Sekuntum Bunga Taik Ayam Sebuah Puisi

September 26, 2013

As-Salam Gengs
Semoga Rahmat Allah setiasa mengiring kehidupan kalian gengs..


Lama tidak berkias-kias



Asal saja kamu sedar
Kamu hanya bunga taik ayam
kami semua...sahabatmu.. lebih berbangga
Biar haruman mu meloya
Kami tetap beranggapan wangi mu bak kasturi

Malangnya kamu tenggelam bersama pujian disebalik kejian
Diolok-olokan kamu sekuntum mawar yg indah
Kamu seolah lemas ketika musim kemarau panjang
Kemudianya berterusan kehausan kala tengkujuh melanda
Kan itu Palsu
Kamu tahu itu
Tapi kamu tidak kisah
Kamu tersenyum mengiakan pujian dibayangi kutukan

Kata-Kata Pujian yg palsu
Kamu tidak pernah hirau
Asal saja kamu dapat berbangga
Dengan keindahan mawar yg  dianggap permaisuri segala bunga
Sehingga kamu menidakkan
Diri hanya sekuntum bunga taik ayam

Disaat diri masih mampu memalsukan identiti
Dapatkah definisi bangga itu mengatasi kebenaran selamanya
Tidak terfikirkan mawar bukan bersifat Kekal
Saat kelopak semakin melayu
Pujian juga menjauh sendu
Kemana kaki harus diteraju
Saat itu nanti
Jari akan menunding
Kata-kata kejian terbit menyinsing

"Inilah Bila Bunga Taik Ayam berangan menjadi Mawar Yg Indah"

Sedar lah dari mimpi...ianya bukan realiti....



PEMBERITAHU:Jika nasihat kwan2 tidak pernah dipeduli...akan tiba suatu hari..tak akan beruntung sesalan kemudian hari....


14 geng komen :

Kakcik Seroja said...

Semoga dia segera tersedar bahawa musang yang berbulu ayam tetap akan makan ayam! ;-)

Izwa Kamaruddin said...

Semoga dia akan sedar dia hanya lah sekuntum bunga tahi ayam

Mimie said...

semoga cepat la dia tuh sedar..huhuhu

Eye_nee said...

Kakcik..
Pernah seorg ken menegur..jawabnya
"beginilah..Kau..cara kau..aku cara aku"..

Kini kami hanya perhati..bukan mendoa kan dia tersungkur..andai itu yg terjd..kami tetap akn memimpin dia bangun"....Ini janji kami...

Kakzakie Purvit said...

Bunga tetap bunga namun jgn bermimpi boleh berubah menjadi yg lebih dari asal-usul..

Eye_nee said...

Mrs eady..
Nampak nya belum tiba lagi waktu kesedaran itu sis...dia semakin galak memalsukan diri..menjadi sekuntum mawar...

Eye_nee said...

Mimi Azirah..
Itu lah doa kami sis..

TQ sis singgah disini..

Eye_nee said...

KaK Zakie..
Tidak kira apa pun taraf kejadian mu...asal saja kamu menjd diri mu yg sebenar itu lebih tinggi martabatnya kan kak....

Cik Ina Do Do Cheng said...

semoga dia tersedar yang mawar tak selalu harum mewangi. betul ke ayat aku ni geng. geng cian kak limah...... menjadi mangsa kekejaman sibadang..huk huk huk

Eye_nee said...

makcik tempe...
Betul sgt ayat ko tu dodocheng...

HKL dikejami?????
BADANG mengamuk sbb tak dpat mkn muntah ke dodocheng...

Cik Ina Do Do Cheng said...

sibadang tu check facebook kak limah, dia ternampak kawan lelaki facebook ko appear kat facebook kak limah.......habis disiasatnya.lepas tu nampaklah gamb
ar profail miloais pelakon korea, habis dia mengamuk.............

Eye_nee said...

makcik tempe...
kita chat PM kat pesbuk la makcik..sian HKL...tak pasal2 kena masuk wad kat HKL pulak nnt..baru haru biru..Hantu HKL duduk wad kat HKL...hah ko mampu....

Nor Azimah Ali said...

Alamak... dalamnya

mama leen said...

aiyak.. tak paham ni.. hehe