Langkah Pertama Itu Sukar

February 11, 2016

As-Salam gengs

Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs..

Lama tidak bermadah Helah
Kemalasan Menulis Jadi Tembok
Memecahkan Tembok Itu Sukar
Sesukar Memulakan Langkah Pertama

Esok lah kata hati
Otak seolah menuruti
Esok kembali muncul
Otak sudah bersedia
Langkah pula tidak seiring menemani
Dan esok yg telah menjadi hari ini berlalu sehari lagi

Itulah Aku
Sifat yg jangan sekali kalian contohi
Sesal berkali
Mengulangi kerap kali
Jika begini
Tersungkur terus lagi dan lagi

Kali ini
Waktu Ini
Saat Ini
Tika Ini
Langkah pertama itu telah aku menangi
Aku telah melangkah
Namun jika langkah pertama
Undur ku berkali-kali
Harap langkah kedua ku tidak lagi terhenti
Biar bertatih
Asal semangat tidak letih
Aku yakin diri Boleh

Syabas buat seorang AKU
Langkah pertama telah ku lalu
Bertatih atau bertongkat
Langkah kedua kugandakan kudrat
Demi mereka
Insan Keramat...

PEMBERITAHU:Tidak ada istilah terlambat buat mereka yg ingin berjaya.

Ucapan terimakasih tiada dikenakan GST

February 10, 2016



As-Salam Gengs

Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs.

Makin sendu makin sepi Blog aku ni kan gengs
Ntah masih ingat ker tidak korang kat aku
Malas sangat nak mencoretkan sesauatu disini

Cumanya bila ada sesautu yg sgt2 patut dielakkan dari berlaku
lantas membuatkan aku paksa jari jemari utk menekan keyboard dan coretkan sesuatu disini.

Semalam aku 4 beranak ke Book Store di TSB Sg. Buloh. misi mencari buku2 rujukan Yana sambil2 tu
nak mencari sandal utk Yana...Dari satu kedai ke satu kedai mencari, tak juga jumpa sandal Yana ni
Kaki Yana ni kurus sgt gengs, muat depan tepi melopong...muat tepi panjang lah pulak...akhirnya misi cari kasut...GAGAL...

Bila dah penat masuk dari satu kedai ke kedai yg lain ni...hati aku mula panas dah gengs...sampai ke kedai 2 terakhir ni lah satu insiden kalau  Zati tidak bertindak pantas boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

Waktu tengah pilih2 kasut Yana..ada satu pasangan ni bawa 2 anak kecil..Yg sulung brgkali usianya dlm setahun setengah ke 2 thn...Bila tak dpt cari kasut Yana..waktu kami nak keluar dari kedai kasut tu..Zati dah menjerit..terus terjun dari kaki lima kedai kasut bekejar  ketengah jalan...rupanya nak selamatkan ank pasangan tadi yg ayah dan mak dia tak perasan dah ketengah jalan...Yg lebih sadisnya hanya beberapa saat aku rasa dari sebuah Pajero..Ya Allah!!!! anak siapa tu..aku jerit...baru ayah mak dia perasan gengs...Zati dukung dan bawa budak tu pada mak ayah dia..

Zati tolong kamu Ikhlas wahai pasangan...Ni perihal nyawa anak kamu...

"Ucap Terimakasih pun tidak mak".....ni luahan Zati

Tak per lah Zati...Yg penting mak bangga apa yg Zati Buat...



PEMBERITAHU:Org berbudi kita berbahasa...berapa ramai yg masih mahu mengekalkannya kini...





Tiada Lelaki???....

October 30, 2015



As-Salam Gengs semua
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi Kehidupan Kamu gengs

Ko tak der anak lelaki?
Ko Boleh kawin Lagi satu ni..Muda Lagi Aku Tengok

Sakit hati???
Aku dah biasa gengs

Kdg2 gurauan kawan2 suami ni buat kan hati sedikit kecil dari size sebenar
Kemudiannya bila difikirkan semula
Ada pasangan yg tiada anak pun
Ada juga insan bukan setakat tak punya anak malah masih tidak berkahwin lagi
Bersyukur rasa diri biar tiada ALLAH  kurniakan anak lelaki
Fikir yang baik-baik sudah kan gengs
Perancangan ALLAH itu adalah yg sebaik-baiknya..
Redha.....



Yang Sulung...ini paling manja dengan ayahnya
Biar sudah 23 tahun umurnya..tetap juga mencium ayah tu tiap kali balik bercuti.



Yang kedua ni pun begitu juga
Bila nak ada peperiksaan pasti ayahnya akan panggil beri nasihat beri motivasi
tetap juga akan dicium kening tu.




Si Kecil ku pun begitu...pendek kata ketiga-tiga mereka lebih kepada ayah mereka
Manja2 juga buat silap  tetap kena marah...bertakung air mata....



Selalu kupesankan kepada mereka..buat sesuatu perkara ingat kan Ayah...Ayah sayang sangat pada kamu bertiga...tolong jgn buat ayah berkecil hati...ingat ayah selalu ..tak ingat mak pun tak apa tapi fikirkan Ayah yg sangat sayangkan kamu bertiga.


PEMBERITAHU:

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan,lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)