Doa Mak Dan Ayah Sentiasa Ada Buat Kamu

April 14, 2014


As-Salam gengs
Semoga Rahmat ALlah sentiasa ada buat kamu semua gengs

Aku Sekadar berkongsi sesuatu yg mengembirakan hati aku dan suami
Tidak ada niat aku membanggakan diri
Perjalanannya Dalam Pelajaran Masih Baru
Kecemerlangannya masih ditahap baru merangkak
Dia akan bertatih setapak dua
Masih Bertatih mengharapkan sokongan
Kemudian berjalan-jalan jatuh sendiri
Sampailah ke satu tahap dia mampu utk berjalan dengan yakin tanpa ku.....

Dia yg kedua
Sinonim namanya
Penyokongku Kekuatanku

Semoga kamu juga terus cemerlang
Memiliki Ilmu bukan utk kamu meninggi diri
Ianya akan membuatkan kamu dihormati
Bila dihormati tetap lah tunduk memandang bumi
Berjaya kamu cerminan kami ibuayah mu
Kecundang kamu terlihat pincang didikan kami

Semoga kamu terus cemerlang
Berjaya didunia 
Berjaya Juga diakhirat
Tahniah buat Kamu AFIFAH IZZATI






 

Mak tidak belajar tinggi
Namun selagi mak masih punya kudrat 
Belajarlah bersungguh-sungguh
Sedaya mungkin mak usahakan pembiayaannya nanti



 

Ingat Pesanan ayah selalu
"Kalau inginkan apa2..belajar rajin2..Bila berjaya jgn menyombong diri..Jagan Berlagak pandai..Ilmu adalah  utk dimanfaat bersama"



PEMBERITAHU:Teruskan Usaha...Hanya Usaha buat kamu terus berjaya seiring Doa kami ibuayah mu.....





Nak Kata Isi Didalam Selalu Tebal..Cam tipu jer...

April 08, 2014





As-salam gengs
 Semoga Rahmat Allah sentiasa buat kamu gengs


Adoiii haiii haii haii..
Dah rosak pulak zip dia
Nak kata tebal isi dia tak pulak
Tebal setiap 29 hb pukul 1 petang
Menjelang pukul 1.05 petang dah menipis balik dah isi perut ko ni
 
Mmg dah sampai masa ko kan
Dah 4 thn berbakti dgn aku
Cuti tahun tak dapat
MC jauh sekali
Sekali ko sakit
Sakit hati aku
Sebab aku tahu
Sakit hati aku
Tak akan sesakit poket aku nanti
Nak ganti kan kamu....
Apa pun Tkasih lah tolong jagakan Kahzanah aku
Yang tak seberapa kat dalam tu...

 




PEMBERITAHU: Yg lama fitrahnya begitulah...yg baru tunggu jerlah sampai fitrah kamu nnt.


 

Hanya Yang Kuat Mampu Bertahan...

March 27, 2014


As-Salam Gengs..
Moga Rahmat ALLAH sentiasa buat kamu gengs...



Kubidik sesuatu melalui gajet ku
Sewaktu perjalanan nan panjang
Sg. Buloh, Selangor - Arau, Perlis

Hari yang indah pagi itu
Langit yang biru, terang
Perjalanan yg Allah permudahkan buat aku dan keluarga 
Buat aku berfikir-fikir bila melihat foto ini

Allahuakbar..Allah Maha besar
Dikirimkan Ujian Panas Yg Sama buat kita semua gengs
Bukan kita sahaja
Malahan tumbuh-tumbuhan juga merasai Ujian nikmat panas yang sama

Allah berikan suhu panas yang sama rata
Tidak lebih panas disebelah kiri
Tidak pula lebih sejuk disebelah kanan
Sama rata sama bahagian sama imbangan

Hanya yg kuat...redha...tabah
Mampu bertahan...
Mensyukuri nikmatNYA yg masih bersisa buat kita gengs....

PEMBERITAHU:Berikan kami masa utk terus bersujud pada MU YA-ALLAH...sesungguhnya musim panas yg panjang ini Ujian MU buat kami.....