Assalamualaikum gengs
Semoga kamu semua didalam rahmatNYA...
Perlu atau satu keperluan
Dah lama mahukan ia
Kekangan keewangan membatasi keinginan
Bila sudah mencukupi
Kepala pula banyak berfikir
Tanya sama hud hud
Orang bukan orang
Hantu bukan hantu
Katanya sesekali apa salahnya manja kan diri
Sesekali belailah diri
Sesekali penuhilah keinginan hati
Hati beria mahu
Otak masih suruh berfikir
Hati kata...Beli saja
Otak kata...fikir semula
Golongan marhaen seperti aku
Berkira-kira apakah perlu atau sememangnya satu keperluan
Berfikir-fikir apakah perlu atau sekadar keinginan
Keinginan yg seolah-olah melebihi kemampuan..ahhhhhhh!!!!!
Kertas putih salju
Kucoretkan kedukaan ku
Syiling dan seringgit
Adalah warna dalam poket ku....
Berhenti berfikir-fikir
Tidak pun nanti kertas putih salju
kemudian diwarnakan itu
Tetap juga habis.......
PEMBERITAHU:.Sesekali ku rasa teringin.......
September 22, 2026
15 hours ago
