Kesukaannya yg Paling Meletoppp....

February 27, 2014

As-Salam gengs
27 Rabiul Akhir hari ini
Semoga Rahmat Allah sentiasa merahmati hidup kamu semua gengs


Dia tak pernah aku hantar ke kelas yg formal gengs
Tapi kecintaannya terhadap air dan kolam renang
Dia kira macam tiada faktor ketakutan pada air lah
Jadi dia boleh berenang
Tidaklah hebat mana
Renangnyer tidak jauh mana
Tapi ok lah....




Di Melaka ni gengs..Dia 7 thn masa ni
Aku suruh terjun kat kolam kanak2...dia bantai terjun kolam dewasa
Kolam kecik tak trill katanya
Cuak mak nakssss....
 Dia rileks jer gengs
Korang tengok muka dia pun tau kan
Betapa dia enjoy




Ni Masa kat Sabah..dia 6 thn masa ni
Sama jugak..Kolam dewasa...dibantainya berenang...



Ni dekat D'Rhu beach resort.-Kuantan..thn lepas aku pergi...
Naik rentung dah muka dia...
Berjam-jam dia kat sini...




Ni Di Poring Hotspring - Ranau- Sabah 2010
Asal ada air bertakung..dibantainya terjun gengs
Kolam ni boleh tahan panas air dia
Dia selamba jer..


Ni di Manukan Island - Sabah
Kena pakai life jacket..dia tak suka..dia cukup tak suka pakai life jacket tu
Tak bebas nak menyelam katanya
Alahai dik non..adik amatur jer nak
Tenggelam nnt cam ner
Mak masa ni bukan main sibuk jadi life guard
Sila percaya yer gengs..ini stements adalah tipu
Life guard ko....Tak jejak je sikit kaki ke pasir..muka dah cuak
Ada hati nak jd Life guard...


 


 Dia punya berani gengs
Hingga dah sampai ke garisan yg dilarang melepasinya..
Yana...Yana...


Aku cukup suka gambar ni
Manukan Island yg sangat cantik gengs..
Air sgt jernih bersih,  menakjubkan....


PEMBERITAHU:Pantang kata nak pergi bercuti..Ayat pertama dia tanya "Hotel tu ada Pool Tak"..



Sotong Saja Ok...

February 26, 2014


As- Salam gengs
26 Rabiul Akhir hari ni gengs kan
Semoga Kalian semua didalam RahmatNYA....

Al-Kisah 2 beradik tu
Sejak seminggu ni nak bawak bekal lah pulak ke sekolah
Dah semnggu tu jugak aku buatkan nasik goreng jer
Walau tak komplen terang-terangan
Yana siap cakap
Mak tak payah isi banyak-banyak dlm bekas
nanti membazir adik tak habis makan
Bukan main berhemah yer Yana
Tq lah yer dik..

Jd malam td mereka kata
Mak buatkan beehoon boleh
Dah pukul 10 nak oii
Apa bahan pun tak der kat umah
Gagah lah juga ke kedai rucit depan umah aku tu geng
Kedai runcit kecik jer pun
Yg ada sotong jer
Fishball elek!!
Udang elek!!
Ayam elek !!

Timakasih mak
Timakasih mak
Timakasih mak
Dah lah tak payah ckp banyak2 kali
Ini boleh buat mak touching...








PEMBERITAHU:Air tangan mak kannnnn.....bukan aku sorang cakap..org lain pun ckp mcm tu kan gengs

Adik Paksa Diri Adik makan Juga Mak....

February 24, 2014

As-Salam Gengs
Hari ini ...Isnin 24 Rabiul Akhir
Semoga Rahmat Allah sentiasa buat kamu semua gengs


Pukul 8.30 Malam 23 Rabiul Akhir
Yana keluar dari bilk dan duduk sebelah aku diruang tamu gengs

Mak..mak tau tak Zati pun bila baca bloq mak dia menangis
Kenapa menangis
Dia ckap ada yg mak tulis tu buat dia sedih
Zati ckp dia kesian tengok mak
Mak banyak buat kerja
Bila malam mak masak utk kami semua
Walaupun adik dan Zati dah kenyang
"Adik Paksa diri adik makan"
Adik takut mak sedih
Zati pun cakap yang sama

Mak kalau kami buat mak sedih
Mak tak menangis ker???

Aku diam....

Kakak..Zati..Yana

Inilah kami sayang
Seorang wanita yg kamu panggil "MAK"
Kami harus kuat depan kamu
Kami harus kental depan kamu
Kami harus tabah demi kamu
Sehingga kamu sukar melihat airmata kami
Kemana jatuhnya airmata kami
Ianya turun kedalam hati kami

Dihati itu lah terkumpul
Segala kesedihan kami
Airmata kami
Keresahan kami
Kerisauan kami

Sesekali ia jatuh juga
Airmata itu jatuh juga
Saat kamu telah lena dibuai mimpi
Saat itulah mak tangiskan air itu keluar melewati pipi...


PEMBERITAHU:Aku dalm mood sedih gengs...sedih...sedih dan sedih .....


Apakah Tujuan Engkau Di Ciptakan..Apakah Rahsia Disebalik Wajah Itu

February 19, 2014


As-salam gengs
Semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik korang gengs



Saat ku lahirkan mereka
Ada yang kata rupa saling tak tumpah macam aku
Yang lain pula
Ikut ayah dia wajah dia ni
Seorang yang lain
Ikut sebelah keluargaaku wajah anak ni
Yg lain pula
Ikut wajah sebelah suami kau anak yang ini


Aku pernah terbaca
Kita sebenarnya memliki atau mengirasi wajah kedua ibubapa kita
Supaya bila mereka tiada lagi didunia
Hilang rindu kita pada mereka
Setiap kali kita cerminkan wajah kita
Dan semakin kita tua semakin jelas
Kemiripan itu
Bila kita melihat diri kita didalam cermin
Jika bukan 100% sekurang-kurangnya iras kita
Bentuk hidung kita
Tulang pipi kita
Bibir kita
Mata kita
Tetap ada mereka didalamnya




Kamu bertiga....Benih cinta mak dan ayah
Kalau nanti mak dan ayah tiada
Lihat diri kamu dalam cermin
Supaya kamu tahu didalam
Diri kamu
Masih ada kami
Mak dan Ayah mu.....




PEMBERITAHU:Aku mirip arwah ayah....

Duhai Apa Kah Gerangan Budi Balasan..Pada Insan Melahirkan Membesar Kan...

February 17, 2014

As-Salam Gengs
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs


Dimana harus bermula
Aku buntu keliru sedih sayu sakitttttt.....
Semua rasa berkumpul menjadi satu
Bercerita secara nyata
Bagai menyiram diri dengan air longkang

Sukarnya berdepan dengan situasi
Keputusan sementara yg ku ambil menyebabkan
Hati terobek robek...terobek dalam..sangat dalam

Menjaga sekeping hati
Dan membiarkan tiga lagi terluka
Apa pilihan yg ada padanya
Aku faham..dia faham.. wali itu juga faham
Cumanya kami terluka
terluka
terluka
terluka
dan tetap terluka.....

Tangis dia
Amarah Wali
Kebisuan aku
Terdaya termampu kah mengubatinya
Rasanya tidak perlu
Kami akan sembuh sendiri
Sembuh berhari
Berbulan
Bertahun Barangkali

Darah itu
Selagi tidak terpisah roh dari jasad
Selagi itu kena menyatu
Selagi itu harus kukuh berpaut satu sama lain
Kenapa itu tidak terjadi kini????

Aku rindu waktu sebelum akil baligh..besama kamu..dia dan wali
Waktu tiada hasad menjadi teman arkrab
Saat tiada darah baru membawa akibat

Dia terluka kerna kamu
Wali terluka kerna kamu
Aku terluka kerna kamu

Dan Permaisuri
Hidupnya dalam dilema
Memilih mengiakan Kamu
hingga melukakan Dia...Wali dan Aku...

Saat ini ku pilih jalan bisu
Permaisuri terluka
Pertanyaannya pada bongsu
Buat aku menangis...menangis dan menangis

Permasuri
Berikan aku masa
Berikan sedikit waktu
Aku perlu bertenang
Aku bukan dia..tangis sendunya surut cepat
Aku bukan wali...Api amarahnya mudah padam
Permasuri kenal aku kan???

Aku bongsu mu yg degil
Kebisuan ini adalah kembar ku....



PEMBERITAHU:Apa pun yg berlaku..PERMAISURI adalah nyawa ku...terkdg situasi buat kita terabai mengawal emosi.

Mudahnya Ku Lupa Pada Janji

February 13, 2014


As-Salam gengs
Alhamduliillah masih mampu kita bersujud subuh tadikan gengs
Semoga masih mampu bersujud hingga ke Isyak yer gengs

Sori lah Yana
Mak dah mungkir janji

Aku ni kan gengs dah berkali-kali dah berjanji dgn Si Yana ni
Mak tak kan marah2 kalau ajar adik matematik
Tetap juga kena marah dia malam tadi
Dah bertakung air mata macam kolam tadahan air
Bila aku tambah high pitch sikit jer kat volume suara aku
Berjurai dah air mata
Time tu bila aku tanya 2 + 1 pun dah terkulat-kulat nak jawab
Siap keluar jari tangan lagi hanya nak jawab 2 + 1

 Ayah dia dok menjeling jer dari ruang tamu
Nak menyampuk segan sebab aku dah warning awal2
Jangan nak menang kan anak2 bila aku marah
Bila dia marah anak2 pun aku tak kan masuk campur

Bengkak lah jugak mata Yana malam tadi
Habis buat homeworks Matematik
Hadiah lepas kena marah
Adalah satu pelukan yg maha hebat
Lagilah laju turun airmata dia

Tidur dlm tersedu lah Yana malam tadi.
 





PEMBERITAHU:Esok kita buat mate sesama yer Yana.cuma stanby lah tisu yer.Mak serik nak janji takut mungkir lagi.