Ninety days

September 21, 2010

Salam Geng2 Semua....

Hari ni genap 90 hari anak buah aku @k@ Bang Chik "pergi".....

Bang Chik...
Mak Bang Chik masih setiap hari menitiskan air mata..biarpon terkadang dia cuba mencari ketabahan itu namun seringkali itu juga seolah2 segala keredhaan nya hilang dibuai kerinduan yg amat mendalam terhadap kau..Bang Chik..Terlalu sukar untuk Mak Bang Chik menerima Ketiadaan mu ...

Bang Chik..
Raya Tahun ni...subuh tu terasa begitu sayu....kau tiada lagi disisi Chik...Masa malam Sebelum Hari Raya tu..saat Mak Su Nak berbuka....terdengar pulak suara takbir selepas Azan Di TV...Mak su tak terdaya nak menyuap makanan Chik....Mak Su Basuh Tangan kemudian mak su Berdiri ditepi tingkap rumah mak su yg mengadap tingkap bilik Chik..Mak Su menangis sepuas hati..Mak Su Sebak sgt...Bila mak su kedapur semula tuk makan..mak su tau...pak su nak tanya tp bila tgk mata mak su yg membengkak tu pak su paham...langsung terdiam...

Bang Chik.....
Raya Tahun ni...ramai kawan-kawan Bang Chik Singgah beraya di rumah kita Bang Chik...tumpah lagi airmata mak Bang chik....kawan2 BangChik pujuk mak Bang Chik.."Jgn la menangis lg mak cik..InsyaAllah tiap thn kami akan dtg ziarah makcik"...Mak Long Cerita Kat Mak Su..ada sorg kawan Bang Chik tu setiap hari akan kekubur Bang Chik...Dia syg sgt kat Bang Chik...Mak Su lupa nama dia..dia ckp..ada satu hari tu dia siap tertidur di kubur Bang Chik lepas habis bacakan Yassin tuk bang Chik...Dia ckp dia tak bileh lupakan Bang Chik...Bang Chik baik dia ckp...Sayu hati Mak Su Chik mendengarkannya Chik....Sampaikan Tahun ni Mak dan Ayah Bang Chik tak balik beraya ke Johor..mak tak sanggup...mak nak setiap hari melawat kubur Bang Chik...mak Bang Chik Tak kemana-mana pon Berhari Raya..Setiap hari rutinnya akan kekubur kau Bang Chik....

Bang Chik....
Iqa dah balik semula ke Arau sabtu lepas...Ayah Bang Chik Menangis...Bang Kalong pulak dah ke Johor hari Ahad tu...lagi lah sunyi kat rumah Chik..Tinggal lah Zati...GG...dan Yana jer...Kalu tidak Chik la yg jd otai..kan...Chik la yg akan buli dorang bertiga tu....Sekarang Ni Bila Chik dah Tak de..GG selalu ckp..kalau PS2 dia rosak ker...dia sure akan ckp..Kalau Bang Chik Ada boleh dia betulkan PS2 ni...Mak Bang Chik dgr...terus menangis lagi......Hari tu Yana pulak buat Mak Bang Chik menangis....Yana tanya kat Mak Bang Chik..."Mak Ngah bila mak ngah nak pegi jemput Bang Chik Balik Umah kita...Adik rindu sgt ngan Bang Chik Ni"...Mak Su dgr pon sebak sgt rasanya....


Semoga Roh Bang Chik dan Roh Ayah Ku tenang disisi Mu Ya Allah..Hanya Doa dan Yassin Hadiah dari kami setiap hari buat kalian berdua Ya...



"Ya Allah Ya Tuhan Ku...Kau Yg Maha Pengampun Maha Pengasih Maha Penyayang..
Ampun Kan Lah Dosa Arwah Anak Ku.. Bang Chik Ya Allah
Jauhi Lah Dia Dari Azab Kubur Mu Ya Allah
Lapangkanlah Kuburnya Ya Allah
Terangkanlah Kuburnya Ya Allah
kerana Sesungguhnya Ya Allah Kau Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang....Amin"

15 geng komen :

NoRMie said...

al-fatihah..
moga roh abang chik ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.. amin..

Eye_nee said...

Nor..
Aminnnn...Sebak ni Nor....

SUHAIDA said...

Alfatihah....

Dee said...

Al-Fatihah utk arwah Bang Chik..dee baca pun masih sedih lagi..

cikpuanhady said...

salam takziah.. semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama orang yang beriman..

matahati-aishahazhar said...

al- fatihah..

sedey ni kak.. tak sanggup nak baca sampai habis.. tapi tetap nak baca sampai habis.. semoga doa tu akan diterima allah s.w.t. ye kak.

Eye_nee said...

Su..
Semoga Rohnya dicucuri Rahmat Mu Ya Allah..

Dee...
Terasa seperti smlm jer Dee dah 90 hari rupanya tidak melihat Bang Chik lagi...

haszuraidah Ishak..
Tq Sis...

Kebaya..
Kepergiannya mmg dirasai sgt2 Kebaya...masih tersasul2 memanggil namanya...masih tercari2 kelibatnya...Semoga Allah ampun kan segala kekurangan kami ini...

zaL_cdpx said...

salam. ! sedihnyer baca cter nie

anak ek? mnggl nper ek? sory tnya

tp harap tabah ler mnghadapi dugaan yer. ALLAH sayangkan hamba2Nya~

Eye_nee said...

zal_cdpx..
Ya Salam...
Anak buah...xcident.....Yup...Allah lebih sygkan dia...semoga Rohnya dicucuri rahmat...

Hanis Azla said...

Takziah juga utk eye-nee sekeluarga.. tumpang sebak baca entry ni.. Al Fatihah utk bang chik..

Eye_nee said...

Hanis Azla...
Tq Sis...Semoga Rohnya dicucuri Rahmat....

Cik Ina Do Do Cheng said...

Alah ko ni buat aku menangis dalam hati plak.aku dah berjanji, aku kalau boleh tak nak menangis.semoga roh abang chik dicucuri rahmat.Aminnnn

Eye_nee said...

Ina Mail..
Sori la Na..aku nak meluahkan jer Na...idup ni Na..kdg sedey kdg hepi..normal Na semua ni...

eMMe said...

Sis Eye Nee, bile baca entry pasal Abg Chik, saya teringat Mak Mertua saya la...kejap sgt dia 'pergi', kalo balik umah Mertua, mulut kami ni mmg tak lepas dari berciter ttg arwah..sayu je rasanya, juz titipkan doa, moga Allah mencucuri rahmat atas rohnya mereka...

Eye_nee said...

eMMe..
Mmg Doa dan Al-fatihah saja buat mereka ssat ni Me...semoga roh insan2 yg terdahulu meninggalkan kita dicucuri rahmat...