Semalam @ Bilik Jenazah PPUM

January 30, 2014

As-Salam Gengs...
Alhamdulillah sehingga saat ini masih mampu lagi kita bersujud padaNYA kan gengs...

Innalillahiwainnailaihirojiun.....
Terputus sudah amalan kita melainkan 3 perkara kan gengs...

Semalam petang habis waktu bekerja
menemani suamiku bermain Bola dipadang Universiti Malaya, K.Lumpur
Suami kemudian menerima panggilan...ada rakan sekerja meninggal dunia

Kemudianya aku dan suami ke Hospital PPUM
Menunggulah aku dan suami di perkarangan bilik Jenazah PPUM
Beberapa rakan telah sampai mendahuli kami
Mereka bercerita perihal arwah yg cuma demam-demam biasa
Paginya tu dia sendiri kehospital PPUM membuat pemeriksaan
Tengah harinya kritikal dan dimasukkan ke ICU
Petang hari yg sama dia menghembuskan nafas yg terakhir

Aku duduk termanggu disatu sudut diperkarangan Bilik Jenazah itu
Ku perhatikan isterinya...
Mata membengkak dek tangisan
Memimpin anak-anak melihat suami yg telah terbaring di pegusungan
Terus menerjah fikiran aku gengs

Pagi ni bila kuceritakan semula pada rakan opis
Pendeknya usia kita kan gengs
Isterinya pagi semalam adalah yg terakhir kali masih berstatus isteri
Brgkali pagi semalam menasihati si suami agar kehospital
Tgh hari semalam pula bergolak hatinya suami tenat
Dan petang semalam dia sudah tidak lagi mempunyai suami

Akan tiba hari ku pula nanti
Samada aku yg akan dilihat suami pergi dahulu
Atau pun aku yg akan melihat suami pergi meninggalkan ku
Allahhhhh......Ini pasti...Hanya masa yg tidak kita ketahui


PEMBERITAHU:Tidak Dicepat atau dilambatkan walau sesaat...Pasti akan tiba...

Sori Yer...I dah Try My Best...

January 28, 2014

As-Salam gengs
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs
Bersyukur masih mampu lagi bersujud kepadaNYA..Alhamdulilllah

"Sori yer..Saya dah try saya punya best
Tapi hari ni baru dato' sign itu bonus punya proposal
Lepas CNY baru bonus keluar...SORI yer..."

Boss aku punya ayat semalam gengs
Kesian Boss aku..siap say sori lagi pada staff
No need la Boss...Bukan salah u pun
He's a good man gengs...


Disini bekerja..Tiada Tekanan
830-530...with Increment setiap tahun
830-530...with Bonus setiap tahun
830-530..with company trip setiap tahun percuma ditanggung suami isteri anak2...

Alhamdulillah...
Kekurangan kecil disana sini...bagi aku itu biasa...


PEMBERITAHU:Tak perlu byk sgt merungut ditmpt kita mencari rezeki.tak puas hati
cari kerja lain.

Ramalan Ku Benar Belaka...Syukran Ya-Allah

January 24, 2014

As-Salam gengs..

Syukur

Nikmat Apakah yg masih lagi harus kita dustakan betul kan gengs..

Sinambungan N3 ku dibawah

Aku up kan saja N3 pasal "DIA MINTA AKU KOJOL"
Beberapa jam lepas tu seorang rakan opis datang kepadaku

"kak dia dah delete status tu"

Ya-Allah..Jika sesungguhnya aku insan yg teraniaya..maka telah kau tunjukkan
kebenarannya kan...

Terimakasih Ya-Allah...


Pesan ku buat kamu

"Aku tidak marahkan kamu atas status yg kamu keluarkan....kau tidak tahu hujung
dan pangkal....aku akur kita manusia yg tidak sempurna...cumanya dilain waktu
kamu lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan..Tidak terampun Fitnah
kamu selagi kamu tidak datang berjumpa dengan org yg kamu Fitnah itu...

Jangan mencampuri urusan org yg tidak ada kena mengena dengan kamu...yg bermusuhan
adalah aku dan dia...tetapi kamu pula cuba memusuhi aku...apa relevannya disitu...

Cermin diri lihat kekurangan...sempurnakah diri...banyak kah amal sehingga sanggup
mendoakan kematian org yg tidak ada bermusuhan dengan kamu...sehingga mendoakan pula
kematian Ibu ayah dan kaum keluarganya.

Jika mahu pencerahan berani lah bersemuka.

Kawasan pekerjaan kita ni kecil sahaja.

Aku nak lihat macam mana reaksi muka kau bila berseliseh dgn aku nnt.



PEMBERITAHU: Tkasih Ya-Allah...

Dia Minta Aku KOJOL...Alhamdulillah.....

As-Salam gengs...
Syukur masih mampu bersykur dan berterimakasih atas nikmat kehidupan ini kepadaNYA..

Macam tak percaya diri sendiri la pulak rasanya
Rajin pulak up kan N3...idak kalu En Tom Spider kemain rajin membuat sarang disini...
Ngeeee...Bloq EyeNee.!!!!..Peace Yorrr!!!!

Sehari dua ni otak aku ada sedikit gangguan gengs
Ada tercedera sikit...bila otak cedera pikiran tu jd tak stabil jer
Asik lah terpikir-pikir...aku ker yg dia kata ni
Cara cerita cara ayat ditulis memang yg dimaksudkannya tu
95 peratus menyerupai aku...Tp tu lah kan
Mulut suruh berprasangka yg baik-baik
Hati tu lain pulak mcm suruh

Ala serang jer balik
Bagi sedas dua kat dlm FB
Bagi sindir sindir pedas berapi cili padi kampung
Tak pun ajak jumpa muka to muka
Tapi kalau dia kata yg dia tulis tu bukan aku
Malu besar kan..tapi siapa nak mengaku verak tepi jalan mlm hari
Yang tau nampak najis jer siang hari
Busuk punya orang....

Tapi yg tak sedapnya tu
Katalah yg dikatakannya memang benar Aku
Instinct aku ntah kenapa sgt2 berat mengatakan
Yang dituliskannya ni adalah aku
Korang pernah tak berasa mcam tu gengs....
rasa kuat sgt kornag lah yg dikutuk-kutuk tu...Ada tak gengs???
Aku tuliskan lah sikit kata-katanya

"Biar kan dia kena serangan jantung terus Kojol"
"Sampai sanggup menzalimi kawan sendiri"
"Nanti kalau pakchik dia mati...boss tak payah kasi cuti biarkan dia kerja"
"Dia ingat dia akan sihat forever"
"Mengelabah buat kerja sampai rasa boleh MATI..tp tak mati2 pun..hidop jer lagi"
"Apalah salahnya tolong kwn tu buat kerja dgn ikhlas time dia cuti sakit"
"Dapat pulak rakan sekerja yg kaki ampu boss"

Dia bukan satu opis dgn aku pun
Cuma brgkali dia nak defend kwn seopis aku
Aku ada miscomunication sikit dgn sorang kwn opis
Aku ambil pendekatan membisu dan tidak bercakap dgn kwn ni melainkan hal2 opis sahaja

Tak perlah kan gengs
Berprasangka yg baik2 sudah
Barangkali org lain yg dimaksudkannya
cumanya dari kata2 yg dituliskannya tu
Kalau lah benar Aku



Allhamdulillah ...Allah beri aku kesihatan yg baik...dah 2 thn aku tak ambil walau 1 hari MC pun di opis
bukan kata aku tak ada kena sakit...setakat demam2 biasa tu adalah
tapi tak lah sampai ambil MC...Alhamdulillah jugak...kawan2 opis yg lain tidak pula meminggirkan aku..
yerlah katanya selalu mengadu domba pd boss kan...Alhamdulillah juga..kenaikan gaji dan bonus aku tak pernah mengecewakan...Alhamdulillah juga BOSS akan izinkan aku keluar awal kalau ada hal2 penting perlu diuruskan...ALHAMDULILLAH....SYUKRAN YA-ALLAH....

Cuma pesan aku pd Hamba Allah yg menulis tu..(JIKA BENAR YG DITULISKANNYA TU AKU)

"Sangat2 kagum dgn semangat kau nak tolong seorg sahabat...beria-ia sgt mendoakan keKOJOLAN aku
supaya terus kena serangan jantung...cumanya kau tak layak campurtangan dalam urusan aku di opis aku..
dan kalaulah aku yg benar kau katakan itu....dan jika kau tidak menanyakan kepadaku sedangkan ko menegenali aku utk mengetahui apa cerita yg sebenar..kau telah sebarkan FITNAH dan aku adalah org yg teraniaya...sbb ko kata doa org teraniaya ni cepat ALLAH makbulkan"....dan aku berdoa semoga ALLAH berikan aku kebenaran agar ada pengakuan atau permohonan maaf dan mengiakan instict aku ni..bahawa "AKU" ni lah sememangnya yg ko maksudkan"


PEMBERITAHU:Aku sekadar merasakan INSAN yg dituliskannya tu adalah AKU...jika bukan aku...Aku pohon ribuan MAAF kepada kamu....


bini bini ku pendekar...berpencak silat di gelanggang cyber...

January 23, 2014

As-Salam gengs
Alhamdulillah masih bernafas untuk kita sujud lagi kepadaNYA yer gengs...Syukur....

Tajuk tak hengat kan gengs
Ada darah HANG JEBAT mengalir dalam tubuh??...
Terkini tak perlu darah kesatrian mengalir atau ada gelanggang persilatan...
Cukup ada WIFI free dan boleh berpencak silat....hehe..

Tersebut lah kisah
Dua Kesatria
Satu PERWIRA
Satu PERKASA
Dua dua sama gagahnya

Alkisah pada suatu hari
PERWIRA diminta kesuatu negeri
separuh purnama perlu di isi
Berpergianlah PERWIRA menabur bakti

Setelah berpergian tak sampai separuh purnama
PERWIRA minta PERKASA mengganti
PERWIRA kembali semula kenegeri
Ada yg lebih penting perlu di urusi

PERKASA terasa berat nak pergi
Kerja sendiri terbengkalai sana sini
Kepada bini hal di ceritakan
Sedikit melegakan kepala dan badan

Bini PERKASA merasa kasihan
Dilaman cyber ketidakpuasan di salurkan
Diluahkan rasa penuh kesalan
Suami tercinta bagaikan orang suruhan

Dibaca pula bini PERWIRA
Lalu kuda2 mula dipasangnya
Bersilat kedua tuduh bermula
Seluruh dunia sudah membaca

Pesanan MAHAGURU kepada kedua
Tidak sekali menyebelahi sesiapa
Di cyber juga MAHAGURU pernah berpencak silat
Ditambah komen yg  menaikkan semangat
Terasa diri memang berada ditempat yg RIGHT
Sehingga lupa di laman cyber ramai SANG KARMAWIJAYA
Tapi tak boleh juga salahkan mereka
Mereka tak tahu cerita yg sebenar benarnya

Tenang kan diri kedua bini
Baru kewarasan pulih kembali....
Biar suami berkira-kira
Macam mana nak setle ini perkara
Terkini laman  cyber tempat meluah hati
Kena lebih berhati hati
Terlebih cakap boleh makan hati
Sebab masing masing percaya
"AKU YG BENAR..AKU YG BETUL  didlam hati"



PEMBERITAHU:Perang cyber ku terkdg masih berlaku... amarah ku masih perlu diajar apa itu sabar...
degil sungguh amarah ku...selalu tak dengar kata...rotan nnt baru padan muka..kena.makan kangkung ais blended kut baru rasa sejuk...
















Ku Ku Ku Punya Cinta...Abadikan Selamanya......

January 21, 2014



As-Salam Gengs
Alhamdulillah masih bernafas utuk kita bersujud lagi kepadaNYA gengs.


Huhhh!!! dua N3 thn 2014 ni tajuk berdangdut saja....
Apa ada haldgn lagu dangdut ...jiwa tetap rock kental....iman juga kena rock kental jugak kan gengs


18/01/2014
16 thn sudah dia
AFIFAH IZZATI
Buah hati pengarang jantung ku yg kedua
Kamu sudah dewasa rupanya
Cepat sangat mak jd tua
 



Tradisi biasa keluarga aku.Kami tak pernah adakan parti2 harijadi.Yg rutin dan kebiasaan aku dan suami
akan bawa anak2 makan2 bila tiba hari lahir mereka.Itu sahaja.Boring agaknya mereka.Jangan nak boring sangat ok.Mak masih ada kuasa.Duit mak punya.Punya lah Grand kejam mak kamu kan, Zati.









Kami Ke AROMA IKAN BAKAR, K.SELANGOR.Jd lah yer Zati, ini jer kemampuan mak ko .Hotel 5 star tunggu Zati keje dan belanja mak pulak makan masa besday mak yer.





Ayah Zati yg hanya menurut saja ajakkan aku utk makan2 keAROMA ni gengs.



Lauk pauk yg ala kadar saja.Alhamdulillah masih ada rezeki makanan kami.untuk hari kelahirannya.


ZATI
Mak sayangkan Zati dunia akhirat
Mak sentiasa mahukan yg terbaik buat Zati
Maaf kan Mak andai ada terkurang pemberian
Maafkan Mak andai ada terkasar perbuatan
Mendidik kamu sebaik mungkin
Kerana Kamu Amanah ALLAH
Tersia mendidik kamu
TerAzab mak dan ayah kemudian hari
Terlalai menegur kamu
KeNeraka Jahanam tempat kami nanti
Semoga Kamu tidak melebihkan dunia
Hingga terlupa Akhirat tempat kekal kita
Jangan kamu bergaya sehingga terbogel kepala
Jangan berpakaian bagai membalut sibuah nangka
Biar tidak berjenama didunia
Tetapi akan  branded di Akhirat.


PEMBERITAHU:Kalau BONUS mak hebat thn ni.HADIAH yg kamu mahu pasti mak beli.





Apa Khabar Mu Disana..Lama Sudah Tak Berjumpa

January 10, 2014

As-Salam Gengsss

Alhamdulillah....Semoga Kita tidak lupa sujud kepadaNYA yer gengs...


Ambik korang...kemunculan pertama dithn 2014...Ramlah Ram punya tajuk terkeluar...
Korang sihat gengs???..
Macam mana 2014 korang...hepi..not hepi...so so..or redah jer apa yg ada nanti....

Aku Pulak...

 2014
Anak2 dah bersekolah di minggu kedua
Mak2 mcam kita subuh pagi dah mula bangun buat kerja
Siapkan anak itu ini berserabut satu kepala
Hantar anak kesekolah kita pun bertolak ketempat kerja

2014
Barangan banyak naik
Rasanya lepas solat isyak nak tutup semua suis2 eletrik
Rasa nak selang seli gi kerja naik motor hari ni ..esok naik gerek
Astro pulak call suruh tambah pakage...mencanak darah aku naik
Sebelum kena maki pandai pulak ko ckp tak apa kalau tak ambik

2014
Semua benda kena berkira..bukan kedekut tapi itulah hakikatnya
Beli setengah barangan tak pikir lagi yg ada jenama
Asal boleh pakai itu jerlah yg kena guna
Kata mereka ukur baju di badan sendiri
Ini baju pun siap dah sambung dengan kain guni
Silap2 kain batik lama buat maxi
Punyalah nak  berjimat suruhan Pak Menteri...
Pak Pak Menteri Berakal tp tak guna dengan teliti...

2014
Tahun mendisiplinkan diri
Mengisi keperluan dahulu bukan nafsu nafsi
Bersiap sedia menabung walau sedikit ini mesti
Entah apa yg bakal diumumkan..Barangkali ada kenaikan lagi
Dulu janji itu ini...Sebelum dapat memang lah begini
Dah betul dapat...Apa perlu peduli
Nak tak nak...marhaein kena juga beri
Tidak Kalu...Tak suka pergi lain negeri
Ha Ha Ha..Hi Hi Hi....Marhaein jugak yg gigit jari
Termasuk lah aku sekali....

2014
Baru sangat...hari ini baru 10 hari
Tolak campur bahagi ada 355 hari lagi
Hadap jer dengan redha hati
Kerana Janji ALLAH pada kita pasti
Asal sahaja ada usaha dan tidak duduk berdiam diri
InsyaAllah semuanya akan tabah kita hadapi




PEMBERITAHU: Duit yang semakin kecil nilai .... gaji yg juga sangat lambat besarnya...