Ibarat Air Di Daun Keladi

October 21, 2014


As-Salam gengs
Semoga Rahmat ALLAH tetap bersama kamu semua yer gengs

Biarkan aku merapu yer hari ini gengs
Biarpun butir bicara tidak korang fahami
Maksud tidak seiring pegertian
Kefahaman menyipi dari ketepatan
Jika itu mampu melegakan bungkaman hati...kenapa tidak kan??

Rahsia Akad itu biarpun fungsinya menyatukan dua jiwa secara halal
Ianya bukan tanda keseluruhan hati telah menyatu bagai isi dan kuku
Ukuran lama baru sebuah ikatan
Biar hakikatnya umpama penimbang mengukur keserasian 
Terkadang masih tempang percaturan memahami

Ada waktu suatu benda sebesar zarah boleh menjadi kudis bernanah
Ada ketika bual menjadi hambar
Ada saat pegangan tangan menjadi dingin
Jika di turutkan hati mahu saja dihamburkan ketidakpuasan
Membetulkan lurus yang bengkok
Namun hakikatnya...
Dari tulang rusuk yg bengkok itulah terciptanya pasangan
Bagaimana pula dia yg harus meluruskan mu
Jika diluruskan kasar patah lah ia
Jika bengkoknya dibiarkan maka pesonglah perjalanannya
Jangan pernah lupakan kejadiannya...dia adalah tulang rusukmu

Allah yg Maha Pengasih...Maha Memahami
Terimakasih kerana diluaran fizikal hawa yang lembut
Kau berikan dia segumpal hati maha kental
Segumpal hati yang sanggup terima kelukaan dengan sabar
Segumpal hati yang masih mampu tersenyum dalam tangisan
Segumpal hati yang sering memujuk diri berprasangka baik
Prasangka yang baik baik....Prasangka yang baik baik
Hanya sangkaan mu sahaja
Sebenarnya tiada apa-apa
Arghhhhhhhhhhhhh....Perit dan sakitnya nya sekeping hati....

 

 



PEMBERITAHU:
Rasa ku saat ini...
Ibarat air didaun keladi
Tidak mampu kuserap
Tidak juga terdaya menahannya tumpah  
Apa ikhtiar ku????....
Ya-Allah berikan aku petunjuk ...

12 Tengah Hari Aku Makan Bersama...12 Tengah Malam Ku bawa Pulang Jenazahnya

October 03, 2014

As-Salam Gengs
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiring ikehidupan kamu semua gengs

Bagaimana harus aku menyusun kata-kata gengs
semuanya terasa bagai tidak kena
pincang disana sini
Hati masih terpana...siang bagai sirna  malam hitam memekat warna
Airmata luruh tanpa dipaksa...

Dia kawan baik ku...
Kawan yg aku kenal sejak aku kecil
Kawan yg aku sayang seluruh jiwa raga ku
Kawan yg tidak pernah merasa iri hati atau memdendami aku jauh sekali memusuhi ku
Kawan yg sehingga hari ini masih tetap utuh jalinan setiakawan itu
Dia bukan sekadar kawan...dia bagaikan sebahagian dari diri ku...

 30/09/2014
12.00 Tgh hari...
Ma!!!....Abang ingat mama masak nasik goreng kampung
Tak lah...mama goreng ikan masin jer..abang nak nasik goreng kampung ker..mama buat kan
Tak apa lah ma..mama dah masak lauk ni
Tak apa..mama buatkan yer...
Dia makan berselera Nee nasik goreng kampung yg aku buat tu...banyak dia makan Nee

30/09/2014
2.48 Ptg....
Didalam WassUp Group..
Aku baru terima panggilan dari pensyarah anak aku di UITM...anak aku pengsan ketika
sedang menjawab peperiksaan..Tolong doa kan anak aku yer kawan2....
Sms dari Wassup group tak berhenti-henti berbunyi
Sahabat2 mendoakan keselamatan anaknya..

30/09/2014
4.40 Ptg...
Wassup berbunyi semula...seorang sahabat memaklumkan..
Buat Pengetahuan semua kawan2...
Anak kepada sahabat kita telah meninggal dunia...

Ya-Allah..terasa longlai seluruh anggota ku...
Anak dia bagai anak ku
Terbungkam seluruh dada ku saat itu
Ku gagahi menelefon SALMAH...sahabt ku itu

Mahhhh....Terdengar esak tangisnya yg sehingga saat ini masih ku dengar
Ya-Allah Nee..anak dah tak der
Dia dah pergi Nee...Shafiq dah tak der Nee
Jangan main-main Mahhhhhh...Aku tidak sedar bila raung ku terhambur
Yerr Nee..Shafiq dah tak der.....

Sepanjang perjalanan pulang kerumah
kuhamburkan lagi airmata
terasa lambat benar perjalanan pulang ku

Telefon kemudian berdering tidak berhenti..
Sahabat memaklumkan munkin mereka merasakan aku tidak tahu
kematian ini...

30/09/2014
10.30 Mlm..
Kami semua...semua shabat berkumpul dirumah SALMAH
Jenazah telah pun dimandikan dan dikapankan selepas posmortem dilakukan
Di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kelang

30/09/2014
11.45 Mlm...
Jenazah tiba dirumah SALMAH
Ya-Allah kulihat sahabat ku itu dari kejauhan
Dipapah masuk kedalam rumah
Mata membengkak dek tangisan
Kami sebagai sahabat membiarkan saudara mara terdekat dahulu melihat jenazah
Seketika kemudian kami masuk kedalam

Kupeluk sahabat ku itu erat-erat
Kubisikan ditelinganya
Redha kan anak pergi Mah
Yer aku redha Nee...Tapi aku masih tak percaya Nee..
Dia mkn dengan aku pukul 12 tgh hari Nee..
Pukul 12 malam aku bawa jenazah anak aku pulang kerumah...


Aku diam...tak tertahan airmata aku gengs mendengar kata-katanya gengs




Aku sayang kau sampai ke akhir nyawa aku Mah....
Ini Ujian Allah buat kau
Terima dengan Redha
Kerana Allah yakin..ujianNYA ini masih termampu utuk kau pikul dibahu mu...

 
(Arwah yg paling hadapan sekali memegang monopod )

 ZULSHAFIQ ZULHISHAM
5/6/1991-30/09/2014
Semoga kamu tenang disana yer nak...ditempatkan bersama golongan para solehin



PEMBERITAHU:Singkatnya sebuah kehidupan.....








 

Keriangan itu adalah bila bersama.....

September 17, 2014


As-Salam Gengs semua
Semoga Rahmat Allah sentiasa buat kamu semua gengs

 Bersama dengan mereka dari usia remaja
Kini anak2 pula seusia kami dahulu
Inilah sahabat aku gengs
Sahabat bersama suka dan duka
Kami sama-sama bekerja di Jaya Jusco 1986-1990 la ni panggil EON
Pertemuan biarpun singkat pada Isnin 15/09/2014
Ianya sangat2 bermakna buat kami
Biar tidak bersua muka hampir 10 tahun
Laman sosial tidak pernah memutuskan silaturahim kami
 



Semoga Ukhwah ini terus subur dihati kami
Persahabatan ini terlalu unik kan gengs
Biar tidak bersua puluhan tahun
Kerana satu saat kami pernah bersama beberapa tahun
Dan ditakdirkan bertemu semula
Ahhhhhh...tak dapat nak ungkapkan keriangan itu
Semoga kami akan terus menjaga ukhwah ini
Sehingga akhir hayat kami...InsyaAllah..
 




 


PEMBERITAHU:Semoga satu hari ALLAH izinkan pula aku ditemukan dengan rakan2 bloq pula.... Kakzakie...kakcik.....Idzwa....lieyalatiff......Hanis Azla...Uncle gedek...Doctor DZ...Rinna....Nor Azimah...dan etc etc etc etc etc.....






 

Sikap Kami Adalah Hasil Didikan Mu....

August 28, 2014


 
As-Salam gengs
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehiduapan kamu semua gengs


Ya-Allah
Aku pohon 
Andai satu hari nanti kau akan ambil ibu ku
Mati kan lah dia dalam keadaan yg Husnul Khatimah
 Tiap kali usai solat itu yg akan kupohon  terakhir doaku





2 Minggu lepas mak aku dimasukan kehospital geng
Jantung...
Kali pertama pengalaman mak di tahan di wad hospital
Mak kurang selesa
Ketiadaan mak hampir seminggu dirumah lain benar terasa geng
rumah nampak sayu dan lesu...suasana sekeliling bagai hambar dan tidak bermaya
Ya-Allah bagaimana nanti jika satu hari Kau ambil mak dari kami
Sukarnya membayangkan situasi itu....

Aku..Kak Ngah dan anak sulung ku bergilir2 menjaga mak dihospital
Alhamdulillah...Izinkan kami Ya-Allah utuk terus begini
Untuk terus tahu apa itu sebuah tanggungjawab terhadap mak
Untuk terus tahu apa itu erti masih memiliki dan mempunyai
Untuk terus tidak menyesali sebuah kehilangan nanti
Untuk terus menghargai berbaki sisa yg tidak seberapa ini
Berbakti dan terus berbakti terhadap dia
Biar nanti jika sekiranya dia tiada lagi disisi kami
Perginya dengan sebuah senyuman penuh kepuasan
melihat dia masih punya sebuah nilai tertinggi dihati kami
Izinkan Ya-Allah

Doa kami yang satu
Panjangkan lah umurnya Ya-Allah
Berikan kesihatan yg baik untuknya

Dan bila mak kembali kerumah saat ini
Anak2 ku pula bergilir-gilir menemaninya tidur diwaktu malam
Seminggu ini Izzati setiap malam akan tidur bersama-sama mak aku gengs
Pukul 6 pagi dia pulang kerumah aku utk bersiap kesekolah pula
Terimakasih Zati
Tolong jagakan nenek diwaktu malam....

Dan diwakatu siang hari
Si Kakak pula akan memastikan mak aku
Makan ubatnya ikut waktu..
Terimakasih Kakak...
 

Aku pohon Ya-Allah
Jika satu saat nanti aku tidak berdaya
Pintaku...doa ku
Agar anak2 ku pula akan melakukan yg terbaik pula untuk ku..
Aku yakin..putaran kebaikan yg mereka lihat
Akan terus menjadi kesinambungan yang baik2 juga nanti...
InsyaAllah...



PEMBERITAHU:Terngiang2 ditelinga ku "Mak ingatkan mak akan terlantar keseorangan di hospital"
InsyaAllah mak...kami akan usahakan itu tidak akan berlaku...


 

Kami Memasak Kamu Memakannya...Terkurang Itu Ini Maaf Kami Pinta...

August 20, 2014

As-Salam gengs semua
Semoga Rahmat Allah sentiasa buat kamu semua gengs
Kita masih di bulan Syawal lagi kan gengs
Adalah saki baki cerita raya aku ni sikit lagi
Buat kenangan hari kemudian katanyaaaa...

Kak Ngah aku buat doa Selamat sikit dan serentak buat rumah terbuka
Bermula tghhari selepas Zohor 9/8/2014 ari tu


Antara tetamu yg hadir




  


Aku yag menyibuk-nyibukan diri dengan the Kampung gengs




Antara Menu

Air Sirap dan Air Teh Bunga...Sepupu Botak Chin aku dgn anak bujang dia incharge bahagian air

 


Dan Sebahagian Makanan Yg Kak Ngah aku jamubuat tetamu yg datang berkunjung

Nasi Putih
Nasi Minyak
 

Lauk
Sayur Campur
Sambal Paru
Sambal Tempoyak Udang Petai


Gulai Rebung + Daging
Sambal Ayam



Ayam Ungkep
Nasik Impit

 


Spegeti kekdahnya
 

 


Pencuci Mulut
Tembikai

 

Kuih Muih..Aku order sajer gengs..tak pandai bikin sendiri
 

Mee Kari
Laksa


 


PEMBERITAHU:Alhamdulillah..tidak banyak berbaki...jika tidak berbaki banyak maknanya tidaklah membazir kan gengs...
 

 

Resepi Rahsia Katanya...Ko Ado???

August 19, 2014


As-Salam gengsss
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs

En CEO aku kan gengs..ini cerita terus terang tanpa bantuan lampu suluh tau
Dia jarangggggggggggggggggggggg sgt masak.... 1 G tu mewakili 1 thn korang kiralah berapa banyak g yg aku taip..nampakkkkkk!!!!...

Angin tidak ribut tidak taufan jauh sekali.. tup tap malam tadi
DIK..(Panggilan manje dia pada hakak...manje kerrrr) ...
Keluarkan udang dlam 5 ekor...Abg nak masak mlm ni..
Rasa cam nak pitam hakak gengssss....
Orang nak masak kannnn kenal;ah kita bagi semangat
Aku keluarkan udang basuh bersih
Lpeas dia sembahyang Isyak
Dia pun ambil lah bahan2 nak masak
Bila aku tanya apa nama resepi ni
kemain berlagak tak mau kasi tau
Rahsia katanya...kalau tak sedap nnt malu....

Jadi aku pun tak tau apa nama resepi ni
Dia sendiri ambil bahan
Tumbuk kelentang kelentung
Dalam 15 minit siap


 











Ni lah rupanya masakan rahsia dia tu...habis anak2 dipaksanya makan..almaklumlah kali pertama masak kan
keterujaan nya melampau-lampau..anak2 memang tak berapa gemar makan udang..sebab nak jaga hati ayah..telannnn jugak lah..

But gengsss...the taste..not bad..ada pedas2...masin2...manis2...percubaan pertama kekdahnya kan..
hakak kasilah 3 bintang daripda 5....

Lain kali boleh la masak lagi yer bang...ada chance aku layan citer 2 rindu awak 200%.....






PEMBERITAHU:Dia jarang komen apa2 tentang masakan aku..tak sedap dia makan sikit...sedap kalu dia akan ulang minta aku masakkan lagi...dah paham sangat aku cara dia....

 

Kegembiraan Di rasai Kesayuan Tetap Mengiringi...

August 12, 2014

As-Salam Gengs
Semoga Rahmat Allah sentiasa bersama kamu yer gengs...

Syukur Kami kehadrat mu Ya-Allah...

Dia akan berpergian lagi
Jika dahulu keUtara destinasi
Selepas ini nanti
Ke Selatan pula arah tuju diri

Didalam hati ada kegembiraan.. terselit juga kesayuan
Bukan kali pertama perpisahan mengintai
Itulah ceritera sekeping hati
Biarpun berita gembira yang didengari
Entah kenapa sebak pula dirasai


Pergilah...
Doa Mak Ayah sentiasa mengiringi
Selagi ada daya semangat juang dijiwa
Demi masa depan yg lebih bersuria
Kayuhlah ketekunan itu dengan jaya

Pergilah..
Berikan kepada kami nanti
Sebuah kejayaan yang cemerlang
Sebuah pencapaian yang gemilang
Perpisahan itu bersifat sementara
Mak Ayah adik-adik akan tunggu........



PEMBERITAHU:Sebuah cita2 direalisasikan dengan  jawapan yg dinanti-nantikannya pagi tadi... Alhamdulillah...





Satu Hari Di Hari Raya - Siri 2

August 07, 2014

As-Salam gengsss semua.. 
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan sehari-hari kamu semua gengss..InsyaAllah

Lemang Ketupat
Semua telah terhidang
Untuk dijamu pada tetamu yang datang
Tapi tetamu mintak nak makan durian
Tuan rumah memang tokeh durian
Jadi kuih muihnya dipandang sepi lah malam Raya ke 3 tu
Di Pilihnya durian yg terbaik utk kami
Kucing Tido lah..kucing beradu lah...Udang merah lah..Udang lobster lah
Macam2 nama ada...Seulas dua dah kenyang


 


Amboi kak...Sampai tak sempat nak duduk makan yer...jgn la ober sgt...malu kat budak2 tu... cer sopan sikit...


 


Kemain sedap lagi yer bang....

 


Tkasih buat tokeh durian(Tshirt coklat) yg sudi menjamu kami makan durian Free yer...kalau dtg lagi sekali boleh dapat tak mkn durian free cam ni....kompom dapat gengsss kan...tapi dapat penumbuk lah kan...


PEMBERITAHU:Boikot Keju Kraft...Tukar makan tempoyak....
 

Satu Hari Di Hari Raya - Siri 1

August 05, 2014

As-Salam gengsss semua

Selamat Hari Raya Aidil fitri Maaf Zahir Batin yer gengs...Kosong Kosongggggg...

N3 Hari raya aku tunggang langgang dah..terus update Raya ke 4 dah ni...
Apa ada hal kan gengs...yg penting citer Rayooooo....

Sepupu sepapat belah mak aku datang beraya
Tak nak makan kuih raya katanya
Nak makan nasik lauk sambal tokok rebus pucuk ubi..
Bertuah punya sepupu sepapat
Macam2 hal korang yer...ingat aku ada pakai bibik ker nak tolong masak
Nasib baik aku dah cekap sikit kedapur (mata keatas tgan kat bahu)...

Jadinya Raya ke 4 tu diwaktu tengahari yg lapar
Bersilat lah aku didapur
Tak hebat mana pun lauk pauknya
Tapi habis licin ...sbb dah lapar ker atau mmg sedap kut (ahakksss)....
Sedapppp kata dorang...
Kembang lah mana2 yg kuncup kat diri aku ni sekejap...



Nilah lauk2 yg aku masak seorang diri tengah hari tu....



 

Makan lah yer sepupu sepapat ku


 



 

Sepupu perempuan  yg rapat dgn aku ...dgn dia jer lah aku akn keluar lepak2 bila hujung minggu..dulu2 tmpt lepak...Muzium Negara la....pas tu jln2 ke tasik Perdana...dah hebat sgt dah masa tu...Bila ada mat2 pewit..rasa kita lah yg paling jelitawan...hehe...

 

Bapa Saudara aku...Dah uzur sgt...Makan lauk pucuk ubi dan sambal tokok tu jer...lauk lain tak mahu katanya...dah itu sahaja rezeki makanan yg masih mampu dimkannya....

 
 

Masing2 nak makan dipondok jer...tu yg bertambah2 makan...sampai terpaksa aku  masak nasik tambah waktu mereka tgh makan ni gengs...sib baik sempat masak masa mereka nak tambah..kalau tak kompom aku kena kutuk nnt ..silap2 sampai Raya Tahun depan pun tak habis2 akan kutuk aku...Ajak makan tapi nasik tak cukup...mau menanah telinga dgr ayat dorang.



PEMBERITAHU:Sepupu aku bagi aku adalah adik beradik aku..Aku sayang mereka sampai akhir hayat aku...

Yg Satu Scary Yg Satu Lagi Carry on jer...

July 16, 2014


As-Salam gengs semua
Dah 18Ramadan kita menjalani ibadah puasa kan gengs
Pejam celik pejam celik..harap2 celiklah sehingga Ramadan terakhir yer gengs
Dah nak menghampiri ke penghujung Ramadan kita yer...
Namun masih ada yg sihat tubuh badan elok jer kesihatan tidak berpuasa
Orang mcam ni elok bagi Stering Lock jer kat kepala...merasa kena stering lock walaupun bukan kena langgar..hehehe

Gambar yg aku snap kat bawah ni kan gengs..iftar hari apa aku pun tak ingat
Orang sibuk nak buka puasa..aku sibuk duk snap2 gambar ni
Sebelum ambil gambar ni..nmapak cantik sgt bulan tu
Bila dah ambik gambar...Cam scary lah pulak kan
Ambil gambar pakai henpon note yg tak berapa besar note nye.. itu yg gambar suram..kelam dan serammmm jer...

 Tapi Yang Satu Lagi gambar ni..Hrmmmm...Non Scary yer
 

 TARA......
DAGING DENDENG BERLADO
Orang Minang punya masakkan ni gengs
dari sebelum puasa lagi En CEO request
bini dia punyalah rajin
Dah puasa setengah bulan baru aku imasakkan
Bini siapa lah tu yer.....
Korang nak resepi ker geng
Aku nak tulis resepi ni mcm tak berapa nak pandai
Banyak bahan yg aku lupa dari yg aku ingat
Tapi tak per aku try yer
Kalau tak sedap jgn baling kasut tau gengs





 Bahan:
1/2 Kilo Daging lembu Btg Pinang
Sedikit Bawang goreng 
Air Asam jawa
gula

Bahan Kisar:
10 Biji Cili Besar
5 Biji Cili Padi
10 Biji Bwg Merah
3 Ulas Bwg Putih
1" Halia

Bahan Perap:
Serbuk Kunyit
Garam
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar

Bahan Tumis:
Kayu manis
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
 
Cara
Rebus daging seketika.
Potong nipis lebar biarkan sejuk kemudian tumbuk daging sedikit utk melembutkannya.
Perap daging bersama garam,serbuk kunyit dan ketumbar
Goreng daging (jangan terlalu lama,cukup utk melayukannya sahaja)
Tumis bahan tumis kasi naik bau kemudian masukkan bahan kisar sehingga pecah minyak
Masukan daging gaul rata , masukan garam, (jgn banyak sgt sbb td dah perapkan dgn garam kan)
masukan gula dan air asam jawa.dantaburkan bwg goreng.Aku tak taburkan pun..terlupa sudah..
Ok siap...


PEMBERITAHU:tekak aku rasa sedap gengs daging dendeng ni sbb aku minang..tapi aku tak syorkan masakan ni kalau korang berasal dari Belanda atau German.







 

Tempoyak

July 10, 2014

As-Salam gengs
Lama nya lah tak update cerita baru kat bloq suam suam air suam aku ni gengs
Malasnya Ya amat amat
Bukan setakat malas nak menulis
Nak snap2 foto buat bahan N3 pun malas jugak
Berakhir juga riwayat bloq aku ni jugak nnt gengs

Kajian menunjukkan tempoyak yang dihasilkan melalui proses penapaian adalah makanan yang baik untuk kesihatan. Rupa-rupanya tempoyak mempunyai nilai probiotik (miliki mikrooorganisma baik) di dalamnya. bakteria berkenaaan boleh hidup dalam persekitaran usus dengan keadaan asid pada pH2 dan selesa dalam persekitaran pH4.[1] Tempoyak didapati mempunyai kandungan bakteria asid laktik (Lactic acid bacteria -LAB) yang tinggi. Dalam kajian kepelbagaian, tiga pengasingan tidak dapat dikenal pasti dengan menggunakan SDS-PAGE protin sel penuh. atau API 50 CH. [2] Tetapi kajian yang dijalankan Noorhisham telah mengasingkan dan mengenalpasti LAB.
 (Credit to:Wikipedia Bahasa Melayu)

Korang suka makan sambal tempoyak tak gengs
Aku suka sgt gengs...suka sangat
Dalm sebulan tu adalah 4 - 5 kali jugak aku buat sambal tempoyak ni
Sambal Tempoyak ikan bilis cili api ...sedapppnya
Ada pula rebus pucuk ubi
Bergulung gulung suapan aku gengs
Tu yg bila timbang berat badan
MasyaAllah..cam tak percaya berat macam tu sekali

Mak aku pun suka
Suka sangat
Orang baik Allah akan bantu gengs kan
Mak aku ni baik gengs...bukan sbb dia mak aku aku nak puji
Tapi itulah hakikatnya
Anak angkat keliling pinggang
dari yg keje buruh kasar sampailah yg berjawatan

Baru jer mak aku borak2 dgn kakak sulung aku gengs..ckp tempoyak dia dah habis
Tup tap datang 9 bakul durian..one of anak angkat dia penjual durian hantarkan kerumah
Ayah suruh hantar rumah nenek kata anaknya..
Alhamdulillah..Alhamdulillah..kata mak aku
Mak aku nampak durian yg nak buat tempoyak tu mengalahkan nampak emas berlian
bersinar-sinar matanya...bagai biru mata hitamnya...

 Tak sabar-sabar dia gengs..sempat pakai sekop kepala jer masa ni tu yg gamba separuh jer aku ambik
Malam dah masa ni gengs..
Kami kata pagi esok lah buat...tak sabar dia gengs terus jer kopek durian mlm2 ni
Berkobar-kobar tul semangat dia
Mak..Makkk..Tempoyak jer pun makkkkk....

 
 
Masih ada yg elok2 lagi ni gengs...tapi kebanyakkan dah terbelah buahnya.
 Berjenuh malam tu aku kami anak beranak mengopek durian ni.
Dah habis dikikisnya termasuk lah aku sekali mengikisnya utk dijadikan tempoyak gengs
Rasa cam nak patah pinggang aku duduk berjam-jam mengikis

Aku siap ckp kat mak
Macamana mak..puas hati dah
Ni sampai raya 2015 pun belum tentu habis tempoyak mak ni
Dapat dalam 15 balang lebih ni gengs.

Suka sgt  hati mak aku gengs.

 



 PEMBERITAHU:Kegembiraan itu bukan hanya duit semata-mata.Dapat Tempoyak pun rupa-rupanya boleh buat hati gembira yer gengs.

 

Pagi Yang Kalut Aku Kelam Kabut

June 25, 2014


As-salam gengs
Ramadhan bakal menjelang tak lama lagi kan gengs
Bermaafan kita sesama kita ye gengs sebelum kita memulakan puasa kita nanti
Agar tenang jiwa dan bersih hati kita dari segala kesilapan yg lalu

Nak bercerita kekalutan hari ni sejak di awal2 pagi membawalah ke terbit fajar siddiq.
Nampakkkk..bunyi mcm kalut sgt..gebang kuat aku ni gengs...
Serius gengs..bukan gebang sebarang gebang
Aku mg betul2 penat pagi ni....

Yana the third
Ajar Yana buat Homeworks sampai kul 1 pagi
Banyak nyer kerja sekolah ko Yana
mengalahkan Assigment bebudak Diploma la pulak
Ok gengs aku berjaya kawal diri mengajar Yana
Berkat..Istighfar...Istighfar dan beristighfar
kalau tak sebelum ni..Yana buat kerja sekolah
Wajib diakhiri dengan sekolam airmata...garang tak garang mak Yana ni kan...Aku lah tu..

Zati the Second
Ada Hari koperasi sekolah hari ni
Dia dan 4 lagi geng bas sekolah ambil bahagian
Menjual makanan...Dia punya part masak kuah spegeti
Siapa memasak?????
Aku lah gengs..bukan Zati tak pandai...Tak sedap macam mak buat katanya
Mak dia ni pulak pantang kena puji...biar pun dari anak sendiri
Dengan rela hati kata ok..mak masak kan...
Yg buat kalutnya...Nak bagi makan 15-20 org..
Sos spegeti beli 2 tin kecil tu jer...Mana cukup kata aku gengs..
Ok Mak tunggu sekejap...Mak kawan org akan tolong belikan lagi 2 botol...katanya
Tunggu punya tunggu..punya tunggu dah pukul 1.30 pagi mak kawan dia tak muncul2
Sudahnya aku masak 2 botol tu jer..dapat lah sebanyak gambar dibawah ni
Pukul 2 pagi masak kuah spegeti ko mampu...




Pukul 2.40 pagi baru aku masuk tido
Pukul 5.30 pagi aku dah bangun semula sebab nak hantar Zati kesekolah Awal
Dia nak setup2 Hari koperasi dia tu
Lepas Solat subuh hantar Zati
Bergegas pulak balik rumah nak siap2kan  Yana pula...
Kepala dah tingtong pening2 lalat dah masa ni..

Pukul 7 pagi hantar Yana kesekolah
Sampai Dipintu pagar sekolah
Tertinggal lah pulak Kamus Yana
Allah!!!!!...
Muka Yana dah cuak....air mata dah menakung nak ggur jer..takut teacher marah katanya
Sebab fikirkan dia akan kena marah
Aku patah balik rumah ambil kamus
Hantar semula kesekolah....
Dari pintu pagar sekolah nak kekelas dia boleh tahan juga jauhnya
Kaki aku rasa mcm sebelah ada kat Belanda..sebelah lagi dkt Mexico..
 Hrmmmm........


PEMBERITAHU:Balik dari office ni rasa nak letak je handbeg tepi katil ..boom...zzzzzzzz....