DALAM RAHIMNYA AKU PERNAH MENUMPANG HIDUP....

August 01, 2017



As-Salam Gengs

Semoga Rahmat ALLAH sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua geng

Lama tidak diasah bicara
Masih mampukan tumpul bicara menjadi tajam semula

DALAM RAHIMNYA AKU PERNAH MENUMPANG HIDUP.....

Dia tidak sihat
Air diminum terasa pahit
Menelan makanan bagai duri menyekat kerongkong

Dia tidak sihat
Dunianya hanya ruangan empat segi
Air kecil dan besarnya kini ditampung
Dia rimas
Dia gundah
Dia gelisah

Dia tidak sihat
Benar Janji Yg Esa itu
Sebelum Datang 5 perkara
Beringat 5 perkara

Dia tidak sihat
Ujian bagi kami berempat
Sabar harus bertingkat
Sabar harus meningkat
Sabar harus ditingkat
Sabar kunci kehidupan menjadi berkat

ALLAH...
Jadikan lah kami
Anak-Anak yang penyayang
Anak-Anak yang penyabar
Anak-Anak yang lemah lembut
Anak-Anak yang membalas budi
Anak-Anak yang mengenang jasa

ALLAH..
Pinjam kan lah dia pada kami untuk seribu tahun lagi
Supaya dapat kami memberikan dia kasih sayang yang sejati
Supaya Kami dapat menjaganya sepertimana dia mejaga
kami sewaktu kami kecil....

ALLAH...
Sihatkan lah dia kembali
Ringankan lah beban kesakitan yg ditanggungnya


PEMBERITAHU: MAK tak sihat.



HARI RAYA AIDILFITRI 2017

July 14, 2017




AS-SALAM GENGS

RINDU NYA PADA BLOQ

Masih Belum Terlambat Rasa nya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI GENGS
MAAF ZAHIR BATIN














Bersangka Baik itu Memang Baik

February 29, 2016

As-Salam Gengs

Semoga Rahmat Allah sentiasa buat kamu semua gengs


Perhati dan Paham
Supaya jangan buat org lain salah paham tentang kamu

Aku ke mesyuarat PIBG dua minggu lepas geng
Jalankan tanggungjawab sebagai ibubapa
Bagi sokongan buat anak yg masih bersekolah

Biaslah datang pagi kene daftar dulu
Meja pendaftaran disusun mengikut darjah
Dari Darjah 1 hingga darjah 6
Darjah 6 duhujung sekali
Aku beratur untuk tulis nama kehadiran
Kerana dihadapan aku ada seorg ibu sedang mengisi nama dalam buku kehadiran

Datang seorng ibu lain pula
terus bertanya pada guru dimeja darjah 6
Mana nak tulis nama
heiii hello kawan
Aku ni sedang beratur tunggu giliran
Tak kan tak nampak kut

Boleh ke aku katakan
Oh brgkali dia nak cepat
Bersangka baik
Bersangka baik
Tapi apa situasinya dia perlu tergesa gesa
Sampai kau tidak lihat
Tiada Adab...full stop

Semalam satu lagi kejadian yg sama

Aku beli ikan dan sayuran di kedai warga Acheh depan rumah aku
Ikan aku sedang ditimbang di kaunter pembayaran tu
Datang satu remaja perempuan
Nak tanya katanya
Ada tak jual plastic aiskrim malaysia
Terpaksa pulak aku beranjak ketepi sebab dia mencelah depan aku
Bila budak cashier tu kata ada
Mintak beli 2 bungkus katanya
Kenapa ada orng macam ni yer
Tak nampak aku sedang nak bayar ker
Bersangka baik apa pulak aku nak fikir kali ni

Tak payah ada alasan untuk bersangka baik

Tapi yg ini memang kurang ajar


PEMBERITAHU:Ajar diri supaya kalau tidak boleh menyenangkan orang lain jangan menyusahkan mereka




Langkah Pertama Itu Sukar

February 11, 2016

As-Salam gengs

Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs..

Lama tidak bermadah Helah
Kemalasan Menulis Jadi Tembok
Memecahkan Tembok Itu Sukar
Sesukar Memulakan Langkah Pertama

Esok lah kata hati
Otak seolah menuruti
Esok kembali muncul
Otak sudah bersedia
Langkah pula tidak seiring menemani
Dan esok yg telah menjadi hari ini berlalu sehari lagi

Itulah Aku
Sifat yg jangan sekali kalian contohi
Sesal berkali
Mengulangi kerap kali
Jika begini
Tersungkur terus lagi dan lagi

Kali ini
Waktu Ini
Saat Ini
Tika Ini
Langkah pertama itu telah aku menangi
Aku telah melangkah
Namun jika langkah pertama
Undur ku berkali-kali
Harap langkah kedua ku tidak lagi terhenti
Biar bertatih
Asal semangat tidak letih
Aku yakin diri Boleh

Syabas buat seorang AKU
Langkah pertama telah ku lalu
Bertatih atau bertongkat
Langkah kedua kugandakan kudrat
Demi mereka
Insan Keramat...

PEMBERITAHU:Tidak ada istilah terlambat buat mereka yg ingin berjaya.

Ucapan terimakasih tiada dikenakan GST

February 10, 2016



As-Salam Gengs

Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs.

Makin sendu makin sepi Blog aku ni kan gengs
Ntah masih ingat ker tidak korang kat aku
Malas sangat nak mencoretkan sesauatu disini

Cumanya bila ada sesautu yg sgt2 patut dielakkan dari berlaku
lantas membuatkan aku paksa jari jemari utk menekan keyboard dan coretkan sesuatu disini.

Semalam aku 4 beranak ke Book Store di TSB Sg. Buloh. misi mencari buku2 rujukan Yana sambil2 tu
nak mencari sandal utk Yana...Dari satu kedai ke satu kedai mencari, tak juga jumpa sandal Yana ni
Kaki Yana ni kurus sgt gengs, muat depan tepi melopong...muat tepi panjang lah pulak...akhirnya misi cari kasut...GAGAL...

Bila dah penat masuk dari satu kedai ke kedai yg lain ni...hati aku mula panas dah gengs...sampai ke kedai 2 terakhir ni lah satu insiden kalau  Zati tidak bertindak pantas boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

Waktu tengah pilih2 kasut Yana..ada satu pasangan ni bawa 2 anak kecil..Yg sulung brgkali usianya dlm setahun setengah ke 2 thn...Bila tak dpt cari kasut Yana..waktu kami nak keluar dari kedai kasut tu..Zati dah menjerit..terus terjun dari kaki lima kedai kasut bekejar  ketengah jalan...rupanya nak selamatkan ank pasangan tadi yg ayah dan mak dia tak perasan dah ketengah jalan...Yg lebih sadisnya hanya beberapa saat aku rasa dari sebuah Pajero..Ya Allah!!!! anak siapa tu..aku jerit...baru ayah mak dia perasan gengs...Zati dukung dan bawa budak tu pada mak ayah dia..

Zati tolong kamu Ikhlas wahai pasangan...Ni perihal nyawa anak kamu...

"Ucap Terimakasih pun tidak mak".....ni luahan Zati

Tak per lah Zati...Yg penting mak bangga apa yg Zati Buat...



PEMBERITAHU:Org berbudi kita berbahasa...berapa ramai yg masih mahu mengekalkannya kini...





Tiada Lelaki???....

October 30, 2015



As-Salam Gengs semua
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi Kehidupan Kamu gengs

Ko tak der anak lelaki?
Ko Boleh kawin Lagi satu ni..Muda Lagi Aku Tengok

Sakit hati???
Aku dah biasa gengs

Kdg2 gurauan kawan2 suami ni buat kan hati sedikit kecil dari size sebenar
Kemudiannya bila difikirkan semula
Ada pasangan yg tiada anak pun
Ada juga insan bukan setakat tak punya anak malah masih tidak berkahwin lagi
Bersyukur rasa diri biar tiada ALLAH  kurniakan anak lelaki
Fikir yang baik-baik sudah kan gengs
Perancangan ALLAH itu adalah yg sebaik-baiknya..
Redha.....



Yang Sulung...ini paling manja dengan ayahnya
Biar sudah 23 tahun umurnya..tetap juga mencium ayah tu tiap kali balik bercuti.



Yang kedua ni pun begitu juga
Bila nak ada peperiksaan pasti ayahnya akan panggil beri nasihat beri motivasi
tetap juga akan dicium kening tu.




Si Kecil ku pun begitu...pendek kata ketiga-tiga mereka lebih kepada ayah mereka
Manja2 juga buat silap  tetap kena marah...bertakung air mata....



Selalu kupesankan kepada mereka..buat sesuatu perkara ingat kan Ayah...Ayah sayang sangat pada kamu bertiga...tolong jgn buat ayah berkecil hati...ingat ayah selalu ..tak ingat mak pun tak apa tapi fikirkan Ayah yg sangat sayangkan kamu bertiga.


PEMBERITAHU:

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan,lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)


Sambal dan Minang Berpisah Tiada...

October 29, 2015

As-salam Gengs..Semoga Rahmat ALlah sentiasa mengiringi kehidupan kamu sehari-hari geng

Aku ni kejap ada...kejap hilang
Nak menulis sejak kebelakangan ini punyalah malas gengs
Hari-hari buka bloq..
Ada juga datang komen ke bloq kamu gengs
Tapi nak menulis tu alahai malasnya...


Ini lah rumah budak minang gengs
Sambal wajib ada
tiada sambal bagai
Ada lagu tapi pitching lari
Ada Taman tapi hanya bunga tahi ayam
Ada henpon tapi tiada internet
Kosong....

Ini lauk aku masak waktu tengah hari 2 minggu lepas








Lauk ni bagaikan wajib ada didalam rumah minang setiap bulan
Sambal tokok bersama pasangan pucuk ubi






Sambal telur puyuh feberet sikecik minang aku tu gengs.






Sambal cili api ikan bilis letak daun kunyit.
Sambal ni makan dengan nasik panas-panas gengs kan
Meletoppp kebabom gengs








PEMBERITAHU: Masak dgn kasih syg utk mereka yg aku syg..namun setiap kali mereka abis makan, air mata akan jatuh berlinangan.......kepedasan.....kalau tak pedas bukan budak minang namanya...

Dia Seusia Mu Yana.....Mak Sedih...

August 06, 2015



As-Salam gengs

Semoga Rahmat ALLAH S.W.T sentiasa mengiring kehidupan kamu semua gengs.

Terpaku
Termanggu
Sedih
Risau
Semuanya ada bercampur bergaul dalam minda aku sehingga menerbitkan rasa takut yg berprofile tinggi dalam hati dan minda aku gengs.

Apa ke tidaknya, dia seusia permata hati ku yg bongsu gengs.
11 Tahun hidup didunia
Melihat kewajah polos puteri kecil ku ini
Ya-Allah
tidak dapat aku bayangkan
Bagaimana insan sekecil dan sebaya usianya
Kini sudah berstatus ibu

ALLAH
SUBHANALLAH

Apa pun yg berlaku disebalik tragedi itu
Ambil Iktibar dan pengajaran buat kita ibu2 ni
Jangan pula kita mengatakan yg itu dan ini
Kita sendiri tidak ketahui..sesaat kehadapan apa yg bakal berlaku pada kita
Jangan sombong Takbur mengatakan kita yg lebih baik.



Mak Sayang Yana
Kasihan 
Insan Sebaya kamu itu
Moga ALLAH sentiasa melindungi kamu
dimana jua kamu berada








PEMBERITAHU:Setiap kejadian merupakan penambahbaikan dlm kehidupan dan cara didikkan kita pada anak2..tidak ada yg sia2 dari apa yg telah kita baca melaiankan kita tidak mengambil iktibar dari apa yg telah berlaku...

Muka Ada Senyum

July 31, 2015




As-Salam Gengs

Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan Kamu semua gengs.


Apa yg lebih menggembirakan pada kita bila dapat hadiah kan gengs kannn
Nak2 hadiah tu pulak yg kita suka
Nak beli puluhan ringgit gak ni kan.
Dapat Free..Muka ada sinyummm lah kan.

Alkisah kami berhari raya kat rumah kawan aku ni gengs
Dealer Tupperware korr
Merasalah dapat satu tupperware free.
Yi ha.. Yi ha lah mlm tu

Tgk gambar dah tau kan gengs kan
Suke sgtt  lah tuuu....


TQ KAK LIZA
(bertudung purple blakang aku)




















PEMBERITAHU:Kekok Pulak nak menulis.Tah apa2 kan.

Penghujung Ramadhan....Salam Lebaran Gengs

July 15, 2015

As-Salam Gengs semua

Semoga Rahmat ALLAH sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs.

Dipenghujung Ramadhan kita kan gengs
Terisi kah dengan amalan kali ini
Atau kita masih melaluinya seperti tahun yg berlalu
Sesungguhnya Ramadhan akan kita rindui
Semoga akan ada sisa umur untuk Ramadhan mendatang

7 Hari tidak bertarawih
Rugi benar rasanya
Tidak pernah terasa sebegini rugi
Faktor usia barangkali

Jika dulu2 malm hari
Saat bulan Ramadhan
Jln TAR
SOGO
PKNS SHAH ALAM
berkali-kali dikunjungi
Kata hati sunat sahaja tarawih tu

Kali ini
Ya-ALLAH ampuni segala kecuaian ku dahulu
Bukan tidak tahu fadilatnya
Bukan tidak mendengar gandaan pahalanya
Namun..saat KAU rantaikan segala Syaitan
Nafsu memainkan peranan
Berbekal kan iman yg nipis rapuh
Segalanya ampuh dan berderai

Doa terakhir selepas witir
Buat air mata mengalir
Betapa benarnya sebuah ungkapan
DEMI MASA..SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN


SALAM LEBARAN GENGS...SEMOGA LEBARAN KITA BERSEDERHANA.
MAAF KAN SEGALA KEKURANGAN SEWAKTU BERSIARAN DI ALAM MAYA.


PEMBERITAHU:Tiada #Throwback utk Ramadhan.

Mencari Kekurangan dalam diri seorang isteri

March 16, 2015

As-Salam gengs

Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs

MENCARI KEKURANGAN DALAM DIRI SEORANG ISTERI
Jumpakah apa yg kau cari wahai suami
Jika tidak jumpa kau akan terus cari dan gali
Sedaya upaya mencari
Sehingga kau temukan satu
Cukuplah satu
Buat Alasan utk kau bina Masjid Baru
Terpuji niat kau itu

Namun agenda kau cukup busuk........

Membina Masjid yg baru
Sedangkan Masjid lama mu
Sejadah telah lama usang..Tak berganti..Kau tak peduli
Makmum semakin menjauhkan diri...Ini tak penah kau sedari
Kipas dah lama rosak...Masjid lama mu panas membahang
Tabungan Masjid yg kau isi semakin hari semakin susut nilai...kau lihat tp buta memandang
Ada hati ingin membina Masjid yg baru
Kau tak Mampu..Kau memang tak mampu
Kau tetap galak mahu meneruskan
Sedangkan kau tahu syarat utama
KEMAMPUAN...jika ini tiada
Apalah ertinya...
Yang akan kau tanggung nanti hanyalah DOSA....

Buat kamu kawan ku yg teraniaya
Terus kan Istiqamah mu..
Terus kentalkan  ketabahan mu
kerana ALLAH tidak akan mempersiakan mu

Tangis mu
Luka hati mu -Rawatlah dgn Tahajjud
Kedukaan mu
Kepedihan jiwa mu - Ubati dia dgn Istiqarah

Aku tidak pandai memujuk mu sahabat
Aku tidak tahu cara
Aku tidak pernah mengalami...dan aku tidak mahu mengalaminya..
Kata2 ku hanya sekadar yg terlintas difikiran ku
Brgkali ini juga yg dilakukan oleh insan2 sejenis kita yg pernah mengalaminya

HARAP KAU TABAH...



PEMBERITAHU:Semakin hari aku semakin tidak memahami...Mengapa harus ada penambahan sedangkan Masjid lama sudah cukup lengkap.



Bukan Ketam Batu...Bukan Ketam Papan...

February 27, 2015




As-Salam Gengs Semua
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiring kehidupan kamu didunia ini gengs.

Pertama-tamanya nak rasa hepi sbb dah boleh view gambar semula kat bloq kerdil ni.
Harap2 bloq Kak Zakie pun dah boleh view gambar dan beliau boleh terus menulis kembali.

Sebenarnya tak der apa benda pun nak di ceritakan...Just testing testing jer..boleh ker nampak gambar ketam ni..., masak sambal ketam bercili pecah telur ni...entah bila minggu pun tak ingat dah
Sedap betulll.......
Matiklah puji diri sendiri....










PEMBERITAHU:Kata org dahulukala..kalau pun .masak sempoi sesempoi sempoinya jika ikhlas...rasanya pasti meletop....


21/01/2015

January 21, 2015

As-Salam gengs
Semoga Rahmat Allah sentiasa buat kamu semua gengs

Hampir 2 bulan tidak menulis disini
Menjengah tidak menyapa tidak
ke bloq kawan-kawan jauh sekali
Mohon keampunan dari seluruh jiwa dan raga gengs

Bila hati runsing
Bila hati menangis
Bila hati luka
Bila hati disakiti
Semuanya serba tak kena
Semuanya serba tak menjadi
Ada bahan untuk ditulis
Ada gambar untuk diceritakan
Bagaikan kehilangan rasa untuk dizahirkan disini

Duhai hati yg kecil
Sukarnya memujuk kamu
Sukarnya menyembuhkan kelukaanmu
Sampai bila harus sembunyi
Sampai bila harus mengasingkan diri

Sudah sampai masa
Sudah kunjung detik
Sudah cukup waktu
Kembalikan keceriaan itu
Kerana kehidupan yang sedih
Punya waktu penamat.



Ibarat Air Di Daun Keladi

October 21, 2014


As-Salam gengs
Semoga Rahmat ALLAH tetap bersama kamu semua yer gengs

Biarkan aku merapu yer hari ini gengs
Biarpun butir bicara tidak korang fahami
Maksud tidak seiring pegertian
Kefahaman menyipi dari ketepatan
Jika itu mampu melegakan bungkaman hati...kenapa tidak kan??

Rahsia Akad itu biarpun fungsinya menyatukan dua jiwa secara halal
Ianya bukan tanda keseluruhan hati telah menyatu bagai isi dan kuku
Ukuran lama baru sebuah ikatan
Biar hakikatnya umpama penimbang mengukur keserasian 
Terkadang masih tempang percaturan memahami

Ada waktu suatu benda sebesar zarah boleh menjadi kudis bernanah
Ada ketika bual menjadi hambar
Ada saat pegangan tangan menjadi dingin
Jika di turutkan hati mahu saja dihamburkan ketidakpuasan
Membetulkan lurus yang bengkok
Namun hakikatnya...
Dari tulang rusuk yg bengkok itulah terciptanya pasangan
Bagaimana pula dia yg harus meluruskan mu
Jika diluruskan kasar patah lah ia
Jika bengkoknya dibiarkan maka pesonglah perjalanannya
Jangan pernah lupakan kejadiannya...dia adalah tulang rusukmu

Allah yg Maha Pengasih...Maha Memahami
Terimakasih kerana diluaran fizikal hawa yang lembut
Kau berikan dia segumpal hati maha kental
Segumpal hati yang sanggup terima kelukaan dengan sabar
Segumpal hati yang masih mampu tersenyum dalam tangisan
Segumpal hati yang sering memujuk diri berprasangka baik
Prasangka yang baik baik....Prasangka yang baik baik
Hanya sangkaan mu sahaja
Sebenarnya tiada apa-apa
Arghhhhhhhhhhhhh....Perit dan sakitnya nya sekeping hati....

 

 



PEMBERITAHU:
Rasa ku saat ini...
Ibarat air didaun keladi
Tidak mampu kuserap
Tidak juga terdaya menahannya tumpah  
Apa ikhtiar ku????....
Ya-Allah berikan aku petunjuk ...

12 Tengah Hari Aku Makan Bersama...12 Tengah Malam Ku bawa Pulang Jenazahnya

October 03, 2014

As-Salam Gengs
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiring ikehidupan kamu semua gengs

Bagaimana harus aku menyusun kata-kata gengs
semuanya terasa bagai tidak kena
pincang disana sini
Hati masih terpana...siang bagai sirna  malam hitam memekat warna
Airmata luruh tanpa dipaksa...

Dia kawan baik ku...
Kawan yg aku kenal sejak aku kecil
Kawan yg aku sayang seluruh jiwa raga ku
Kawan yg tidak pernah merasa iri hati atau memdendami aku jauh sekali memusuhi ku
Kawan yg sehingga hari ini masih tetap utuh jalinan setiakawan itu
Dia bukan sekadar kawan...dia bagaikan sebahagian dari diri ku...

 30/09/2014
12.00 Tgh hari...
Ma!!!....Abang ingat mama masak nasik goreng kampung
Tak lah...mama goreng ikan masin jer..abang nak nasik goreng kampung ker..mama buat kan
Tak apa lah ma..mama dah masak lauk ni
Tak apa..mama buatkan yer...
Dia makan berselera Nee nasik goreng kampung yg aku buat tu...banyak dia makan Nee

30/09/2014
2.48 Ptg....
Didalam WassUp Group..
Aku baru terima panggilan dari pensyarah anak aku di UITM...anak aku pengsan ketika
sedang menjawab peperiksaan..Tolong doa kan anak aku yer kawan2....
Sms dari Wassup group tak berhenti-henti berbunyi
Sahabat2 mendoakan keselamatan anaknya..

30/09/2014
4.40 Ptg...
Wassup berbunyi semula...seorang sahabat memaklumkan..
Buat Pengetahuan semua kawan2...
Anak kepada sahabat kita telah meninggal dunia...

Ya-Allah..terasa longlai seluruh anggota ku...
Anak dia bagai anak ku
Terbungkam seluruh dada ku saat itu
Ku gagahi menelefon SALMAH...sahabt ku itu

Mahhhh....Terdengar esak tangisnya yg sehingga saat ini masih ku dengar
Ya-Allah Nee..anak dah tak der
Dia dah pergi Nee...Shafiq dah tak der Nee
Jangan main-main Mahhhhhh...Aku tidak sedar bila raung ku terhambur
Yerr Nee..Shafiq dah tak der.....

Sepanjang perjalanan pulang kerumah
kuhamburkan lagi airmata
terasa lambat benar perjalanan pulang ku

Telefon kemudian berdering tidak berhenti..
Sahabat memaklumkan munkin mereka merasakan aku tidak tahu
kematian ini...

30/09/2014
10.30 Mlm..
Kami semua...semua shabat berkumpul dirumah SALMAH
Jenazah telah pun dimandikan dan dikapankan selepas posmortem dilakukan
Di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kelang

30/09/2014
11.45 Mlm...
Jenazah tiba dirumah SALMAH
Ya-Allah kulihat sahabat ku itu dari kejauhan
Dipapah masuk kedalam rumah
Mata membengkak dek tangisan
Kami sebagai sahabat membiarkan saudara mara terdekat dahulu melihat jenazah
Seketika kemudian kami masuk kedalam

Kupeluk sahabat ku itu erat-erat
Kubisikan ditelinganya
Redha kan anak pergi Mah
Yer aku redha Nee...Tapi aku masih tak percaya Nee..
Dia mkn dengan aku pukul 12 tgh hari Nee..
Pukul 12 malam aku bawa jenazah anak aku pulang kerumah...


Aku diam...tak tertahan airmata aku gengs mendengar kata-katanya gengs




Aku sayang kau sampai ke akhir nyawa aku Mah....
Ini Ujian Allah buat kau
Terima dengan Redha
Kerana Allah yakin..ujianNYA ini masih termampu utuk kau pikul dibahu mu...

 
(Arwah yg paling hadapan sekali memegang monopod )

 ZULSHAFIQ ZULHISHAM
5/6/1991-30/09/2014
Semoga kamu tenang disana yer nak...ditempatkan bersama golongan para solehin



PEMBERITAHU:Singkatnya sebuah kehidupan.....








 

Keriangan itu adalah bila bersama.....

September 17, 2014


As-Salam Gengs semua
Semoga Rahmat Allah sentiasa buat kamu semua gengs

 Bersama dengan mereka dari usia remaja
Kini anak2 pula seusia kami dahulu
Inilah sahabat aku gengs
Sahabat bersama suka dan duka
Kami sama-sama bekerja di Jaya Jusco 1986-1990 la ni panggil EON
Pertemuan biarpun singkat pada Isnin 15/09/2014
Ianya sangat2 bermakna buat kami
Biar tidak bersua muka hampir 10 tahun
Laman sosial tidak pernah memutuskan silaturahim kami
 



Semoga Ukhwah ini terus subur dihati kami
Persahabatan ini terlalu unik kan gengs
Biar tidak bersua puluhan tahun
Kerana satu saat kami pernah bersama beberapa tahun
Dan ditakdirkan bertemu semula
Ahhhhhh...tak dapat nak ungkapkan keriangan itu
Semoga kami akan terus menjaga ukhwah ini
Sehingga akhir hayat kami...InsyaAllah..
 




 


PEMBERITAHU:Semoga satu hari ALLAH izinkan pula aku ditemukan dengan rakan2 bloq pula.... Kakzakie...kakcik.....Idzwa....lieyalatiff......Hanis Azla...Uncle gedek...Doctor DZ...Rinna....Nor Azimah...dan etc etc etc etc etc.....






 

Sikap Kami Adalah Hasil Didikan Mu....

August 28, 2014


 
As-Salam gengs
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehiduapan kamu semua gengs


Ya-Allah
Aku pohon 
Andai satu hari nanti kau akan ambil ibu ku
Mati kan lah dia dalam keadaan yg Husnul Khatimah
 Tiap kali usai solat itu yg akan kupohon  terakhir doaku





2 Minggu lepas mak aku dimasukan kehospital geng
Jantung...
Kali pertama pengalaman mak di tahan di wad hospital
Mak kurang selesa
Ketiadaan mak hampir seminggu dirumah lain benar terasa geng
rumah nampak sayu dan lesu...suasana sekeliling bagai hambar dan tidak bermaya
Ya-Allah bagaimana nanti jika satu hari Kau ambil mak dari kami
Sukarnya membayangkan situasi itu....

Aku..Kak Ngah dan anak sulung ku bergilir2 menjaga mak dihospital
Alhamdulillah...Izinkan kami Ya-Allah utuk terus begini
Untuk terus tahu apa itu sebuah tanggungjawab terhadap mak
Untuk terus tahu apa itu erti masih memiliki dan mempunyai
Untuk terus tidak menyesali sebuah kehilangan nanti
Untuk terus menghargai berbaki sisa yg tidak seberapa ini
Berbakti dan terus berbakti terhadap dia
Biar nanti jika sekiranya dia tiada lagi disisi kami
Perginya dengan sebuah senyuman penuh kepuasan
melihat dia masih punya sebuah nilai tertinggi dihati kami
Izinkan Ya-Allah

Doa kami yang satu
Panjangkan lah umurnya Ya-Allah
Berikan kesihatan yg baik untuknya

Dan bila mak kembali kerumah saat ini
Anak2 ku pula bergilir-gilir menemaninya tidur diwaktu malam
Seminggu ini Izzati setiap malam akan tidur bersama-sama mak aku gengs
Pukul 6 pagi dia pulang kerumah aku utk bersiap kesekolah pula
Terimakasih Zati
Tolong jagakan nenek diwaktu malam....

Dan diwakatu siang hari
Si Kakak pula akan memastikan mak aku
Makan ubatnya ikut waktu..
Terimakasih Kakak...
 

Aku pohon Ya-Allah
Jika satu saat nanti aku tidak berdaya
Pintaku...doa ku
Agar anak2 ku pula akan melakukan yg terbaik pula untuk ku..
Aku yakin..putaran kebaikan yg mereka lihat
Akan terus menjadi kesinambungan yang baik2 juga nanti...
InsyaAllah...



PEMBERITAHU:Terngiang2 ditelinga ku "Mak ingatkan mak akan terlantar keseorangan di hospital"
InsyaAllah mak...kami akan usahakan itu tidak akan berlaku...


 

Kami Memasak Kamu Memakannya...Terkurang Itu Ini Maaf Kami Pinta...

August 20, 2014

As-Salam gengs semua
Semoga Rahmat Allah sentiasa buat kamu semua gengs
Kita masih di bulan Syawal lagi kan gengs
Adalah saki baki cerita raya aku ni sikit lagi
Buat kenangan hari kemudian katanyaaaa...

Kak Ngah aku buat doa Selamat sikit dan serentak buat rumah terbuka
Bermula tghhari selepas Zohor 9/8/2014 ari tu


Antara tetamu yg hadir




  


Aku yag menyibuk-nyibukan diri dengan the Kampung gengs




Antara Menu

Air Sirap dan Air Teh Bunga...Sepupu Botak Chin aku dgn anak bujang dia incharge bahagian air

 


Dan Sebahagian Makanan Yg Kak Ngah aku jamubuat tetamu yg datang berkunjung

Nasi Putih
Nasi Minyak
 

Lauk
Sayur Campur
Sambal Paru
Sambal Tempoyak Udang Petai


Gulai Rebung + Daging
Sambal Ayam



Ayam Ungkep
Nasik Impit

 


Spegeti kekdahnya
 

 


Pencuci Mulut
Tembikai

 

Kuih Muih..Aku order sajer gengs..tak pandai bikin sendiri
 

Mee Kari
Laksa


 


PEMBERITAHU:Alhamdulillah..tidak banyak berbaki...jika tidak berbaki banyak maknanya tidaklah membazir kan gengs...
 

 

Resepi Rahsia Katanya...Ko Ado???

August 19, 2014


As-Salam gengsss
Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu semua gengs

En CEO aku kan gengs..ini cerita terus terang tanpa bantuan lampu suluh tau
Dia jarangggggggggggggggggggggg sgt masak.... 1 G tu mewakili 1 thn korang kiralah berapa banyak g yg aku taip..nampakkkkkk!!!!...

Angin tidak ribut tidak taufan jauh sekali.. tup tap malam tadi
DIK..(Panggilan manje dia pada hakak...manje kerrrr) ...
Keluarkan udang dlam 5 ekor...Abg nak masak mlm ni..
Rasa cam nak pitam hakak gengssss....
Orang nak masak kannnn kenal;ah kita bagi semangat
Aku keluarkan udang basuh bersih
Lpeas dia sembahyang Isyak
Dia pun ambil lah bahan2 nak masak
Bila aku tanya apa nama resepi ni
kemain berlagak tak mau kasi tau
Rahsia katanya...kalau tak sedap nnt malu....

Jadi aku pun tak tau apa nama resepi ni
Dia sendiri ambil bahan
Tumbuk kelentang kelentung
Dalam 15 minit siap


 











Ni lah rupanya masakan rahsia dia tu...habis anak2 dipaksanya makan..almaklumlah kali pertama masak kan
keterujaan nya melampau-lampau..anak2 memang tak berapa gemar makan udang..sebab nak jaga hati ayah..telannnn jugak lah..

But gengsss...the taste..not bad..ada pedas2...masin2...manis2...percubaan pertama kekdahnya kan..
hakak kasilah 3 bintang daripda 5....

Lain kali boleh la masak lagi yer bang...ada chance aku layan citer 2 rindu awak 200%.....






PEMBERITAHU:Dia jarang komen apa2 tentang masakan aku..tak sedap dia makan sikit...sedap kalu dia akan ulang minta aku masakkan lagi...dah paham sangat aku cara dia....