10/11/13....Adalah Hari mu....

November 12, 2013

As-Salam gengs

Kamu masih mahu singgah lagi gengs??...Terimakasih yer
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs


Bercerita Tentang dia
Dia yg tumbuh dari cantuman kasih sayang kami
Aku dan ayahnya
Sembilan tahun yang lalu

Dua hari lepas genap angka 9 itu miliknya
Dia membesar sehingga keangka itu penuh sihat
Sering kami katakan mencari dunia itu berpada
Carian akhirat itu wajib berganda

Seperti kebiasaan tiada sambutan
Hanya sedikit imbuhan buatnya
dari kedua-dua kakak
Dan belanjaan makan malam ditarikh itu
Hanya itu
Cukuplah

Usai pulang dari makan malam
Matanya berkaca
kemudian luruh dan lebat turun jernihan
Kenapa tanya ku
"Adik tak mahu besar..Adik tak mahu besar"
Kenapa?
"Kalau adik besar..mak jd tua..bila tua..mak mati"





Selamat Hari Lahir Buah hati mak
Semoga Dikau selalu didalam jagaan dan rahmatNYA


LUV
Mak
Ayah
Kakak & Zati


PEMBERITAHU:9 thn otak masih belum mampu berfikir waras.Apa yg difikir itulah yg diterjemahkan
melalui kata.


17 geng komen :

makchaq said...

Selamat hari lahir buat adik, semoga dipanjangkan umur dan membesar menjadi insan cemerlang didunia dan akhirat..

:: Mrs.Eady :: said...

Selamat Hari Lahir adik :) semoga terus membesar sihat juga sentiasa dibawah lindunganNYA, AMIN..

Dee said...

happy birthday adik..moga membesar menjadi anak yg solehan dan berjaya ye..

Eye_nee said...

makchaq..
Tq makchaq..

Eye_nee said...

Mrs Eady..
Tq sis..Amin..

Eye_nee said...

Dee..
Tq DEE...Amin..

Zuraidah Butang said...

selamat hari lahir :)

lieyalatif said...

alahai...bijak sgt2....walaupun tu lahir dari mulut seorg anak yg berumur 9 tahun...tapi pada lieya ayat2 tu sgt 'bijak'.....

selamat hari lahir adik...moga menjadi kebanggaan mak dan ayah serta family okey....

Eye_nee said...

Zuraidah Butang
Tq sis..

Tq singgah dan tinggalkan jejak kamu disini yer..

Eye_nee said...

lieyalatif...
Tu lah sis kan..anak2 seusia ini..mereka sgt polos..

Tq sis wishkan Yana HB...

faraherda.razalan said...

Sobs...sobs...touching ayat adik tu kak....terharu sungguh! Dia tak nak bsr bkn sbb pentingkan dirinya tapi sebab tak nak jdk pape kat akak. Alahai....gugur jantung sy dibuatnya!

Eye_nee said...

Faraherda..
bukan sekali tumpah airmatanya sis disbbkan takut kehilangan akk...akk harap dia akan begitu prihatin pd akk selagi ada nyawa akk...

Wak Gelas said...

hepi besday buat anak dara sunti mak tuuu..,ehHHHee

Nor Azimah said...

anak-anak saya pun, selalu cakap..ala..taknakla ibu jadi tua, nanti ibu mati..

Anak-anak, ketahuilah, satu hari kamu dan ibumu pasti ke sana...

Kakzakie said...

Adik yg baru sembilan tahun, anak kakak yg 10 tahun pun masih macam itu juga Eye_nee..

Happy belated birthday adik...

Kesuma Angsana said...

Selamat hari lahir buat Adik yer. moga jd anak terbaik dunia & akhirat in Shaa Allah !

eMMe said...

MOGA Adik jadi anak yg soleha,
jaga mak ayahnya bila dah besar dan berjaya... sampaikan salam peluk cium kat adik ya Kak Eye Nee...

befday bulan 11 same twin, twin 23hb... leh selebrate same heee...