Ramalan Ku Benar Belaka...Syukran Ya-Allah

January 24, 2014

As-Salam gengs..

Syukur

Nikmat Apakah yg masih lagi harus kita dustakan betul kan gengs..

Sinambungan N3 ku dibawah

Aku up kan saja N3 pasal "DIA MINTA AKU KOJOL"
Beberapa jam lepas tu seorang rakan opis datang kepadaku

"kak dia dah delete status tu"

Ya-Allah..Jika sesungguhnya aku insan yg teraniaya..maka telah kau tunjukkan
kebenarannya kan...

Terimakasih Ya-Allah...


Pesan ku buat kamu

"Aku tidak marahkan kamu atas status yg kamu keluarkan....kau tidak tahu hujung
dan pangkal....aku akur kita manusia yg tidak sempurna...cumanya dilain waktu
kamu lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan..Tidak terampun Fitnah
kamu selagi kamu tidak datang berjumpa dengan org yg kamu Fitnah itu...

Jangan mencampuri urusan org yg tidak ada kena mengena dengan kamu...yg bermusuhan
adalah aku dan dia...tetapi kamu pula cuba memusuhi aku...apa relevannya disitu...

Cermin diri lihat kekurangan...sempurnakah diri...banyak kah amal sehingga sanggup
mendoakan kematian org yg tidak ada bermusuhan dengan kamu...sehingga mendoakan pula
kematian Ibu ayah dan kaum keluarganya.

Jika mahu pencerahan berani lah bersemuka.

Kawasan pekerjaan kita ni kecil sahaja.

Aku nak lihat macam mana reaksi muka kau bila berseliseh dgn aku nnt.



PEMBERITAHU: Tkasih Ya-Allah...

Dia Minta Aku KOJOL...Alhamdulillah.....

As-Salam gengs...
Syukur masih mampu bersykur dan berterimakasih atas nikmat kehidupan ini kepadaNYA..

Macam tak percaya diri sendiri la pulak rasanya
Rajin pulak up kan N3...idak kalu En Tom Spider kemain rajin membuat sarang disini...
Ngeeee...Bloq EyeNee.!!!!..Peace Yorrr!!!!

Sehari dua ni otak aku ada sedikit gangguan gengs
Ada tercedera sikit...bila otak cedera pikiran tu jd tak stabil jer
Asik lah terpikir-pikir...aku ker yg dia kata ni
Cara cerita cara ayat ditulis memang yg dimaksudkannya tu
95 peratus menyerupai aku...Tp tu lah kan
Mulut suruh berprasangka yg baik-baik
Hati tu lain pulak mcm suruh

Ala serang jer balik
Bagi sedas dua kat dlm FB
Bagi sindir sindir pedas berapi cili padi kampung
Tak pun ajak jumpa muka to muka
Tapi kalau dia kata yg dia tulis tu bukan aku
Malu besar kan..tapi siapa nak mengaku verak tepi jalan mlm hari
Yang tau nampak najis jer siang hari
Busuk punya orang....

Tapi yg tak sedapnya tu
Katalah yg dikatakannya memang benar Aku
Instinct aku ntah kenapa sgt2 berat mengatakan
Yang dituliskannya ni adalah aku
Korang pernah tak berasa mcam tu gengs....
rasa kuat sgt kornag lah yg dikutuk-kutuk tu...Ada tak gengs???
Aku tuliskan lah sikit kata-katanya

"Biar kan dia kena serangan jantung terus Kojol"
"Sampai sanggup menzalimi kawan sendiri"
"Nanti kalau pakchik dia mati...boss tak payah kasi cuti biarkan dia kerja"
"Dia ingat dia akan sihat forever"
"Mengelabah buat kerja sampai rasa boleh MATI..tp tak mati2 pun..hidop jer lagi"
"Apalah salahnya tolong kwn tu buat kerja dgn ikhlas time dia cuti sakit"
"Dapat pulak rakan sekerja yg kaki ampu boss"

Dia bukan satu opis dgn aku pun
Cuma brgkali dia nak defend kwn seopis aku
Aku ada miscomunication sikit dgn sorang kwn opis
Aku ambil pendekatan membisu dan tidak bercakap dgn kwn ni melainkan hal2 opis sahaja

Tak perlah kan gengs
Berprasangka yg baik2 sudah
Barangkali org lain yg dimaksudkannya
cumanya dari kata2 yg dituliskannya tu
Kalau lah benar Aku



Allhamdulillah ...Allah beri aku kesihatan yg baik...dah 2 thn aku tak ambil walau 1 hari MC pun di opis
bukan kata aku tak ada kena sakit...setakat demam2 biasa tu adalah
tapi tak lah sampai ambil MC...Alhamdulillah jugak...kawan2 opis yg lain tidak pula meminggirkan aku..
yerlah katanya selalu mengadu domba pd boss kan...Alhamdulillah juga..kenaikan gaji dan bonus aku tak pernah mengecewakan...Alhamdulillah juga BOSS akan izinkan aku keluar awal kalau ada hal2 penting perlu diuruskan...ALHAMDULILLAH....SYUKRAN YA-ALLAH....

Cuma pesan aku pd Hamba Allah yg menulis tu..(JIKA BENAR YG DITULISKANNYA TU AKU)

"Sangat2 kagum dgn semangat kau nak tolong seorg sahabat...beria-ia sgt mendoakan keKOJOLAN aku
supaya terus kena serangan jantung...cumanya kau tak layak campurtangan dalam urusan aku di opis aku..
dan kalaulah aku yg benar kau katakan itu....dan jika kau tidak menanyakan kepadaku sedangkan ko menegenali aku utk mengetahui apa cerita yg sebenar..kau telah sebarkan FITNAH dan aku adalah org yg teraniaya...sbb ko kata doa org teraniaya ni cepat ALLAH makbulkan"....dan aku berdoa semoga ALLAH berikan aku kebenaran agar ada pengakuan atau permohonan maaf dan mengiakan instict aku ni..bahawa "AKU" ni lah sememangnya yg ko maksudkan"


PEMBERITAHU:Aku sekadar merasakan INSAN yg dituliskannya tu adalah AKU...jika bukan aku...Aku pohon ribuan MAAF kepada kamu....


bini bini ku pendekar...berpencak silat di gelanggang cyber...

January 23, 2014

As-Salam gengs
Alhamdulillah masih bernafas untuk kita sujud lagi kepadaNYA yer gengs...Syukur....

Tajuk tak hengat kan gengs
Ada darah HANG JEBAT mengalir dalam tubuh??...
Terkini tak perlu darah kesatrian mengalir atau ada gelanggang persilatan...
Cukup ada WIFI free dan boleh berpencak silat....hehe..

Tersebut lah kisah
Dua Kesatria
Satu PERWIRA
Satu PERKASA
Dua dua sama gagahnya

Alkisah pada suatu hari
PERWIRA diminta kesuatu negeri
separuh purnama perlu di isi
Berpergianlah PERWIRA menabur bakti

Setelah berpergian tak sampai separuh purnama
PERWIRA minta PERKASA mengganti
PERWIRA kembali semula kenegeri
Ada yg lebih penting perlu di urusi

PERKASA terasa berat nak pergi
Kerja sendiri terbengkalai sana sini
Kepada bini hal di ceritakan
Sedikit melegakan kepala dan badan

Bini PERKASA merasa kasihan
Dilaman cyber ketidakpuasan di salurkan
Diluahkan rasa penuh kesalan
Suami tercinta bagaikan orang suruhan

Dibaca pula bini PERWIRA
Lalu kuda2 mula dipasangnya
Bersilat kedua tuduh bermula
Seluruh dunia sudah membaca

Pesanan MAHAGURU kepada kedua
Tidak sekali menyebelahi sesiapa
Di cyber juga MAHAGURU pernah berpencak silat
Ditambah komen yg  menaikkan semangat
Terasa diri memang berada ditempat yg RIGHT
Sehingga lupa di laman cyber ramai SANG KARMAWIJAYA
Tapi tak boleh juga salahkan mereka
Mereka tak tahu cerita yg sebenar benarnya

Tenang kan diri kedua bini
Baru kewarasan pulih kembali....
Biar suami berkira-kira
Macam mana nak setle ini perkara
Terkini laman  cyber tempat meluah hati
Kena lebih berhati hati
Terlebih cakap boleh makan hati
Sebab masing masing percaya
"AKU YG BENAR..AKU YG BETUL  didlam hati"



PEMBERITAHU:Perang cyber ku terkdg masih berlaku... amarah ku masih perlu diajar apa itu sabar...
degil sungguh amarah ku...selalu tak dengar kata...rotan nnt baru padan muka..kena.makan kangkung ais blended kut baru rasa sejuk...