Penghujung 2013

December 31, 2013

As-salam gengs
Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi kamu semua..

Tinggal beberapa jam sahaja lagi
2014 menghampiri
Menemani kita nanti
2013 menjauh pergi
Membawa bersama tinggalan memori
Yg indah dijdkan kenangan manis
Yg pahit tetap terlekat dipenjara duka

Teriring waktu yg masih bersisa
Aku mohon ampun atas segalanya gengs
Bait nukilan yg menyakit kan kalian
Secara sedar atau diluar daya fikiran
Ku ulangi lagi pohonan kemaafan

Semoga 2014 ...
Andai masih kita bernadi
Pakat2 Kita terus kan lagi legasi ini
Membina ukhwah yg penuh harmoni
Selagi hayat masih menghuni diri

Terimakasih gengs..
Kalian semua adalah sebahagian
Dari cerita gembira ku di 2013
Terimakasih.......





Jumaat Akhir November....

November 29, 2013

As-salam Gengs
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan bersisa kamu Gengs...


Menyusuri Kembali
Kehidupan Penuh realiti
Ada pelbagai rasa ketika menempuhnya
Terkadang lelah meyapa lesu seluruh anggota
Kemudian dihimpit kesulitan berpanjangan lama
Seketika kemudian bahagia menyusul jiwa
Gembira menerpa indah nya dunia

Diperjalanan waktu
Diri kembali mengenang
Pertambahan umur menginjak
Empat puluh ...waktu matang seluruh kehidupan
Apa yg telah terisi didada

Diketika ini
Terasa diri semakin di intai Izrael
Satu lubang sempit gelap sudah  pasti dimiliki
Cukup beratkah bekalan kanan
Atau yg kiri makin hari makin terisi

Simbolik sebuah dunia
Kekal tidak pernah ujud dalam kehidupan
Berpesan-pesan berkurun telah kedengaran
Tiap bernyawa akan merasai kematian
Terlupakah atau sengaja melupakan
Yang jelas itu adalah Kenyataan

Jumaat 29/11/2013 Jam 11 Pagi
Terimakasih Ya-Allah
Diberikan aku waktu
Masih mampu mengingati Mu
Ampunkan Dosa ku terdahulu
Dan berikanlah aku barokah umur
Untuk terus bersujud lagi kepada MU....


PEMBERITAHU:Allah yang SATU...







Berpasangan Mendukungnya....Beratttt....

November 25, 2013

As-Salam Gengs

Semoga rahmat ALLAH mengiringi kehidupan kamu semua gengs.

Berat sangat dia ni gengs
Aku cuba dukung dia sorang2 tak larat
terpaksa guna khidmat boyfriend forever

Lokasi: Kuala Gandah DEER FARM, Pahang
Sawa tempatan berusia 3 thn dan seberat 7 kg.








PEMBERITAHU:Tiada yg menarik perhatian ku selain dari Ular SAWA ni di Kuala Gandah.Hrmmmm...

Sesungguhnya Takdir Penentu Segala

November 15, 2013

As-Salam Gengs

 Semoga Rahmat Allah sentiasa buat kamu gengs...


Dia 3 beradik
Ateh
Aning
Omot
Kesayangan kami sekeluarga
Kisah Ateh pernah aku ceritakan

Ateh dan Aning...Si Jantan Muda yg comel
Omot Gadis pingitan yg malu2
Ateh penyabar...mungkin Sulung begitu
Aning bersifat agresif dan sgt ambil tahu









Makan pun selalu bertiga ekor...








Aning bermuka kecil tirus seperti tikus
Agak nakal
Sering memeluk-meluk kaki aku gengs
Jika terlebih geramnya..maka calar balarlah kaki
dan tangan ku dicakarnya
Bila ku tinggikan suara
Pejam matanya seolah tahu dimarah
Sering ku peluk-peluk dan dukung dukung
Acapkali ku marahkan Yana bila menayakan 
"kalau Aning mati...mak mcm mana???"

ENTAH LAH YANA SBB ANING BELUM MATI





*

*

*

*

*

*

*

*

*


3 NOVEMBER 2013
Aning pergi
Subuh dingin dalam hujan yg mencurah lebat
Aning dilanggar kenderaan
2 Hari kutangisi pemergiannya






Hubungan adik beradik kan gengs
Tidak mengenal
Manusia atau haiwan
Ateh dan Omot
Pagi itu seolah tahu
Inilah kali terakir akan melihat ANING

SELAMAT KEMBALI KEPADA PENCIPTA ANING

Kau akan selalu dlm ingatan kami





PEMBERITAHU:Aku sygkan kucing dari kecik2 dulu gengs..

10/11/13....Adalah Hari mu....

November 12, 2013

As-Salam gengs

Kamu masih mahu singgah lagi gengs??...Terimakasih yer
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs


Bercerita Tentang dia
Dia yg tumbuh dari cantuman kasih sayang kami
Aku dan ayahnya
Sembilan tahun yang lalu

Dua hari lepas genap angka 9 itu miliknya
Dia membesar sehingga keangka itu penuh sihat
Sering kami katakan mencari dunia itu berpada
Carian akhirat itu wajib berganda

Seperti kebiasaan tiada sambutan
Hanya sedikit imbuhan buatnya
dari kedua-dua kakak
Dan belanjaan makan malam ditarikh itu
Hanya itu
Cukuplah

Usai pulang dari makan malam
Matanya berkaca
kemudian luruh dan lebat turun jernihan
Kenapa tanya ku
"Adik tak mahu besar..Adik tak mahu besar"
Kenapa?
"Kalau adik besar..mak jd tua..bila tua..mak mati"





Selamat Hari Lahir Buah hati mak
Semoga Dikau selalu didalam jagaan dan rahmatNYA


LUV
Mak
Ayah
Kakak & Zati


PEMBERITAHU:9 thn otak masih belum mampu berfikir waras.Apa yg difikir itulah yg diterjemahkan
melalui kata.


BilaTerdesak..Semua Rasa Malu Di Buang

October 21, 2013

As-Salam Gengs
Semoga Rahmat Allah sentiasa menemani kehidupan kamu gengs

Bagaimana hendak bermula
Bagai Buntu Mencari Kata
Terluah secara nyata
Umpama menelanjangi diri

Lama tak bersua dia
Jumlah hari hitungan
365 darab 7 atau barangkali sifir 9
Ada darahnya mengalir dalam tubuh ku

 Ada perselisihan berlaku
Lama sudah bertahun sudah
Cerita basi
Sejarah lama
Namun.....
Luka Masih basah
Parut masih berwarna merah
Pedih dan Sakit

Di Muka buku masih mahu bersilaturrahim
Aku terima permohonan atas dasar insani
Istilah Bertandang kerumah lama telah mati
Bila bertemu dimajlis walimatullurus
Masing2 bagai tidak mengenali

Tup tap suatu hari
Ada chatting menghampiri
"Kak..aku nak pinjam duit 30 ribu
Tolonglah..tolonglah aku kak "
Tergamam
Terkejut
MARAH
30 ribu di pinta Sept 2012Kemudian sepi...bertanya khabar di muka buku pun tidak
Kemudian 3 hari yg lalu
"Kak...aku betul2 terdesak ni..nak 400"

Alasan: Bayar ALONG

satu sen pun kau tak akan dapat duit ku



MAAF.....aku tidak akan berurusan dengan orang yg tidak beradab.



PEMBERITAHU:Belajar tinggi belum tentu akal juga tinggi...

Bongsu Berusia...Sulung Masih Muda

October 08, 2013

As-salam gengs
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu gengs.

Suatu hari suatu ketika
Saat masa dihitung lama benar terasa
Kemudian
Membiarkan waktu meneruskan perjalanan tanpa sedar
Besar dah rupanya dia

Semakin tua pula diri
Bila melihat dia
Rasanya semalam baru bertarung nyawa
Syukur mampu melihat dia dewasa
Bersama dua lagi permata jiwa









PEMBERITAHU: Harap dia mampu menjadi contoh yg terbaik buat adik-adik.

Bunuh Diri Atau Di Bunuh

October 02, 2013

As-Salam Gengs
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiring kehidupan kamu semua gengs

Kak!!!
Jerit seorng kawan pagi tadi sesampainya aku dikaki lima sebelum menaiki lif keoffiice ku ditingkat 8

Nanti akk naik opis akk...cuba akk tgk di tingkap akk berhampiran 7 E 11...


Dan ini lah yang aku nampak gengs..

@


@


@


@


@



Sepasukan polis forensik sedang membuat pemeriksaan dibelakang opis aku.

Diceritakan ddidalam pelbagai versi.

- Kejadian berlaku seawal jam 4 atau 5 pagi (versi staff 7E..org pertama yg melihat dan melaporkan pada polis)
- Wanita muda bukan melayu brgkali cina atau pun Filipino awal 20an
- Separuh Bogel (Hanya memakai bra sahaja)
- Pecah kepala
- Jatuh brgkali dari tingkat 10 dan keatas


Yg pasti..Ajal sudah menjemput..tiada terlambat sesaat mahu cepat sesaat.



PEMBERITAHU:Apa yer yg berlaku 1 minit sebelum dia ambil keputusan utk terjun..kalaulah dia membunuh diri..Jika dia di bunuh?????.....bagaimana pula yer 1 minit sebelum tu....

Tsunami Tegar Melanda Sungai Buloh

September 30, 2013

As-Salam gengs
Semoga Rahmat ALLAH sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs

Sana Sini Sinun
Sebut saja Tegar
Pasti ramai yg kenal
Penyanyi cilik dari seberang
Anak Jalanan peminta sedekah
Akhirnya di kurniakan rezeki dari
ALLAH S.W.T.....
Alhamdulillah

Kini muncul seorang lagi
Penyanyi ala ala Tegar
Dari Sungai Buloh
Mampukah?
Menyaingi Tegar....


Memperkenalkan Yana @ Yegar.....


@


@


@


@


@



Kalau lah dia tau aku upload picture ni....kompom pecah ukulele tu dia baling ke dinding....




 Macm Pro sgt aku tengok gambar ni gengs....hehehe...




 PEMBERITAHU:Tak menahan dgr dia petik ukuleleh...boleh tangkap leleh tahi telinga mak Yana oiiiii.....

Sekuntum Bunga Taik Ayam Sebuah Puisi

September 26, 2013

As-Salam Gengs
Semoga Rahmat Allah setiasa mengiring kehidupan kalian gengs..


Lama tidak berkias-kias



Asal saja kamu sedar
Kamu hanya bunga taik ayam
kami semua...sahabatmu.. lebih berbangga
Biar haruman mu meloya
Kami tetap beranggapan wangi mu bak kasturi

Malangnya kamu tenggelam bersama pujian disebalik kejian
Diolok-olokan kamu sekuntum mawar yg indah
Kamu seolah lemas ketika musim kemarau panjang
Kemudianya berterusan kehausan kala tengkujuh melanda
Kan itu Palsu
Kamu tahu itu
Tapi kamu tidak kisah
Kamu tersenyum mengiakan pujian dibayangi kutukan

Kata-Kata Pujian yg palsu
Kamu tidak pernah hirau
Asal saja kamu dapat berbangga
Dengan keindahan mawar yg  dianggap permaisuri segala bunga
Sehingga kamu menidakkan
Diri hanya sekuntum bunga taik ayam

Disaat diri masih mampu memalsukan identiti
Dapatkah definisi bangga itu mengatasi kebenaran selamanya
Tidak terfikirkan mawar bukan bersifat Kekal
Saat kelopak semakin melayu
Pujian juga menjauh sendu
Kemana kaki harus diteraju
Saat itu nanti
Jari akan menunding
Kata-kata kejian terbit menyinsing

"Inilah Bila Bunga Taik Ayam berangan menjadi Mawar Yg Indah"

Sedar lah dari mimpi...ianya bukan realiti....



PEMBERITAHU:Jika nasihat kwan2 tidak pernah dipeduli...akan tiba suatu hari..tak akan beruntung sesalan kemudian hari....


Putih-Putih Melati...

September 23, 2013

As-Salam Gengs
Semoga Rahmat ALLAH sentiasa mengiringi perjalanan hidup korang semua gengs.

Macam mana weekend korang semua gengs.
Happy?
Sedih?
Keliru?


Weekend aku yg penuh tragis awalnya gengs
Semuanya gara-gara si Putih.@ ateh....Kucing kesayangan kami 3 keluarga gengs .
Kali terakhir aku lihat dia, petang khamis 19/9.
Esoknya 20/9 bila aku balik kerja...Mak beritahu Ateh hilang
Mula lah edisi pencarian ateh....
Panggil2 dia...cari di hadapan rumah..takut2 dia dilanggar kereta ker
Hampa gengs
Sabtu pun masih tiada tanda ateh pulang kerumah...

Atehhhh!!!!!....kemana hilangnya kamu...










Tgk lah dia gengs.Ateh yg terlalu manja..yg selalu mahu duduk dibelakang aku..tiap kali aku habis menyiram bunga dihalaman.Sekejap pun jd lah...dia akan panjat belakang aku....

Bagi sesetengah org..perkara kehilagan kucing ni adalah kecil..tidak bagi aku sekeluarga.Kami pencinta kucing.Sayang kami pada Ateh seperti sygkan anak sendiri.

Malam sabtu tu..aku lihat semula video masa dia kecil2 dulu...sunyi nye tanpa ateh..siapa nak panjat2 belakang aku lepas aku siram bunga..siapa nak dtg berlari2 pada aku bila tiap kali namanya aku panggil.



ALLAH MAHA BERKUASA MAHA SIMPATI  kan gengs




AHAD 22/9 selepas 3 hari hilang.....


ATEH di temui oleh suami ku...


Terjatuh ke dalam perigi buta...lebih kurang 6-8 langkah sahaja dari dapur rumah ku...


Ateh ni gengs badan sahaja besar...suara kecil sgttt....







 Lihat lah geng....Atehhhhh!!!!!



 Nampak sahaja kami diatas..terus dia nak panjat dinding perigi tu gengs.....
Sabar yer Teh.....
Suami aku masuk kedalam perigi tu gunakan tangga gengs....
Dapat sahaja naik keaatas...Aku peluk dia kuat2 gengs..
Pasti dia takut.....


 Bawa jer naik...terus makan gengs...lapar betul dia...Maklum lah 3 hari tak makan....




Semenjak Ateh hilang...2 adiknya pun tak makan gengs....
Bila ateh dah jumpa...baru lah Aning dan Omot makan sekali.
Hrmmmm...Binatang pun tau sayagkan darah daging sendiri kan gengs




PEMBERITAHU:.Baru kucing yg hilang...kalau lah keluarga sendiri yg hilang..Agak2nya macam mana yer?

Jangan Pisah Kan Aku dan Mereka...

September 18, 2013

As-Salam Gengs
Semoga Rahmat ALLAH sentiasa mengiringi kehidupan kamu...

Ini lah aku bila bersama mereka
Tidak pernah kering gusi
 Mengenali mereka cukup lama
Dan yang lebih bahagianya
Mereka lah teman,  sahabat suka dan duka

Kami bahagia
Tiada kisah musuh didalam selimut
Tiada istilah tikam dari belakang
Tiada rasa diguna dan dipergunakan
Kami saling berkongsi rasa bahagia...ketawa bersama..
Saling berkongsi duka...menangis bersama

Aku sayang mereka sehingga akhair hayat ku

Yati, Zarimah Dan Salmah ....dan sesiapa sahaja yg mengenali aku
Ukhwah kita sehingga akhir hayat...






PEMBERITAHU: Love u all...you will always and forever be my best friend.

Mr. Octopus

September 11, 2013

As-Salam Gengs
Semoga Kalian sentiasa didalam RahmatNYA gengs

Mood Rajin Up-Date tetiba datang ni gengs.

Kejadian ni lama dah gengs..Seminggu sebelum kita berpuasa hari tu.
 Lokasi...Laut di Kemaman, Terengganu

Hasil Tangkapan Mr Octopus




Kasi Tunjuk tangan dia yg bangga dengan hasil dia hari tu.



 Siap buat bandingan dengan sze sotong yg biasa dapat kat kedai2 runcit Acheh yg berdekatan katanya...



 Muka Mr. Octopus ku ni gengs...senyum2 sotong kooo...

Ye la ye la..awak dapat candat sotong besar tu...





PEMBERITAHU: En suami aku ni gengs....minat memancing ikan...sungai laut..mencadat sotong...ajak ajer lah dia...kompom dia akan ikut...

Selera Nya makan Di Sini..Mereka Pun suka Jugak

September 10, 2013

As-Salam Gengs

Rindunya dengan korang semua gengsss
Apakan daya gengs
Kemalasan tahap kronik melanda
Bila tgk semula
Satu N3 pun tak ada bulan August
Nak buat N3 Hari Raya
Takut pulak korang baling ngan terompah kayu nnt.

Aku ada buat pondok main-main kat sebelah umah aku ni gengs
Lantai pondok ni dah 2 tahun aku bikin
Atapnya nak masuk tahun ke 3.. thn ni lah baru didirikan
Almaklumlah..aku hanya mampu kumpul 5 henggit sehari
Bila dah siap tu...rasa macam hari2 nak makan tengahhari kat pondok ni
Dengan Angin sempoi nya...
Dengan Hijau pepohonya
Bertambah selera makan gengs...


Tengok gengs..kemain besar En. Suami punya suap...


 

 Lauk tak der lah gempak mana pun kannnn...



 Tapi yg 3 ni lah buat selera aku bertambah

Aku kan budak kampung.......



Bukan aku dgn Family jer suka lepak-lepak santai kat pondok ni gengs..

Masa Raya Hari hari tu geng2 opis yg dtg beraya pun lepak2 kat sini jugak...










PEMEBRITAHU:  Pondok Santai tepian Rumah
                              Tempat Riadah Seisi keluarga
                              Tetamu Berkunjung Terasa Meriah
                              Mengerat Hubungan Jiran tetangga









Raya Tahun Ni..Mak Ada Rezeki Lebih Sikit....

July 31, 2013

 Assalamualaikum Gengs
Semoga Gengs Semua Sentiasa Didalam Rahmat NYA....

Dah siap kelengkapan Pakaian untuk anak2 ku

 Kakak dan Zati juga kali ini aku penuhi keinginan mereka

Terharu pula bila..TERIMAKASIH MAK & AYAH berkali-kali di ucapkan...

Hai lah Anak...Demi kamu semua

Biarlah Pakaian Kami hanya bertukar sepasang persalinan demi kamu kami sanggup...




Selesai Sudah Persiapan Yg Bongsu
Ada Sedikit Lebihan Rezeki Allah Berikan
Alhamdulillah...



PEMBERITAHU:.Syukur ALLAH atas rezeki yg kau berikan..

IFTAR DI LUAR KAWASAN....

July 22, 2013

Assalam geng

Semoga Kalian sentiasa didalam rahmatNYA

13 Ramadhan dah kan gengs
Semoga Puasa kita kali ini adalah yg baik dari sebelumnya yer gengs


Iftar Ramadhan ke 11...
Buat pertama kali sejak Tahun bila berpuasa aku berIftar diluar.
Lama benar rasanya
Anak2 lah yg paling suka
 
Kami ke AROMA IKAN BAKAR, JERAM, KUALA SELANGOR
Aku dan Satu keluarga sahabat namun hubungan lebih dari adik beradik.



Seawal 6.30 sudah kesini...Parking pun dah penuh masa ni..Lauk pauk dah siap terhidang.Memang Sejuk lah semasa waktu berbuka.Cuma siakap steam dan sayuran yg masih panas sewaktu dihidangkan.

 
  

Duk mengadap menu sambil nak halau2 lalat.





Antara yg kami order.



 Sambil menunggu layanlah dua beradik ni apa yg patut kat handphone tu.





PEMBERITAHU: Ramai beriftar diluar.Ada mata lihat ada telinga dengar.Jangan sampai sudah berkumandang azan Isyak masih tidak berganjak dari meja makan.Dimana Maghrib mu????....









 

Do your best....

July 09, 2013

As salam gengs
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kamu semua gengs..



Terkadang amarah mak
Sukar dikawal
Mak cuma mahu yg terbaik
Untuk masa depan kamu

Mak tiada duit menggunung
Mak tiada emas berpikul
Mak tiada harta berkoyan

Mak cuma ada nasihat
Dan paling adaaaaa
Mak ada leteran yg Zati bosan kan?

Terimakasih
Sebab beri kan mak result ini



USAHA DAN USAHA LAGI!!!!!!!....





PEMBERITAHU:Anak kedua...dia sukar dijangka...selalu tidak dgr arahan...tetapi result peperiksaannya selalu di luar jangkaan...




Putus Tak Bisa Disambung..Kusut Tak Terurai...

July 04, 2013

Assalamualaikum Gengs
Semoga Rahmat Allah sentiasa buat kamu semua

Ahhh!! Bloq Picisan Ini
Bagai Hidup Tidak Perlu
Tutup???Tunggu Masa Layaknya


Menghurai Kekusutan
Ada Petua kah
Mampukah Terurai Atau Semakin Kuat Simpulnya
Arghhhhhh!!!!!

Permohonan Ampun
Dimana Kata Kuncinya Tersembunyi
Andai DiTemukan Anak Kuncinya
Termaafkah Segalanya Secara Semulajadi

Zaman Keberadaban
Pupusnya Ketika Purnama Lelah
Sejak Alam Merajuk
Kemudian Dunia Mengamuk
Menelan Semua Hidupan
Yang Baik Atau Jelek
Dia Tiada Pilih Kasih
Adil Kan

Padi
Tunduk Menghormati
Rendah Berbudi
Tinggi Pekerti
Jasa Tidak Mampu Di Balas
Senyumnya Manis
Brrrrpppp!!Alhamdulillah...
Kenyang
Lena Juga Panjang

Lalang
Sayang Sekali
Ini Pilihan Sejati
Megahnya Berdiri
Maharaja Lagaknya
Kosong Tak Berfungsi
Memberi Manfaat Jauh Sekali
Semak Sana Sini
Jahanammmmmm.....





PEMBERITAHU: Tiada Kata ...Hendak Ku Huraikan Segala......

....Malangnya Bencana Menimpa..Kau Telah Pergi Untuk Selamanya Tak Kembali....

June 21, 2013

As-Salam gengs
Semoga Kalian Sentiasaaaa DiDalam RahmatNya

Genap Tiga Tahun
Sedetik Tak Pernah Lupa
Semoga Allah berikan dia tempat yang paling Mulia
Disisi NYA bersemadi mu untuk selama

Abang Chik
Sebak Hati Maksu Pagi ni
Melalui Kawasan Kemalangan Mu
Walhal setiap pagi Maksu Melaluinya
Tapi Hari ini terasa lain
Lain sangat
Sayu Sangat
Hiba Sangat

Doa Maksu dan seluruh Keluarga
Sentiasa Ada Buat Mu Nakkkk...

 Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un
Khususon ila ruhi Almarhum
Muhammad Azhar Bin Sazali
27/03/1995 - 21/06/2010

AL-Fatihah...




PEMBERITAHU:Tidak sekali-kali  mempersoalkan pemergiannya...Hanya Rindu kembali Bertamu...

Sisa Semalam ...Baki Hari Ini...Esok???

June 12, 2013

As-Salam gengs
Semoga Kalian Semua Didalam Limpahan RahmatNYA

Ada sesuatu Yang Menggangu Fikiran
Jadi Aku Menulis
Lega...


Semalam yang telah Menjadi sisa
Terpahat dalam Ingatan pelbagai warna
Apa mungkin kabur Menghimpit Cahaya Terang
Menjadikan Alam seakan Hitam
Sirna.......

Hari Ini Yang Masih Berbaki
Termampukah mencerahkan Kota Cahaya
Andai mentol iman pecah berderai
Ruang sempit itu akan gelap
Menakutkan....

Esok masih buta
Jika Masih ada
Mohon dapat bersujud lima waktu
Jika tidak barangkali  sempat sujud dua waktu
Atau  mungkin hanya termampu bersujud satu waktu sahaja
Ampun kan lah semuanya....
Redha....



PEMBERITAHU: Kembali mengingati MU..aku tenang....


 





2 hari lepas..gabungan 4 dan 5

June 08, 2013

Assalam gengs....
Semoga kalian dlm rahmatnya...

2 hari yg  lepas
4 dan 5 telah bergabung
Gabungannya menghitung ke 365 hari kemudian
Samaada empunya 4 dan 5 itu suka atau tidak
Jumlah tidak pernah akan berkurang
Bertambah akan ada

2 hari yg lalu
4 dan 5 itu patuh
Mereka akan setia bersama
Sehingga lah muncul 2014 nanti
Banggakah memiliki gabungan 4 dan 5 itu tanya hati
Kata hati...ya..ada sedikit rasa bangga
Apa yg hendak dibanggakan soal akal
Ya lah...jawab hati...ada yg tidak sempat pun menemui gabungan 4 dan 5...
Jawab akal pula..hanya kerana itu maka terasa bangga...
Sedar lah...semakin bertambah jumlah angka..semakin menghampiri perhentian terakhir...jumlah angka yg terkumpul jika tidak ada pengisian yg betul apalah ertinya...mengumpul biar pun sehingga 100 angka tiada guna jika tiada ketaatan kepada pencipta

Hati tunduk..kerana tahu..dia sering terlupa merujuk akal pada kebanyakan perkara biar pun tahu akal adalah sebaik-baik teman berfikir..

Bila hati dan akal bersatu
Bersama gabungan 4 dan 5 ini
YaAllah syukur dan sujud ku hanya
Untuk Mu..

Terima kasih atas barokah umur ini...

Pemberitahu:45 thn yg telah dipinjamkan kepada ku...syukran YA-ALLAH..

Lain kali...Ada telinga dengar

May 22, 2013

As-salam gengs...
Semoga kalian dlm rahmatNya.....
Hati tgh berangin sangat ni gengs
Nak dimarah sangat bila tengok muka pohon simpati umpama aku nak bantai guna belantan kaedahnya tak sampai pulak hati aku
Hati seorang ibu kan gengs
Marah mengila macam mana pun bila tengok muka anak dgn mata yg dah bengkak menangis....atomatik kesian...
Yana lah ni gengs...
Hari ini ada pendidikan seni...
Malam semalam dia beritahu aku cari kan manik2 kristal tu...cikgu suruh buat gelang...punyalah aku menyelongkar dalam bilik nak cari manik tu...dapat lah geng..dapat 3 jenis...berkilat cantik..biru dan putih bersama satu jenis ala2 pearl gitu...
Tengah hari td aku call dia sebelum pergi sekolah...dia ckp kat aku...nak bagi sikit pada kawan dia...aku siap pesan...buat kamu punya dulu kalau ada lebih baru kasi kawan....
Yang terjadi lepas dia balik sekolah....
Satu biji manik dia pun tiada lagi....tukar dgn kawan punya....bagi semua....semua sekali manik2 dia kat kawan2 dia...manik kawan tu dah lah lebam berkarat warna nya....
Merasa lah Yana kena marah secara berduet dari aku dan ayah dia...
Kes ni kecik jer gengs...bukan lah sampai aku nak bawa kes ni kemahkamah tinggi...tp gelang tangan tu nak dihantar esok...dah mlm mcm ni..kedai jual manik kat mana aku nak gegar....



PEMBERITAHU:kakak dan zati sedang selongkar bilik mereka pula...cari manik2....bila mak naik hangin sekali sekala.. tau takut.......




Di Renjis-Renjis Di Pilis..

May 13, 2013

 As-Salam gengs
Semoga Kalian Di Dalam Rahmat NYA...

Pengantin Lelaki dah Sampai!!!!!
Pengantin Perempun dah siap ke Belum????...

Ahhhh!!! semuanya masih segar dalam ingatan
Arwah ayah sendiri yg menikah kan aku waktu tu

Hari itu..13 May 1990...
23 tahun sudah berlalu

Terimakasih buat kamu
ROSSTAM BIN ABDUL RAHIM
Selama 23 tahun ini menjadi bukan hanya seorang suami
Kamu lah sahabat yg terbaik
Kawan yang sentiasa disisi
Susah dan Senang
 Syukran  Ya-Allah
Kau Temukan aku dan dia
Syukran  Ya-Allah
Sehingga saat ini masih kau izinkan Kebahagiaan buat kami

Ku Pohonkan
Agar perhubungan suami isteri kita
Tetap utuh sehingga ke akhir hayat kita....



LUV U TODAY AND ALWAYS....


 

Satu-satunya kad yg masih ku simpan



Songket Hitam..Rasa mcm panglima sangat (Rambut tu bukan yg asli...aku paint kan)




 PEMBERITAHU:Telah ku siap kan satu daerah paling sunyi...utk kau isi...sebagai ISTERI....








 

Kemelut dalam diri seorang ganjil

May 07, 2013

As salam gengs..
Semoga kalian dalam rahmatNya...

Terserah kamu memahami...
Pandangan tiap insan memang berbeza....
Hormat kan itu...

Kemelut dalam diri seorang ganjil...
Situasi cukup meriah
Suasana riuh rendah
Sorakan tanpa henti
Hanya dia yg ganjil di situ
Indahnya lautan nan biru
Kehijauan pepohon disekeliling
Keganjilan keindahan biru ...buta
Kedamaian pohonan hijau ...tuli
Ganjil benar rasa hati nya

Kemelut dalam diri seorang ganjil
Cerita berita perkhabaran disua
Atas nama sebuah ukhwah
Bisu dan tuli menjadi sahabat karib

Kemelut semakin ganjil terasa
Sahabat bisu dan tuli juga ada rasa
Jika bisu mula bicara
Yang mendengar tidak tuli belaka
Jadi biarkan bisu terus diam
Bersuara umpama mengundang dendam
Kemelut diri ganjil akan terpinggir

Kemelut terus menjadi ganjil
Demi sebuah ikatan
Demi setiakawan
Demi sambungan rohani
Demi ukhwah insani
Biar kan keganjilan itu sendiri
Ganjil hanya dalam diri nya yg berkemelut ...
Dia punya penawar......



PEMBERITAHU:ganjil betul rasanya....

Sanah Helwah Ya Afiqah Marsieta

April 30, 2013


As-Salam gengs

Semoga kamu semua sentiasa didalam Rahmatnya...


Hari ini 30/04/2013
Genap 21 Tahun Umurnya
Permata Pertama
Lambang Kasih Sayang
Benih Cinta Kami suami Isteri

Dahulu....
Dia keras kepala
A katanya
A lah maksudnya
Dia cukup berkeras

Dahulu....
Dia kurang berkata-kata
Dia Kurang mahu bertegur sapa
Sifatnya yg paling ketara
Dia hanya memilih kawan2 yg beberapa kerat sahaja
Yang hanya beristilah satu kepala

Kini..
Berinjak usia
Dia semakin matang berfikir
Alhamdulillah dia kurang berkerenah
Dia tidak lagi hanya mengatakan A
B juga kadangkala diterimanya

Kini...
Biarpun dia sudah dewasa
Di Mata ku dia masih lagi anak2 manja
Yg perlu ku pantau gerak gerinya
Yg masih perlu ku katakan biarpun berjuta kali jumlahnya


JAGA SOLAT
JAGA MARUAH DIRI
JAGA AIR MUKA MAK AYAH

Selamat Hari Jadi Kakak..
Mak sayang kakak sangat-sangat














PEMBERITAHU: Semakin anak perempuan dewasa semakin berat tanggungjawab terpikul..Amanah Allah ini jika tersia...sebelah kaki kita akan terjejak ke Neraka....Ya Allah Kupohonkan Keampunan mu atas segala kecuaian yg telah ku lakukan sepanjang perjalanan ku  membesar amanah MU ini....


Bila Mood Rajin...kalau tak sardin jer la..

April 17, 2013

As salam gengs...

Semoga Kamu Semua Dalam Rahmatnya Gengs

Aku tak ingat bila kejadian ni...ni bila mood rajin aku dtg gengs....

 




PEMBERITAHU:Beruntungnya aku adalah kerana TUAN besar tidak berkerenah soal lauk...Janji ada sambal. Tq TUAN besar....

Spaiii the series ...the real come back...yoyo ooo....

April 04, 2013

As-salam gengs..

Dah lama tak bercerita tentang Spy.....

Drama pendek ari ni yer gengs....Sinambungan semalam...



Memandai jer ko semalam yer...ko hack bloq aku yer..ko siap tulis N3 pendek lagi...
kata bloq aku bersawang bagai...
Dah Limah hantu ingat aku akan kuarkan N3 berlapis-lapis
eeee..geram aku tgk ko ni spy..
Kau buat sekali lagi menceroboh b loq aku
Aku tumbuk muka ko..


Alaaaa..sori lah geng....sori lah....dah ku tak sign out bloq ko..
aku cuma nak tolong ko jer..dah aku tgk ko sibuk sgt..
jd aku tuliskan lah N3 sikit...
supaya gengs bloq tak lupakan ko..Sori lah yer geng...sori yer...sori yer...

Ok lah...aku cium kaki ko mintak maap geng..aku tau surga bawah tapak kaki kau...
 walaupun ko cuma mak angkat aku....
Edisi sedih ni geng..ko tak simpati ke...
 

Kalau nak mintak  maaf bukan setakat cium kaki tau

Aku nak ko ciumm........
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


 pipi sekali yer....hikhik



Ko pakai minyak wangi Nina Richi yer gengs ...harummmm
Ko jgn lelebih yer....




PEMBERITAHU:Spaii..#halusinasi #aku #dandiriku.... 

geng!!!!!Bila mau update blog daaaa...

April 03, 2013

Spy pun dah bosan asik tgk cerita bersawang jer...

Hari Ini Suatu Waktu Dahulu

March 27, 2013

As-Salam gengs

Lamanya tidak update bloq
Sepurnama penuh hari ini
Dari tarikh terakhir ku lakar kan sesuatu buat kamu
Cepat benar masa berlalu

27/03/1995..ini dahulu..saat kau dilahirkan
27/03/2013..hari ini..genap kau 18 tahun
Selamat Hari Lahir Buat Mu...

Namun....21/06/2010....Tiada lagi kau disisi....

Doa maksu buat mu..

Ya-Allah Ampuni dosa Putera ku ini
Ya-Allah Kasihi lah dia sebagaimana
dia dikasihi ibunya
Ya-Allah tempatkanlah dia disisi insan
yang Kau redhai
Ya-Allah Luaskan lah kuburnya
Sesayup pandangan mata
Ya-Allah jauhkanlah dia dari azab kubur Mu
Ya-Allah terangkan kuburnya secerah nur Iman nya......

 Abang Chik...
Disetiap denyut nadi kami masih ada kamu
Disetiap hembusan nafas kami tetap mengingati kamu
Disetiap bicara kami tetap setia menyebut nama kamu
Disetiap solat kami tidak pernah lupa mendoakan kamu

Khususon ila ruhi almarhum
MUHAMMAD AZHAR BIN SAZALI

Innalillahiwainnailaihirojiun

Al-Fatihah........


PEMBERITAHU: Sebuah Tarikh hanyalah satu angka untuk dingati...Hanya dua kemungkinan..Gembira atau Duka...ia perlu ditempuhi..Redha...

Ada Orang Lihat Kulit...Ada Orang Lihat Isinya

February 27, 2013

Assalamualaikum gengs
Diharapkan hari korang hari ini bersama senyuman
Jika bukan ketawa cukup lah sekadar senyum kambing
Jika tidak pun cukuplah sekadar berpura tersenyum untuk kesejahteraan bersama
Atau setidak-tidaknya bermuka manis menutup kesedihan dari pandangan orang lain
Tak pun cukup lah sekadar berdiam diri daripada bersuara tetapi bernada kasar
Dan jika semuanya tidak berlaku cukuplah hanya tangan yg berkata bukan selipar yg kena muka

Panjang mukadimah aku hari ni gengs...

Apa defeinisi orang pada kamu gengs
Pada aku
Orang ni sejenis makhluk ciptaan Allah
Bukan Manusia buat walaupun pada asasnya
Ia dilakukan oleh dua orang manusia
Dari setitis air.....
Pergh macam saintis aku menulis
Kenyataannya...Non adooo
Sekolah pun sampai SPM..Fullstoppp....
Dan kerana kejadian manusia ini azalinya adalah tidak sempurna
Maka jangan terlalu menjadikan alasan ketidaksempurnaan itu
Menutup kelemahan berulang kali
Tanpa ada rasa menjadikan ketidaksempurnaan itu
Perlu dibaiki hari ke hari


Berbalik pada Tajuk
Dari pemahaman aku
Pemahaman kamu aku tidak tahu gengs
Ada orang lihat kulit sahaja
Itu sebab ada geng tulis cerita lain
Sesetengah orang ni komen benda lain
Komen benda lain tak per lagi
Ada pula siap tulis komen
"berapa harga tu"
"Kat mana tempat tu"
 Padahal dah terang-terang ditulis
Harga ini RM ini
Tempat  ni dekat sini dlam N3 tu
Siap ada LINK lagi untuk menceritakan kejadian yg berlaku sebelumnya


Bagi aku lah
Kalau ada gengs  tulis N3 baru
Baca lah dulu Isinya
Baca kesemuanya...bukan lompat katak gengs
Kemudian baru kamu tulis komentarnya
Penat tau  gengs tulis N3 baru
Perah otak...cari bahan...masuk kan gambar
Apalah salahnya ambil masa sedikit
Membaca apa yg mereka tuliskan
Kemudian tinggalkan jejak kamu
Jejak yg kamu memang betul fahami apa yg dituliskan nya
Biar pun cuma sebaris ayat yg sempat kamu titipkan
Dia pasti gembira.....

Kalau ada masa aku baca N3 gengs yg suka menulis panjang
Bila tiada masa aku baca separuh kemudian aku baca separuhnya lagi sehingga habis
Baru aku tinggalkan jejak
Jika tidak ada masa lansung
Aku sekadar berlalu
Tanpa jejak
Dan terus kata dlam hati
"I.m sori gengs"....



PEMBERITAHU: Bukan meriak namun bila DIA suka....sebenarnya sedikit sgt yg kuberikan....dan bila seorg geng mampu tersenyum...besar sgt pegertiannya pada ku....

YANA nak mak bertukar Jd Raksaksa Ker??

February 25, 2013

Assalamualaikum gengs
Semoga Kalian semua sentiasa didalam rahmatNYA

Korang dah baca tajuk kan
Meh aku stori kisah dia

Yana...
Korang kenal dia kan
Tak kenal???...
Sampai hati korang
Dah bertahun aku berbloq
Bertahun tu juga aku ceritakan perihal Yana ni
Tak per lah kalau korang tak kenal
Sat lagi aku tunjuk gambar dia

Aku dan geng kampung
Ada berhajat nak buat rombongan cik kiah
Nun ke Darul Makmur
 Hujung bulan 4 nanti...memanglah niat aku tak mahu kasi tahu Yana
 Tapi semalam Tok tok sidang
Bendahara Temenggong laksamana
Yang menjadi ahli jawatankuasa menganjurkan
Rombongan kampung ni datang berbincang pulak kat teratak usang ku
Habis lah perutusan sudah didengari Cik Muda Yana
Yana ni punya perangai kan
Kalau dah diberitahu
Tetiba dia bertukar jadi tukang banci penduduk untuk PRU13 nanti geng
Menanya jer kerja nya

MAK 26/4 tu lama lagi ker
TAK
MAK 26/4 tu nak pegi pagi ke petang
PAGI
MAK 26/4 tu ada berapa hari lagi
2 BULAN
MAK 26/4 tu hari apa
JUMAAT
MAK kita pergi berapa hari
3 Hari 2 Malam

Selang beberapa minit

MAK bukan jumaat ni kan kita pergi
BUKAN
MAK jumaat bulan 4 nanti kan
YER
MAK!!
MAK!!
MAK!!
MAK!!
MAK  MAK  MAK  MAK MAK  MAK.....

YANA!!!!!!!!!
Sekali lagi adik tanya
Cuti Cancel

Ok
Ok
Ok....
Tanya sikit pun tak boleh....terus masuk bilik...

Kejap je ni geng...Petang ni aku balik keje kompom lah dia repeat soalan ni....





PEMBERITAHU:.Jumaat 26/4 itu hari jumaat dan bukan cuti sekolah yer geng....Ibu2 semua jgn contohi aku yer....

Dari Sebuah Desa Berbekal Kitab Tua

February 21, 2013

Assalamualaikum gengs
En. Baba Cik Nyonya
Semoga gengs dalam RahmatNYA
kann sekali kuar pantun dua kerat
Korang mampu....

Dan Aku..
Juga Kamu
Dengarkan...


Dari Sebuah Desa
Dibekalkan Kitab Tua
Agar dia tidak lupa
Ingat sentiasa pada pencipta

Setibanya dikotaraya
Kota batu penuh dusta
Dia lupa kitab Tua
Ditemani habuk dibawah meja

Dari sebuah desa
Kini Kitab Tua tiada
Dia mulai Alpa
Hidup berpoya-poya

Dari sebuah desa
Dia kini gadis kota
Kitab Tua Ibu Tua
Menanti perubahan tiba
Hampa...

Dan dari sebuah desa
Khabar kematian penuh hiba
Si Pembekal Kitab Tua
Kembali Pada Pencipta

Dia yang dulu dari desa
Tidak lagi mengenal akar pemula
Berwarna rambut hijab terbuka
Dimana salah apa kah punca

Kini diri dimamah usia
Dia kembali kedesa
Tanpa riak senyum dimuka
Hari-hari dilalui penuh duka

Dan cerita dari sebuah desa
Kisah kemusnahan sebuah mahkota
Kini diri penuh kudis tumbuh melata
Kafarah atas segala dosa



PEMBERITAHU:tiada berkaitan dgn yg hidup mahupun yg sudah tidak lagi hidup...sekadar nukilan 3 minit yg ku fikirkan...