Tiada Lelaki???....

October 30, 2015



As-Salam Gengs semua
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi Kehidupan Kamu gengs

Ko tak der anak lelaki?
Ko Boleh kawin Lagi satu ni..Muda Lagi Aku Tengok

Sakit hati???
Aku dah biasa gengs

Kdg2 gurauan kawan2 suami ni buat kan hati sedikit kecil dari size sebenar
Kemudiannya bila difikirkan semula
Ada pasangan yg tiada anak pun
Ada juga insan bukan setakat tak punya anak malah masih tidak berkahwin lagi
Bersyukur rasa diri biar tiada ALLAH  kurniakan anak lelaki
Fikir yang baik-baik sudah kan gengs
Perancangan ALLAH itu adalah yg sebaik-baiknya..
Redha.....



Yang Sulung...ini paling manja dengan ayahnya
Biar sudah 23 tahun umurnya..tetap juga mencium ayah tu tiap kali balik bercuti.



Yang kedua ni pun begitu juga
Bila nak ada peperiksaan pasti ayahnya akan panggil beri nasihat beri motivasi
tetap juga akan dicium kening tu.




Si Kecil ku pun begitu...pendek kata ketiga-tiga mereka lebih kepada ayah mereka
Manja2 juga buat silap  tetap kena marah...bertakung air mata....



Selalu kupesankan kepada mereka..buat sesuatu perkara ingat kan Ayah...Ayah sayang sangat pada kamu bertiga...tolong jgn buat ayah berkecil hati...ingat ayah selalu ..tak ingat mak pun tak apa tapi fikirkan Ayah yg sangat sayangkan kamu bertiga.


PEMBERITAHU:

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan,lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)


Sambal dan Minang Berpisah Tiada...

October 29, 2015

As-salam Gengs..Semoga Rahmat ALlah sentiasa mengiringi kehidupan kamu sehari-hari geng

Aku ni kejap ada...kejap hilang
Nak menulis sejak kebelakangan ini punyalah malas gengs
Hari-hari buka bloq..
Ada juga datang komen ke bloq kamu gengs
Tapi nak menulis tu alahai malasnya...


Ini lah rumah budak minang gengs
Sambal wajib ada
tiada sambal bagai
Ada lagu tapi pitching lari
Ada Taman tapi hanya bunga tahi ayam
Ada henpon tapi tiada internet
Kosong....

Ini lauk aku masak waktu tengah hari 2 minggu lepas








Lauk ni bagaikan wajib ada didalam rumah minang setiap bulan
Sambal tokok bersama pasangan pucuk ubi






Sambal telur puyuh feberet sikecik minang aku tu gengs.






Sambal cili api ikan bilis letak daun kunyit.
Sambal ni makan dengan nasik panas-panas gengs kan
Meletoppp kebabom gengs








PEMBERITAHU: Masak dgn kasih syg utk mereka yg aku syg..namun setiap kali mereka abis makan, air mata akan jatuh berlinangan.......kepedasan.....kalau tak pedas bukan budak minang namanya...

Dia Seusia Mu Yana.....Mak Sedih...

August 06, 2015



As-Salam gengs

Semoga Rahmat ALLAH S.W.T sentiasa mengiring kehidupan kamu semua gengs.

Terpaku
Termanggu
Sedih
Risau
Semuanya ada bercampur bergaul dalam minda aku sehingga menerbitkan rasa takut yg berprofile tinggi dalam hati dan minda aku gengs.

Apa ke tidaknya, dia seusia permata hati ku yg bongsu gengs.
11 Tahun hidup didunia
Melihat kewajah polos puteri kecil ku ini
Ya-Allah
tidak dapat aku bayangkan
Bagaimana insan sekecil dan sebaya usianya
Kini sudah berstatus ibu

ALLAH
SUBHANALLAH

Apa pun yg berlaku disebalik tragedi itu
Ambil Iktibar dan pengajaran buat kita ibu2 ni
Jangan pula kita mengatakan yg itu dan ini
Kita sendiri tidak ketahui..sesaat kehadapan apa yg bakal berlaku pada kita
Jangan sombong Takbur mengatakan kita yg lebih baik.



Mak Sayang Yana
Kasihan 
Insan Sebaya kamu itu
Moga ALLAH sentiasa melindungi kamu
dimana jua kamu berada








PEMBERITAHU:Setiap kejadian merupakan penambahbaikan dlm kehidupan dan cara didikkan kita pada anak2..tidak ada yg sia2 dari apa yg telah kita baca melaiankan kita tidak mengambil iktibar dari apa yg telah berlaku...

Muka Ada Senyum

July 31, 2015




As-Salam Gengs

Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan Kamu semua gengs.


Apa yg lebih menggembirakan pada kita bila dapat hadiah kan gengs kannn
Nak2 hadiah tu pulak yg kita suka
Nak beli puluhan ringgit gak ni kan.
Dapat Free..Muka ada sinyummm lah kan.

Alkisah kami berhari raya kat rumah kawan aku ni gengs
Dealer Tupperware korr
Merasalah dapat satu tupperware free.
Yi ha.. Yi ha lah mlm tu

Tgk gambar dah tau kan gengs kan
Suke sgtt  lah tuuu....


TQ KAK LIZA
(bertudung purple blakang aku)




















PEMBERITAHU:Kekok Pulak nak menulis.Tah apa2 kan.

Penghujung Ramadhan....Salam Lebaran Gengs

July 15, 2015

As-Salam Gengs semua

Semoga Rahmat ALLAH sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs.

Dipenghujung Ramadhan kita kan gengs
Terisi kah dengan amalan kali ini
Atau kita masih melaluinya seperti tahun yg berlalu
Sesungguhnya Ramadhan akan kita rindui
Semoga akan ada sisa umur untuk Ramadhan mendatang

7 Hari tidak bertarawih
Rugi benar rasanya
Tidak pernah terasa sebegini rugi
Faktor usia barangkali

Jika dulu2 malm hari
Saat bulan Ramadhan
Jln TAR
SOGO
PKNS SHAH ALAM
berkali-kali dikunjungi
Kata hati sunat sahaja tarawih tu

Kali ini
Ya-ALLAH ampuni segala kecuaian ku dahulu
Bukan tidak tahu fadilatnya
Bukan tidak mendengar gandaan pahalanya
Namun..saat KAU rantaikan segala Syaitan
Nafsu memainkan peranan
Berbekal kan iman yg nipis rapuh
Segalanya ampuh dan berderai

Doa terakhir selepas witir
Buat air mata mengalir
Betapa benarnya sebuah ungkapan
DEMI MASA..SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN


SALAM LEBARAN GENGS...SEMOGA LEBARAN KITA BERSEDERHANA.
MAAF KAN SEGALA KEKURANGAN SEWAKTU BERSIARAN DI ALAM MAYA.


PEMBERITAHU:Tiada #Throwback utk Ramadhan.

Mencari Kekurangan dalam diri seorang isteri

March 16, 2015

As-Salam gengs

Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs

MENCARI KEKURANGAN DALAM DIRI SEORANG ISTERI
Jumpakah apa yg kau cari wahai suami
Jika tidak jumpa kau akan terus cari dan gali
Sedaya upaya mencari
Sehingga kau temukan satu
Cukuplah satu
Buat Alasan utk kau bina Masjid Baru
Terpuji niat kau itu

Namun agenda kau cukup busuk........

Membina Masjid yg baru
Sedangkan Masjid lama mu
Sejadah telah lama usang..Tak berganti..Kau tak peduli
Makmum semakin menjauhkan diri...Ini tak penah kau sedari
Kipas dah lama rosak...Masjid lama mu panas membahang
Tabungan Masjid yg kau isi semakin hari semakin susut nilai...kau lihat tp buta memandang
Ada hati ingin membina Masjid yg baru
Kau tak Mampu..Kau memang tak mampu
Kau tetap galak mahu meneruskan
Sedangkan kau tahu syarat utama
KEMAMPUAN...jika ini tiada
Apalah ertinya...
Yang akan kau tanggung nanti hanyalah DOSA....

Buat kamu kawan ku yg teraniaya
Terus kan Istiqamah mu..
Terus kentalkan  ketabahan mu
kerana ALLAH tidak akan mempersiakan mu

Tangis mu
Luka hati mu -Rawatlah dgn Tahajjud
Kedukaan mu
Kepedihan jiwa mu - Ubati dia dgn Istiqarah

Aku tidak pandai memujuk mu sahabat
Aku tidak tahu cara
Aku tidak pernah mengalami...dan aku tidak mahu mengalaminya..
Kata2 ku hanya sekadar yg terlintas difikiran ku
Brgkali ini juga yg dilakukan oleh insan2 sejenis kita yg pernah mengalaminya

HARAP KAU TABAH...



PEMBERITAHU:Semakin hari aku semakin tidak memahami...Mengapa harus ada penambahan sedangkan Masjid lama sudah cukup lengkap.



Bukan Ketam Batu...Bukan Ketam Papan...

February 27, 2015




As-Salam Gengs Semua
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiring kehidupan kamu didunia ini gengs.

Pertama-tamanya nak rasa hepi sbb dah boleh view gambar semula kat bloq kerdil ni.
Harap2 bloq Kak Zakie pun dah boleh view gambar dan beliau boleh terus menulis kembali.

Sebenarnya tak der apa benda pun nak di ceritakan...Just testing testing jer..boleh ker nampak gambar ketam ni..., masak sambal ketam bercili pecah telur ni...entah bila minggu pun tak ingat dah
Sedap betulll.......
Matiklah puji diri sendiri....










PEMBERITAHU:Kata org dahulukala..kalau pun .masak sempoi sesempoi sempoinya jika ikhlas...rasanya pasti meletop....


21/01/2015

January 21, 2015

As-Salam gengs
Semoga Rahmat Allah sentiasa buat kamu semua gengs

Hampir 2 bulan tidak menulis disini
Menjengah tidak menyapa tidak
ke bloq kawan-kawan jauh sekali
Mohon keampunan dari seluruh jiwa dan raga gengs

Bila hati runsing
Bila hati menangis
Bila hati luka
Bila hati disakiti
Semuanya serba tak kena
Semuanya serba tak menjadi
Ada bahan untuk ditulis
Ada gambar untuk diceritakan
Bagaikan kehilangan rasa untuk dizahirkan disini

Duhai hati yg kecil
Sukarnya memujuk kamu
Sukarnya menyembuhkan kelukaanmu
Sampai bila harus sembunyi
Sampai bila harus mengasingkan diri

Sudah sampai masa
Sudah kunjung detik
Sudah cukup waktu
Kembalikan keceriaan itu
Kerana kehidupan yang sedih
Punya waktu penamat.