Semalam @ Bilik Jenazah PPUM

January 30, 2014

As-Salam Gengs...
Alhamdulillah sehingga saat ini masih mampu lagi kita bersujud padaNYA kan gengs...

Innalillahiwainnailaihirojiun.....
Terputus sudah amalan kita melainkan 3 perkara kan gengs...

Semalam petang habis waktu bekerja
menemani suamiku bermain Bola dipadang Universiti Malaya, K.Lumpur
Suami kemudian menerima panggilan...ada rakan sekerja meninggal dunia

Kemudianya aku dan suami ke Hospital PPUM
Menunggulah aku dan suami di perkarangan bilik Jenazah PPUM
Beberapa rakan telah sampai mendahuli kami
Mereka bercerita perihal arwah yg cuma demam-demam biasa
Paginya tu dia sendiri kehospital PPUM membuat pemeriksaan
Tengah harinya kritikal dan dimasukkan ke ICU
Petang hari yg sama dia menghembuskan nafas yg terakhir

Aku duduk termanggu disatu sudut diperkarangan Bilik Jenazah itu
Ku perhatikan isterinya...
Mata membengkak dek tangisan
Memimpin anak-anak melihat suami yg telah terbaring di pegusungan
Terus menerjah fikiran aku gengs

Pagi ni bila kuceritakan semula pada rakan opis
Pendeknya usia kita kan gengs
Isterinya pagi semalam adalah yg terakhir kali masih berstatus isteri
Brgkali pagi semalam menasihati si suami agar kehospital
Tgh hari semalam pula bergolak hatinya suami tenat
Dan petang semalam dia sudah tidak lagi mempunyai suami

Akan tiba hari ku pula nanti
Samada aku yg akan dilihat suami pergi dahulu
Atau pun aku yg akan melihat suami pergi meninggalkan ku
Allahhhhh......Ini pasti...Hanya masa yg tidak kita ketahui


PEMBERITAHU:Tidak Dicepat atau dilambatkan walau sesaat...Pasti akan tiba...

21 geng komen :

Dee said...

Innalillah..moga keluarganya tabah..alfatihah utk arwah moga ditempatkan bersama org yg beriman...

Anonymous said...

salam takziah & Alfatihah.... ingatan untuk diri sendiri juga ni !

Eye_nee said...

DEE...
Pagi ni En suami dan rakan opis akan ke Kuala Klawang, N.Sembilan tuk menziarahi arwah...Semoga rohnya ditmptkan dikalangan insan2 yg beriman...

Eye_nee said...

KA..
Betul sis...utk kita semua ni sis..Mati itu benar...

Kakzakie Purvit said...

Innalillahi wainna ilaihiroji'uun..

Begitulah Eye_nee setiap kita sebenarnya menuju ke arah itu.

Moga isteri & keluargany redha/sabar dan yg pergi moga tenang di sana.

Izwa Kamaruddin said...

Takziah utk mereka sekeluarga...

Tak terkata...tak terduga...dengan ujian yg sebegini besar secara tiba-tiba...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Innalillah wainna ilaihiroji'uun...
Semoga keluarganya tabah dgn ujian ini..
Betul Nie , waktu kita entah bila namun ianya pasti datang.. bersamalah kita muhasabah diri..

Nor Azimah Ali said...

macam mak saya, pagi masa nak ke hospital masih boleh berjalan walau kelihatan uzur, tengahari waktu zohor dia pergi menemui Sang Pencipta, walau hati walang bukan kepalang dan masih rindu yang mendalam kepadanya, dan selalu mengharap pertemuan dengannya walau cuma dalam mimpi..tapi perlahan-lahan hati dapat jua menerima kehilangannya..

begitulah..setiap yang sementara akan pergi jua bila sampai masa dijanjikan...

Tyara NY said...

Innalillah...

Takziah untuk sahabat tu.

Kisah untuk renungan bersama. Tersentuh hati membacanya...

makchaq said...

Semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang beriman...
Berita kematian sekarang ni melibatkan orang muda2... Sedih bila kehilangan dan tambah kesian tengok yg ditinggalkan...terutama yg anak masih kecik...

Ibu Lala said...

Takutnya. Ingatan utk diri sendiri.

wahida said...

al Fatihah...semoga keluarga arwah kuat menghadapi berita ini...

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

moga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh si mati....

mudahnye cara kematian nye, tidak menyusahkan orang yang hidup, moga rohnye dipermudahkan setiap urusan....

persiapan untuk kita yg masih bernyawa lagi nih....

lieyalatif said...

moga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman....amin....

tu la kan kak, ajal maut kite tak duga...cepat dan lambat jek penentunya...moga2 amal kite diterima Allah sebagai bekalan di akhirat kelak...amin

Unknown said...

Salam takziah untuk keluarga arwah...Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer ;)

Teena Tna said...

Takziah untuk keluarga arwah.
Saya pun kerja di hospital, kadang2 bila nak makan di warung (kena lalu depan bilik mayat), ternampak ada keluarga yang menangis, berpelukan, berpujukan. Terasa sekejap jer kita di dunia ni.
#muhasabah diri

Hanis Azla said...

As-salam kak eye-nee,

Inalillah.. mati itu pasti.. kak, saya ikut sebak!

wakgelas said...

takziahnyerr.,

JunAina said...

Al-Fatihah...

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Anonymous said...

singgah jgk, tq sebb terus upport blog KA yer... nuffnang for u

NM03 said...

Allah kak... saya takot memikirkan semua ini... bila melihat kematian, mesti selepas itu mcm2 saya fikirkan