As-salam gengs
Semoga korang semua sihat2 hendaknya gengs
Sejujurnya aku mmg tak pernah lihat secara langsung
Mereka bertiga pun tidak pernah juga
Kali pertama menontonnya
Mereka bertiga teruja..siap ambil tempat paling depan dan mmg betul2 berhadapan dengan layar.
Kusyuk mereka bertiga menonoton wayang kulit yg dipentaskan di Kraftangan Malaysia hari tu gengs.Bersempena dengan Pesta Batik Malaysia.
Cumanya kurang memahami dialek Pekat Kelantan yg dituturkan.Pakat hetam dengar jer lah anak-nak yer...org gelak kita gelak yang tak boleh blah tgk mat2 salleh sebelah pun gelak2 jugak...Paham ker dia ni kemain beria-ia gelak.
Ada pelbagai watak rupanya dalam permainan wayang kulit ni.3 watak diatas tu adalah watak2 yang sering digunakan dalam permainan wayang kulit dari Kelatan.Kebanyakan wayang kulit dari Kelantan berdasarkan cerita Epik Ramayana Tradisi India.
Nak sangat memahami butir bicara yg disampaikan....kebanyakan memang tak boleh faham..Mcm nak ambil Kelas Belajar Bahasa Kelantan pulak baru syok tonton wayang kulit lain kali.
Nak sangat memahami butir bicara yg disampaikan....kebanyakan memang tak boleh faham..Mcm nak ambil Kelas Belajar Bahasa Kelantan pulak baru syok tonton wayang kulit lain kali.
Laksamana merupakan adik kepada Seri Rama.
Pak Dogol.Beliau sebenarnya jelmaan Dewa Sealam Tunggal, iaitu Ketua Dewa Baik yang ingin melihat kehidupan orang lelaki. Patung Pak Dogol selalunya disimpan di atas sebuah piring/pinggan yang tergantung dari lelangit panggung.
Wak Long adalah watak nakal yang suka mengambil tahu hal orang. Asalnya Wak Long terjadi daripada daki Pak Dogol. Kononnya pada suatu hari Pak Dogol duduk keseorangan di atas batu sambil berangan, beliau menggosok daki lalu menggentelnya. Kemudian beliau berdoa untuk memasukkan nyawa ke dalam gentelah daki untuk menjadikan Wak Long.
(http://www.ikn.gov.my-aku ambil 3 gambar diatas dan info dari sini)
Ehhhh!!! Yana kemain lagi ko yer...boleh pulak dia berposing mcm LAKSAMANA tu.Zati???ko watak Pak Dogol ker Wak Long???
PEMBERITAHU:Wayang yg semakin tidak dikenali generasi kini.
20 geng komen :
err..kak..serius ckp tak pernah tgk wyg nie...kesian nyer hakuuu....! >_<
Tak pernah tengok juga. :(
idzwa..
Akk pun first time jugak masa tu beb..mmg teruja lah...tgk satu keluarga tah DAri Korea ker Jepun ker Duduk bersila anak beranak paling depan utk tgk...
kakcik..
Laaaa ingatkan saya jer...kakcik pun tak pernah tgk jugak...heheh...
Kakak yg dah tua ni pun seumur hidup tak pernah menonton wayang kulit Eye_nee..
Emmm..epjg hidup saya belum penah lg tgk wayang kulit..sob sob
kakzakie..
Ingatkan saya jer.. rupanya ramai juga geng2 yg tak pernah tengok wayang kulit secara langsung...
khairul Bariah..
hehe..kamu juga geng?..
Aku pun tak pernah tengok wayang kulit Aini...
Berharga pengalaman ko anak beranak tu walaupun ko tak faham sangat apa yg dia cakap.. :)
Cahaya HidupKu..
Si Yana yg paling teruja T..siap pergi mengintai belakang layar tu..nak kata tak paham sgt tu boleh lah..boleh lah gelak2 bila yg watak Pak Dogol dgn Wak Long tu buat kelakar...
eeeehhhhh..dont play play tau...mat saleh tu sekali dia speaking Kelate...ternganga kita...hahahaha
Daddy Ziyyad..
Mat2 Salleh lor ni tok serupo dulu kan Doc...hahahahaha...
Saya tak pernah tengok wayang kulit..mesti seronokkan...
hehehe mmg terujalah, KA pernah tgk maa kecil2 dulu very interesting ler !
saya xpernah lagi nengok wayang kulit secara live sis.. cm best je.. :)
Ain Noraini
Seronok sis.....tak taulah org lain kan...
KA..
Ohh menang lah KA..dah pernah tgk dulu...
TA @ T..
Tak penah tgk jugak???..heheh..ramainya yg tak pernah tgk..best bro..cuma loghat dia tu lah agak sukar nak faham..
saya pun tak penah tengok wayang kulit.. tapi mmg kawan kata.. loghatnya pekat..silap2 husband saya org kelantan pun tak paham agaknya..
Rai..
Mmg pekat Rai...tak paham butir kata..tp dpt jugak gelak2 bila tok dalang tu buat lawak..sikit2 bole lahhh....
Post a Comment