As-Salam Gengs
Semoga Rahmat Allah sentiasa menemani kehidupan kamu gengs
Bagaimana hendak bermula
Bagai Buntu Mencari Kata
Terluah secara nyata
Umpama menelanjangi diri
Lama tak bersua dia
Jumlah hari hitungan
365 darab 7 atau barangkali sifir 9
Ada darahnya mengalir dalam tubuh ku
Ada perselisihan berlaku
Lama sudah bertahun sudah
Cerita basi
Sejarah lama
Namun.....
Luka Masih basah
Parut masih berwarna merah
Pedih dan Sakit
Di Muka buku masih mahu bersilaturrahim
Aku terima permohonan atas dasar insani
Istilah Bertandang kerumah lama telah mati
Bila bertemu dimajlis walimatullurus
Masing2 bagai tidak mengenali
Tup tap suatu hari
Ada chatting menghampiri
"Kak..aku nak pinjam duit 30 ribu
Tolonglah..tolonglah aku kak "
Tergamam
Terkejut
MARAH
30 ribu di pinta Sept 2012Kemudian sepi...bertanya khabar di muka buku pun tidak
Kemudian 3 hari yg lalu
"Kak...aku betul2 terdesak ni..nak 400"
Alasan: Bayar ALONG
satu sen pun kau tak akan dapat duit ku
MAAF.....aku tidak akan berurusan dengan orang yg tidak beradab.
PEMBERITAHU:Belajar tinggi belum tentu akal juga tinggi...
March 31, 2025
11 hours ago