Assalamualaikum Gengs
Jumaat Yang Indah
Jumaat Peghulu Segala Hari
Masih diberikan Barakah Umur Hari Ini
Syukur Kehadrat Mu Ya-Allah
Semoga Allah Ampun kan kekurangan diri
Dah lama rasanya aku ingin bercerita
Tentang Seorang sahabat ini
Jangan Salah anggap yer geng
Aku hanya ingin bercerita
Dan dengan cerita ini
Semoga kita doakan dia
Dan mengambil Iktibar
Dengan himpunan dan timbunan doa ini
Terbuka hatinya Kembali kepangkal Jalan
Tiada niat aku mengaibkannya
Cuma rasa Kasihan kalau pun bukan kepada dia
Kepada Kedua Orang Tua nya...
Aku kenal dia semasa zaman anak dara lagi
Jarak umurnya dengan ku... dia tiga atau empat tahun lebih muda
Orangnya cantik
kehidupannya dahulu sewaktu aku mengenalinya tidaklah semewah mana
Ayahnya cuma bekerja sebagai buruh manakala ibunya tidak bekerja
Adik beradik ramai
Dia anak ketiga
Muka Buku mempertemukan kami semula
Aku menyapa dia membalas
Kenal lagi rupanya dia dengan ku geng
Kemudiannya aku mula melayari halamannya
Bermula dari itu hatiku telah berdetik
Penuh dengan gambar sosial kehidupannya
Berparti....rokok ditangan...minuman terlarang
Pakaiannya yg menjolok mata
Kawan2nya bukan sesama bangsa
Tidak mengapa berkawan
Berkawanlah dgn sesiapa sahaja
Namun bila kehidupan nya telah sama dengan kehidupan
Kawan-kawannya yg tidak sama bangsa semestinya
UGAMA yg berbeza
Tergamam rasa bila dia bersama-sama MAKAN semeja
sewaktu sambutan Perayaan mereka dirumah sahabatnya itu
Dia kelihatan bebas dirumah rakan nya itu
Seolah-olah mereka tinggal serumah
Ada kawasan sembahan disatu sudut rumah
Ditepi sudut itulah ada satu gambarnya dia duduk dan makan
Ada haiwan terlarang ditepi meja makan
Dan dia bersama-sama mengatakan betapa rindunya
Ingin menemui haiwan itu bila mereka berjauhan
Dia memuji pernah memakan MEE HOKKIEN
Di sebuah restoran yg Jelas terpampang tidak berlogo halal...
Kata nya kesedapan mee itu tidak pernah dia rasai sepjg hidupnya
Dia tidak lagi khuatir halal dan haram yg telah terangan disatukannya
Dia seolah tidak lagi peka akan kata kawan-kawan sebangsanya
Pernah ku tanyakan pada kawan2nya yang rapat
Kata mereka
"DIA telah jauh terpesong kak"...
Aku terdiam.......
PEMBERITAHU:Semoga dia akan segera sedar.....buat kita semua...Semoga masih waras memikirkan kehidupan ini hanya sesingakat satu kerlipan mata....
November 26, 2024
19 hours ago
28 geng komen :
Semoga terbuka pintu hatinya untuk kembali ke pangkal jalan. Sama2lah kita doakan.
kakcik..
Bila saya buka FB dia...sedih sgt rasanya...Semoga dia cepat sedar....
harap kembali ke pangkal jalan...
Masya-Allah... itulah Eye_nee kalau iman yg sedikit tidak dipupuk syaitan mudah merasuk... akhirnya begitulah...
Moga sempat bertaubat sebelum izrael dtg menjemput..
ya allah takutnya ..
adalah kewajipan kita sesama manusia saling ingat mengigati kak ..
andai ada masa luangkan kata2 nasihat buatnya kak .. bila dia mendengar syukur alhamdulillah sekiranya sebaliknya , luruhlah segala tanggungjawab akk sebagai sesama islam .. jgn risau dia marah kak .. risaulah dia bila tergolong dari ahli api neraka ..
insyaallah kalau niat kita baik kak , allah permudahkan ..
memang kita x sempurna , dan siapa kita nak menegur tapi x salahkan bila mana kita tahu itu adalah kesilapan yg tidak seharusnya dia teruskan ..
kak .. ilmu yg kita tahu walau sedikit kongsikanlah bersamanya kak .. janji niat kita baik .. ;)
sedih dgr kisah dia kak .. kesian kerana dia x ada org tegur dan bimbing .. huhuh
ya Allah..mmg dah jauh tersasar tu kak..
semoga Allah memberi pengampunan pada kita semua dan cepat2 lah dia sedar dari landasan yg tak betul tu...
moga2 kes ni menjadi iktibar buat kita semua...
Kak Eye Nee, hurm...saya terpaku baca entry akak ni..camner ek nak tolong..saya de gak kenkawan yg bebas, tapi takde la kot sampai ke tahap cam kawan sowang ni...harap..dia cepat tersedar dan kembali ke jalan yg diredhai Allah...Amin.....
Kita mampu berdoa kak!
anitadiana..
itulah harapan akk..
astaghfirullah hal azim... sedih bila mendengar sahabat yang tiba2 berubah macam tu... soal hala haram sudah sebati dalam dirinya...
Kita doakan semoga Allah buka kembali hidayah untuk dia kembali ke pangkal jalan
kakzakie...
Entahlah kak...jarang sgt saya masuk kehalaman FB dia sekarang ni...seingat saya...hanya pd saat dia APP kan saya masa tu lah saya sempat berchatting dgn dia...kemudian bila saya lihat halamannya...saya termenung...lama saya termenung...dan saya terus tidak lg menyapanya....saya hilang kata kak...Berdosa ker saya tidak menegur perbuatannya....
ieda...
Akk tidak berdaya ieda...Sbb itu awal2 ayat akk tulis...
SEMOGA ALLH AMPUNKAN KEKURANGAN DIRI
Akk seperti mahu medelete dia dari friend list..supaya akk tidak lagi terlihat apa2 yg dilakukannnya...kini akk seperti rasa sama2 bersubahat melihat segala perlakuannya...
wahida...
Dia semakin jauh dari landasan kehidupan sis...Semoga satu hari sebelum dia menutup mata..Allah memberikan dia satu Pengajaran dan dia kembali semula kepangkal Jalan...
Gen2 Merah...
Tu lah Cikgu..Melihat dia hari ini..terbayang dia 20 thn yg lalu..Seorg Gadis Kg yg polos dan naif...Bagaimana dia boleh terjebak dlm kehidupan sebegitu....
eMMe...
Bila melihat gambar2 dia...sepertinya dia kini adalah sebahagian dari "KWN" nya itu....
Assalamualaikum Eye sahabatku...
Jangan lupa, mengaib, menghina dan bercerita tentang kejahatan org lain itu berdosa. Sekiranya kita tidak dapat menasihati, maka berdoalah untuknya kebaikan supaya balik kepangkal jalan.
Assalamualaikum Eye
Allah duga dia macam itu..
mari kita berdoa bersama2
agar Allah bukakan hatinya untuk kembali ke pangkal jalan
samlah ngan apa yang yuyi cite pasal kawan-kawan dia yg berugama islam tapi makan baalifbaya. Masa mula aku dengar dia cite meremang bulu roma aku, aku ingatkan dia main-main. Kawan-kawan dia cakap baalifbaya tu sedap.Sama-samalah kita berdoa semoga mereka kembali kepangkal jalan.
Deru Ombak...
saya pernah juga terbaca....Sekiranya tidak disebutkan nama dan pelaku tidak pula jatuh hukum mengaibkannya...ianya sekadar iktibar dan sbb itu saya kata kan segala himpunan dan timbunan doa bukan mengharapkan kejian dan cacian dari para geng disini mana lah tahu akan dapat membuka pintu hatinya kembali kepangkal Jalan....Segala kekurangan adalah dari saya dtgnya....
Atuk..
Dugaan yg maha besar buatnya..namun Allah menduga hanya sekadar yg termampu ditanggung setiap insan kan...Semoga Allah juga akan membuka pintu hatinya utk kembali semula dan mengenali kembali dirinya...
Dodocheng...
Takut lak aku dgr dodocheng..kalau dah sampai makanan yg menjadi darah daging tu diambil lewa apa akan jd pada kehidupan mendatangnya kan....Semoga kita semua bukan tergolong dlm kumpulan insan2 sebegitu....
Moga dia mendapat hidayah satu hari nanti.. Insyallah.. dan harap ada org yang dapat menegurnya dan membimbingnya kembali ke jalan yang benar..
As salam Kak Eye nee,
Meremang bulu roma membaca kisah ni... Terasa sedih & pilu krn masih ada manusia yg seagama mengambil mudah hal2 akhlak dan yg paling utama hal2 yg berkaitan dgn akidah ini... Nauzubillah...
Kesian dia, jom doa moga dia diberi hidayah olehNYA...
:'(
insya ALLAH.. sempena bulan rejab..sya'ban dan ramadhan nih..... dipermudahkan beliau utk berubah kepada yg lebih baik....
semoga dio insaf...amin...
sikit2..tarik dia balik ke pangkal jalan kak..moga tuhan terbitkan nur di hatinya..amin..
Mat malam.. Eye nee jarang2 update entri terbaru yaa... (",)
termenung sekejap bila baca N3 nii...
semoga kembali kepangkal jalan yg benar..
Macam-macam
Post a Comment