Panjang Umur nya selalu....

January 18, 2013

  Assalamualaikum gengs


18/01/2013
Selamat Hari Lahir Yang ke 15 tahun
Semoga sentiasa dalam rahmat ALLAH S.W.T


 

 

Afifah Izzati..
Mak hilang kata-kata hari ini
Tidak tahu apa yg ingin mak tulis kan
Cumanya..
Mak sayangkan kamu sehingga hujung nyawa mak
Pesanan mak tentang pelajaran....menjaga solat.....jaga maruah diri.....jaga peribadi.....jaga air muka mak dan ayah..bukan hanya pada hari lahir mu sahaja ....mak mahu kamu terus2 melakukannya sehingga akhir hayat kamu...Doa mak, ayah dan kakak serta adik mu adalah sama....Inginkan yg terbaik buat mu..Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan mu dunia dan akhirat....dimurahkan rezeki buat mu dan dipanjangkan usia mu serta sentiasa menuruti perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA...

LUV U TODAY AND ALWAYS....
Mak.....
 




PEMBERITAHU:Hadiah Birthday kamu bergantung pada keputusan PMR kamu nnt..PMR ok hadiah ok..PMR tak ok hadiah KO.....




Aku Hanya Serangga

January 15, 2013

Assalamualaikum gengs
Semoga sentiasa dlm rahmatNYA


Selautan Serangga
Berarak penuh bangga
Bangga kerana ada daya
Daya mencipta keamanan dengan jaya
Biarpun ribuan kata tidak percaya
Akhirnya terbukti benar nyata

Ribuan serangga
Berkumpul aman
Hasad menukar sebuah koloni
Yg di war-warkan tidak lagi boleh dipercayai
Sebuah koloni yg mendahului puak kroni
Sebuah koloni yg terlalu lama menghuni
Yang suatu dahulunya dihormati
Mempunyai pemimpin yg demokrasi
Kini dikatakan semuanya sudah tiada lagi

Ratusan Ribu serangga
Bagai dahaga
Dedaunan nan hijau segar
Tiada lagi ulat menjamah rakus
Tiada lagi kulat membuat busuk
Tiada lagi parasit menumpang hidup

Aku
Kamu
Adakah kita diantara ratusan ribu serangga
Yang bangkit bersuara
Inginkan  sebuah pembaharuan
Mahu diganti pemeritah koloni
Atau sekadar...
Memiliki cuma sekeping hati maha kecil
Tersimpan perasaan takut untuk ditukar pemimpin

Akhirnya nanti.....
Jadilah aku
penurut yg setia
Setelah aku tahu
Aku hanya serangga
Di hutan batu saja........


PEMBERITAHU: Seekor serangga  mencuba menyeberangi sebuah tasik mengemudikan daun sebagai sampan....Untung sabut timbul...