Salam gengs..
Awat HANG pa duk termenung gengs...
Mai dengaq satu cerita
Cerita rakyat dahulukala
La ni baru kata dia tak pernah ada.....
Betuiiiii kaaaaa.......
Kata lelaki itu
Lima Bersaudara tak ujud
kata lelaki itu
Cerita Lima bersaudara karut
Kata Lelaki itu lagi
Kalau mahu mencabar tunjukkan bukti
Penelitiannya sudah lama sekali
Dakwanya memang penuh teliti
Sedari Kecil Sudah mengenali
Cerita Gagahnya Lima Bersaudara Ini
Mengawal Kebajikan Sebuah Negeri
Menewaskan Si Petualang Berhasad Dengki
Pernah Ceritanya diwayangkan
Kuatnya ketaatan seorg Insan
Pada Raja biarpun dia hilang nyawa dari badan
Hukuman di terima tanpa bantahan
Menderhaka Pula seorg sahabat
Menuntut bela menjadi hajat
Raja Mulia Raja Disembah
Raja zalim Raja Disanggah
Tamingsari tiada lagi
Benarkah Hikayat Mereka sebuah Mimpi
Generasi mendatang tak akan lagi mendengar cerita
Betapa gagahnya Mereka Lima Bersaudara
Sebagai Insan yg membesar dgn cerita mereka
Ketuanan Melayu bagai Hilang Cakar mentera
Andai memang benar cerita mereka hanya Dusta
Kuburan siapa yg selama ini dikatakan kepunyaannya
Biar pun nanti tak akan ada
Cerita Lagenda lima Bersaudara
Aku masih terfana pada satu ungkapan nostalgia
Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia
PEMBERITAHU: Darah yg mengalir dlm tubuh..tiada campuran..ia Melayu Sejati...Aku bangga....
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
13 hours ago
36 geng komen :
darah ku dah hampir kurang campuran nyer kerana ku generasi ke-3 dari keturunan siam...errkkss...banggakah?tidak sekali :)
Mrs. Eady..
harus bangga sis...biar apa pun campuran nya..Darah kita tetap sama..MERAH warnanya....
Kakak tidak ada darah keturuan Melayu tetapi dlm kelompok Melayu Nusantara...
Sahabat satu setia melulu
sahabat ke dua dikata menderhaka
tak mustahil akan hilang Melayu
andai waris berkhayal sentiasa...
Kakzakie....
darah yg megalir dlm tubuh kita asalnya dari ADAM dan HAWA kan kak..
Waris Yg Berkhayal kini Melata
Bak Cendawan Tmbh Lepas Hujan melanda
Brgkali tidak Akan terdengar Lagi
Adanya Melayu Di Muka Bumi....
Assalamualaikum eye nee..
Walau apapun perdebatannya.. Bagaikan dikata tak melayu hilang didunia.
Kewujudan sejarah berpaksikan kepada peninggalan kesan, begitu juga cerita melayu lama, cerita lagenda Dan yang serupa dengannya. Patut dipelihara.. Kalau tidak suatu hari nanti anak cucu tidak apa untuk dititipkan.
Darah kita sama warnanya,
Warna Merah Menyala,
Tapi ku keturunan mami katanya,
Marilah kongsi gembira bersama.
nak pantun tak reti la kak eye nee...
hehehehehe~
Deru Ombak..
Waalaikumsalam Sahabat...
Jika Kebenaran ttg Lagenda itu hanyalah Mitos bagaimana nnt harus kita ceritakan kepada anak cucu...bukan kah kita bagai bersandiwara dgn mereka...Tp saya sygkan cerita sejarah itu..
geng dulu dalam buku sejarah kita ada hang tuah dan lima bersaudara tu, sekarang dah tak de .kisah tu betul atau idak yang penting aku akan ingat sampai bila-bila ungkapan "tak akan melayu hilang di dunia".InsyaAllah.
eMMe..
Tak Kiralah Keturunan Apa
Darah Kita tetap sama warna
Merah menyala bak Saga
Panas Dan hangat membara
Ok lah tu...janji hepi...hihihi..
Dodocheng..
ko pernah dgrlagu tamingsari-WINGS
hidupkanlah bangsa kita
kekalkan kata2 laksamana
meskipun tanpa jasadnya
namun tamingsari masih ada
pada org kita
Bersemat Tuhan yg satu
Melayu takkan hilang
Melayu takkan hilang.....
Ni kalau dulu gua dpt bace cam lu tulis nih..gerenti paper sejarah gua lulus...huhuhuhuhu....tp nk wat cam ne...melayu takkan hilang..tapi buku sejarah wa hilang...huhuhuhhu....
Dear sahabat,,
Mesti dipelihara walaupun ianya mitos. Kita boleh berterus terang tentang ada pelbagai mitos yang disebalik cerita Ada sebuah pengajaran. Dinegara barat, mereka memelihara semua khazanah ini. Kita suka membuang sejarah, hinggakan sejarah kita hampir pupus. Kita bernasib baik masih Ada kesedaran, kalau tidak anak2 kita tak kan dapat melihat batu bersurat, perigi hang tuah dan lain-lain sebagai contoh.
Cuma pandangan peribadi saya saja eye!
Tiada pula yang berani bersuara
bila lelaki itu petah berkata-kata
begitukah juga agaknya kisah Mahsuri
hanyakah juga mimpi di siang hari...
salam ziarah..
makin meningkat dewasa, makin faham erti cerita dahulu kala..
terkadang keliru renta, dengan fakta yang dusta..apa pun yang baik kita amik saja, buat teladan & semangat kepada semua =)
Limah hantu...
Kalau baca komen ko aku rasa cam nak bg kau berdas-das penampar tau Limah...ko mmg tak suka sejarah kan..ko saje jer ilangkan buku tu...tp nak buat cam ner ko dari dulu mmg suka baca cerita Tamar Jalis jer..niat ko nak jd antu pun dah tercapai kan...
Deru Ombak..
Yes Sahabat...saya sukakan cerita Lagenda Lima bersaudara itu kerana ianya bagaikan rujukan teladan betapa teguhnya perhubungan insan yg terbina biarpun mereka tiada pertalian darah..sakit yg satu...yg satu menuntut bela..mereka lambang kepahlawanan Melayu yg gagah menentang musuh yg mahu menakluki tanahair...jika nnt benar cerita mereka tidak lagi akan menjadi salah satu bahan rujukan Sejarah dahulu bagaimana persepsi anak2 bila kita ceritakan adanya Hulubalang ini suatu waktu dahulu sedangkan mereka tidak lagi menemui apa2 lagi catatan sejarah ttg lima bersaudara itu...Mereka hanya mitos dan sebagaimana cerita mitos ianya bagai sebuah Hikayat Dogeng...Mengapa ianya kini menjadi isu..mengapa tidak sahaja dikekalkan cerita mereka....tidak ada yg tidak baik ttg mereka kan...
Kakchik...
Tunggu lah setahun dua lagi
Lelaki itu pasti akan menggali
Mencari pula kepincangan Mahsuri
Lagenda yg hanya nntSebuah Hikayat tidak pasti
Roy..
Benar kata kamu...yg baik akan terpahat dilubuk kalbu..menjadi rujukan di rimba ilmu... agar ianya tak akan beku...kaku seiring peredaran waktu...
kisah 5 bersaudara memang tak pernah lupa. yg baik kita contohi, yg buruk kita elakkan. tak kira apa bangsa, individu itu lebih penting dari segi budi bahasa & akhlaknya.
kata org melayu mudah lupa.. namun untuk melupakan mereka 5 bersaudara mcm tidak boleh pula..
Ni mesti kisah hang tuah lima bersaudara.
Secara peribadi, saya rasakan mereka wujud cuma tokok tambah menyebabkan kisah mereka begitu kabur dan samar.
Takkn melayu hilang di dunia,,,, saya lebih berminat dgn ayat takkan islam hilang di dunia.... sebab sejarah pernah merakamkan kepupusan bangsa2 tertentu dlm dunia.
hidup Melayu...!!
Salam Eye_Nee,
Buat baik berpada pada,buat jahat jangan sekali kali....nak taat pun biar lah bertempat kan....
kak Ros ni pun tak tau lah melayu tulin ka dak...Dengar kata dari mak Ka Ros la...arwah tok nek Kak Ros dulu ni...yang suami nya tu keturunan dari Sing dan yang bini dia pulak tu dari Bugis.....
ku juga Melayu Sejati...
hidupp Melayu kita...;)
melayu mmg tidak akan hilang tetapi cuma lupa melayu yer...
hidup melayu!!
ekekek saya keturunan darah bugis campuran kak .. tapi bab2 pahlawan nie tahulah jugak sbb sebelah mak , keturunan mat kilau ;)
baru je cuti akhir tahun lepas
kami ziarah kubur hang tuah, ntah
betui kubur dia pun tak tau tapi
panjang betui kuburnya :)
Darah apa pun kalau tak pi derma darah... tak guna juga...
WuMing derma setiap 3 bulan...
Membantu orang tanpa mengira pangkat dan darjat... Malah asal usul mereka..
Ini baru darah yang berguna...
garu kpala neh. t.reti nk mberi madah sebijaksana madah k eye nee. madah berhelah tahulah ambo.
btullah ank2 skrng pon tdk ambik tahu sgt kisah lagenda tu. klau geng power rangers tau lah depa.
salute lah wuMing kat ats tuuuu...
suka sejarah..ita kan org melaka...darah tu bercampur dah lah...darah tetap warna merah..he..he
sejarah dalam al-quran je la yg asli ..... yang dalam buku nih pun sukar nak dipercayai..
sejarah kita sendiri pun... kita tak tau.. dan diputarbelitkan...... ntah lah...
hnaya ALLAH aje yg maha mengetahui
tak sangka sejarah lima bersaudara ni bukannya asli.. apa pun lipatan kisahnya tetap menjadi sumber inspirasi buat kita semua kan... (",)
sejarah atau lagenda? itu je kot yg perlu diubah..tidak perlu dihilangkan kisah 5 bersaudara..:(
selamat peteang eye nee
betul geng!sokong.sangat2 bangga jd anak kelahiran malaysia.melayu dan semestinya ISLAM...
Post a Comment