Salam Geng2 Bloq semua...
Lama Tak Bercerita
Hati Sedikit Derita
Jiwa Rasa Tak Kena
Namun Belum Sampai Tahap Sakit Jiwa Ya
Semua nya gara-gara......
Si Sulung Akan Bertarung
Nun Jauh DiSebalik Gunung
Buat Aku Duduk Termenung
Nak Ku Bantah Dia Duk Meraung
Aku Bingung....
Nakhoda Kata Lepas Kan Saja
Bukan Kemana Nak Tuntut Ilmu Cuma
Tapi Hati ku Gundah Gulana
Dia Dara Bukan Anak Teruna
Aku Bukan Apa
Sulung Ku itu sukar Berkata
Jauh Sekali Nak Bertukar Cerita
Dalam Mulut Mungkin Ada Mutiara
Takut Jatuh Barangkali Bila Berbicara
Lagipon Negeri Tu Aku Tak Ada Saudara
Untuk Sampaikan Khabar Berita
Nakhoda Berkata Lagi
Dia Cuma Berlajar Didlm Negeri
kalau Ditakdir Keluar Negeri
Tak Kan Aku nak ikut Sekali
Banyak Ker Duit Dalam Peti
Biarkan Dia Berdikari
Lama-lama pandailah dia nanti
Nakhoda Senang Lah Kata
Hati Ibu Bukan nya Sama
Tiap Malam Mata Terbuka
Tak dapat Nak Tido Lena
Pikirkan Mcm mana lah dia
Duk Seorg diri Di sana
Dua Minggu lagi akan kesana
Aku mahu Si Sulung Tahu
Biarpon kita selalu tak sebulu
Jauh Disudut Hati Mak sayangkan Kamu
Ayah Sayangkan Kamu
Adik2 sayangkan Kamu
Doa Kami Semoga Kau berjaya
Pulang Menjadi Kebangaan Keluarga
Harapan kami Jgn Kau persia
Kerana ....Hati Mak Bisa terluka
Dan Jika Kegagalan Datang Tanpa Diundang
Kuatkan Semangat kembali Berjuang
Kerana Putus Asa itu Sebenarnya Penghalang
Membina Sebuah Kehidupan Penuh Gemilang
Nota ckit: Si Sulung ku...InsyaAllah akan ke Politek, Arau Perlis........
November 23, 2024
8 hours ago
11 geng komen :
xpa la kak..lepaskan dia dengan rela hati..dia pegi bukan tuk menjoli tapi membawa amanat yang tinggi... *cewah aku dah berpuisi dah kat sini*...
alahai..hati ibu siapa yg tahu kan sis..anak buah dee dpt dkt sket..polipd..
doa mu akan memberkati perjalanannya sis..contact2 selalu ye..
Si Peminat Ungu:
Den Torai Purple...:(
tq purple ko singgah lagi disini...
Dee:
Hati Ibu kan Dee...Fizikal nmpk kental..jiwa Sentimental....
tq Dee kau kesini lagi...
"..Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita...."..
nih lirik lagu..huhuhuuh....
doakan aje ye... moga beliau selamat...
Pak Chik..
Biarpon cuma sebaris ayat dari lagu..impressive...
Doa saya sentiasa untuk dia pak chik..
Tq Pak Chik sudi luangkan masa disini lagi...
relakan aje cik kak, sampai bila nak tidur bawah ketiak mak kan, teringat saya kisah seorg doktor gigi dah dekat nak kawin masih dok menyorok belakang mak dia (kisah benar ni cik kak) sekarang ni anak dah 6 huahuahua.
Baguslah nanti si ibu nak gi melawat, pasti si anak akan merasa terharu dan bangga..tahniah.
Tq Rol.
Ttp jugak rasa sedih Rol..but for future dia kan...harap2 nnt dpt tumpang bangga sekiranya dia berjaya....
Tq Rol kau berkunjung lagi ke sini..
salam..
xpe..sy ada dekat2 utara ni nk tlg tgk kn dia..
hehe
=)
salam eye nee..
hehheheh...
amboi pakcikdot, bagi lirik lagu lagih
i suka lirik tuh
ekekekek...
pantun yang best dan kreatif
izinkan along pergi
mencari ilmu dan mengenal erti dunia sebenar
biar dia tahu usah senang hidup
doa dan kepercayaan dari ibu ayah amat perlu
selain sentiasa bertanya kabar dan kenali rakan sahabat along
semoga berjaya along
GKSB..
Tq Sis...mmg harap2 sesgt kalau ada sesiapa disana...
Tq sis masih sudi singgah lagi disini..
Akak Blue..
Byk bende nak kene pantau ni Blue...tp kalau keburukan nak berlaku didepan mata pon ttp akan berlaku kan...semoga dia sentiasa dilindungi Nya....
Post a Comment