Pengakhiran Pada Sebuah Pertemuan #MH370

March 25, 2014

 As-Salam Gengs












 Rahmat Allah sentiasa ada buat kita
Sentiasa Ada..Pasti Ada
Pada mereka yg tidak pernah melupakanNYA
Pada mereka yg tidak pernah menjauhiNYA

Kesedihan milik satu dunia
Pengakhiran yg sangat sedih
Tidak seperti yg kita harapkan
Namun yakin dan percayalah Allah melakukannya bukan dengan sia-sia
Menaikkan darjat ketabahan kita semua kepada satu tingkat lagi
Membuka mata dan minda seluruh dunia untuk satu sitem pembaik pulih yg lagi hebat
Malaysia teruji..kita rakyat Malaysia juga teruji
Allah pilih kita..Negara Kita..
Supaya kita semua menjadi umat yg lebih mensyukuri nikmatNYA
Ini ketabahan kita..Ini keredhaan kita

Terimakasih Ya-Allah
Telah kau dengar rintihan kami
Telah kau makbulkan doa kami
Telah terjawab satu dari seribu soalan yg bermain di akal kami
Akan kami nantikan pula
Mengapa kesana???..setelah kami dapat jawapan di tengah-tengah lautan itu pengakhiranya....
InsyaAllah......

AL-FATIHAH
TAKZIAH

#MH370 berakhir sudah perjalanan mu.......

PEMBERITAHU:Kesedihan ini perkongsian rohani seluruh insan didunia...

11 geng komen :

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Takziah dan Alfatihah...

Pengakhiran yg mengungkai segala persoalan Aini...
Supaya fitnah tidak berpanjangan..
Allah yg Maha Berkuasa dan Mentakdir kan sesuatu...

Walaupun tiada keluarga didalamnya... kesedihan amat terkesan didalam jiwa kecil ini...

Allahu Akhbar..
Engkaulah yg Maha Besar..

:: idzwa :: said...

berakhir penantian..bermula pencarian...

takziah pada keluarga mereka yg terlibat..

al-fatihah pada mangsa yg beragama islam..
takziah pada yg bukan muslim..

D.Shahril Hakime said...

moga2 deme ditempatkan dalam golongan oghang yang beriman.. amin.......berat mata memandang.... berat lagi mata memikul....

Kakzakie said...

Walaupun sedih menyelubungi ramai namun Allah punya perancanganNya.

Sedih bagaimanapun kena redha..

Eye_nee said...

CH..
Pengakhiran pd sebuah pertemuan utk permulaan merungkai segala-galanya yg terjadi..InsyaAllah...

Eye_nee said...

Berakhir sebuah penantian utk kita temui pula rentitan bagimana pengakhirannya disitu..InsyaAllah ALLAH akn bantu..Tkasih buat SAR team...

Eye_nee said...

D.Shahril Hakime...
Disinilah penyatuan kita sebagai rakyat Malaysia..waktu inilah..saat inilah..bersatulah kita..Ringan kan beban mereka2 yg terlibat dgn tidak menyalahkan dan asyik berspekulasi tah apa2...

Eye_nee said...

Kakzakie..
Yer kak.Wamakaru..Wamakarallah..kita merancang..Allah juga merancang...Redha dgn ketentuanNYA..sejuta kebaikkan disebalik mussibah yg melanda...Allahuakbar...

Kesuma Angsana said...

Salam takziah & alfatihah, even dlm hati masih menyimpan sedikit harapan !

makchaq said...

Memang sedih... walaupun x dak sapa yg makchaq kenai...

Dearie Pearls said...

kehilangan penuh misteri..