Khalifah Dunia

November 30, 2011

Salam gengs...

lama tidak menyapa kalian...
lama tidak menulis...
lama sudah berehat
lama sudah idea kering
lama benar malas bertamu
lama benar...lama benar...benar lama....

Khalifah Dunia
Malam ini mula bicara
Bicara Tentang Memajukan Bangsa
Bangsa Siapa????Bangsa Mu?..BangsaKu?

Khalifah Dunia
Masih Muda
Kata-kata ada daya
Bicara wawasan bertenaga
Untuk Siapa???Aku???..Kamu???Semua???

Khalifah Dunia
Aku Suka???..Tidak Barangkali...
Mengapa???..Entah Lah
Hati Terlalu Sukar Menerima
Aku Sukakan Khalifah Tua itu
Nun Di sudut Sebuah Negeri

Khalifah Dunia
Tidak Suka Tidak Bererti harus Menderhaka
Pilihan Semua
Secara Adil
Adil kah????
Telus Kah????

Khalifah Dunia
Kau akan dihisab dahulu
Saat itu
Adil Mu Harus Jitu
Amanah Mu harus Tepu
Kerana Seluruh Anggota mu
Akan Berbicara...Seluruhnya...Semuanya..
Bukan Hanya Lidah mu...

Khalifah Dunia
Ikhlas Lah
Jujur Lah
Telus lah
Amanah Lah

Umat Ku...Umat Ku...Umat Ku.....Lidah Khalifah Agung...

Khalifah Dunia
Mati itu benar...


PEMBERITAHU:Aku rakyat Malaysia...Umat Muhammad...

25 geng komen :

Hantu Kak Limah said...

tetibe gua teringat kumpulan khalifah yang nyanyi lagu cikgu ayu.....keh...keh..keh.....konon rock..jap g..lelehhh....huhuhuhu....
gua anak selangor......

Fara said...

...best entri nie. Sinis dan mencengkam jiwa!

Eye_nee said...

Limah Hatu..
Gua dah lupa lah lagu tu beb tapi kalau gadis ayu blackdogbone gua ingat...gua nyanyikan sikit

Gadis Ayu
Lesung Pipit dipipi
Gadis Ayu
Senyum Mu Menawan
Gadis Ayu
Ku jangan dihampakan
Ayuuuu..sungguh ayuuuu...

Eye_nee said...

Fara..
Khalifah Dunia bicara bak Berlian....Berkerlipan...Berprestij..Berharga.....Memukau...mampukah org kebanyakkan membezakan Tulin Atau Palsunya Berlian itu....

Kakzakie said...

Khalifah tua itu tawadhuk peribadi
kena serangan bertubi-tubi
senyum dibibir terukir tanpa henti
namun bicaranya berkesan disanubari
hingga yg rasa bersalah takut sendiri
kalau rasa benar mengapa iri
beliau pun tak penah nak menonjol diri

Cho Zila said...

kadang2 kita lupa yang kita khalifah dunia... kita tidak bertindak sebagai khalifah...

Eye_nee said...

Kakzakie..
Dia masih Menerajui
Biar Badai Bersilih Ganti...

ieda said...

alamak kak .. x terungkap saya nie .. kata2 tuu sgt2 puitis :)

Eye_nee said...

Cho Zila...
Khalifah Dunia kini memandang duniawi melebihi alam yg kekal hakiki...

terimakasih berkunjung dan tinggal kan jejak disini..

Eye_nee said...

ieda...
Tiada kata yg secantik bahasa kita kan sis...

Rinna said...

Ada makna yang tersirat dan tersurat.. :)

Eye_nee said...

Rinna..
tersirat makna bagi mereka yg mahu memahami apa yg tersurat disebalik semua yg tersirat ...

So Shy Lady said...

sbut khalifah msti ingat suami kita pdhal kita sndiri pun pmimpin jugak yg t.akn tlepas dr dpsoalkn jua nnti

Eye_nee said...

Shy Lady..
Bila kita sebut Khalifah...automatik fikiran kita kepada lelaki...walhal sesiapa jua yg akan mati...tetap akan dipersoalkan selayaknya kamu...Namun telah juga disebutkan bahawa KHALIFAH yakni PEMIMPIN itu yg terlebih dahulu dihisab dari pengikutnya...Wallahualam..Jika Salah tolong betulkan..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

dtg dr blog fara..dia sebut nama anda dlm salah satu entrinya..nk juga tahu entri apa yg pedas sgt tu..


bila baca ini mcm faham siapa yg dimaksudkan..bukan senang nk jd pemimpin kan..cth terdekat diri sendirilah..kita ni sbg ibu pemimpin kpd anak-anak..risau juga salah mendidik sbb diri sendiri serba x sempurana

anitadiana said...

datang dari blog fara..best2..i like....kak ita suka ...

eLL said...

datang dari belog kak fara juga.
skodengs entri hari rabu pedas ceri beri;

Eye_nee said...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty..
Tiada apa yg indah disini..hanya luahan rasa penulis tentang apa yg tersembunyi disanubari...

benar...Kita semua adalah Pemimpin Dunia...Kesempurnaan tidak pernah ujud sebenarnya dlm kehidupan kita..biar pun begitu kita masih lagi mahu mencari dan sering bertanya dimana kesempurnaan itu akan kita temui kerana fitrah kita sebagai manusia seringkali terlupa...kerana itu selayaknya kita saling mengingati khususnya seluruh PEMIMPIN DUNIA termasuk juga kita supaya sentiasa AMANAH dalam memimpin ssesiapa sahaja disamping kita...

terimakasih atas kunjungan dan meninggalkan jejak kamu utk sama dibaca...

Eye_nee said...

anitadiana...
Fara...sesuatu tentang dia yg sukar dimengertikan kdgkala..namun bingkisannya sering buat fikiran bekerja mencari ketepatan maksud dan memerlukan anjakan minda yg tinggi utk mampu menilai apa disebalik isi cerita yg disampaikannya.

Terimakasih atas kunjugan...

:: Mrs.Eady :: said...

sama juga dng u akak..

dotblogspotdotkom said...

pasai semalam nak masuk sini tak blh?... ingatkan dh private...

hidup nih kejap je...

masa lahir.. org azan/iqamah...

masa mati.. org solatkan....

pendek je waktu hidup nih....

Eye_nee said...

Mrs Eady..
2 X 5 sgt equal kan...heheh..

Eye_nee said...

Pakchik Dot..
Semalam Bloq ada problem pakchik...saya sendiri pon cuak jugak kenapa tak boleh masuk bloq sendiri...

Cik Ina Do Do Cheng said...

entahlah geng sampai bila seugama sebangsa nak bersatu.kalau tak bercakaran sesama sendiri tak sah.

Pepel BoNda AmaNi said...

saya anak malaysia...