Mencari Kekurangan dalam diri seorang isteri

March 16, 2015

As-Salam gengs

Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs

MENCARI KEKURANGAN DALAM DIRI SEORANG ISTERI
Jumpakah apa yg kau cari wahai suami
Jika tidak jumpa kau akan terus cari dan gali
Sedaya upaya mencari
Sehingga kau temukan satu
Cukuplah satu
Buat Alasan utk kau bina Masjid Baru
Terpuji niat kau itu

Namun agenda kau cukup busuk........

Membina Masjid yg baru
Sedangkan Masjid lama mu
Sejadah telah lama usang..Tak berganti..Kau tak peduli
Makmum semakin menjauhkan diri...Ini tak penah kau sedari
Kipas dah lama rosak...Masjid lama mu panas membahang
Tabungan Masjid yg kau isi semakin hari semakin susut nilai...kau lihat tp buta memandang
Ada hati ingin membina Masjid yg baru
Kau tak Mampu..Kau memang tak mampu
Kau tetap galak mahu meneruskan
Sedangkan kau tahu syarat utama
KEMAMPUAN...jika ini tiada
Apalah ertinya...
Yang akan kau tanggung nanti hanyalah DOSA....

Buat kamu kawan ku yg teraniaya
Terus kan Istiqamah mu..
Terus kentalkan  ketabahan mu
kerana ALLAH tidak akan mempersiakan mu

Tangis mu
Luka hati mu -Rawatlah dgn Tahajjud
Kedukaan mu
Kepedihan jiwa mu - Ubati dia dgn Istiqarah

Aku tidak pandai memujuk mu sahabat
Aku tidak tahu cara
Aku tidak pernah mengalami...dan aku tidak mahu mengalaminya..
Kata2 ku hanya sekadar yg terlintas difikiran ku
Brgkali ini juga yg dilakukan oleh insan2 sejenis kita yg pernah mengalaminya

HARAP KAU TABAH...



PEMBERITAHU:Semakin hari aku semakin tidak memahami...Mengapa harus ada penambahan sedangkan Masjid lama sudah cukup lengkap.