Kemelut dalam diri seorang ganjil

May 07, 2013

As salam gengs..
Semoga kalian dalam rahmatNya...

Terserah kamu memahami...
Pandangan tiap insan memang berbeza....
Hormat kan itu...

Kemelut dalam diri seorang ganjil...
Situasi cukup meriah
Suasana riuh rendah
Sorakan tanpa henti
Hanya dia yg ganjil di situ
Indahnya lautan nan biru
Kehijauan pepohon disekeliling
Keganjilan keindahan biru ...buta
Kedamaian pohonan hijau ...tuli
Ganjil benar rasa hati nya

Kemelut dalam diri seorang ganjil
Cerita berita perkhabaran disua
Atas nama sebuah ukhwah
Bisu dan tuli menjadi sahabat karib

Kemelut semakin ganjil terasa
Sahabat bisu dan tuli juga ada rasa
Jika bisu mula bicara
Yang mendengar tidak tuli belaka
Jadi biarkan bisu terus diam
Bersuara umpama mengundang dendam
Kemelut diri ganjil akan terpinggir

Kemelut terus menjadi ganjil
Demi sebuah ikatan
Demi setiakawan
Demi sambungan rohani
Demi ukhwah insani
Biar kan keganjilan itu sendiri
Ganjil hanya dalam diri nya yg berkemelut ...
Dia punya penawar......



PEMBERITAHU:ganjil betul rasanya....

10 geng komen :

Kakcik Seroja said...

Dalam keganjilan
aku menelan duri
demi seorang kawan
yang ku tak ingin dia lari...

Eye_nee said...

Kakcik..
Duri yg ditaln biar luka
Hanya dirinya sahaja merasa kesakitan

Hanis Azla said...

salam kak eye-nee..

penuh simbolik.. cukup indah bahasanya..

Eye_nee said...

Waalaikumsalam...

Luahan simbolik
Kemelut Hati hanya seorang
Jika Luahan Terang Dan Celik
Terluka Hati Puluhan Orang.....

shameel Iskandar said...

Sejujurnya saya belum dapat memahami frasa-frasa maknawi disebalik ayat-ayat ini.

Cuma bila ada biru dan hijau, saya dapat simpulkan, biru itu semakin pudar warnanya dan hijau pula terus pekat dan mula melakt dalam hati nurani.

Eye_nee said...

shameel iskandar..
Apa saja pemahaman kamu
Yg tersirat telah kamu surat kan



Kakzakie Purvit said...

Keganjilan akan terus-menerus terjadi kerana hati dan nurani dicipta tidak sama warnanya. Kepuasan tidak pernah wujud dalam diri...

Dee said...

banyak yang tersirat..i rest my case..cewah..hihihi..

Eye_nee said...

kakzakie..
Betul kakzakie...warna dlm diri setiap insan sangat berbeza ..menzahirkannya secara membuta tuli berkemungkinan mempeilhatkan keburukkan warna itu...

Eye_nee said...

Dee..
Luahan dgn cara tersirat...lebih bermanfaat....