Awal dan Akhir.....

November 19, 2012

Assalamualaikum gengs...
Hujan membasahi bumi pagi tadi kan gengs
Berbalut baju hujan aku suami isteri
Keluar mencari rezeki buat anak-anak
dan demi kelangsungan sebuah kehidupan...


Aku mahu bercerita
Bercerita tentang seorg Dia
Dia yg tiada talian darah dengan ku
Namun perhubunganya dengan keluargaku
Lebih dari bersatunya setitis darah pertalian
Sangat baik...Cukup baik....

Lama mengenalinya
Dia yg suka berjenaka
Dia yg tidak pernah kisah
Perihal tulang empat keratnya
Pantang sedikit disuruh
Dia cepat2 melakukannya
Perhubunngan sesama insani
Cukup sempurna

Lima tahun kebelakangan
Dia berubah
Jauh sangat pesongan perubahan dirinya
Perhubungan insaninya bersama kami sekeluarga
Tetap terpelihara
Namun........
Ingkarnya kepada pencipta terserlah
Katanya...
Satu hari nnt saya taubatlah Maklang
Saya masih muda lagi..
"Mak Lang"..panggilannya kepada ibuku gengs
Mati tak pernah kenal tua muda
Sudah sudahlah tu...pesan ibuku gengs
Dia seolah merajuk...Aidilfitri thn ini adalah yang
Terakhir dia mengunjungi rumah kami
dan tiga minggu lepas terakhir kali aku melihatnya

Dia telah pun pergi gengs
Kami sedih....mak menangis
Kematiannya hanya berseorangan
Tiada siapa menyedari
Hanya selepas tiga hari kematiannya
Baru mayatnya dijumpai
Kak Ngah ku pergi melihat jenazahnya semalam
Kaku diatas tilam diruang tamu rumah sewanya

Ya-Allah
Roh itu urusan Mu
Tiada siapa mengetahui
Hanya Kau yg mengadili semunya
Hanya Kau yg membalas segalanya
Doa kami
Agar dia diampunkan
Agar dia ditempatkan bersama-sama
Insan yg KAU redhai Ya-Allah....

Al-Fatihah.....
Razak......



PEMBERITAHU:Jenazahnya dituntut ahli keluarga untuk dibawa pulang ke Tanjung Karang hari ini.....

20 geng komen :

Unknown said...

Ajal maut tak mengenal usia kan kak..

eMMe said...

Salam Kak Eye Nee...

Takziah buat keluarga Kak Eye Nee dan keluarga arwah...

Al-Fatihah, moga roh arwah tenang di sana...

kenkadang, perubahan sikap seseorang, tu petanda yg dia akan tinggalkan kite...

Eye_nee said...

Papa Mifz..
Ye kan....semoga Allah mengampuni dosa-dosanya yg telah lalu...

Eye_nee said...

eMMe...
Tq sis...telah tiba masanya kan sis...semoga dia tenang disana...

Kakcik Seroja said...

Hanya Allah Yang Maha Tahu rahsia di sebalik sesuatu.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa2nya dan dosa2 kita juga...

Eye_nee said...

Kakcik..
Betul kakcik..Allah Maha mengetahui...Dan sebagai insan..dosa sendiri juga tidak tahu bagaimana pembalasannya nnt...Hanya doa sahaja buatnya..semoga Allah mengampuni segala dosanya dan dosa kita yg telah lalu...

Hanis Azla said...

Salam kak..

rasa insaf membaca entry ini.. semoga arwah tenang di sana.. mmg mati sgt dekat dgn kita.. tak perlu tunggu esok atau lusa.. jika sudah sampai ajal, pergilah kita.. harap2 bekalan kita untuk menghadapinya semakin bertambah hendaknya..

Eye_nee said...

Hanis Azla..
Waalaikumsalam sis...

Betul sis...Mati yg mmg tidak pernah mahu menjauhi kita....semoga kita bukan dari golongan org yg melalaikan tetang betapa hampirnya ajal itu....InsyaAllah.....

Cik Ina Do Do Cheng said...

Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha mengetahui darinya kita datang dan kepadanya kita kembali ; semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.Amin. Bertabah ye geng.

edane said...

Al fatihah

Eye_nee said...

Dodocheng..
Betul geng...perihal ROH urusan Allah..hanya DIA yg berhak....

Eye_nee said...

etiey.com...
Al-Fatihah....

NM02 said...

insaf... moga aruah dibariskan bersama golongan yang beriman soleh dan mendapat tempat yang terbaik di sana... sama2 kita doakan

Eye_nee said...

NM02...
Itu lah sahaja yg terdaya kini kami doakan buat dia...sehinggakan sampai smlm pun en suami akk berkata...Mcm manalah dia ketika tarikkan nafas yg terakhir tu ..berseorangan....:(

Dee said...

masyaallah...sedihnya cara pemergian dia..

Al-Fatihah utk arwah...moga dia ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman..takziah kak..

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

blog ini tidak boleh di acces menggunakan google chrome --> Danger: Malware Ahead!
Google Chrome has blocked access to this page on waeyenee.blogspot.com.
Content from www.csalim.com, a known malware distributor, has been inserted into this web page. Visiting this page now is very likely to infect your computer with malware.
Malware is malicious software that causes things like identity theft, financial loss and permanent file deletion.

yang paling hampir dengan kita ialah maut.... sentiasa la ingat mati......

moga ALLAH menempatkan roh si mati dikalangan yg diberkati....

Kakzakie Purvit said...

Astaghfirullahal'azim... terkedu seketika kakak bila baca ini Eye_nee. Innalillahiwainnailaihi roji'un. Begitulah ironinya yg izrael tak pernah bertangguh walau sesaat.

Moga rohnya tenang di sana.

Unknown said...

As salam Sis,

Innallillah... Al-Fatihah... Mengigil lutut saya baca kak...

Yeay! Dah boleh komen :))

Rinna said...

Al-Fatihah..Moga rohnya dicucuri rahmat.. Amin..

kurus said...

subhanallahhh .. semoga allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah kak .. huhu
agaknya apa punca kematian dia ye kak .. sedih