As-Salam Gengs
Semoga Rahmat Allah sentiasa bersama kamu yer gengs...
Syukur Kami kehadrat mu Ya-Allah...
Dia akan berpergian lagi
Jika dahulu keUtara destinasi
Selepas ini nanti
Ke Selatan pula arah tuju diri
Didalam hati ada kegembiraan.. terselit juga kesayuan
Bukan kali pertama perpisahan mengintai
Itulah ceritera sekeping hati
Biarpun berita gembira yang didengari
Entah kenapa sebak pula dirasai
Pergilah...
Doa Mak Ayah sentiasa mengiringi
Selagi ada daya semangat juang dijiwa
Demi masa depan yg lebih bersuria
Kayuhlah ketekunan itu dengan jaya
Pergilah..
Berikan kepada kami nanti
Sebuah kejayaan yang cemerlang
Sebuah pencapaian yang gemilang
Perpisahan itu bersifat sementara
Mak Ayah adik-adik akan tunggu........
PEMBERITAHU:Sebuah cita2 direalisasikan dengan jawapan yg dinanti-nantikannya pagi tadi... Alhamdulillah...
September 8, 2026
5 days ago