Hanya Yang Kuat Mampu Bertahan...

March 27, 2014


As-Salam Gengs..
Moga Rahmat ALLAH sentiasa buat kamu gengs...



Kubidik sesuatu melalui gajet ku
Sewaktu perjalanan nan panjang
Sg. Buloh, Selangor - Arau, Perlis

Hari yang indah pagi itu
Langit yang biru, terang
Perjalanan yg Allah permudahkan buat aku dan keluarga 
Buat aku berfikir-fikir bila melihat foto ini

Allahuakbar..Allah Maha besar
Dikirimkan Ujian Panas Yg Sama buat kita semua gengs
Bukan kita sahaja
Malahan tumbuh-tumbuhan juga merasai Ujian nikmat panas yang sama

Allah berikan suhu panas yang sama rata
Tidak lebih panas disebelah kiri
Tidak pula lebih sejuk disebelah kanan
Sama rata sama bahagian sama imbangan

Hanya yg kuat...redha...tabah
Mampu bertahan...
Mensyukuri nikmatNYA yg masih bersisa buat kita gengs....

PEMBERITAHU:Berikan kami masa utk terus bersujud pada MU YA-ALLAH...sesungguhnya musim panas yg panjang ini Ujian MU buat kami.....





 


Pengakhiran Pada Sebuah Pertemuan #MH370

March 25, 2014

 As-Salam Gengs












 Rahmat Allah sentiasa ada buat kita
Sentiasa Ada..Pasti Ada
Pada mereka yg tidak pernah melupakanNYA
Pada mereka yg tidak pernah menjauhiNYA

Kesedihan milik satu dunia
Pengakhiran yg sangat sedih
Tidak seperti yg kita harapkan
Namun yakin dan percayalah Allah melakukannya bukan dengan sia-sia
Menaikkan darjat ketabahan kita semua kepada satu tingkat lagi
Membuka mata dan minda seluruh dunia untuk satu sitem pembaik pulih yg lagi hebat
Malaysia teruji..kita rakyat Malaysia juga teruji
Allah pilih kita..Negara Kita..
Supaya kita semua menjadi umat yg lebih mensyukuri nikmatNYA
Ini ketabahan kita..Ini keredhaan kita

Terimakasih Ya-Allah
Telah kau dengar rintihan kami
Telah kau makbulkan doa kami
Telah terjawab satu dari seribu soalan yg bermain di akal kami
Akan kami nantikan pula
Mengapa kesana???..setelah kami dapat jawapan di tengah-tengah lautan itu pengakhiranya....
InsyaAllah......

AL-FATIHAH
TAKZIAH

#MH370 berakhir sudah perjalanan mu.......

PEMBERITAHU:Kesedihan ini perkongsian rohani seluruh insan didunia...

Langkah Pertama Telah Selesai..Teruskan Melangkah Lebih Maju...

March 21, 2014

As-Salam gengs

Semoga rahmat Allah sentiasa buat kamu semua gengs

19/03/2014
Majlis Konvokesyen ke 8
Politeknik Syed Sirajuddin
Arau Perlis
Dip. Teknologi Maklumat

Alhamdulillah..
Langkah masih panjang Kakak
Jika ALlah izinkan barakah umur mu
Teruskan menjadi insan cemerlang
Di Dunia dan Akhirat

Mak Dan Ayah
Ucapkan terimakasih
Sehingga hari ini
Kamu masih setia menjadi seorang insan
Dalam ertikata sebenar-benar insan
Insan yg masih mahu bersyukur kepadaNYA
dan Insan yg masih tahu menghormati kami
Ibu Ayah mu...

Terimakasih
Kerana menjadi contoh buat adik2
Meneruskan kesinambungan kamu nnt

Terimakasih
Kerana menjadi sebahagian dari kehidupan kami
Mak Dan Ayah..

Tahniah
Semoga Kakak terus maju
Terus Berusaha
Terus Tabah
Terus Redha
Terus sentiasa positif dalam kehidupan





Apa saja yg ingin kakak lakukan sentiasa ingatkan AYAH...Kakak kan anak AYAH....Kesayangan AYAH


 



PEMBERITAHU:Tiada yg lebih indah dari menyaksikan hari paling berharga buat seorg anak dapat dikongsikan bersama...Syukran Ya-Allah...


#DOAUNTUKMH370

Kenapa Dia Kena Cakap Kasar Mak???...

March 14, 2014


As-Salam Geng

Doa kita..Jangan Pernah Pertikaikan Kenapa belum lagi dimakbulkan
Itu Bukan Urusan Kita Kan Gengs
Urusan kita ialah Berdoa...Berusaha dan terus berusaha
Pasti akan ada Hasil..

#DOABUATMH370


Usai Doa subuh pagi tadi
Aku lihat sikecil ku..Yana sedang menyarung baju sekolah

DIALOG selepas itu...

Mak..semalam adik dgn kawan2 kena sapu lantai kelas guna tangan
   "Kenapa???
Sebab tak bawa kamus..Teacher marah
   "Tu lah kenapa tak bawa kamus...Mestilah teacher marah
Habis hitam tangan.
Sebenarnya bukan salah kami pun..teacher tu nak marah jer ...
    "Tak baik ckp teacher mcm tu
Yer lah...semalam kan exam...dlm jadual exam semalam mana ada tulis lepas rehat belajar..jadi kami tak bawalah buku Inggeris dan kamus....Tapi yg adik tak suka tu Teacher boleh cakap..esok kalau tak bawa juga kamus..kamu semua kena jilat lantai sampai berkilat...Kenapa teacher kena ckp macam tu.....kenapa tak boleh cakap esok siapa tak bawa kamus..teacher denda tak boleh keluar rehat ker...teacher bagi homework banyak ker....
      "Dah la...teacher ckp mcm tu supaya kamu semua takut..dan ingat utk bawa kamus hari ni.
Ye la adik faham...tak boleh ke Teacher cakap sesuatu yg lebih elok....



BAHASA JIWA BANGSA ...


INI YANG AKU FAHAMI....

 Ini waktu  umur Yana 3 tahun...kakak2nya letakkan tipuware dikepala dan katakan yg dia sgt comel, tipuware ni boleh jadi topi dia hanya mampu tensenyum.Masih polos dan tidak memahami.Sekarang cubalah kalau berani nak buat mcm ni.






Kini dia sudah 10 tahun.Dia sudah cukup faham...sangat2 faham....



PEMBERITAHU:Manusia mana tidak buat Khilaf...manusia mana yg tidak lepas dari kesilapan..namun terkdang mendepani situasi melibatkan anak2 yg mahu membesar..berfikir berkali-kali sebelum menuturkan sesuatu itu adalah lebih baik...

Ku Cari Cahaya Dalam Kekaburan Suria...

March 12, 2014

As-Salam gengs

Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu gengs

#DOAUnTuKMH370

Sejak dari 4 hari yg lepas
Kepala aku berat gengs
Berat Sangat
Habis Segala tulisan perihal MH370 ni aku baca
Tak kisahlah siapa yg postkan artikel tu
Pasti Aku baca
Pendek
Panjang menjela
Semua Aku baca
Cumanya aku tak berminat pun nak komen
Biar pun ada penceritaan yg dibaca buat hati sakit
Masih tersisa sabarnya...
Well Done Hati..Sbb tidak membenarkan jari-jemari ku menulis komentar.....

 Ku Titipkan sesuatu buat mu MH370

Mana Hilang mu?
Mana Haluan mu?
Mana Hanyut mu?
Mana Hayat mu?
Mana Hijrah mu?
Mana Hinggap mu?

Jika Hilang dirancang..Ceritakan lah
Jika Haluan dipaksa...Tunjukan lah
Jika Hanyut dirahsia..Rungkaikan lah
Jika Hayat disembunyi...Bongkarkan lah
Jika Hijrah disangkal...Huraikan lah
Jika Hinggap dimana-mana....Temukan lah

Ya-Allah temukan lah dia dgn kami semula
Bersama-sama isi perut yg dikendongnya
Pulang kan dia semula dalam keadaan yg sangat Sempurna Ya-Allah
Sesungguhnya Rahsia MU cetek akal kami mengukur
Tapi kami percaya seluruh dunia percaya
DOA kami pasti akan kau makbulkan YA-ALLAH
Pasti.......



PEMBERITAHU:#prayforMH370....






Berpasangan Hitam dan Kuning...

March 07, 2014

As-Salam gengs
Harap kamu semua sihat2 yer gengs
Semoga Rahmat Allah sentiasa buat kamu semua


Makin aku perah otak nak menulis
makin merajuk dia
jangan perah kuat-kuat katanya
nanti kusut dan komot
Penat nak dihurai..tak licin bila nak di iron

Jdnya kuarlah N3 ni gengs...
Ni pun dah mencungap otak aku nak menulis

Rumah korang banyak nyamuk tak gengs
Rumah aku bila malam jer ...tu dia
macam aku ni menternak nyamuk pulak
Jenis yg halus-halus tu spesis nyamuk dia
Bila kita nak tampar kemain meligat dia terbang
Sampai aku terpikir
Kompom dia gelak kan aku..kalau termiss tampar dia
Tapi bila sekali dapat aku tampar dia
Macam aku nak kata yey..yey horey horey jer
punyalah puas hati aku..

panjang kemain rangkap kedua aku
bukan perihal nyamuk aku nak ceritakan pun..kihkih..

Jadinya setiap bulan aku belilah
SHIELDTOX MOSKITO SPRAY
Aku selalu beli yg satu pack ada 3 tu
Kalau korang selalu beli kan MOSKITO SPRAY ni
Mesti korang tau...dia akan letakkan benda Free kat dlm tu

Dua hari lepas aku pergi periksa gerobok barang2 kering aku
Mungkin dlm sehari dua ni aku nak topup barang2 kering dapur
Dan ternampak lah aku benda ni
Rasanya setiap minggu aku sental mangkuk tu
Uihhh!!!Kenapa masih banyak...Campur bulan ni punya tambah lg 1...
Ini kalau tak berkilat mangkuk tu tak tau lah nak cakap...
Terpengaruh sgt dgn Iklan Afdlin Shauki  kan...


Ni dia benda tu...



PEMBERITAHU:Shower gel "mangkuk" ni pun nak buat N3 kan gengs..nampak sgt ketandusan bahan2 nak ditulis...

"SE REMBAN" yg dulu bukanlah yg Sekarang....

March 04, 2014


As-Salam Gengs
Semoga Rahmat Allah sentiasa buat kamu semua gengs

N3 nak kena tulis cepat2 ni gengs
Kerja kat opis minggu pertama setiap bulan ini
Boleh menyebabkan muka mencuka sedikit
Sedikit saja bukan mencuka sgt pun

Sabtu lepas aku ke Kraftangan Malaysia, Jln Conlay gengs
Ada expo batik
Aku pulak kebetulan cari kain dan baju batik
Tapi bukan itu yg aku nak ceritakan gengs


Ikhsan En Google

Dulu guna ni masa aku kecik2 dulu gengs
Nak main guna batu ni kena hati2 gengs
Silap2 terpacak kat kepala kawan
Nak2nya bila main batu 5..
Lambung yg 1 kena tinggi sikit sbb nak kaup lagi 4 dibawah kan gengs
Main BATU SEREMBAN..aku panggil BATU SEMBANG
Sebab main nak kena ada dua orang
Sambil main sambil SEMBANG




Ni lah yg aku belikan kat Yana masa kat expo batik tu
Bunjut Seremban ni dibuat dari batik
Masa beli ni aku ada rasa sedikit tak puas hati dgn peniaga tu
Letak harga kat situ RM3..Bukan aku nak berkira Apalah sgt RM4
Komplen banyak sgt..buatlah sendiri...berniaga walau 10sen harganya tetap kena telus..
Masa aku nak bayar dia kata RM4..aku tanya kenapa
Ambil satu RM4 ambil 3 RM10...
Abis tu aku tanya kenapa letak RM3 dibungkusan bukan RM4
dimana murahnya...Dia diam tak jawab....
1 RM4 3 RM10...baru betul kan...
Malas nak bertegang leher sbb RM3 RM4 aku terus jer bayar
Bagi satu kali senyum kat dia
Aku pun tak tau senyum jenis apa aku bagi
Senyum Sinis ker..senyum tawar ker...tp rasanya senyum membara...




Balik rumah habis kacang hijau keluar
Bukan satu bunjut keluar
Hampir semua bunjut...
kejap2 Yana datang mak jahitkan....mak jahitkan
Last2 aku ckp kat Yana
main jer Yana Sampai keluar semua kacang hijau tu
Petang nnt boleh mak masak bubur kacang
Sudahnya aku jahit semula 5 bunjut tu
Serupa dgn tidak jer bayar RM4



Sukalah tu dapat main Batu Seremban @ka Batu Sembang RM4 tapi kena mak
jahitkan semula....



PEMBERITAHU:Expo batik...Suka sgt kain2 batik lukis tangan....bila lihat harga..sepasang boleh lah...