ALong...Ampun Kan Lah Aku..

July 20, 2011

Salam gengs Semua...

Semoga Korang Semua dalam Lindungan Dan Rahmat Yang Esa...

Gengs....dah lama aku nak storikan kes ni...sebuah kisah benar tentang kehidupan..

Bukan Kisah seorng Biduan..Juga bukan kisah kau dan aku..ia nya tentang perhubungan persaudaraan...

Betapa perlakuan itu sesuatu yg amat rumit untuk ditafsirkan...

Tapi..inilah hakikat kejadian manusia...Tidak pernah terlepas dari membuat khilaf dan dosa...

Sebuah Kisah untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran.....



Didalam Sebuah kampung tinggal seorang ibu bersama 4 org anak mereka...3 perempuan dan seorng lelaki...Anak Yang Sulung berkerja sebagai seorng guru tadika.yang kedua pula bekerja di sebuah Institusi Kerajaan.Anak ketiga seorng lelaki..hanya membuat kerja2 kampung sahaja..manakala anak yang bongsu bekerja di sebuah syarikat swasta.

Anak Yang Kedua dan yang bongsu telah pun mendirikan rumahtangga.Kedua2nya dikurniakan 3 orang cahaya mata...Tinggal ALong dan Yg lelaki masih belum berkahwin.

Sebelum ayah mereka meninggal, arwah sempat memberitahu kepada ALong supaya menjaga adik-adik sebaik mungkin.Terkadang aku terpikir mungkin dek kerana amanat arwah ayah, Kak long sehingga hari ini tidak mahu mendirikan rumahtangga.

Banyak Pengorbanan ALong lakukan terhadap adik-adiknya...kalau bercuti kemana-mana pasti ada buah tangan untuk adik-adik...belum lagi terhadap anak2 buahnya...wang ringgit atau apa sahaja kemahuan anak2 buah akan cuba dipenuhinya...baginya adik2 dan anak2 buahlah tempat dia mencurahkan kasih sayang..Sehinggakan baju2 kerja untuk si adik yg bongsu pon dia yg belikan..Along mmg Baik..

Sekitar Tahun 2005..Along diserang penyakit...dia mengalami sakit perut yg teruk...habis semua klinik berhampiran di kawasan kediaman telah dilawati...kata doctor hanya angin biasa..ada doctor kata gastrik...ubat telah habis dimakan..namun sakit Along tidak juga surut malahan bertambah teruk..

Mak kemudian membawa Along mendapatkan rawatan secara tradisional...namun tidak juga berhasil..Along buntu..fikiranya terganggu..percakapannya sudah merepek dan melalut...Along seperti seorang yg sudah hilang pertimbangan...Bertanyakan kepada adik-adiknya perkara-perkara yg tidak masuk akal...Along sering menangis..menyuruh adik-adik menyediakan jadual waktu untuk dia makan..pukul 8 harus makan apa...Pukul 9 nnt harus makan apa...Seringkali menanyakan apa yg ada didalam perutnya...terasa seperti ada benda2 yg bergerak....disuruh adik nya yg bongsu membacakan ayat2 kursi dibelakangnya dan kerap kali menanyakan soalan yg sama berulang kali.

Kesabaran adik-adik hilang.Along dimarahi bagaikan anak2 kecil...Bila lihat Along menghampiri seringkali adik2 menjauhkan diri...Along bagi adik2 kini hanyalah seorg yg membebankan..Along kini hanya seorng kakak yg sudah sepeti hilang akal.Pertayaan Along seperti acuh dan tidak acuh saja adik2 nya menjawab.

Airmata dan emak lah tempat along mengadu.Mengapa adik2 buat Along macam ni.Along sakit..Along bukan sengaja nak menanyakan itu dan ini..Along hanya nak mengadu dengan mereka tentang kesakitan Along ni...Mak kenapa adik2 buat Along macam ni??..Mereka dah tak sayang kan Along ker???...Sampai Hati mereka buat Along mcm ni...

Sebulan Selepas kesakitan perut yg di deritainya...satu Pagi....................................................................................................................




PEMBERITAHU:.Jika ada 5 geng yg mahu kisah ini aku ceritakan....aku akan teruskan...

9 geng komen :

Izwa Kamaruddin said...

nak tau lagi...

Encik MamaT said...

bukan takat 5.. semua orang nak tau... haiyo.. cerita tak habis.....

eMMe said...

Sis, Citer la lagi Sis, sedih kisah ini yg pastinya.... sob..sob..sob..

Unknown said...

teruskan..berminat untuk tau....

Dearie Pearls said...

Ok.. lima sudah geng..

teruskan.. teruskan...
ci citer..
ci citer..

Cik Ina Do Do Cheng said...

geng aku baru baca ni, tak pelah ko dah teruskan.aku baca sambungannya.

Hanis Azla said...

saya baca entry ni dulu sblm entry sambungannya.. sedihnya kak..

matahati-aishahazhar said...

baca 1st n3 ni kak.. tgk2 dah part 3.. yang 1st ni pun dah rasa sedih

Pepel BoNda AmaNi said...

:( sedih....