Mencari Kekurangan dalam diri seorang isteri

March 16, 2015

As-Salam gengs

Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs

MENCARI KEKURANGAN DALAM DIRI SEORANG ISTERI
Jumpakah apa yg kau cari wahai suami
Jika tidak jumpa kau akan terus cari dan gali
Sedaya upaya mencari
Sehingga kau temukan satu
Cukuplah satu
Buat Alasan utk kau bina Masjid Baru
Terpuji niat kau itu

Namun agenda kau cukup busuk........

Membina Masjid yg baru
Sedangkan Masjid lama mu
Sejadah telah lama usang..Tak berganti..Kau tak peduli
Makmum semakin menjauhkan diri...Ini tak penah kau sedari
Kipas dah lama rosak...Masjid lama mu panas membahang
Tabungan Masjid yg kau isi semakin hari semakin susut nilai...kau lihat tp buta memandang
Ada hati ingin membina Masjid yg baru
Kau tak Mampu..Kau memang tak mampu
Kau tetap galak mahu meneruskan
Sedangkan kau tahu syarat utama
KEMAMPUAN...jika ini tiada
Apalah ertinya...
Yang akan kau tanggung nanti hanyalah DOSA....

Buat kamu kawan ku yg teraniaya
Terus kan Istiqamah mu..
Terus kentalkan  ketabahan mu
kerana ALLAH tidak akan mempersiakan mu

Tangis mu
Luka hati mu -Rawatlah dgn Tahajjud
Kedukaan mu
Kepedihan jiwa mu - Ubati dia dgn Istiqarah

Aku tidak pandai memujuk mu sahabat
Aku tidak tahu cara
Aku tidak pernah mengalami...dan aku tidak mahu mengalaminya..
Kata2 ku hanya sekadar yg terlintas difikiran ku
Brgkali ini juga yg dilakukan oleh insan2 sejenis kita yg pernah mengalaminya

HARAP KAU TABAH...



PEMBERITAHU:Semakin hari aku semakin tidak memahami...Mengapa harus ada penambahan sedangkan Masjid lama sudah cukup lengkap.



25 geng komen :

Nor Azimah said...

Kak eye-nee, poligami tu tak salah, hukum tu dari Tuhan, hanya kita yg membuatnya jadi salah dan menakutkan kerana kita kan penuh dgn mzmumah.

idzwa kamaruddin said...

saya pernah bertemu yang sebegini kak..

masjid baru tak mampu didirini kerana semua tak cukup even poket pun yg pertama yg support sikit-sikit alih-alih lari nikah di yala kerana kerajaan malaysia tak luluskan atas dasar tidak mampu..

apa lagi nak buat..redha dalam keterpaksaan lah dia.. T__T

Eye_nee said...

Nor Azimah..
Akk setuju..Akk pun tidak menulis Berpoligami itu SALAH..yg salah bila LELAKI yg ingin berpoligamai itu tahu ketidakmampuan diri utk berpoligami...namun berkeras mahu meneruskan sehingga memporakporandakan Masjid yg telah terbina puluhan tahun...

Bg akk dlm kes sahabat akk ni..Yg MAZMUMAH itu "imam"nya..sedangkan "Makmum" nya bersifat MAHMUDAH...

Eye_nee said...

idzwa..
Itulah dianya...bukan menentang Poligami..ini HUKUM...tidak salah..Kahwinlah jika kamu mampu..kahwinlah jika isterimu curang...derhaka kan mu...memperbodohkan mu...Jika isterimu sudah memiliki semuanya..Agamanya...zuriat utk mu...layanan terbaik buat mu...Akhirnya isteri mu kau lukakan...Apa maknanya POLIGAMI itu utk mu..Syariatkah atau Napsu...

Sham said...

Salam pkenalan...singgah sini n terus folow...

Seorg sahabat pernah memgingatkan sy yg nabi berpoligami hanya selepas siti khatijah meninggal...tu baru sunnah sebenar...

Eye_nee said...

Sham..
Tkaish singgah...tinggalkan komen..dan follow bloq biskut chipsmore ni..

Kini Berpoligami hanya sunah "Pasang 4" itu sahaja yg diperkatakan...Yg lain2...lain hari baru kaji..lain tahun baru study...

shameel Iskandar said...

"Membina Masjid yg baru
Sedangkan Masjid lama mu
Sejadah telah lama usang..Tak berganti..Kau tak peduli
Makmum semakin menjauhkan diri...Ini tak penah kau sedari
Kipas dah lama rosak...Masjid lama mu panas membahang
Tabungan Masjid yg kau isi semakin hari semakin susut nilai..."

saya amat tertarik dgn bait2 ni.. ia amat tajam menikam dan sangat bisa berbisa.

Apabila poligami disalahgunakan, islamlah yg tercalar.

Eye_nee said...

Shameel..

Bila tiada kemampuan membina "masjid" yg baru...apa relevannya mahu meneruskan niat itu...Bila mana tuntutan berpoligamai itu sendiri tidak
difahami...namun angkuh mengatakan "INI SUNNAH"...



CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

"Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

Baca lah ayat ini terakhir dengan mata hati, Allah telah berfirman "tetapi jika kamu tidak dapat berlaku asil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja"

Selalu yg hendak mendirikan masjid ni selalu tak mendalami ayat terakhir ini, hanya kehendak diri sendiri untuk memenuhi nafsu sahaja yg mereka tahu Aini...

Semoga sahabat mu menjadi seorang insan yang tabah.. ye Aini..

Aku suko ayat ko ni "Aku tidak pernah mengalami...dan aku tidak mahu mengalaminya.."

Samo dengan dgn "aku tidak mahu mengalaminya "

Eye_nee said...

Cahaya Hidup Ku..

Dia tabah T...cukup tabah...

Betul T..mmg tak mahu mengalaminya..sakitnya tu disini..didlm hati...

wahida said...

huwaaaaa..takut baca cerita mcm ni..
mintak dijauhkan...huhu..

dan semoga kawan akak akan terus tabah dengan ujian ini...

Kakzakie said...

Sebenarnya garispanduan yg telah diberikan buat kita sebagai umat amatlah indah seandainya dpt diikuti dgn sebaik-baiknya. Andai ianya mencalar akan bertambah buruklah akibatnya..

Eye_nee said...

wahida..
ko baca takut kan sis..akk ni kenal kwn ni dah puluhan thn..kenal hati budi dia mcm mana...bila dpt tahu berita ni..akk yg termenung...termangu mcm org bodoh..tak sangka dia diperlakukan seperti itu...

Eye_nee said...

kakzakie..
Betul kak..garis panduan tak mahu ikut main langgar jer..hukum nak tambah "masjid baru" ikut sunnah..tp amal ibadat yg lain2 punah...

Mak Wardah said...

salam. kurang pemahaman & kurang penghayatan satu dari punca kekhilafan.

Mak Wardah said...

salam. kurang pemahaman & kurang penghayatan satu dari punca kekhilafan.

Nooriah Abdullah said...

akak jugak tak pernah mengalami dan tak mau mengalaminya, hanya perkataan sabar saja yg mampu akak ucapkan utk sahabat Aini tu, ALLAH lebih tau segala nya mungkin ada yg ALLAH nak bagi perancanganNYA mesti terbaik..

tiga lalat said...

Salam jumaat. Hee semoga sabar.

makchaq said...

Perkara yg Allah benarkan sepatutnya indah..
Tapi manusia ni nafsu yg banyak kawal kita....
Tu yg jadi masalah..

Mak Wardah said...

Sedih tapi saya doakan dia tabah...

Kesuma Angsana said...

Salam, dtg menjengah bila ada sedikit kelapangan. Walau jrg bertamu, ingatan itu tetap ada dikalbu.

dongmei pan said...

Nice, i really like it.if you also like our site please follow: http://www.robesdemariee2013.com/

Kakzakie said...

Sunyi sepi terus Eye_nee.
Rindu jugalah sembang/celotah dari sana
Harap semuanya ok dlm menjalankan ibadah ramadhan.

wahida said...

akakkkkkkkkk....
update lah entryyyyy....

lieyalatif said...

Assalamualaikum…

Selamat hari raya aidilfitri dari lieyalatif buat akak sekeluarga….moga syawal dirai dengan penuh meriah dan dlm keberkatan Allah taala….

Terlebih bias tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti akan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

Hati-hati dlm perjalanan moga raya tahun ini dirai gembira….