As-Salam gengs
Semoga kamu semua sentiasa didalam Rahmatnya...
Hari ini 30/04/2013
Genap 21 Tahun Umurnya
Permata Pertama
Lambang Kasih Sayang
Benih Cinta Kami suami Isteri
Dahulu....
Dia keras kepala
A katanya
A lah maksudnya
Dia cukup berkeras
Dahulu....
Dia kurang berkata-kata
Dia Kurang mahu bertegur sapa
Sifatnya yg paling ketara
Dia hanya memilih kawan2 yg beberapa kerat sahaja
Yang hanya beristilah satu kepala
Kini..
Berinjak usia
Dia semakin matang berfikir
Alhamdulillah dia kurang berkerenah
Dia tidak lagi hanya mengatakan A
B juga kadangkala diterimanya
Kini...
Biarpun dia sudah dewasa
Di Mata ku dia masih lagi anak2 manja
Yg perlu ku pantau gerak gerinya
Yg masih perlu ku katakan biarpun berjuta kali jumlahnya
JAGA SOLAT
JAGA MARUAH DIRI
JAGA AIR MUKA MAK AYAH
Selamat Hari Jadi Kakak..
Mak sayang kakak sangat-sangat
PEMBERITAHU: Semakin anak perempuan dewasa semakin berat tanggungjawab terpikul..Amanah Allah ini jika tersia...sebelah kaki kita akan terjejak ke Neraka....Ya Allah Kupohonkan Keampunan mu atas segala kecuaian yg telah ku lakukan sepanjang perjalanan ku membesar amanah MU ini....