Salam gengs
Bertemu kembali gengs
Semoga Kalian Sentiasa dalam RahmatNya gengs...
Selamat Tinggal
Bukan kehendak Ku
Bukan Keinginan Ku
Ia Fitrah
Semulajadi
Samada Suka Atau tidak
Itu Lah hakikat
Selamat Tinggal
Kita tak akan berjumpa lagi
Tiada Cara
Tiada Jalan
Tidak akan tumbuh
Malang Sekali untuk diganti
Ia hanya sekali
Sekali datang
Sekali Pergi
Selamat Tinggal
Ada Cerita Suka
Ada Kisah Duka
Ada Anjakan usia
Ada Pengalaman Mendewasa
Ada kenangan Manis
Ada Palitan Kelat
Ada Rezeki Melimpah
Ada Ajal menjengah
semua yg ada mengajar erti kehidupan..Takdir...Pasrah...Sabar...Berserah..Redha...
Selamat tinggal
Aku mohon keampunan
Aku minta kemaafan
Halal Kan segala bacaan
Yang Ku tuliskan buat kalian
Andai ada kepincangan
Terguris secara sedar
Atau sebagai kiasan
Terkadang aku tidak perasan
Kerana Aku merancang
Allah juga merancang
Dan perancangan ku jauh menyimpang
Tersasar menguris hati korang
AMPUN KAN SEGALA KEKURANGAN KU GENGS....
PEMBERITAHU:Selamat Tinggal 2011..Selamat Datang 2012.....
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
8 hours ago
14 geng komen :
Semoga hari yang mendatang lebih baik dari hari ini.
semalam kita tinggalkan
hari ini kita lalui
esok kita nanti
menjanji sesuatu yg belum pasti
impian indah diharap pasti
tingglkan yang berlalu
gapai impian dengan usaha
insya-allah...
selamat tahun baru eye_nee
happy new year sis..
semoga tahun baru menjadi tahun yang ceria untuk kito semuo..amin..
selamat tahun baru akak
semoga tahun baru nie memberikan akak kebahagian dan mendapat keberkatan dari allah .. insyaallahhhh ;)
tapi jangan sesekali tinggalkan blog tau geng.sunyi nanti dunia blog ratu tanpa kawan2 yg baik mcm geng...Selamat Tahun Baru :)
Selamat tahun baru 2012, semoga hidup geng sekeluarga akan lebih baik pada tahun 2012 dan tahun-tahun seterusnya, InsyaAllah : )
geng jangan tinggal daku pegi udah, tanpa geng , gua sunyi : (
tadi dah baca tapi tak komen.. hehe.. apa ke halnya ni.. ingat merajuk apa :p selamat tahun baru... hari semakin bertambah umur semakin berkurang...
salam kemaafan dari saya juga.. semoga hari2 yg mendatang akan jadi yg terbaik buat kita.. juga semalam yg kita tinggalkan menjadi pengajaran dan sempadan yg berguna..
semogah ari kita bakal menjadi baik setiap hari..
Salam EYE NEE,
Selamat tahun baru EYE NEE...yang lepas tu kita tinggalkan sebagai kenangan...dan harapan kak Ros semoga tahun ni akan lebih baik dan lebih bermakna dari tahun2 yang lepas....
Selamat tinggal 2011
selamat tahun baru 2012. moga hidup semua semakin bermakna sejajar dgn peningkatan usia
yg ditinggalkan itu untuk kita nilai.... agar yg kurang baik @ tak berfaedah jangan di bawa bersama ke hadapan....
selamat utk kamu sekeluarga...
Post a Comment