Assalamualaikum gengs
Semoga Kalian Sentiasa didalam rahmatNYA
Dalam masih bertelekung menunggu Isyak
Puteri Bongsu bercerita sesuatu
Dia selalu menangis mak
Kasihan adik tengok dia
Buku tulis dia tiada
Kalau nak tulis minta kertas pada kawan-kawan
Mengapa?????...
Entah lah...
Adik tanya sampai bila nak menangis
Dia kata sampai cukup bulan.
Adik tak boleh nak berikan dia buku
Buku adik pun dah habis digunakan
Kenapa cukup Bulan????
Barangkali itu jawapan yg didapati dari ibu ayahnya
Esok bila kesekolah cuba tanya kan pd kawan tu
Dia tiada duit ke nak beli buku tulis
Kalau dia kata tiada
Mak akan beri adik duit lebih
Tolong belikan kawan tu buku tulis
Tidak boleh ku dengar bila seorg kanak2 berusia sekecil itu
Menangis hanya kerana tiada buku tulis
Susah sangat kah keluarganya???
Ibu Ayahnya mengapa tidak prihatin
Berapa sangat harga sebuah buku tulis
Kesekolah bersama airmata..
Sadis...
Pilu.....
PEMBERITAHU:Teringat kata-kata mak.."Mak sanggup berhutang asal kamu semua cukup buku nak belajar".....
September 22, 2026
13 hours ago