Muka Ada Senyum

July 31, 2015




As-Salam Gengs

Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan Kamu semua gengs.


Apa yg lebih menggembirakan pada kita bila dapat hadiah kan gengs kannn
Nak2 hadiah tu pulak yg kita suka
Nak beli puluhan ringgit gak ni kan.
Dapat Free..Muka ada sinyummm lah kan.

Alkisah kami berhari raya kat rumah kawan aku ni gengs
Dealer Tupperware korr
Merasalah dapat satu tupperware free.
Yi ha.. Yi ha lah mlm tu

Tgk gambar dah tau kan gengs kan
Suke sgtt  lah tuuu....


TQ KAK LIZA
(bertudung purple blakang aku)




















PEMBERITAHU:Kekok Pulak nak menulis.Tah apa2 kan.

Penghujung Ramadhan....Salam Lebaran Gengs

July 15, 2015

As-Salam Gengs semua

Semoga Rahmat ALLAH sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs.

Dipenghujung Ramadhan kita kan gengs
Terisi kah dengan amalan kali ini
Atau kita masih melaluinya seperti tahun yg berlalu
Sesungguhnya Ramadhan akan kita rindui
Semoga akan ada sisa umur untuk Ramadhan mendatang

7 Hari tidak bertarawih
Rugi benar rasanya
Tidak pernah terasa sebegini rugi
Faktor usia barangkali

Jika dulu2 malm hari
Saat bulan Ramadhan
Jln TAR
SOGO
PKNS SHAH ALAM
berkali-kali dikunjungi
Kata hati sunat sahaja tarawih tu

Kali ini
Ya-ALLAH ampuni segala kecuaian ku dahulu
Bukan tidak tahu fadilatnya
Bukan tidak mendengar gandaan pahalanya
Namun..saat KAU rantaikan segala Syaitan
Nafsu memainkan peranan
Berbekal kan iman yg nipis rapuh
Segalanya ampuh dan berderai

Doa terakhir selepas witir
Buat air mata mengalir
Betapa benarnya sebuah ungkapan
DEMI MASA..SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN


SALAM LEBARAN GENGS...SEMOGA LEBARAN KITA BERSEDERHANA.
MAAF KAN SEGALA KEKURANGAN SEWAKTU BERSIARAN DI ALAM MAYA.


PEMBERITAHU:Tiada #Throwback utk Ramadhan.

Mencari Kekurangan dalam diri seorang isteri

March 16, 2015

As-Salam gengs

Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs

MENCARI KEKURANGAN DALAM DIRI SEORANG ISTERI
Jumpakah apa yg kau cari wahai suami
Jika tidak jumpa kau akan terus cari dan gali
Sedaya upaya mencari
Sehingga kau temukan satu
Cukuplah satu
Buat Alasan utk kau bina Masjid Baru
Terpuji niat kau itu

Namun agenda kau cukup busuk........

Membina Masjid yg baru
Sedangkan Masjid lama mu
Sejadah telah lama usang..Tak berganti..Kau tak peduli
Makmum semakin menjauhkan diri...Ini tak penah kau sedari
Kipas dah lama rosak...Masjid lama mu panas membahang
Tabungan Masjid yg kau isi semakin hari semakin susut nilai...kau lihat tp buta memandang
Ada hati ingin membina Masjid yg baru
Kau tak Mampu..Kau memang tak mampu
Kau tetap galak mahu meneruskan
Sedangkan kau tahu syarat utama
KEMAMPUAN...jika ini tiada
Apalah ertinya...
Yang akan kau tanggung nanti hanyalah DOSA....

Buat kamu kawan ku yg teraniaya
Terus kan Istiqamah mu..
Terus kentalkan  ketabahan mu
kerana ALLAH tidak akan mempersiakan mu

Tangis mu
Luka hati mu -Rawatlah dgn Tahajjud
Kedukaan mu
Kepedihan jiwa mu - Ubati dia dgn Istiqarah

Aku tidak pandai memujuk mu sahabat
Aku tidak tahu cara
Aku tidak pernah mengalami...dan aku tidak mahu mengalaminya..
Kata2 ku hanya sekadar yg terlintas difikiran ku
Brgkali ini juga yg dilakukan oleh insan2 sejenis kita yg pernah mengalaminya

HARAP KAU TABAH...



PEMBERITAHU:Semakin hari aku semakin tidak memahami...Mengapa harus ada penambahan sedangkan Masjid lama sudah cukup lengkap.