Pengakhiran Pada Sebuah Pertemuan #MH370

March 25, 2014

 As-Salam Gengs












 Rahmat Allah sentiasa ada buat kita
Sentiasa Ada..Pasti Ada
Pada mereka yg tidak pernah melupakanNYA
Pada mereka yg tidak pernah menjauhiNYA

Kesedihan milik satu dunia
Pengakhiran yg sangat sedih
Tidak seperti yg kita harapkan
Namun yakin dan percayalah Allah melakukannya bukan dengan sia-sia
Menaikkan darjat ketabahan kita semua kepada satu tingkat lagi
Membuka mata dan minda seluruh dunia untuk satu sitem pembaik pulih yg lagi hebat
Malaysia teruji..kita rakyat Malaysia juga teruji
Allah pilih kita..Negara Kita..
Supaya kita semua menjadi umat yg lebih mensyukuri nikmatNYA
Ini ketabahan kita..Ini keredhaan kita

Terimakasih Ya-Allah
Telah kau dengar rintihan kami
Telah kau makbulkan doa kami
Telah terjawab satu dari seribu soalan yg bermain di akal kami
Akan kami nantikan pula
Mengapa kesana???..setelah kami dapat jawapan di tengah-tengah lautan itu pengakhiranya....
InsyaAllah......

AL-FATIHAH
TAKZIAH

#MH370 berakhir sudah perjalanan mu.......

PEMBERITAHU:Kesedihan ini perkongsian rohani seluruh insan didunia...

Langkah Pertama Telah Selesai..Teruskan Melangkah Lebih Maju...

March 21, 2014

As-Salam gengs

Semoga rahmat Allah sentiasa buat kamu semua gengs

19/03/2014
Majlis Konvokesyen ke 8
Politeknik Syed Sirajuddin
Arau Perlis
Dip. Teknologi Maklumat

Alhamdulillah..
Langkah masih panjang Kakak
Jika ALlah izinkan barakah umur mu
Teruskan menjadi insan cemerlang
Di Dunia dan Akhirat

Mak Dan Ayah
Ucapkan terimakasih
Sehingga hari ini
Kamu masih setia menjadi seorang insan
Dalam ertikata sebenar-benar insan
Insan yg masih mahu bersyukur kepadaNYA
dan Insan yg masih tahu menghormati kami
Ibu Ayah mu...

Terimakasih
Kerana menjadi contoh buat adik2
Meneruskan kesinambungan kamu nnt

Terimakasih
Kerana menjadi sebahagian dari kehidupan kami
Mak Dan Ayah..

Tahniah
Semoga Kakak terus maju
Terus Berusaha
Terus Tabah
Terus Redha
Terus sentiasa positif dalam kehidupan





Apa saja yg ingin kakak lakukan sentiasa ingatkan AYAH...Kakak kan anak AYAH....Kesayangan AYAH


 



PEMBERITAHU:Tiada yg lebih indah dari menyaksikan hari paling berharga buat seorg anak dapat dikongsikan bersama...Syukran Ya-Allah...


#DOAUNTUKMH370

Kenapa Dia Kena Cakap Kasar Mak???...

March 14, 2014


As-Salam Geng

Doa kita..Jangan Pernah Pertikaikan Kenapa belum lagi dimakbulkan
Itu Bukan Urusan Kita Kan Gengs
Urusan kita ialah Berdoa...Berusaha dan terus berusaha
Pasti akan ada Hasil..

#DOABUATMH370


Usai Doa subuh pagi tadi
Aku lihat sikecil ku..Yana sedang menyarung baju sekolah

DIALOG selepas itu...

Mak..semalam adik dgn kawan2 kena sapu lantai kelas guna tangan
   "Kenapa???
Sebab tak bawa kamus..Teacher marah
   "Tu lah kenapa tak bawa kamus...Mestilah teacher marah
Habis hitam tangan.
Sebenarnya bukan salah kami pun..teacher tu nak marah jer ...
    "Tak baik ckp teacher mcm tu
Yer lah...semalam kan exam...dlm jadual exam semalam mana ada tulis lepas rehat belajar..jadi kami tak bawalah buku Inggeris dan kamus....Tapi yg adik tak suka tu Teacher boleh cakap..esok kalau tak bawa juga kamus..kamu semua kena jilat lantai sampai berkilat...Kenapa teacher kena ckp macam tu.....kenapa tak boleh cakap esok siapa tak bawa kamus..teacher denda tak boleh keluar rehat ker...teacher bagi homework banyak ker....
      "Dah la...teacher ckp mcm tu supaya kamu semua takut..dan ingat utk bawa kamus hari ni.
Ye la adik faham...tak boleh ke Teacher cakap sesuatu yg lebih elok....



BAHASA JIWA BANGSA ...


INI YANG AKU FAHAMI....

 Ini waktu  umur Yana 3 tahun...kakak2nya letakkan tipuware dikepala dan katakan yg dia sgt comel, tipuware ni boleh jadi topi dia hanya mampu tensenyum.Masih polos dan tidak memahami.Sekarang cubalah kalau berani nak buat mcm ni.






Kini dia sudah 10 tahun.Dia sudah cukup faham...sangat2 faham....



PEMBERITAHU:Manusia mana tidak buat Khilaf...manusia mana yg tidak lepas dari kesilapan..namun terkdang mendepani situasi melibatkan anak2 yg mahu membesar..berfikir berkali-kali sebelum menuturkan sesuatu itu adalah lebih baik...