Yg Satu Scary Yg Satu Lagi Carry on jer...

July 16, 2014


As-Salam gengs semua
Dah 18Ramadan kita menjalani ibadah puasa kan gengs
Pejam celik pejam celik..harap2 celiklah sehingga Ramadan terakhir yer gengs
Dah nak menghampiri ke penghujung Ramadan kita yer...
Namun masih ada yg sihat tubuh badan elok jer kesihatan tidak berpuasa
Orang mcam ni elok bagi Stering Lock jer kat kepala...merasa kena stering lock walaupun bukan kena langgar..hehehe

Gambar yg aku snap kat bawah ni kan gengs..iftar hari apa aku pun tak ingat
Orang sibuk nak buka puasa..aku sibuk duk snap2 gambar ni
Sebelum ambil gambar ni..nmapak cantik sgt bulan tu
Bila dah ambik gambar...Cam scary lah pulak kan
Ambil gambar pakai henpon note yg tak berapa besar note nye.. itu yg gambar suram..kelam dan serammmm jer...

 Tapi Yang Satu Lagi gambar ni..Hrmmmm...Non Scary yer
 

 TARA......
DAGING DENDENG BERLADO
Orang Minang punya masakkan ni gengs
dari sebelum puasa lagi En CEO request
bini dia punyalah rajin
Dah puasa setengah bulan baru aku imasakkan
Bini siapa lah tu yer.....
Korang nak resepi ker geng
Aku nak tulis resepi ni mcm tak berapa nak pandai
Banyak bahan yg aku lupa dari yg aku ingat
Tapi tak per aku try yer
Kalau tak sedap jgn baling kasut tau gengs





 Bahan:
1/2 Kilo Daging lembu Btg Pinang
Sedikit Bawang goreng 
Air Asam jawa
gula

Bahan Kisar:
10 Biji Cili Besar
5 Biji Cili Padi
10 Biji Bwg Merah
3 Ulas Bwg Putih
1" Halia

Bahan Perap:
Serbuk Kunyit
Garam
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar

Bahan Tumis:
Kayu manis
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
 
Cara
Rebus daging seketika.
Potong nipis lebar biarkan sejuk kemudian tumbuk daging sedikit utk melembutkannya.
Perap daging bersama garam,serbuk kunyit dan ketumbar
Goreng daging (jangan terlalu lama,cukup utk melayukannya sahaja)
Tumis bahan tumis kasi naik bau kemudian masukkan bahan kisar sehingga pecah minyak
Masukan daging gaul rata , masukan garam, (jgn banyak sgt sbb td dah perapkan dgn garam kan)
masukan gula dan air asam jawa.dantaburkan bwg goreng.Aku tak taburkan pun..terlupa sudah..
Ok siap...


PEMBERITAHU:tekak aku rasa sedap gengs daging dendeng ni sbb aku minang..tapi aku tak syorkan masakan ni kalau korang berasal dari Belanda atau German.







 

Tempoyak

July 10, 2014

As-Salam gengs
Lama nya lah tak update cerita baru kat bloq suam suam air suam aku ni gengs
Malasnya Ya amat amat
Bukan setakat malas nak menulis
Nak snap2 foto buat bahan N3 pun malas jugak
Berakhir juga riwayat bloq aku ni jugak nnt gengs

Kajian menunjukkan tempoyak yang dihasilkan melalui proses penapaian adalah makanan yang baik untuk kesihatan. Rupa-rupanya tempoyak mempunyai nilai probiotik (miliki mikrooorganisma baik) di dalamnya. bakteria berkenaaan boleh hidup dalam persekitaran usus dengan keadaan asid pada pH2 dan selesa dalam persekitaran pH4.[1] Tempoyak didapati mempunyai kandungan bakteria asid laktik (Lactic acid bacteria -LAB) yang tinggi. Dalam kajian kepelbagaian, tiga pengasingan tidak dapat dikenal pasti dengan menggunakan SDS-PAGE protin sel penuh. atau API 50 CH. [2] Tetapi kajian yang dijalankan Noorhisham telah mengasingkan dan mengenalpasti LAB.
 (Credit to:Wikipedia Bahasa Melayu)

Korang suka makan sambal tempoyak tak gengs
Aku suka sgt gengs...suka sangat
Dalm sebulan tu adalah 4 - 5 kali jugak aku buat sambal tempoyak ni
Sambal Tempoyak ikan bilis cili api ...sedapppnya
Ada pula rebus pucuk ubi
Bergulung gulung suapan aku gengs
Tu yg bila timbang berat badan
MasyaAllah..cam tak percaya berat macam tu sekali

Mak aku pun suka
Suka sangat
Orang baik Allah akan bantu gengs kan
Mak aku ni baik gengs...bukan sbb dia mak aku aku nak puji
Tapi itulah hakikatnya
Anak angkat keliling pinggang
dari yg keje buruh kasar sampailah yg berjawatan

Baru jer mak aku borak2 dgn kakak sulung aku gengs..ckp tempoyak dia dah habis
Tup tap datang 9 bakul durian..one of anak angkat dia penjual durian hantarkan kerumah
Ayah suruh hantar rumah nenek kata anaknya..
Alhamdulillah..Alhamdulillah..kata mak aku
Mak aku nampak durian yg nak buat tempoyak tu mengalahkan nampak emas berlian
bersinar-sinar matanya...bagai biru mata hitamnya...

 Tak sabar-sabar dia gengs..sempat pakai sekop kepala jer masa ni tu yg gamba separuh jer aku ambik
Malam dah masa ni gengs..
Kami kata pagi esok lah buat...tak sabar dia gengs terus jer kopek durian mlm2 ni
Berkobar-kobar tul semangat dia
Mak..Makkk..Tempoyak jer pun makkkkk....

 
 
Masih ada yg elok2 lagi ni gengs...tapi kebanyakkan dah terbelah buahnya.
 Berjenuh malam tu aku kami anak beranak mengopek durian ni.
Dah habis dikikisnya termasuk lah aku sekali mengikisnya utk dijadikan tempoyak gengs
Rasa cam nak patah pinggang aku duduk berjam-jam mengikis

Aku siap ckp kat mak
Macamana mak..puas hati dah
Ni sampai raya 2015 pun belum tentu habis tempoyak mak ni
Dapat dalam 15 balang lebih ni gengs.

Suka sgt  hati mak aku gengs.

 



 PEMBERITAHU:Kegembiraan itu bukan hanya duit semata-mata.Dapat Tempoyak pun rupa-rupanya boleh buat hati gembira yer gengs.