkan kata
KAMI BAHAGIA.......


Ya-Allah ku pohonkan kepada Mu
Berkatilah Hubungan Kami Ini
Satukan kepercayaan kami
Hindarilah kami dari sifat terkeji
Cemburu Yang Melebihi
Ungkit mengungkit segala pergorbanan
Ketidakpuasan hati sesama pasangan
Hanya Lahad Mampu Memisahkan...
Amin Ya Rabbal Alaminnn....

 




PEMBERITAHU:Hargai pasangan selagi dia menghargai mu.....



Kannn...Siapa Suruh Intai-Intai Dia....

May 11, 2012

Assalamualaikum gengs....

Petang baru bersiaran gengs...

Nak cerita sikit perihal dua anak dara aku ni gengs..

Aku dah pesan jgn intai-intai...
Jangan berani nak senyum-senyum kat dia...
Dia ada naluri jugak...
Ada perasaan...

Sekali dia mengorat....
Pucat Muka....
Tu Lah...
Pesan mak tak nak dengar....

















Hah!!!!





Kan




Kan





Kan





Kan






















Kelakar tengok Muka korang...hehehe...


PEMBERITAHU:Korang Buah hati Mak....

Gelojoh Sangat...Padan Muka Aku....

May 09, 2012

Assalamualaikum gengs...

Orang kata kan gengs...bila membeli tengok-tengoklah dulu...
telek-telek lah sikit...supaya jangan menyesal....
Itulah kita ni kan dah namanya manusia
Lupa memanjang
Ingat sekejap..Lupa lama....
nampak cantik sikit terus rembat

bukan apa gengs
nampak cantik
harga murah
rembat lah satu
balik rumah
bila suruh Yana pakai.......
 Aku nampak lain macam jer gambar tu...





Apa korang nampak gengs....







Sekali Gambar Salib lah pulak...

Cepat2 aku pegi tukar..nasib baik budak salesgirl tu ok...siap mita maaf kat aku gengs..dia pun kata dia tak perasan gambar tu.....

Lain org lain pendapat kan gengs...ada yg kata apa salahnya..jika sekiranya bentuk SALIB itu tidak benar2 menyerupai lambang SALIB yg sebenarnya dgn lain kata ianya cuma sekadar gambar..entahlah..tp aku yakin walaupun ianya sekadar ilustrasi aku tetap tidak mahu...FullStop....

PEMBERITAHU:hati2 gengs jgn gelojoh mcm aku....


Ukh Aloh!!!!.....

May 08, 2012

Assalamualikum gengs...
Hampir sebulan gengs.. aku tidak menulis...
Hampir sebulan tidak menyapa kalian
Semoga Kalian Sihat-sihat selalu
Dan sentiasa berada di bawah lindungan ALLAH S.W.T.....
Ini sepatutnya kewajiban kita sebagai sesama insan kan gengs
Sentiasa mendoakan yg terbaik buat gengs yang lain

BUKANNNNNNN
Kafir Mengkafir.......

Uhk Aloh...Berat Belake Tuduhe ni....
Ghoyak biar comey deh...
Kito samo isle..

nampok dok ni geng.. kuar bahaso kelate nih...
ni baru satu melesiea.....
dengar ni ambo nok jadi tuke karoot komedia benta deh...
Kito nyanyi dikir barat deh....nanyi samo ambo..


Wahai bekas ketua polis jangan sebut pandai-pandai
Dia orang tua budi elok molek dan permai
Jangan sampai kejap nanti mu pula dapat badai
Herot mulut belah kiri sebab buruk perangai

Sudah lah masa dulu satu orang mu bantai
Sampai lebam bijik mata hodoh betul perangai
Hari ni kuar cerita bukan main memandai-mandai
Kafirkan Seseorng ilmu ugamanya bijak pandai

Cuba Pandang diri sendiri Ugama apakah dianuti
Jangan sebab Ada kuasa hidup tidak akan mati
Dan bila esok hari.. mati datang menghampiri
Sedang mulut hari ini Menkafiri Bangsa Sendiri

Sebatang Pokok
Biar sebesar mana pun batang nya
Biar sekuat mana pun dahan nya
Hijau meredang daunnya
Lebat berbunga
Mengeluarkan buah yg banyak
Satu hari nnt mati juga.....
MATI tanpa disoal siasat..mereput menjadi baja...

Seorang Manusia
Setinggi mana pun pangkat
Sehebat mana pun kata-kata
Berkuasa....
Berharta...
Satu hari akan mati juga
MATI yang akan disoal segala tingkah..segala kata...segala perlakuan...
SEGALA-GALANYA....sebesar zarah...BAIK dan BURUK.....tidak terlepas....

PEMBERITAHU: Yang Baik Datang Dari Allah...Yg Buruk itu adalah kekhilafan aku adanya geng...Akhlak yang baik..pertuturan yg molek juga kerana akal yg Allah kurniakan....Jadi berfikir-fikirlah sebelum melakukan sesuatu perkara.....Pesanan ini selayaknya utk aku yg byk silap ni gengs....

Sejak Dua Minggu Yang Lalu......

April 13, 2012

Assalamualaikum gengs...

hari berganti hari ..minggu tetap bertamu cuma N3 yg semakin menjauh dari kamu kan gengs.

Mencari semula ketenangan yang hilang
Dek perkhabaran yang datang tanpa diundang
Aku kecundang
Mengisi hari-hari yang mendatang

Lena akhir ini sering terganggu
Dibirai katil jam tiga pagi diri termanggu
Suasana malam menjadikan hati makin mencengkam
Kelam suram bagaikan hitam pekat malam
Fikiran melayang aku terdiam

Dimana harus aku bermula
Bagaimana sebaik mungkin menuturkan kata
Apa soalan pertama yang akan kutanya
Ahh!! semuanya bersarang didalam kepala

Sebak hiba aku terluka
Tidak pernah separah ini hati kecewa
Segalanya bagai suatu malapetaka
Menghimpit segala ruang minda
Sakit...sakit...sakitttttt....

Ya-Allah berikan aku kekuatan
Ya-Allah berikan aku ketabahan
Ya-Allah berikan aku jalan penyelesaian
Ya-Allah tunjukan aku mengatasi kebuntuan
Ya-Allah....Hanya pada Mu kumohon pertolongan....



PEMBERITAHU:Hati terlalu runsing..fikiran pusing...segalanya bagaikan gasing..ligat berpusing...mengeluarkan desing terasa amat bising..rasa tidak mahu ambil pusing...namun segalanya terasa genting....seolah akan putus dan luruh terasing....

Mak kan Ada....

March 28, 2012

Assalamualaikum Ya-Gengsssssssss....


Putaran Hidup begitulah....
Ada suka...Ada Duka
Ada pahit..Manis pun ada
Apa-apa pun yang terjadi....



MAK KAN ADA....
Ada selalu buat kamu
Susah senang
Duka lara
Gelak Tawa
Riang gembira

MAK KAN ADA...
kerana itu Allah ciptakan MAK
Buat kamu sentiasa rasa selamat
Biar pun jarak jauh
kata-kata mak boleh melegakan...
Kekusutan
ketakutan
Kecurigaan
kata-kata mak boleh berikan
Semangat
Motivasi
Kekuatan

MAK KAN ADA...
Jangan menangis yer
Jangan risau lagi tau
Kena Tabahkan diri
Harus kuat semangat
Bukan semua kawan itu boleh dipanggil sahabat
Bukan pula sahabat itu sempurna untuk menjadi rakan
Tapi MAK......MAK boleh jadi....KAWAN...SAHABAT dan RAKAN

MAK KAN ADA...
Bahu Mak Boleh Jadi sandaran kepala
Lengan Mak Boleh jadi bantal
Kedua tangan mak boleh memeluk erat...kamu rasa selamat tak???....

MAK KAN ADA...
Mak akan ada bersama kamu selagi tidak ajal menghampiri
Mak akan menyokong kamu biar pun seluruh dunia menghidar
Mak akan percaya kan mu selagi tidak ada niat penipuan
Mak akan sentiasa sayangkan kamu biar pun apa jua keaadaan


MAK KAN ADA...
Ada untuk masaalah kamu
Ada untuk kesulitan kamu
Ada untuk keadilan kamu
Ada untuk segalanya buat kamu selagi hayat masih ada



PEMBERITAHU:Hanya "kamu" yg tahu......

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG.......

March 27, 2012

Assalamualaikum gengs...

hari ini 27/03/2012


Sayang.....
Lama benar rasanya tidak kerumah mu...lama sangat rasanya tidak menjenguk halaman mu...melupakan mu???..tidak pernah pun terdetik didalam hati....meminggirkan mu??...jauh sekali..

Sayang....
hari ini 17 tahun usia mu...dah bujang kamu kan...tentu kamu lebih tinggi kini...tentu kamu sangat kacak....

Sayang...
menghampiri tahun kedua kini kau jauh dari sisi....kepergian mu memang mengundang rasa sebal didada...kau tahu kan...dah lama nenek lupa cara untuk tersenyum...sudah lama juga nenek kehilangan tawa...dan selama itu juga seluruh ahli keluarga rasa kekosongan dihati dan jiwa....bukan menidakkan kepergian mu...cumaaaaaaa......kami rindu kan mu...rindu sangat.....

Sayang...
semakin dihitung hari...semakin menjauh kau dari kehidupan kami...kita berbeza kehidupan kini..namun dihati kau akan tetap kekal dan abadi...

Sayang...
Selamat Hari Lahir buat mu.....
Semoga Allah akan menempatkan mu bersama insan-insan yg DIA redhai....


AL-FATIHAH

MOHAMAD AZHAR BIN SAZALI
27/03/1995 - 21/06/2010




PEMBERITAHU:Terbenam jauh kedasar kerinduan yg tidak mungkin dapat di dengarnya...titipan doa setiap kali bila 5 waktuitu terisi menjadikan kerinduan itu sedikit terubat...

Jatuh Berderai Airmatanya.....

March 22, 2012

Assalamualaikum Ya-Gengs...

Lama sgt tak menulis..lama benar tak bercerita...

Adapun penyakit misteri malas yg melanda menyerang semula...nak menipu kata banyak sgt kerja takut masuk neraka...berterus terang lebih baikkan gengs...

Bercakap tentang menipu ni gengs...punyalah zaman kini..anak2 sudah tidak lagi takut utk menipu mak ayah.zaman aku dulupun sudah ada bab tipu menipu makayah ni..cuma tidak menular dan membesar seperti zaman kini..

Apa salah Mak..dimana silap anak..apa kepincangan keluarga....semuanya kini bagai kan sejenis Virus yg jika tidak dikawal penularannya akan lebih serius lagi...

Bukan sahaja kepada anak2ku...nukilan ini buat semua anak-anak....luahan hati ini bagaikan luahan hati seluruh ibu yg punya anak seuisia itu....


Anak..
Jatuh Berderai Mutiara itu dari Pipinya
Tatkala kau hilang diculik Insan Durjana
Rupanya pembohongan kau reka cipta
Inginkan bersama teman lelaki kau rupanya

Anak...
Mentah sangat usia mu
Terlalu Mudah engkau akan tertipu
Jangan sampai hilang mahkota kesucianmu
Sesalan kelak tiada gunanya buat mu

Anak....
Nanah dan hanyir dosa bagi mu bagai haruman kasturi
Kudis dan kuping penipuan membusuk memakan diri
Saat diri menghitung satu persatu gelodak rindu
Andai tidak kau kawal tuntutan nafsu
Kau bakal tercampak kedalam kancah zina
Menambahkan zuriat tidak berbin dan binti yg sempurna

Anak....
Lahir kamu kedunia bagai kain putih
Tidak akan ada dosa sehingga kau bertatih
kemudiannya kami..ibubapa mu akan bertasbih
Mohon Allah hindari kan mu dari musibbah
Inginkan kesejahteraan mu penuh barakah
Inginkan kecemerlangan mu tiada noktah
Mahukan kejayaan mu melimpah ruah

Anak...
Apa salah kami
Dimana kepincangan kami
Apa sebenarnya yg kamu ingini
Banggakah menconteng arang kemuka kami
Beginikah cara membalas segala budi
Kami tidak minta satu sen pun wang kami dikembali
Cukuplah sekadar kalian mengerti
Bahawa kalian lah lambang kemegahan kami
Kalianlah wira dan wirawati
Kalianlah para soleh dan solehah hati
Menjadi pendoa makbul membantu kami bila mati

Anak....
Sejahat mana pun kamu
Seburuk manapun kelakuan mu
Masih ada ruang memaafkan mu dikalbu
Bertaubatlah dan kembali ke jalan lurus
Supaya nanti hidupmu akan terurus
Sebelum helaian kain putih dan kapur barus
Menjadi pakaian terakhirmu kealam tiada pupus....



PEMBERITAHU:KAKAK..ZATI dan YANA...ketegasan mak kerana ketakutan inilah penyebabnya....

Malam Tadi.....

March 13, 2012

Assalamualaikum ya-gengs...

Malam tadi tengok TV
Perihal Tauke Lembu yg kena dakwa
Menyeleweng dan salah guna kuasa
Itu pertuduhan keatasnya
Tapi dia kata dia tak bersalah
Tak mahu mengaku kalah
Mohon untuk dibicarakan lah

malam tadi.....
Tengok lagi Berita TV
Pembacanya pula berkata
Ini ikut skrip pasti dan nyata
Beginilah rasmi pembangkang katanya
Salah sendiri tak nampak pula
Salah orang lain bukan main mengata

malam tadi...
Aku tengok lagi Berita
Dalam hati aku berkata
Kalau bukan pembangkang yg mendakwa
Entah bila tahun kes akan terbongkar pula
Ratusan ribu melayang macam tu aja
Yg dia bertambah kaya mengumpul harta
Lembu ntah kemana kondominium pula yg dikumpulnya
Hai lah manusia

malam tadi..
Dalam berita TV juga
Ditemuramah pula seorang gadis
Lihat muka bukan main manis
Tapi kata-katanya pahit bak peria
Suruh lepaskan jawatan Pemimpin Tua
Buat apa jadi ketua
Kalau menantu pun menyeleweng juga

Malam tadi....
Berita TV kulihat lagi
Pembongkaran yg terbongkar cuba diselindungi
Salahkan org lain yg tak sama parti
Pot pet pot pet itu ini
Tiga suku berita duk mengumpat bangsa sendiri
Alihkan perhatian orang pada cerita lain yg lebih sensasi
Supaya Cerita lembu tamat bagai tradisi
Seperti puluhan Kes Berprofail tinggi
Ada kambing Hitam sanggup nyawa diperjudi


Manusia dan lembu
Adakah sifat kini punya persamaan
Berotak tiada berakal
Berakal tidak tahu menggunakan


Aku bukan ahli politik
Ahli Politik Bukan aku
Sekadar hendak menjentik
Menjentik hendak tau masak atau mentah sesuatu.....


PEMBERITAHU:Lembu tak berakal sbb itu makan rumput...ada manusia yg berakal tetap juga makan rasuah....siapa yg sebenarnya tak berakal ni??..Lembu ke Manusia....

Sabar EyeNee..Sabarrrrr

March 09, 2012


Ahlan wa sahlan Ya-gengs............sekaliiii arab sgt dah bunyinya .....
Macam mana korangS semua hari ni gengs...sihat adanya...

Lama tak berkias-kias
Kata org lepaskan tekanan melalui penulisan ni pun kira ok dah
Tidak terus menyebut nama.....
Hanya munkin barangkali ada yg terasa
Anggaplah tiada yg berkaitan pada yg hidup dialam nyata jauh sekali di alam maya dan tidak juga dialam kekal tempat kediaman selamanya...

Namun jika ada yg mungkin terasa....sori lah aku tak berdaya...sekadar meluah apa yg terbuku dalam dada.......



Sabar....
Semakin nipis
Semakin Tipis
Semakin Terhakis
Semakin Terkikis

Kemaafan..
Semakin Jauh
Aku Dah Jenuh
Seperti Bertaruh
Akhirnya.......Keruh

Kebencian...
Kucuba Hindari
Ku Buat Tak Peduli
Terasing Menyendiri
Dalam Wilayah Sendiri

Perasaan....
Geram ku pendam dalam
Meluat ku Hitam kelam
terfikir-fikir bagai nak buat
Bagi sebijik penumbuk maha hebat


Yg kanan ni boleh menginap kat Hotel tak der Star dan berbilik Suite ICU 3 days 2 night


PEMBERITAHU:Raja Lawak pun tahu jugak Marah.....

Rapat sikit geng..aku nak citer ni....LELAKI ITU...

March 07, 2012

As-Salam gengs...

Adoiiiii...jgn lah rapat sgt..dah bersentuhan kulit ni.....aku kata rapat sikit kan....

Ada seorg lelaki ini...

Nak kata hensem...Hensem lagi laki aku (tetment nak makan penerajang)
Nak kata kacak...kacak lagi suami aku (tetment nak kene penampar)
Nak kata menawan...menawan lagi hubby aku (matilah tetmen poyo sgttt dah ni)

Semenjak dua menjak ni gengs...tetarik betul aku nak tengok lelaki ni setiap pagi
Semenjak tiga menjak ni gengs...tak puas pulak nak tengok perlakuan dia di pagi hari

Kenapa dengan dia????
Tak boleh aku jawab persoalan ini gengs

Terperincinya adalah....

Setiap pagi aku akan mengeteh dgn kroni2 opis aku ni geng...tempat wajib kunjung.. kedai mamak bawah opis aku...harap2 dorang tak uli tepung roti canai tu pakai kaki.....tiada pilihan lain disini aku tawakal fisabilillah jer la...

Sebenarnya dah lama aku perasan mamat ni..dlm lingkungan 40++...duk senyum-senyum.....bukan senyum kat aku...tp senyum sendirian....mula-mula tu aku fikir...dia tersenyum-senyum lepas baca SMS...oh brgkali ada yg lawak sgt pada SMS yg dia baca....kemudian tu bila SMS baca pun dah lama habis tapi senyum dia tak habis-habis aku pun naik hairan...must be something wrong somewhere ni...

Aku perhatikan lagi dia setiap pagi sampailah semalam aku tunjukkan dia pada kroni aku...memang gengs...dia bercakap-cakap sorang..bagaikan dihadapan dia tu ada kroni-kroni jugak tp invisible kroni...nak kata pakaian tak terurus tidak...nak kata seperti tidak siuman tidak juga...cara dia bagaikan hanya dia dan kroni tidak kelihatan dia tu sahaja berada dlm kedai mamak tu....ckp nya mmg lah tidak aku kedengaran...tp bila dilihat..memang dia seolah-olah berbual bicara dan tersenyum-senyum dgn seseorg....dah terbuka hijab barangkali kata hati aku....

Suami siapakah dia itu???
Ayah siapakah dia itu???
Anak lelaki siapakah dia itu???


Tekanan barangkali....Duit??..Kehidupan???...Keluarga???...Tempat Kerja????....



PEMBERITAHU:Jangan biarkan tekanan memacu hidup....

Bila Gambar Yg Bisu Bersuara

March 06, 2012

As-Salam gengs...



klik gambar utk membesar sebagai juara


PEMBERITAHU:sori gengs..buah tangan ku yg tah apa2....

Alahaiiiiii Makchik...

February 24, 2012

As-Salam gengs...

Petang sedikit baru menulis....

Usai Solat Zohor di surau awam dioffice ku yg tersergam Indah..Gaya..Mutu Keunggulan...

Surau office aku????..

Nun disudut parking kereta..Basement lagiiii...ditempat berwuduk itu juga lah cleaner2 persekitaran office aku membasuh mop dan segala bagai kelengkapan mencuci...hebat sungguh....

Bukan tempat jadi ukuran....Nawaitu ketika menuruti kewajiban tututan itu jadi keutamaan kan geng..

Bercerita tentang surau aku ni gengs...adalah dalam dua bulan lepas...waktu aku tgh solat zohor...tetiba dlm rakaat kedua....ada bau kurang enak sgt gengs...makin lama makin busuk...makin busuk...aduhai terganggu dah solat ni...

Selesai memberi salam dan berdoa cepat2 aku lipat telekung...bau masih lagi kuat....mana datangnya bau cam ni...lama dah tak bau..bau yg begini..tetiba rindu pulak....ada kaaaa......

Aku keluar dari surau..mmg dah tak boleh tahan....

Nun jauh disudut tempat kasut....ada sepasang kasut getah milik makchik cleaner yg menunaikan solat bersama....

Tak mengapalah makchik...makchik tak berniat pun nak buat kami semua rasa tak selesakan...



PEMBERITAHU
:Macam mana aku nak beritahu makchik tu suruh dia pakai stokin lain kali geng....

WW..Bisu dan Sendu

February 22, 2012

As-Salam Gengs...

MAK SU RINDU...
Bagai Mencari Setitis Embun
Dalam Lahar Gunung Berapi


Al-Fatihah.....





PEMBERITAHU:Selagi hayat dikandung badan..Dia tetap dlm ingatan.....

Yakin Memang Bukan Salah Aku..Tidak Kira Lah Siapa Kamu..Aku Akan Jawab...

February 21, 2012

Salam Gengs....

Bukan Nak menambah berangin hati yg dah memang sedia ada penuh dgn keanginan dengan cerita Jantan Keparat tu...tambah pulak bila salah faham di ofis terjadi semalam..lagilah hati aku berangin...

Bukan sekali dua dipersalahkan...Banyak kali....Berkali-kali..

Kemudiannya...

Oh..Bukan Salah kamu
Oh..Bukan kamu yg buat
Oh..Yang Sebenarnya dia terlupa...

Bosannya dengan ayat2 mcm tu..

Semalam...Melenting-lentinglah suara aku di Office...bukan nak tunjuk besar kepala..aku cuma Kerani Biasa berkelulusan sekadar SPM jer disini...tapi bila meletakkan logik akal pada sebuah kebenaran yg aku perlu perjelaskan pada kamu2 yg lebih senior dari aku bagai kan mengajar kanak2 yg baru baru berusia 5 thn mengenal ABC bagi aku mmg tak masuk akal....

Aku ni sekadar PENERIMA ARAHAN bukan PEMBERI ARAHAN....jika arahan yg diberikan oleh sipemberi arahan tidak tahu bagaimana menjawab persoalan si tukang tanya..bagaimana aku Si Penerima Arahan dapat menjawab..dan bilamana situkang tanya menekan aku menanyakan kenapa ada pertukaran pada harga bertulis tangan oleh aku...bagaimana selayaknya jawapan yang harus aku berikan sedangkan SiPemberi Arahan sewenang-wenangnya mengatakan tidak tahu kerana bukan tulisan tangannya disitu..walhal kebenarannya adalah setiap pertukaran harga haruslah daripada si Pemberi Arahan dan aku sebagai tukang terima Arahan menukarnya setelah mendapat arahan dari situkang Arah....

Ahhhh...Sulitnya menjadi seorg PENERIMA ARAHAN....

Seperti selalulah...Bila suara Si PENERIMA ARAHAN sudah sedikit TINGGI...barulah mula mencari kebenaran situasi....dan memang terbukti...arahan menukar diberikan oleh PEMBERI ARAHAN kapada aku...

Kemudian dtg si Tukang Tanya menunjukan bukti....

Buat apa nak tunjuk bukti sedangkan pendapat aku tadi kau pandang sepi...cara kau menanya seperti kesalahan itu kau terlalu YAKIN aku yg membuatnya....aku yg mengubah harganya...

"Ah..Malas lah saya nak tengok".....pendek saja jawab aku....


PEMBERITAHU:Prinsip aku....Membuktikan Kebenaran Dengan Sedikit Kekerasan Tidak Mengapa dari duduk membisu membiarkan diri menerima tuduhan kerana sedar diri hanya kakitangan bawahan.Aku juga punya SUARA....jangan menafikannya...

Jantan Keparat!!! Kau Silap Orang La...

February 20, 2012

As-Salam gengs...

Mengeledak hati ku gengs
Bagai lahar gunung berapi..silap lah kalau aku yg ko nak test try...

Semuanya gara-gara seorg jantan Endon yg duduk sebelah umah aku gengs..
Dah la duduk umah tu free...boleh buat onar pulak...memang cari nahas la ko...

Kejadian ni dah dua kali terjadi gengs...mula2 tu aku diam kan jer....kumpul bahan bukti jer sebelum pendakwaan aku lakukan...

Dan semalam memang memuncak betul tahap kemarahan aku..berapi-api...memang mendapat lah jantan tu dengan aku...nak sangat kan...ambik koooo.....

Stori dia.....

Sebelah umah aku ni gengs dalam jarak lebih kurang 15 langkah dari dapur aku...ada satu umah pekerja abang ipar aku yg buka bengkel kereta.....rumah tu didiami 2 org pekerja abg ipar aku...Yg senior dah duduk setahun tu kami panggil WAK..ok mamat ni...sembahyang tak tinggal...sopan budak nya...tapi aku tetap berwaspada....Dajjal bertopengkan alim ulamak la ni bersepah....

Dalam lima bulan lepas duduk lagi seorg...dah berusia sikit..tak pernah aku tegur...muka mmg nampak semacam jer....pandang org macam nak makan...lantak lah dlm hati aku selagi ko tak buat hal selagi tu aku tak ambil kisah...

Mula2 tu aku tak perasan gengs..sampai lah minggu lepas masa aku tgh basuh kain...Mesin basuh aku letak di luar rumah geng..di kaki lima dapur rumah aku...so bila aku basuh kain mmg aku akan nampak dia..tambahan pula sekarang ni dia ada buat pondok tempat dia lepak2 sambil minum2 kopi....bukan aku ber G-string berbikini bagai time basuh kain yg buat napsu dia melonjak melompat tinggi...Korang pikir apa dia buat gengs????.....

BETULLLL!!!..Tepat sekali gengs..dia duk menunjuk "ANU" nya dekat aku....dan semalam mmg betul2 hilang kewarasan akal budi bahasa aku gengs....mana boleh aku merasa terancam berada di rumah sendiri kan..yg dia tu dah lah pendatang asing..buleh buat tak senonoh mcm tu....Pagi smlm mmg aku dah perasan dia duk kat tempat lepak dia tu..tp aku buat tak tahu jer...aku basuh jer kain tanpa memandang kearah dia....tp yg buat aku betul hilang sabar tu..masa aku nak mop ruang tamu dlm pukul 2 ptg lebih kurang....aku duk terpandang dia tgh duduk atas kerusi mengadap arah rumah aku..menyelak towel mandi dan menunjukkan "ANU" nya tu...

Aku letak Mop....aku keluar semula ikut pintu dapur....mmg dia tgh pandang arah aku sambil tersengih-sengih dan makin galak menunjuk kan "ANU"nya..aku capai penyapu lidi ditepi mesin basuh dan berjalan kearah dia dan dalm jarak lima langkah aku baling penyapu tu kat dia....hah kan merasa ko kena baling dgn penyapu....

"JANTAN SIAL"....ko buat apa hah!!!!!!!...

Korang tau apa jawab dia gengs..

"Aku sorang2 kat sini...aku sunyi.....aku mintak maaf kali ni aku tau aku silap...aku mintak maaf"...

Suami aku mmg ada diluar rumah masa tu gengs...tgh panaskan enjin kereta....dengar suara aku yg dah macam halilintar tu..suami aku dtg dekat aku..tanya kenapa..aku stori kan gengs...aku harap mmg jantan tu kene penumbuk lah sekali..tp suami aku tak bagi..cuma kata suami aku

"KO KEMAS KAIN BAJU KO SEKARANG..AKU TAK NAK TENGOK MUKA KO LAGI KAT SINI".....

Masa beredar tu sempat aku jeritkan lagi...

JANTAN KURANG AJARRRR!!!!!!!!...

Aku bukan apa gengs....aku pikirkan 3 puteri ku yg berada dirumah sementelah aku dan suami keluar bekerja....sebelum terjadi lebih baik dicegah....



PEMBERITAHU:perasaan berani-berani takut..semangat keberanian melindungi maruah diri dan anak2 menghilangkan rasa takut....