Se Mati Berdansa...

April 18, 2014

As-Salam gengs semua
Hari Jumaat dah kan gengs
Dah minggu ketiga bulan April
Cepat sangat rasanya masa beredar berputar berlegar
Semoga Rahmat Allah sentiasa ada buat kamu semua gengs..InsyAllah

See the tajuk
Tak mengelupur dibuatnya
Jangan main-main kekdahnya
Kata orang Engang sama Engang
Manakan pipit boleh terbang bersama
Bujang sama Bujang
Tak kan boleh suami orang tumpang berjoli to gather gather
Yer Dakkk....

Lokasi..Belakang PC aku
Aku nak cerita pasal apa sebenarnya yer gengs
Pasal losyen itukah
Pasal tin yg ada budak amoi itukah
Atau pasal radio aku itukah
No no no no n....

Nampak makhluk kecil itu
Bercinta berlainan spesies
Cinta terlarang kekdahnya kannn


gambar kecik sgt yer gengs
ok scroll down gengs




@

@

@

@

@

@




Nampak tak gengs..
Kurang jelas lagi
Scroll down lagi

@

@

@

@


 


NAMPAKKKK DAHH!!!..

Mr. Spy & Ms Cro

Kita Tempuh Segala Rintangan
Kecundang Jua Menimpa
Kita Telah Mencuba Segala
Namun Tewas Akhirnya




Sentuhan Kali Terakhir
Abadi dalam hati Ku
Tak dapat Ku menghalang
Perpisahan Ini....

Sebenarnya..tidak kira siapa pasangan mu...apa bangsanya bukan satu halangan dalam membina sebuah perhubungan.

Yang Penting 

“Berusahalah mencari pasangan yang sekufu dengan kamu"
   Sekufu itu ertinya sama tahap iman dan taqwa yer gengs
 Untuk Lelaki       
 Allah menjadikan seseorang sebagai pasangan kamu sesuai dengan tahap iman dan taqwa yang kamu miliki. Jika ingin melihat tahap iman dan takwa seseorang, lihatlah siapa pasanganmu.Jika seorang lelaki mahukan seorg isteri yang solehah, terlebih dahulu perbaikilah amalan kamu  Insya-Allah, Allah akan permudahkan kamu untuk mendapat isteri yang solehah.
  
Untuk Perempuan
 Carilah seorang lelaki yang Taat Beragama dan Baik Akhlaqnya.Yang mampu menegurmu, bukan yg membiarkan kamu dan menuruti kemahuan mu.Bukan pula yang tidak mampu menasihati keburukan tingkah laku mu akhlak mu pemakaianmu hanya kerana teralalu sayangkan mu.



PEMBERITAHU:Sebuah perkongsian dari pemahaman aku semata-mata.Jika kamu sukar memahami apa kaitannya tidak mengapa..Apa ada hal U MY GENG.

16 geng komen :

Kakzakie said...

Agama kita amat menitikberatkan hal sekufu dlm munakahat. Semua ini adalah demi kebaikan kedua-dua pihak agar tidak ada kepincangan..

Eye_nee said...

Kakzakie..
Sgt betul kak...Sama2 kita baiki keimanan dan ketakwaan diri sendiri supaya ketakwaan dan keimaman kita dan pasangan seimbang...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Lipas tu yg dah mati ke .. atau spider tu yg dah mati aini.. tu yg diangkut tu...

Mencari yg sekufu itu amat penting kan Aini.. supaya setiap antara pasangan itu saling lengkap melengkapi...
Bila cerita pasal sekufu ni.. teringat aku ceramah Ustaz Haslin Bolyywood tu... Saudaranya ada kahwin tidak sekufu.. lelaki pula tu.. isteri doktor dan ianya hanya pekerja kilang... kesian dia melihat saudaranya itu.. diperlakukan oleh isterinya.. itulah susahnya berkahwin tidak sekufu..

:: idzwa :: said...

alhamdulillah...setakat ni jodoh saya dgn org sekufu..sederhana kami org nyer..maka sederhanalah dia menjadi pilihan hati ni..

bukan meminta yang kaya tapi takut akan hakikat "kaya" itu sendiri..jadi cukuplah begini saja..

bahagia kami..gembira kami..menangis kami..tetap bersama..

ieda immi said...

insyaallah kak

apa2 pun saya winduu kakak !

Eye_nee said...

Cahaya Hidup Ku..
Itulah T kan..Sekufu itu sepatutnya hendaklah bersama seimbangnya iman dan takwa..tidak kiralah pasangan kamu..BURUH ATAU DOCTOR..LOYER ATAU MAT DISPACTH...

Di Office suami aku kan T..Isteri seorg Pensyarah suami kerani biasa..Namun kerana memahami apa itu Sekufu..mereka hidup bahagia T..

Eye_nee said...

idzwa...
Alhamdulillah..mencari yg sekufu itu sebuah tuntutan..namun jika jodoh pula bukan dari kalangan yg sekufu dgn mu..berusahalah mencari kesaksamaan itu dari segi iman dan takwa..hormat menghormati dan saling terus merendah diri...Wallahu A'lam

Eye_nee said...

ieda immi..
Lamanya tidak melihat kamu...Semoga kamu terus sukses yer sis..

Syg kamu...

Hanis Azla said...

As-salam kak eye-nee..

first of all nak cakap.. comellah entry akak ni.. he..he..

sekufu mmg penting.. namun jika tidak, terimalah kurang lebihnya dengan hati terbuka.. insyaALLAH.. perancangan ALLAH pastinya yang terbaik untuk kita.. semoga kita dan pasangan akan terus berbahagia hendaknya.. insyaALLAH..

Eye_nee said...

Hanis Azla..
Comel yer..TQ...
Pemahaman penceritaan dan gambar selalu cuba akk hubungkaitkan ikut pemahaman akk...naluri akk...suka sgt membidik gambar yg tah apa2 akk ni kan..heheheh..cerita ku citarasa ku...kekdahnyaaa...

Sekufu itu penting...namun bagaimana kamu memilih utk terus hidup bahagia bersama pasanagan yg bukan sekufu dgn mu..kembalilah kepada sunnah dan Alquran..Sedangkan Khadijah seorg peniaga yg berjaya manakala Muhammad hanyalah seorg pengembala kambing...fikir2 kan

Panjang lebar pulak dah...dah macam semanis kurma kooo...

Rai Ourkizuna said...

spider ngan lipas ke tu? dedua mati..?

Eye_nee said...

Rai..
Satu mati Rai..Ms Cro mati..

shameel Iskandar said...

sekufu membawa bahagia kerana ia amat dititikberatkan dalam agama.

Eye_nee said...

Shameel..
Betul...

Kesuma Angsana said...

hehehe.. boleh tak kalau komen cakap .. janji mereka bahagia hehehe

Eye_nee said...

KA..
Boleh tak Jawab..Janji kamu komen...hahahahahahah...