Tiada Lelaki???....

October 30, 2015



As-Salam Gengs semua
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi Kehidupan Kamu gengs

Ko tak der anak lelaki?
Ko Boleh kawin Lagi satu ni..Muda Lagi Aku Tengok

Sakit hati???
Aku dah biasa gengs

Kdg2 gurauan kawan2 suami ni buat kan hati sedikit kecil dari size sebenar
Kemudiannya bila difikirkan semula
Ada pasangan yg tiada anak pun
Ada juga insan bukan setakat tak punya anak malah masih tidak berkahwin lagi
Bersyukur rasa diri biar tiada ALLAH  kurniakan anak lelaki
Fikir yang baik-baik sudah kan gengs
Perancangan ALLAH itu adalah yg sebaik-baiknya..
Redha.....



Yang Sulung...ini paling manja dengan ayahnya
Biar sudah 23 tahun umurnya..tetap juga mencium ayah tu tiap kali balik bercuti.



Yang kedua ni pun begitu juga
Bila nak ada peperiksaan pasti ayahnya akan panggil beri nasihat beri motivasi
tetap juga akan dicium kening tu.




Si Kecil ku pun begitu...pendek kata ketiga-tiga mereka lebih kepada ayah mereka
Manja2 juga buat silap  tetap kena marah...bertakung air mata....



Selalu kupesankan kepada mereka..buat sesuatu perkara ingat kan Ayah...Ayah sayang sangat pada kamu bertiga...tolong jgn buat ayah berkecil hati...ingat ayah selalu ..tak ingat mak pun tak apa tapi fikirkan Ayah yg sangat sayangkan kamu bertiga.


PEMBERITAHU:

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan,lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)


Sambal dan Minang Berpisah Tiada...

October 29, 2015

As-salam Gengs..Semoga Rahmat ALlah sentiasa mengiringi kehidupan kamu sehari-hari geng

Aku ni kejap ada...kejap hilang
Nak menulis sejak kebelakangan ini punyalah malas gengs
Hari-hari buka bloq..
Ada juga datang komen ke bloq kamu gengs
Tapi nak menulis tu alahai malasnya...


Ini lah rumah budak minang gengs
Sambal wajib ada
tiada sambal bagai
Ada lagu tapi pitching lari
Ada Taman tapi hanya bunga tahi ayam
Ada henpon tapi tiada internet
Kosong....

Ini lauk aku masak waktu tengah hari 2 minggu lepas








Lauk ni bagaikan wajib ada didalam rumah minang setiap bulan
Sambal tokok bersama pasangan pucuk ubi






Sambal telur puyuh feberet sikecik minang aku tu gengs.






Sambal cili api ikan bilis letak daun kunyit.
Sambal ni makan dengan nasik panas-panas gengs kan
Meletoppp kebabom gengs








PEMBERITAHU: Masak dgn kasih syg utk mereka yg aku syg..namun setiap kali mereka abis makan, air mata akan jatuh berlinangan.......kepedasan.....kalau tak pedas bukan budak minang namanya...