Salam gengs..
Semoga Sekalian gengs maya dilindungi Nya...
Semakin Mencari
Semakin Sukar ditemui
Semakin Menghampiri
Semakin itu jua ia menjauhi
Semakin Mendekati
Semakin cepat ia hilang dari sisi
Cuba mencari lagi
Seketika cuma Ditangan ini
Kemudian tiada lagi
Ia sudah bertukar Ganti
Memikirkannya kepala pusing
Tidak difikirkan terasa pening
Besar Nilainya dahulu biar pun hanya sekeping
Hari ini kecil terasa biar pun berkeping-keping
Jangan jadi hamba dia pesan ayah
Tapi kalau dia tiada kita yang payah
Lebih lagi kini semuanya harga bertambah
Cuma nilainya kini semakin murah
Dahulu 3 kepingan bulat itu memadai
Buat perut ketika disekolah utk di isi
Sekarang ini 3 keping bulat itu hanya mencukupi
Membeli kertas lukisan waktu matapelajaran seni
Bersarapan pagi kini jumlahnya menyamai makan tengah hari
Imbuhannya hanya sekadar tea-o dan sekeping roti
kalau tengahari berlaukkan sepotong ikan pari
Tersedak rasanya bila bil diberi
Perit rasanya menjadi golongan marhaen
Hanya jarum menjadi cangkul
Mengali hasil tanaman bertahun
Pulangan sekadar cukup untuk bertahan
Sehingga angka menghampiri cukup bulan
Bagi aku dia memang satu keperluan
Tanpa dia bagaimana dengan kehidupan
Anak-anak perlukan pelajaran
Perlukan Makanan
Perlukan Ubat-Ubatan
Namun aku juga percaya
Banyak dan sikit apa yang nyata
KEBAHAGIAAN tidak mampu dibelinya.....
PEMBERITAHU:Buntu setiap bulan memikirkan "dia"......
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
3 hours ago
37 geng komen :
Hairannya Eye_nee....
Ada yg duduk di kerusi empok
goyang kaki dan duduk-duduk
ganjaran dapat berkepuk-kepuk
segala urusan dibuat mereka yg angguk-anguk
Tak apalah setiap yg kita ada
pasti cukup utk semua zuriat kita
asal cukup segalanya
bersyukurlah kepadaNya...
hurm..
Kakzakie..
Nice words kak...
Bila terasa saya susah
Ada yg punya kehidupan lebih payah
tersedar dari lena...Ya-Allah
Aku tidak akan hanya menyerah....
Mrs. Eady...
hurmmmmmmmmmmmmmmmmm....sebuah kehidupan kan sis....
Dia memang tak pernah cukup buat kita yang di bawah ini. Bukan kerana boros, tapi kerana kehendak mesti dipenuhi...
"dia" memang penting sesangattttttt...........huhuhuhu....
geng , betul pesan ayah jangan jadi hamba wang. anggaplah wang tu sebagai keperluan, wang ringgit tak pernah menjanjikan kebahagian hakiki.
Salam Eye_Nee...
Habuan masing2 tidak serupa..syukur dengan pemberiannya... dan terus berusha untuk menambah.
Eye_Nee
Kalau kelapangan sila baca TAG diblog akak ye.. Akak TAG you. jgn marah.. takde tarikh tutup... boleh buat bila senang... tenkiu.
kakchik...
Yer kan kak..saya hanya berbelanja ikut kemampuan saya...berjimat sebaik mungkin..tetap sahaja kecundang...namun saya tetap bersyukur...kerana rezeki yg kecil itu sentiasa mengingatkan saya supaya tidak membazir....
Limah Hantu..
Sbb dia penting sgt lah..maka sebijik tablet pun susah sgt aku nak dapat...terpaksa beli beras siam dulu kalau tak mcm mana nak pergi kerja dapatkan duit nak beli tablet kalau tak makan...
dodocheng...
Tetap aku ingat pesan tu dodocheng...tiada nilai untuk membeli kebahagian....
Deru Ombak..
Pertamanya terimakasih atas TAG tersebut....saya tidak menjanjikan apa2 utk itu..InsyaAllah...
Bersyukur atas rezeki hari ini dan berusaha lebih utk rezeki hari esok pula kan kak (patut ker saya panggil kakak...usia saya dah 40+ thn ini)
tu la... zaman seme duit nih..... org yg macam kita je yg rasa jerih... yg lelain tu.... hanya berkokok je tau nye.. ntah le.....
'dia' bukan segalanya..
tapi segalanya memerlukannya..
Ianya memang tak boleh membeli bahagia.. tapi tanpannya juga ada hidup yang tak bahagia...
pakchik dot...
mmg terasa sgt nilainya duit kini...kecil dan jerih mendapatkannya..
Hanis Azla...
Cantik susunannya ayat..nyata kebenarannya...
..biarpun mengukur kebahagiaan itu tiada setanding nilai harga dia tidak pula boleh dinafikan keujudan dia mampu membawa kebahagiaan kan sis...
Tanpa 'dia' susah jugak... Bikin pening nk memikirnya tuu..
Betul tuh,kdg2 pening kepalo kalo fikirkan si dia,tp xpe percaya rezeki tuh sentiasa ado..
Wang bukan segala-galanya...tapi, segala-galanya memerlukan wang! :D
aduhh akak dan kak zakie nie kan leh masuk pesta bahasa lahhh .. salut lah saya ..
sedapp je saya baca ..
nak lagi dan lagi
kehidupan kan akak
kena berbalik kepada pencipta dan sentiasa kena bersyukur .. kalau tidak x akan pernah cukupp dan puas huhuhu
salam ziarah..
bila memikirkannya dr mata dunia, jawapannya lain..dr mata agama, jawapannya lain..benarkah?
hakikatnya keduanya sama..
fahami, mengerti..
siapakah dia sebenarnya
Salam Eye_nee,
Boleh memikirnya tapi jangan sampai memujanya.......
dia ohhh dia...
di manakah dia.....;-)hari2 kena guna dia kan kak...;)
dia..bila datang sekejap sahaja..selepas tu terus hilang..tunggu lagi bulan depan..dia pasti akan datang lagi..itupun selagi kita masih terus mencarinya..huhu..
Zaman sekarang zaman DIA...
gunakan secara bijak....
berjimat cermat amalan yg mulia, heee~
selamat berjimat cermat
mmg pening kepala fikir tentang dia...
Dia amatlah diperlukan tapi kena laa pandai2 menggunakannya.. kalau boros.. abis gitu aje laa..dia.. :)
Assalamualaikum.
Penting memang penting. Jangan sahaja kita sampai jadi hamba 'dia'.
Wallahua'lam.
Nilai wang semakin susut.
Harga barang tak pernah surut.
Runsing dan Pening.
geng betulah kak limah kata ko ni selagi aku tak warning atau parang, memang tak akan update blog kan kan kan kan.
;D
betul tu ..kekadang pening kepala..jadi akaunten kat rumah ne..
bukan Chipsmore... tapi 'hantu'
haha!
insyaAllah akan tiba jua rezki utk kita semua...begitu cptnya peredaran zaman sama cepatnya jugak dgn nilai matawang...makin lama makin memeningkan...tak selari dengan keperluan...sabar ye geng..
Post a Comment