Sayang Kamu Selamanya...

April 30, 2014

As-Salam Gengs
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs

Hari Ini Harinya
Hari ini 22 tahun yg lalu
Aku lahirkan dia
Cepatnya masa jika tidak dinanti nanti

Mak sayangkan Kakak
Sayang Sangat
Walau kita sering tak sama pendapat
Brgkali kerana ada iras yg hampir tepat
Buatkan kita asik berdebat


Kak..
Hidup ini singkat
Sesingkat sebabak mimpi
Hari ini ALLAH tambahkan setahun lagi usia
Jangan jadikan ia sia-sia
Kakak sudah cukup matang untuk mengerti
Bukan Didunia kehidupan yg abadi
Jadi isikan sekali bekalan diri
Untuk dibawa kealam yang kekal nanti

Kak..
Terimakasih banyak tolong mak
Jaga diri hiasi peirbadi

Kak...
Mak
Ayah
Zati
Yana
Kami semua sayangkan kakak..

SELAMAT HARI LAHIR KAK
Semoga dipermudahkan segala-galanya buat kamu oleh ALLAH S.W.T.



 




TEPAT 12 MLM tadi 
Mak tak pernah lupa kak....




 



PEMBERITAHU:Mak will  LOVE U TODAY AND ALWAYS.


Tengah Hari Di Pondok

April 28, 2014


As-Salam Gengs
Semoga Rahmat Allah Sentiasa buat kamu semua gengs...

 Weekend korang mcm mana gengs
 Aku tak kemana-mana pun
Cuma duduk2 dirumah
Rileks2 dan masak2 lauk lebih sikit
Kemudiannya makan2 dipondok sebelah rumah aku tu

Ahli lembaga pengarah kat rumah aku ni gengs kan.kebanyakkannya tidak mengemari masakan bersantan
makanya lauk2 yg jenis berkuah-kuah bersantan ni mmg jarang lah aku masak.Dalam setahun tu adalah 4 5 kali yg bersantan lain hanya dari jenis yg sup-sup sahaja.

Semalam aku masak stim limau ikan siakap- Peberet tuan CEO
Ikan grut2 berlado tu - Tuan CEO punya peberet jugak
Kentang Ikan bilis berlado tu - Cik Izzati punya kegemaran..aku masak2 hari2 pun dia ok jugak, telan jugak
Taugeh kasar + Udang + Fishball tu...Cik Paling kecik punya kesukaan
Ayam goreng kunyit tu - Kakak punya kesukaan

MAK PUNYA????....

Mak selalu dahulukan yg lain...
Nak masak apa2..mesti fikirkan
Apa yg anak2 suka makan
tak per mak tak kisah boleh jer makan semua lauk tu









Kita makan kat pondok lah hari ni kata CEO..
Sikecik mengiakan pula
Makanya tgh hari semalam
Dipondoklah kami makan tengah hari..
Berangin-angin keliling
Sedar tak sedar 3 xi menambah
Sampai Yana tanya
"Mak ada lagi ke nasi dalam periuk??"..
Aik!!!Macam perli jer Yana..
Mak baru tambah 3 x jer tau..belum 4 x pun...


 



PEMBERITAHU:AKU BUDAK KAMPUNG.Masih mahu masih sayang dan masih akan terus tinggal dipersekitaran kawasan Kampung.




 

Cinta lelaki Karaoke

April 24, 2014

As-Salam gengs
Hujan semakin kerap turun kini kan gengs
Alhamdulillah..Allah mendengar...Mendengar dan tidak mensia-siakan doa yg kita pohon
Semoga Rahmat dan Hidayah Allah sentiasa buat kamu semua gengs..

Bila Seorang nenek berbicara soal hati dan cinta seorang lelaki
Salah ker???...
Tidak ada salahnya
Tidak ada cela dan cacatnya
Cinta itu hak semua makhluk
Yang Berakal atau tidak berakal ada hak buat mereka tentang hati, perasaan dan cinta
Cumaaaaaaaaa.........

Sebagai Pengajaran dan iktibar buat kita gengs
Kehidupan kita pagi ini saat ini waktu ini kita sedia ada ketahui
Selapas ini..sejam nanti...sehari nanti setahun nanti
Tidak mampu akal menjawabnya kan...

Makchik ni berkunjung kerumah mak aku sabtu lepas gengs
Dia baik ..ringan tulang...Usia dia dah lebih 50 tahun..
Kalau ada majlis kenduri kendara di Kampung dia lah yg paling awal sampai dan paling akhir pulang kerumah
Murah rezekinya dikurniakan lebih dari 9 anak kalau tak silap aku...Suami dia sudah meninggal lebih 3 thn dulu kalau tak silap aku..
Anak dah besar-besar..dia dah pun bercucu..Alhamdulillah...

Ceritanya pada mak aku sewaktu kunjungannya
Dia dilamun cinta katanya...
Ada seorang lelaki sukakan dia...
Kata dia...lelaki tu terima dia apa adanya dia
Kelakar pulak aku dengar ayat2 dia bercerita dgn mak aku gengs
"Walaupun saya ni tak der gigi...dia tetap suka pada saya kak "
Aku senyum2 jer mendengarnya...
Kemudian mak aku tanyakan
Suami org ker??
Tidak..dia duda kak..
Alhamdulillah..jawab mak...jgn ambil suami org
Mak tanyakan lagi..dimana jumpa dia
Di Karaoke Kak...Mak dan aku berpandangan
Dah 2 3 kali pergi karaoke tgk dia duduk sorang2
Saya yg dulu pergi tegur dia

Terus mak terkedu..
Lepas tu terus mak tanya
Kenal kat Karaoke??..bukan dekat Masjid ke surau ker??...
Dah tua2 mcm tu buat apa duk karaoke
Fikir lah baik2 "A" kata mak
Kamu pun bukan muda
Carilah yg betul2 boleh bimbing kamu
Hidup usia2 kita ni
Tembilang dan penggali bagaikan berselisih hampir setiap hari dgn kita

Nasihat Mak dia mcm tak ambil peduli
Makin rancak dia bercerita tentang lagu yg selalu dinyanyikan oleh kekasih hatinya tu
Aku pun jadi macam tak selesa duduk disitu
Perlahan-lahan aku minta diri masuk kedalam rumah
Tak tahu apa lagi yg diceritakannya pada mak

Selepas dia pulang aku tanyakan pada mak
Apa lagi yg diceritakannya mak
Ntah lah mak kata
Malas mak nak dengar
Terus mak tipu dia
Mak cakap..Mak nak pergi beli baju Yenki
Mak pun nak karaoke jugak
Aku tanyakan kenapa mak ckp mcm tu
Ya lah..mak ckp..mak nasihat tak mau dengar
Bila mak jawab mcm tu pandai pulak dia cakp
"Baik punya perli ni Kak"
Aduhai tergelak-gelak aku dgr mak cerita
Dah tu aku pulak tanya pada mak
"Betul ker mak nak beli baju Yenki ni???...
Engkauuuuu dah Gila!!!!!!!...
hahahah..mak mak...


PEMBERITAHU:Cukuplah jika diwaktu muda Allah tidak tarik nyawa kita saat kita terlalai berhibur..Jika sewaktu usia sudah dipenghujung begini Allah masih panjangkan umur kita utk kita tebus kelalaian dahulu namun masih tetap mahu berhibur dan waktu itu Allah cabut nyawa kita...Allahuakbar!!!!!



Lebih Satu Jam Aku Mengintai Mereka

April 21, 2014


As-Salam gengs semua
Harap2 korang semua ceria di pagi Isnin ni yer gengs
Weekend korang macam mana gengs?
Memenuhi jemputan kahwin brgkali??
Atau sekadar duduk2 dirumah dan masak memasak utk keluarga

Weekend aku pula mengintai gengs
No No No...
Jangan salah tafsir
Mengintai yang ini sangat baik


@

@


@


@


@


@



TARA.........
AKu punya ahli keluarga yg baru ni gengs
punyalah liar....langsung tak boleh didekati
Makanya terpaksa lah aku berdiri jadi batu hampir sejam jugak gengs
Semata-mata nak ambil gambar dia

Ibu dia Kucing Kampung jer pun
Tapi yg seekor ni berbulu lebat dan kembang
Tak tau tah mana ibu dia mengembara mencari pasangan
Nak bersuamikan bangsa asing kekdahnya kannnnn...

























Yang Ni Namanya STOKING
Keempat2 kaki dia berwarna gelap
Sebab dia ni lah aku Sanggup Mengintai lama



Yang Mata Biru ni Megek One
Yang Hidung Coklat Tu Megek Two
Megek ni bahasa pasar minang yg merujuk  MEGAT@Panglima



 


Yang Ni Bro
Yang sulung aku rasa
Nampak lebih besar dikalangan 3 yang lain




PEMBERITAHU:Harap2 dapat cium STOKING tu...

 

Se Mati Berdansa...

April 18, 2014

As-Salam gengs semua
Hari Jumaat dah kan gengs
Dah minggu ketiga bulan April
Cepat sangat rasanya masa beredar berputar berlegar
Semoga Rahmat Allah sentiasa ada buat kamu semua gengs..InsyAllah

See the tajuk
Tak mengelupur dibuatnya
Jangan main-main kekdahnya
Kata orang Engang sama Engang
Manakan pipit boleh terbang bersama
Bujang sama Bujang
Tak kan boleh suami orang tumpang berjoli to gather gather
Yer Dakkk....

Lokasi..Belakang PC aku
Aku nak cerita pasal apa sebenarnya yer gengs
Pasal losyen itukah
Pasal tin yg ada budak amoi itukah
Atau pasal radio aku itukah
No no no no n....

Nampak makhluk kecil itu
Bercinta berlainan spesies
Cinta terlarang kekdahnya kannn


gambar kecik sgt yer gengs
ok scroll down gengs




@

@

@

@

@

@




Nampak tak gengs..
Kurang jelas lagi
Scroll down lagi

@

@

@

@


 


NAMPAKKKK DAHH!!!..

Mr. Spy & Ms Cro

Kita Tempuh Segala Rintangan
Kecundang Jua Menimpa
Kita Telah Mencuba Segala
Namun Tewas Akhirnya




Sentuhan Kali Terakhir
Abadi dalam hati Ku
Tak dapat Ku menghalang
Perpisahan Ini....

Sebenarnya..tidak kira siapa pasangan mu...apa bangsanya bukan satu halangan dalam membina sebuah perhubungan.

Yang Penting 

“Berusahalah mencari pasangan yang sekufu dengan kamu"
   Sekufu itu ertinya sama tahap iman dan taqwa yer gengs
 Untuk Lelaki       
 Allah menjadikan seseorang sebagai pasangan kamu sesuai dengan tahap iman dan taqwa yang kamu miliki. Jika ingin melihat tahap iman dan takwa seseorang, lihatlah siapa pasanganmu.Jika seorang lelaki mahukan seorg isteri yang solehah, terlebih dahulu perbaikilah amalan kamu  Insya-Allah, Allah akan permudahkan kamu untuk mendapat isteri yang solehah.
  
Untuk Perempuan
 Carilah seorang lelaki yang Taat Beragama dan Baik Akhlaqnya.Yang mampu menegurmu, bukan yg membiarkan kamu dan menuruti kemahuan mu.Bukan pula yang tidak mampu menasihati keburukan tingkah laku mu akhlak mu pemakaianmu hanya kerana teralalu sayangkan mu.



PEMBERITAHU:Sebuah perkongsian dari pemahaman aku semata-mata.Jika kamu sukar memahami apa kaitannya tidak mengapa..Apa ada hal U MY GENG.

Wayang Kali Pertama...Syoknya!!!!...

April 16, 2014


As-salam gengs
Semoga korang semua sihat2 hendaknya gengs



Sejujurnya aku mmg tak pernah lihat secara langsung
Mereka bertiga pun tidak pernah juga
Kali pertama menontonnya
Mereka bertiga teruja..siap ambil tempat paling depan dan mmg betul2 berhadapan dengan layar.




Kusyuk mereka bertiga menonoton wayang kulit yg dipentaskan di Kraftangan Malaysia hari tu gengs.Bersempena dengan Pesta Batik Malaysia.

Cumanya kurang memahami dialek Pekat Kelantan yg dituturkan.Pakat hetam dengar jer lah anak-nak yer...org gelak kita gelak yang tak boleh blah tgk mat2 salleh sebelah pun gelak2 jugak...Paham ker dia ni kemain beria-ia gelak.





Ada pelbagai watak rupanya dalam permainan wayang kulit ni.3 watak diatas tu adalah watak2 yang sering digunakan dalam permainan wayang kulit dari Kelatan.Kebanyakan wayang kulit dari Kelantan berdasarkan cerita Epik Ramayana Tradisi India.

Nak sangat memahami butir bicara yg disampaikan....kebanyakan memang tak boleh faham..Mcm nak ambil Kelas Belajar Bahasa Kelantan pulak baru syok tonton wayang kulit lain kali.





Laksamana merupakan adik kepada Seri Rama.




Pak Dogol.Beliau sebenarnya jelmaan Dewa Sealam Tunggal, iaitu Ketua Dewa Baik yang ingin melihat kehidupan orang lelaki. Patung Pak Dogol selalunya disimpan di atas sebuah piring/pinggan yang tergantung dari lelangit panggung.





Wak Long adalah watak nakal yang suka mengambil tahu hal orang. Asalnya Wak Long terjadi daripada daki Pak Dogol. Kononnya pada suatu hari Pak Dogol duduk keseorangan di atas batu sambil berangan, beliau menggosok daki lalu menggentelnya. Kemudian beliau berdoa untuk memasukkan nyawa ke dalam gentelah daki untuk menjadikan Wak Long.

(http://www.ikn.gov.my-aku ambil 3 gambar diatas dan info dari sini)




Ehhhh!!! Yana kemain lagi ko yer...boleh pulak dia berposing mcm LAKSAMANA tu.Zati???ko watak Pak Dogol ker Wak Long???


PEMBERITAHU:Wayang yg semakin tidak dikenali generasi kini.




Lelaki Itu Yg Selalu...

April 15, 2014


As-Salam gengs
Semoga hari2 kita masih mampu terisi dengan sebaik-baik pengisian...InsyaAllah


 Aku Kenal dia pun tidak
Jauh sekali nak borak-borak
Tengok dia pun baru sekali
Rupanya dia kesini dah banyak kali
Lepak-lepak seorg diri





Ni buaian depan rumah kakak aku gengs
Ada seorg remaja lelaki awal 20an akan selalu kesini
Hampir setiap hari
Duduk berbuai dalm 1 jam kemudian berlalu

 


Kejadian ni ahad lepas
Rupa-rupanya anak2  aku dah tahu kisah ini
Aku aje yg tertinggal keretapi, kata mereka dia tidak siuman
Bak kata Yana...Bergaduh dgn bunga makngah pun dia pernah buat mak
Aik!! dah sampai tahap bergaduh dgn bunga pun aku masih tak tahu cerita
Apa kes aku ni kan...terus aku ckp dgn Yana..jgn pergi tgk dia dekat2
Dibuatnya masa tu dia tgh ada feel nak bergaduh....Jgn buat pasallll....




 Gambar dia ni aku ambil dari dlm rumah kakak aku gengs
Aku perhatikan dia lama-lama
Kasihan...
Pelbagai ekspresi wajah dia gengs
Sekejap Marah...Sekejap tergelak...
Muka boleh tahan hensem... Sayang mental lah pulak kan
Aku perhati lagi..perhati kan lagi dia
Nampak ada sesuatu dipegangnya ditgn kirinya
Hampehhhhhhhhh!!!!!....
Penghidu gam rupanya mamat ni
Inilah dia yg dikatakan
Melakukan satu kebodohan dan kezaliman pada diri sendiri


PEMBERITAHU:Jika keluarga tidak melakukan apa2 utk memulihkan dia..sampai akhir hayat lah dia akan begini

 

Doa Mak Dan Ayah Sentiasa Ada Buat Kamu

April 14, 2014


As-Salam gengs
Semoga Rahmat ALlah sentiasa ada buat kamu semua gengs

Aku Sekadar berkongsi sesuatu yg mengembirakan hati aku dan suami
Tidak ada niat aku membanggakan diri
Perjalanannya Dalam Pelajaran Masih Baru
Kecemerlangannya masih ditahap baru merangkak
Dia akan bertatih setapak dua
Masih Bertatih mengharapkan sokongan
Kemudian berjalan-jalan jatuh sendiri
Sampailah ke satu tahap dia mampu utk berjalan dengan yakin tanpa ku.....

Dia yg kedua
Sinonim namanya
Penyokongku Kekuatanku

Semoga kamu juga terus cemerlang
Memiliki Ilmu bukan utk kamu meninggi diri
Ianya akan membuatkan kamu dihormati
Bila dihormati tetap lah tunduk memandang bumi
Berjaya kamu cerminan kami ibuayah mu
Kecundang kamu terlihat pincang didikan kami

Semoga kamu terus cemerlang
Berjaya didunia 
Berjaya Juga diakhirat
Tahniah buat Kamu AFIFAH IZZATI






 

Mak tidak belajar tinggi
Namun selagi mak masih punya kudrat 
Belajarlah bersungguh-sungguh
Sedaya mungkin mak usahakan pembiayaannya nanti



 

Ingat Pesanan ayah selalu
"Kalau inginkan apa2..belajar rajin2..Bila berjaya jgn menyombong diri..Jagan Berlagak pandai..Ilmu adalah  utk dimanfaat bersama"



PEMBERITAHU:Teruskan Usaha...Hanya Usaha buat kamu terus berjaya seiring Doa kami ibuayah mu.....





Nak Kata Isi Didalam Selalu Tebal..Cam tipu jer...

April 08, 2014





As-salam gengs
 Semoga Rahmat Allah sentiasa buat kamu gengs


Adoiii haiii haii haii..
Dah rosak pulak zip dia
Nak kata tebal isi dia tak pulak
Tebal setiap 29 hb pukul 1 petang
Menjelang pukul 1.05 petang dah menipis balik dah isi perut ko ni
 
Mmg dah sampai masa ko kan
Dah 4 thn berbakti dgn aku
Cuti tahun tak dapat
MC jauh sekali
Sekali ko sakit
Sakit hati aku
Sebab aku tahu
Sakit hati aku
Tak akan sesakit poket aku nanti
Nak ganti kan kamu....
Apa pun Tkasih lah tolong jagakan Kahzanah aku
Yang tak seberapa kat dalam tu...

 




PEMBERITAHU: Yg lama fitrahnya begitulah...yg baru tunggu jerlah sampai fitrah kamu nnt.