Bersangka Baik itu Memang Baik

February 29, 2016

As-Salam Gengs

Semoga Rahmat Allah sentiasa buat kamu semua gengs


Perhati dan Paham
Supaya jangan buat org lain salah paham tentang kamu

Aku ke mesyuarat PIBG dua minggu lepas geng
Jalankan tanggungjawab sebagai ibubapa
Bagi sokongan buat anak yg masih bersekolah

Biaslah datang pagi kene daftar dulu
Meja pendaftaran disusun mengikut darjah
Dari Darjah 1 hingga darjah 6
Darjah 6 duhujung sekali
Aku beratur untuk tulis nama kehadiran
Kerana dihadapan aku ada seorg ibu sedang mengisi nama dalam buku kehadiran

Datang seorng ibu lain pula
terus bertanya pada guru dimeja darjah 6
Mana nak tulis nama
heiii hello kawan
Aku ni sedang beratur tunggu giliran
Tak kan tak nampak kut

Boleh ke aku katakan
Oh brgkali dia nak cepat
Bersangka baik
Bersangka baik
Tapi apa situasinya dia perlu tergesa gesa
Sampai kau tidak lihat
Tiada Adab...full stop

Semalam satu lagi kejadian yg sama

Aku beli ikan dan sayuran di kedai warga Acheh depan rumah aku
Ikan aku sedang ditimbang di kaunter pembayaran tu
Datang satu remaja perempuan
Nak tanya katanya
Ada tak jual plastic aiskrim malaysia
Terpaksa pulak aku beranjak ketepi sebab dia mencelah depan aku
Bila budak cashier tu kata ada
Mintak beli 2 bungkus katanya
Kenapa ada orng macam ni yer
Tak nampak aku sedang nak bayar ker
Bersangka baik apa pulak aku nak fikir kali ni

Tak payah ada alasan untuk bersangka baik

Tapi yg ini memang kurang ajar


PEMBERITAHU:Ajar diri supaya kalau tidak boleh menyenangkan orang lain jangan menyusahkan mereka




Langkah Pertama Itu Sukar

February 11, 2016

As-Salam gengs

Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs..

Lama tidak bermadah Helah
Kemalasan Menulis Jadi Tembok
Memecahkan Tembok Itu Sukar
Sesukar Memulakan Langkah Pertama

Esok lah kata hati
Otak seolah menuruti
Esok kembali muncul
Otak sudah bersedia
Langkah pula tidak seiring menemani
Dan esok yg telah menjadi hari ini berlalu sehari lagi

Itulah Aku
Sifat yg jangan sekali kalian contohi
Sesal berkali
Mengulangi kerap kali
Jika begini
Tersungkur terus lagi dan lagi

Kali ini
Waktu Ini
Saat Ini
Tika Ini
Langkah pertama itu telah aku menangi
Aku telah melangkah
Namun jika langkah pertama
Undur ku berkali-kali
Harap langkah kedua ku tidak lagi terhenti
Biar bertatih
Asal semangat tidak letih
Aku yakin diri Boleh

Syabas buat seorang AKU
Langkah pertama telah ku lalu
Bertatih atau bertongkat
Langkah kedua kugandakan kudrat
Demi mereka
Insan Keramat...

PEMBERITAHU:Tidak ada istilah terlambat buat mereka yg ingin berjaya.

Ucapan terimakasih tiada dikenakan GST

February 10, 2016



As-Salam Gengs

Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs.

Makin sendu makin sepi Blog aku ni kan gengs
Ntah masih ingat ker tidak korang kat aku
Malas sangat nak mencoretkan sesauatu disini

Cumanya bila ada sesautu yg sgt2 patut dielakkan dari berlaku
lantas membuatkan aku paksa jari jemari utk menekan keyboard dan coretkan sesuatu disini.

Semalam aku 4 beranak ke Book Store di TSB Sg. Buloh. misi mencari buku2 rujukan Yana sambil2 tu
nak mencari sandal utk Yana...Dari satu kedai ke satu kedai mencari, tak juga jumpa sandal Yana ni
Kaki Yana ni kurus sgt gengs, muat depan tepi melopong...muat tepi panjang lah pulak...akhirnya misi cari kasut...GAGAL...

Bila dah penat masuk dari satu kedai ke kedai yg lain ni...hati aku mula panas dah gengs...sampai ke kedai 2 terakhir ni lah satu insiden kalau  Zati tidak bertindak pantas boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

Waktu tengah pilih2 kasut Yana..ada satu pasangan ni bawa 2 anak kecil..Yg sulung brgkali usianya dlm setahun setengah ke 2 thn...Bila tak dpt cari kasut Yana..waktu kami nak keluar dari kedai kasut tu..Zati dah menjerit..terus terjun dari kaki lima kedai kasut bekejar  ketengah jalan...rupanya nak selamatkan ank pasangan tadi yg ayah dan mak dia tak perasan dah ketengah jalan...Yg lebih sadisnya hanya beberapa saat aku rasa dari sebuah Pajero..Ya Allah!!!! anak siapa tu..aku jerit...baru ayah mak dia perasan gengs...Zati dukung dan bawa budak tu pada mak ayah dia..

Zati tolong kamu Ikhlas wahai pasangan...Ni perihal nyawa anak kamu...

"Ucap Terimakasih pun tidak mak".....ni luahan Zati

Tak per lah Zati...Yg penting mak bangga apa yg Zati Buat...



PEMBERITAHU:Org berbudi kita berbahasa...berapa ramai yg masih mahu mengekalkannya kini...