Madu..Di Madu...BerMadu..Dimana Kemanisannya..

March 30, 2011

Salam Gengs....

Adakah Hari ini hari yg mengembira kan kamu.....lihat senyuman kamu aku tahu kamu hepi sokmo..

Atau barangkali kamu rasa sedih hari ini.....dapat berita suami main kayu tiga.....suami bercinta semula dgn kekasih lama atau kamu diberitahu bahawa kamu sudah pun dimadukan...

Pada gengs lelaki yg ada lebih dari satu isteri....ADIL gengs kerana KEADILAN itu syarat wajib...selain kemampuan..jgn napsu napsi semata gengs....

Pada gengs perempuan yg dicurangi..yg di khianati...yg dimaduni....nasihat aku....ikut lah apa jua cara kamu...asalkan tidak membodohkan dan mendungukan diri kamu...

Dua hari lepas dapat panggilan dari BF aku gengs...Ada berita gembira katanya nak khabarkan pada ku...Aku baru balik dari Buat Umrah Nee....excited aku dengar..Syukur.. dapat kau jejakkan kaki keTanah Haram tu yer M...

M Kawan aku ni Bermadu gengs..dia isteri yg tua...teringat aku lagi saat M mengetahui bahawa kekasih hati ada perempuan lain diwaktu 2 minggu lagi majlis perkahwinan mereka akan berlangsung...Tak sanggup aku lihat kesedihan kawan aku ni gengs...dia serba salah..nak dibatalkan perkahwinan tu saudara mara kad jemputan semua telah diedarkan....Namun yg buat aku rasa sangat sakit hati ni gengs..bila M menelefon perempuan tu suruh putuskan hubungan mereka..biar ku namakan dia R...R boleh menjawab....aku peduli apa ko nak kawen...kami saling suka saling cinta...M tak putus asa gengs...Dia telefon pula Mak si R dgn harapan akan ada sesuatu yg positif....namun jawapannya hampa gengs....ingat lagi M beritahu aku apa jawapan ibu M..Dah dia suka kan anak makchik...makchik nak buat macam mana....Ya Allah..kenapalah ada insan insan yg sejenis ini menghancurkan kehidupan insan yg sejenis juga...

Perkahwinan tetap diteruskan gengs...aku hadiri perkahwinan M..melihat riak wajah nya diMaljis itu hati aku sedih gengs....dia sepatutnya gembira..namun senyumnya seolah dipaksa..tawanya tawar tak bergula...cerianya seolah lakonan semata-mata...

Selang setahun perkahwinan M..aku dikejutkan dgn berita perkahwinan suami M dgn R....Biarlah Nee..Aku Redha....Aku relakan dgn ikhlas dia berkahwin lagi...aku tak mahu dia bergelumang dosa....

Allah itu maha mengetahui kan gengs...Maha segala-galanya.....M dan R sehingga kini masih bermadu..Usia perkahwian mereka pon lebih 20 thn kini....namun seringkali M mendengar keluhan suami menceritakan ttg R....kata suami M...R tidak setanding M dari semua segi...Masak..Makan pakai tidak terurus seperti M...BFF aku ni gengs sorg perempuan yg baik...dia hanya berdiam tanpa memulangkan paku buah keras batu pada suaminya...Syabas M..ko mmg tabah dan penyabar...aku percaya pasti ada ganjaran Allah untuk itu ..

Kata M lagi...semasa di Tanah Haram itu lah Allah tunjukan kebenaran dan wajah sebenar R...kuat cemburu dan sentiasa inginkan hanya dia sahaja yg perlu didampingi oleh suami..M kata dia byk beralah..kata M..Aku pergi untuk beribadat dan mohon di panjangkan Jodohnya dan suaminya...R pula seringkali bertengkar dan bermasam muka dgn suami disana...Namun begitu biarpon jarang dapat beribadat bersama suami Allah tetap berikan dia peluang untuk bersama-sama..Kata M saat dapat bersama tu..suami Peluk dan ucapkan kata sayang tak terhingga pada M...sedih aku dengar gengs....

Buat Ko M...aku mungkin tidak akan jadi setabah dan segagah kau dalam menghadapi situasi begini...Aku cuma doakan yg terbaik untuk kau..

Buat R...kau telah pon diberikan peluang oleh M untuk berkongsi suaminya...cubalah menghargai dan memahami segala pengorbanan yg M berikan....

M...Aku yakin dan percaya Allah itu Maha Adil Maha Pengasih dan Maha Penyayang..dan akan sentiasa mendengar doa hambanya yg tabah dan ikhlas seperti kau...

Hanya Ini Yang Terbaik Buat Mu

March 28, 2011


Salam Pagi Isnin Gengs...

Macam mana Weekend korang gengs....

Ada Weeding Invitation...Wajib Attend ni gengs kalau tak der hal2 yg lebih penting..

Ada Birthday Party...Semoga panjang Umur Dan dimurahkan rezeki yer...

Kami sekelurga juga menyambut hari jadi seseorg semalam gengs...Harijadi nya yang ke 16 thn..dah bujang dia kini...

Cuma sambutan agak berbeza kali ini....semuanya persiapan atas kehendak kami..dia tidak bersuara..tidak membantah....apatah lagi merungut hendak itu dan ini....kerana keinginan itu kini tanpa suara untuk kami dengar...semua kaku dan membeku disitu..semua nampak suram dan pilu...










Abang Chik...
Semalam 27/03/2011 Hari Jadi Mu
Selamat Hari Jadi Chik..Khas Buat Mu
Biar Pun kini Kita Tak Lagi Bersatu
Mak Su Percaya Kita pasti Bertemu
Disuatu Masa Tak Siapa Pun akan Tahu
Saat Sakratul Menjemput Datang Bertamu




Bang Chik....
Mak Long Taburkan Bunga Rampai
Menghiasi Pusara Mu Indah dan Permai
Jangan Pernah Merasa Tersisih
DiHati Kami kau Adalah Kekasih
Tidak Akan Pernah Padam
Sayang Kami Tak Pernah Kelam
Rindu Kami Tak Akan Tenggelam
Cinta Kami Tetap Mekar Tersulam
Selagi Tidak Bercerai Roh dari Badan
Selama itulah Kau Tetap dalam Ingatan


Bang Chik..
Tiada Lagi Makanan Kegemaran Mu seperti Selalu
Tiada Keinginan Mu Perlu Lagi Kami Tahu
Tiada Yang Lebih Istimewa Dari Ini Buat Mu
Hanya Yassin Dan Doa Terbaik Untuk Mu
Semoga Keredhaan Allah Sentiasa Bersama Mu


Selamat Hari Jadi Bang Chik....
Biar Airmata Ini Turun Bagai Darah
Ketentuan Allah Tak Akan Berubah
Dikau Kini Pergi Sudah
Setiap Denyutan Nadi kami kini Penuh Nanah
Pedih Nyilu Berdenyut Lemah
Namun Kami Pasrah
Sujud dan Berserah
Agar Segala Kehidupanmua Disana akan Dipermudah
Tenang, Aman dan damai Hidup Di Barzakh


SALAM SAYANG....
SALAM RINDU...
SALAM AKHIR...Buat Mu



MAk Su Sayangggg Kan Bang Chik.....


AL-FATIHAH
MUHAMMAD AZHAR BIN SAZALI
27/3/1995-21/06/2010


Aku Ingin Ingatkan....DIA TIDAK BERSALAH...

March 23, 2011

Salam gengs..

Mood aku hari ini macam2 gengs....sangap tah berapa puluh kali...

Kepala aku asik la memikirkan satu Hal

Family Matters... bila pangkal telah kusut tiada penghujung yg akan terlerai..

Buat kamu...kamu..kamu dan kamu yg ada darah dari seorang Adam dan Hawa yang mengalir memasuki tubuh arwah datuk & nenek .. maka sampai mati pon pertalian itu tetap ujud andai kau samak 7 lautan air tanah sekali pon tak akan hilang darah itu dari badan kita....Kuatnya perhubungan kita kan..

Dimana silap..tak pernah jumpa jawapan...ianya kini seolah kita ini bukan lahir dari Adam dan Hawa yg sama..

Lebih Parahnya mengapa BONDA aku yg dituduh punca segala..


Dia Bonda Ku
Wanita mulia Tiada Bandingan
Namun Seringkali Disalah Tafsirkan
Dia Dituduh Punca Segala Permasaalahan

Kamu Pangkat Anak-Anak Nya
Seringkali kamu lupa
Siapa yg merawat kudis luka
Kini dia Kau Lupa
Sewaktu Kau mahu Kawin Dia kau Jumpa
Berjumpa Disatu Majlis Dia Tak Kau Sapa
Anak Saudara Jenis apa agaknya kau Ya

Yang Seorang Ini Pula
Sulung dari Ibusaudara Kedua
Tiba-tiba tidak Menyapa
Ada Apa Sebenarnya Didalam Minda
Harta Pusaka Itu Sah Milik Ayahnda Kami Semua
Bukan Direbut Dimiliki Secara Tipu Durjana

Sepupu yang satu ini Pula
Saat Menjadi Raja Sehari disuatu Masa
Kamu Pesankan Kepada pembawa Berita
Jangan Kelurga Kami Diundang Bersama
Wahai Sepupu Lelaki Kurang Bahasa
Cantik Sungguh Budi Bicara
Berkata Seolah Tiada akal diperguna
Kepada Si Pembawa Berita
Sila Khabarkan Semula
Kami pun tidak sudi kemajlisnya

Wahai Ibu Saudara
Pernah dulu Kau Ku Tegur Sapa
Aku Tak Pernah Mahu Bersengketa
Biar Pun Dgn Bonda Ku Kau Palingkan Muka
Tapi Kini
Walau pun Aku Tidak pernah membenci
Hati Terasa Sakit Sekali
Bonda Ku sebegitu diperlaku
Tiada Anak2mu menyapanya biar pun berselisih bahu
Kenapa aku tidak boleh begitu kepada mu
Berjumpa dgn mu disuatu acara
Mulut ku Kelu tiada menyapa
Apatah lagi bertanya Khabar Berita
Maaf....Aku tidak berupaya
Bonda Ku adalah Segala
Biar apa pon anggapan kalian terhadapnya
Hakikatnya dia bukanlah Punca


Pada semua sepupu sepapat yang berkenaan...

Pusaka itu Milik Pak Wo
Mak Wo Tidak Pernah Tamak Haloba
Seperti Yang Kamu Semua Sangka
Pasti satu hari nanti akan tiba masa
Segala Kebenaran akan terbongkar jua.......

Dia Yang Telah Pon Dewasa..

March 22, 2011

Salam gengs semua..

Nak Tanya Ni gengs...

Macamana korang layan anak2 yg sedang meningkat Remaja Ni...

Adakah mereka dgn kamu seperti kawan2...

Adakah kamu sering Intip Pergerakan Mereka...

Adakah kamu merasa curiga setiap kali mereka beritahu mereka nak hang out dgn gengs..

Adakah Kamu curi2 tengok FB mereka...nak tahu apa meraka buat..

Adakah kamu masih merasakan dia seperti kanak ingin dipantau setiap masa biar pun mereka telah dewasa...




Anak Sulung aku ni gengs....

Aku tetap rasakan dia masih kanak2 dan perlu aku sentiasa tahu pergerakan dia...

Perlu sentiasa ingin aku selidik apa aktiviti dia..

Perlu sentiasa ingin aku tahu apa yg dilakukannya setiap hari..

Namun....Jarak yg tidak memungkinkan aku setiasa mengawasi dia....

Pesan Mak Kak...

Jaga Diri...

Solat Jangan Abai...

Jaga Nama Ayah...Mak dan Keluarga

Jangan Hampa Kan Harapan Kami semua

Mak Tahu Kakak selalu Baca Bloq Mak...So dont Let Me down Ok...

Lama dah tak jumpa dia...Mak Rindukan Kakak......







Serius....CANTEKK & KEMAS...

March 17, 2011

Salam Gengs semua...

Ada tak sesiapa yg tak pandai tulis dan membaca Jawi...Angkat tangan....

Apasal senyum-senyum sampai merah muka geng..malu ek..dah tua-tua pon tak pandai tulis dan baca Jawi...

Aku ni Membaca Jawi Boleh geng..menulis tu kureng la...kalau bab2 nak menulis Jawi ni..kalau Yana tanya...aku suh Ayah dia jer ajar kan....Tak mustahil 2 thn akan datang Yana pulak yg ajar aku nak menulis in Jawi..Aduhai akan kene Impak Maksima muka aku ni nnt...Pernah aku baca dalm Paper..Seorg Lelaki berbangsa China Di Kedah tak silap aku..boleh menulis Tulisan Khat Jawi...


Si Yana ni gengs..tunjukan kat aku dia dapat bintang2 dari Ustazah dia..sbb menulis dgn cantik dan kemas homework Tulisan Jawi dia...

Aku pon ckp mmg kemas..Korang tgk cam ner gengs...Kemas tak tulisan dia????

Yana..Murid Darjah Satu yg baru 3 bulan sekolah punya tulisan Jawi...Jauh lebih baik dari tulisan aku gengs...








...dan hujan turut mengiringi...dikau pergi...

March 14, 2011

Salam Semua Gengs...

Semoga Semua gengs Sentiasa Didalam Rahmat Dan Perlindungan Allah yer...

Sabtu 12/03/2011 telah kembali keRahmatullah Pak Long Ku yg dikasihi...

Dimasukan Ke Wad Kecemasan Hospital Sg. Buloh pagi Sabtu dan disahkan meninggal dunia jam 3 petang hari yg sama.

Aku..En. HaB..Mak dan Kak Long ku berada di wad kecemasan dan menunggu sehingga jenazah dibenarkan dibawa pulang kerumah...Pak Long meninggal disebabkan jangkitan diparu-paru...

Awalnya kami semua sepakat untuk megebumikan Jenazah Pak Long pada petang sabtu tersebut...namun hujan lebat petang itu menyebabkan urusan pengebumian terpaksa dilakukan pagi Ahad.

Jenazah selamat dikebumikan pada pagi Ahad 13/03/2011...Sepupu aku tengah menyiramkan air dikubur Pak Long buat kali terakhir...Semoga Mahani...Zaidi...Enal...Pak E...dan Sawani tabah dgn kehilangan Abah korang ni...



Mak aku ni geng..Menyedekahkan Al-Fatihah buat abang sulung nya....

Semoga Pak Long tenang yer...telah terputus segala urusan Pak Long Didunia ini...Pak Long telah berada di permulaan Barzakh...Semoga roh Pak Long ditempatkan dikalangan Insan-Insan yg di redhaiNya...Di Kasihi Nya....dan DiAmpuni Nya...


Zainuddin Bin Hj Ahmad
1935-2011
AL-FATIHAH

Baca Boleh...Percaya....Terpulang lah....

March 11, 2011

Salam Semua gengs dialam maya ini...

Bertemu sekali lagi di hari Jumaat nan indah dan permai ini...adapon kehadiran aku tengah hari ini adalah kerana membawa perkhabaran yg indah juga ceritanya...uih dah mcm dialoq lembing awang pulang kedayang aku rasa....

Sejauh mana korang sanggup dan percayakan seorg yg dipanggil sahabat gengs...

Tolong mereka sedaya mungkin bila mereka kesusahan
Sanggup berkorban duit ringgit demi membantu mereka
Bercerita tanpa ragu segala rahsia diri
Sentiasa ada disisi mereka saat kamu diperlukan
Sentiasa memberikan nasihat dan pandangan yg positif terhadap masalahnya
Sanggup berkongsi Tawa dan Tangisnya
Sentiasa Mahukan yang terbaik buat mereka
Tidak akan mengungkit segala pertologan yang telah kamu berikan
Tidak pernah ada rasa curiga difikiran tentang dia
Akan merasai bahawa dia tidak akan pernah mengkhianati persahabatan kamu

Fikir dua kali gengs...

Kita mmg perlu ada sahabat untuk kita kongsikan masalah kita...tp bukan semua perkara harus kita luahkan...harus kita ceritakan...harus kita bongkarkan....

Perhubungan Insani ini punya pasang dan surut...tetap perlu ada rasa sedikit batasan kepercayaan supaya bila terjadi sesuatu yg tak diingini...kita masih punya ruang untuk menyelamatkan diri dan tidak terus-terusan menyalahkan diri atas kepercayaan yg 100% telah kita berikan kepada dia...

Dikhuatiri...selepas badai membantai..taufan melandai..gempa bumi 6.3 skala rikta mengegar...kuar ayat-ayat yg rasa bernanah telinga mendengarnya..

Kalau la aku tau perangai dia macam ni...dah tentu aku tak akan ceritakan segalanya..
Aku menyesal tolong dia..aku ingatkan dia baik...rupanya dia tikam aku dari belakang
Sampai hati dia buat aku macam ni...aku sangkakan dia baik..
Harapkan pagar....pagar dah lari dulu
Sampai Sekarang ni duit aku dia belum bayar lagi...aku pon nak pakai duit juga ni...
Tak sangka aku...dia sanggup jaja rahsia aku sana sini...

Aku teringat pesan seorang Sahabat...Jika 100% kau beri kepercayaan..tak mustahil kau akan terima 100% kepedihan....Jika 70% kau berikan kepercayaan...masih ada baki 5% untuk merawat kesedihan...

25% lagi mintak kat tuan sadiq sigaraga....masih sempat dia bergurau dgn aku....dia MBFF..namun aku berikan dia 95% kepercayaan...Alhamdulillah sehingga saat ini aku belum lagi gunakan 5% ruang kesedihan itu terhadap dia.....

Aku TerLanggar Pantang....Sori yer Pantang..Tak Sengaja..

March 10, 2011

Salam semua gengs....

kau degil kan!!!!...Baper Kali mak ckp..baper kali mak bagi tau....Kau mmg degil kan..

Aku kene marah geng...dah tua2 pon kene marah ngan mak aku jugak..sadissss....

Macam mana ni mak...muka aku dah pucat...

Lantak kau la situ...rasa kan lah...org kalau tak dengar ckp org tua ni..Tulahan..Aduhai bagai kene panah petir tp sipi-sipi nak kena.. jawapan yg mak aku bagi..

Mak berlalu meninggalkan aku...aik betul sampai hati mak buat aku mcm ni....

Setengah jam mak datang balik..Nah amik tungku ni letak kat perut tu..pakai stoking...ikat bengkung tu cepat...Lepas tu selimutkan badan tu....Ni la gara-gara aku mandi air sejuk pukul 6 petang saat mak aku tak der kat rumah geng...Aku puas pikirkan sampai la sekarang ni apa relevennya aku mandi air sejuk sampaikan badan aku tak berhenti menggigil..pandangan jd berbalam-balam dan aku rasa cam kesejukan yg amat seolah aku dikutub utara geng...

Ni la bahananya gengs kalau dalam masa berpantang lepas bersalin dibuat main-main...merana badan...Petua-petua org tua2 dulu ni kene ambil kira juga gengs......mcm tak boleh mkn sayur2 tertentu nnt sejuk...tak boleh mkn ikan itu nnt gatal....tak boleh tidur bantal rendah masa dlm pantang nnt angin naik kekepala...kene pakai stoking takut masuk angin...jgn makan nasik panas..takut bibir anak megelupas....Jgn tidur saat matahari nak naik..nnt muka sembab...

Masa aku berpantangkan si Kakak dan Zati...aku kemain akur lg ckp mak aku geng...semua bende2 tu aku follow jer....

Tp masa aku berpantangkan si Yana...byk benda yg mak aku pantangkan aku langgar...rasa mcm tak boleh tahan sgt...Dah la bersalinkan Yana lagi 3 hari nak Raya Aidilfitri...ramai org dtg rumah beraya...mak pulak masak itu ini...mana boleh hari2 kene makan ikan merah masak lada hitam + sayur sawi rebus...boleh meroyan aku......

Ada satu kali tu geng...aku bantai makan lemang ngan air coke...ni pon mak aku tak tau...mak sibuk hantar tetamu ke depan...aku sibuk duk makan kat belakang...nasib baik tak jd aper2...Ampun mak...

Belum Lagi air rebusan akar kayu yg aku curahkan kesinki separuh cawan....nasib baik lah masa nak minum air kunyit hidup yg mak parut setengah cawan 3 pagi berturut-turut terpaksa jugak aku telan...sbb mak dok tunggu aku kat sebelah...

Tapi la ni aku tgk byk ibu2 muda yg dah tak berpantang lagi...siap boleh pi shopping2 bagai...walaupon cuma baru tiga minggu bersalin...namun semua ni terpulang lah pada individukan...tepuk dada tanya selera masing2...

Gua China..Lu Melayu..Apa Salah Gua Tolong Lu.

March 04, 2011

Salam Semua Gengs...

Tak Kisah Lah sama ada korang..
Geng Bas Sekolah..
Geng Mat Rempit..
Geng Pekerja Kontrak...
Geng Sarawakian...
Geng Sabahan...Apa Khabar Baaaa....
Geng Melayu..India...China....Semoga Korang berbahagia dimana jua korang berada waktu ini...

Berdirinya saya disini ....dah mcm pembukaan pertandingan bahas peringkat negeri pulak hah...

Ok geng..korang dah baca tajuk kan....sekarang korang baca stori dia pulak..

Kejadian ni thn 2009....aku balik dari hantar anak aku yg sulung tu ke sekolah Teknik di Setapak....dalam pukul 4 petang tak salah aku...hujan turun renyai2 masa ni....cam saspen jer bunyi crita aku...sabar..sabar...

En HaB yg drive masa ni..Kete MyV Kak Long aku...Aku Ikut MMR2...Selepas Menjalara...En. HaB tak sempat mengelak ada satu lubang besar kat lororng paling kanan...besar lubang tu sampai dah boleh ternak ikan Laga kat situ...Pommmm...amik ko...termasuk dah tayar kat dalam lubang tu..Pecah sudahhh tayar kete alaong aku...Ayok tak tau...Along marah....Along Marah...

En. HaB bg double signal..then drive perlahan-lahan sampailah ke depan satu Nursery Bunga..kalau siapa yg tahu ada satu kuil Tamil kat situ....Mula la En. HaB kuarkan Tools tuk proses ganti tayar tu...Jek dia pulak kecil ya amat..terkial2 En. HaB nak buka tayar pecah tu....
Ramai org lalu dan pandang..sampai kat kami...dorang drive slow..tp tak berhenti...pandang2 then blah...pandang then blah....aduhaiiii....

Tetiba...jeng..jeng..jeng....lalu satu kete Vios Putih....bercermin gelap..berhenti depan sikit dari kami....Pemandu dia pon kuar dari kereta..aku tgk seorg lelaki China awal 30han...berbaju T Putih...megeluarkan Jek dari boot kete dia....oooo..dlam hati aku ckp...kete dia pon pancit jugak...Tp dia tak ke tayar kete dia gengs...dia dtg kat Aku dan En. HaB....

HaB. Aku tanya..kete u pon pancit jugak ker...ooo tidak dia jawab....saya nak tolong awak....aku terkedu beb....so dia pon mula la tolong HaB aku tukar tayar tu...masa tu hujan dah tambah lebat...wife dia pulak turun tolong payungkan suami dia......aku ckp kat dia...tak payah la tolong..biar my HaB jer yg buka tayar tu...nnt baju u kotor aku ckp..dia kata...kotor boleh basuh...alahai....baiknya kamu...baiknya kamu...

Sudah jatuh kene lenggek stamroll pulak kami ni geng...tayar spare pulak tak der angin...korang bygkan lah...Yg buat kan aku rasa cukup terhutang budi tu...dia ckp tak per dia bawak tayar tu pegi Pam kat stesen minyak...Ya Allah.....Kau sahaja yg dapat membalas jasa geng China ku ini....

Tp lepas tu hujan bertambah lebat..suami aku bersalaman dgn dia....dan mengucapkan berbanyak terimakasih...dia pula suruh aku cepat masuk dlm kereta...tak baik kene hujan...nnt demam....itu katanya...

Aku tak tau dimana dia tinggal ...semua itu tak sempat aku nak tanya...cuma walau dimana pon dia berada...aku doakan yg terbaik buat dia...

Dia..Seorang Geng Ku Yang Berbangsa China....terimakasih Geng.....Jasa mu dikenang selamanya...

March 2011.....

March 01, 2011

Salam gengs...

Korang ok gengs ari ni...

Dah 1 March hari ini kan gengs...cepatnya masa berlalu....

Semua berjalan lancar mengikut kemahuan hati korang
Semua nya kelihatan sgt sempurna dimata korang
Semua nampak seperti tiada yg menghalang atau terhalang difikiran korang

Jika semua nya ok Alhamdulillah...jika tidak redha saja...Bukan Rezeki kita kan...

March...
kembali berkunjung
Aku bingung
Fikiran Kosong
Hati tersinggung

March..
Bulan Kelahiran
Makin Hampir ada debaran
Ada Kesepian
Ada Tangisan

March...
Pasti Tiba
Biarpon Hati Hiba
Jiwa Derita
Harus Rela

March..
Bagaimana Nanti
Aku Tak Pasti
Mampulah Diri
Menjadi Srikandi

March..
Dulu Ada
Kini Tiada
Pergi Selamanya
Nun Jauh disana

March...
Ibu Derita
Nenek Sengsara
Ayah Melara
Mak Long Kecewa
Wa Rela Dalam Paksa
Pak Su Duka
Iqa Rindu Serindunya
Zati Masih tak percaya
Zizi ada kemuskilan di minda
Yana Asyik Bertanya
dan.........
Mak Su......ada rasa terkilan dijiwa ...ada tagisan sering kunjung tiba......
ada suara sering menyapa..."Doa kan Bang Chik Sentiasa Yer Mak Su...Jgn Pernah Lupakan Bang Chik Yer Mak Su"....

"Sampai Mak Su Mati Pon Mak Su Tak Kan Pernah Melupakan kau Bang Chik"